02-

Everlasting Love
Please Subscribe to read the full chapter

Everlasting Love Part. 2

written by : aquariusxpisces

 

“Bang, mana anak awak tu?” Puan Kim bertanyakan kepada suaminya, setelah mendapati anaknya Changkyun tiada di dalam rumah. Encik Kim yang sedang membaca akhbar hanya mengangkat bahu.

 

“Tadi Changkyun kata, dia nak keluar sekejap.” Encik Kim meletakkan akhbar itu di tepi. Dia menenangkan isterinya yang sedari tadi asyik mundar-mandir. Bahunya dipegang.

 

“Awak ingat kan, Changkyun anak Raja Im. Dia juga ada kebebasan.” Suara garau Encik Kim menenangkan Puan Kim, yang matanya mulai berkaca. Puan Kim mengangguk faham.

 

“Saya cuma takut. Perempuan mana yang dia kenal, kita tak tahu.” Puan Kim mengelap air matanya yang mula bertakung. Encik Kim memeluk isterinya, sambil menepuk-nepuk belakang badannya seraya menenangkannya.

 

“Tak mengapa..”

 

 

 

“Awak, best tak kat luar sana?” Changkyun duduk sambil bermain air sungai, ditemani Seulgi disisi. Seulgi hanya menggeleng.

 

“Hidup saya agak terkongkong jadi saya rasa tak seronok.” Seulgi membaling satu batu kecil ke dalam sungai. “Awak nak cuba teroka dunia luar tak? Kat sana ada kuda, bangunan, dan macam-macam lagi benda menarik!” Senyuman manis terukir di wajah pucat gadis itu. Sebenarnya, mahu juga Changkyun bertanya tentang keadaan Seulgi yang kelihatan lain daripada yang lain. Akan tetapi, perasaan malu dan segannya mengatasi segala-galanya.

 

Seakan terlupa larangan maknya dek benda menarik yang berada di luar sana, Changkyun menyambut huluran Seulgi, menaiki kuda putih itu dan melepasi pagar lama yang dilarang.

 

“Aku dapat kesan. Dia…masih hidup.”

 

“Apa kita kena buat, tuan?”

 

Senyuman sinis mula terukir pada bibirnya. “Buru dan bunuh dia.”

 

Puan Kim tersentak, ada satu aura jahat dapat dirasainya. Dia memandang suaminya yang terkedu. Ya, dia tahu suaminya merasakan perkara yang sama. Puan Kim mendekati suaminya. Matanya mulai berkaca.

 

“Kita kena cari Changkyun.”

 

Mereka terbang menuju ke pintu pagar yang sudah separa terbuka. Puan Kim memandang suaminya.

 

“Changkyun…”

 

 

 

“Wow! Bestnya!” Changkyun berasa teruja dengan pemandangan di sekelilingnya. Seulgi menjerit gembira. Kemudian, dia merasakan lengan Changkyun dililit erat pada pinggangnya. Perlahan-lahan, dia mula mengukirkan senyuman di bibirnya.

 

Kuda yang ditunggang mereka kemudian tiba di sebuah kota, yang dipenuhi dengan orang. Mereka turun dari kuda putih itu. Changkyun dan Seulgi mahu meneruskan perjalanan sebelum langkah mereka diberhentikan Puan Kim dan Encik Kim.

 

Puan Kim memarahi Changkyun. “Apa yang mak dah cakap?! Jangan keluar dari pagar!” Encik Kim hanya bercekak pinggang, memerhatikan keadaan.

 

“Dah, jom balik!” Puan Kim menarik tangan Changkyun sebelum dihalang Seulgi. Puan Kim mengerutkan dahinya.

 

“Kenapa ni makcik? Changkyun cuma nak bebas je, makcik nak bagi dia tinggal dalam hutan untuk berapa lama? Selama-lamanya?” Seulgi mempertahankan Changkyun. Mereka saling berpegangan. Puan Kim bertambah geram.

 

“Jangan masuk campur hal hidup dan mati anak aku. Jom balik!” Puan Kim memberi amaran keras kepada Seulgi sebelum dia merentap tangan Changkyun tetapi Changkyun melepaskan tangan maknya.

 

“Mak, Changkyun dah besar. Lagipun… Changkyun bukan anak kandung mak dan ayah, kan?” Puan dan Encik Kim tersentak. Changkyun memandang mereka. “Kan? Changkyun cuma anak pungut.”

 

Puan Kim mula menangis. Dia memandang anaknya itu sebelum dipeluk. “Marilah nak, kita ba--” Belum sempat Puan Kim menghabiskan ayatnya, badannya terasa ditusuk dengan sesuatu.

 

“Mak!” Changkyun merangkul badan emaknya yang lemah. Darah mula keluar daripada mulutnya. “Seoyeong!” Encik Kim mendekati isterinya yang terbaring lemah. Begitu juga Seulgi.

 

Encik Kim menggerakkan tangannya ke udara dan mengeluarkan kuasanya untuk melindungi mereka dengan menghasilkan sebuah hemispera yang bersinar tetapi anak panah yang dilepaskan lebih laju mengenai dirinya. Tak lama kemudian, Encik Kim rebah ke lantai. Dia mulai berlumuran darah dek anak panah yang ditusuk tepat ke jantungnya. Changkyun kaku.

 

“Ayah!!” Changkyun mendekati ayahnya yang sudah tidak bernyawa lagi. Tangan ayahnya digenggam, air matanya mulai membasahi pipinya.

 

“Ayah..mak… maafkan Changkyun.” Kedua tangan ibu bapanya dicium. Seulgi cuba menenangkan Changkyun.

 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
bigbangtanboys
#1
Chapter 2: The End. Akak nak letak spoiler kat komen boleh tak? Hahaha. Btw, jjang! Mood tu tak masuk sebab akak minat meme king, Hyungwon. Hahaha. Tolak 5 markah. Hehe
WithLoveMin
#2
seriousssss la I.M & Seulgi, OH MY BIAS KITA DLM MONSTA X dan Red Velvet <333333 my hearteeeeeeu </3

good luck for the contesstttttttttt ~