02UNITE

Survival 89
Please Subscribe to read the full chapter

SURVIVAL 89

O2UNITE

 

 

Kayu besbol yang berada di atas meja diambil sebelum disembur dengan cat berwarna biru. Kayu itu digenggam sebelum dia tersenyum sinis. Kemudian, kedengaran bunyi tapak kaki di kaki lima kawasan itu. Dia mendekati tingkap sebelum menjengah sedikit. Ada beberapa mayat hidup;zombi berkeliaran di sekitar tempatnya. Dia hanya membiarkan zombi itu melepasi tempatnya.

 

Lolipop dari poket seluarnya diambil. Plastik yang membaluti lolipop itu dibuang sebelum rasa manis lolipop itu memenuhi mulutnya. Kayu besbol itu diletakkan kembali di tempatnya. Walkie talkie yang berada di atas meja mula berbunyi, menandakan ada sambungan. Dia mengangkat walkie talkie itu.

 

“Minhyuk, kau dekat base?”

 

Lelaki bernama Minhyuk itu menekan butang di walkie talkie sebelum membalas. “Haah. Kenapa? Kau jangan kata base kita akan diserang, Jeonghan.”

 

Jeonghan tergelak. “Bukan. Aku nak kau sediakan makanan sikit. Aku dah dapat track kawan-kawan kita.”

 

Minhyuk mendengus kecil. “Seriously? Rabak eh, mesti kau selamatkan Yeri dulu. Jangan risaulah, stok makanan dalam tin kita banyak lagi. Kalau expired pun, korang yang makan hahahaha.” Galak pula gelakan Minhyuk, sambil terbayang situasi sakit perut mereka nanti.

 

“Cepat sediakan. Aku nak jemput orang lain. Bye.” Talian dimatikan, meninggalkan Minhyuk yang belum sempat membalas apa-apa. Dia mendekati laci kecil yang penuh dengan makanan dalam tin. Beberapa tin diambil sebelum dibuka.

 

“Bagus, adalah jugak teman. Tak sabar nak jumpa korang lagi.” Cahaya kecil dari tingkap itu dipandang, seolah-olah itu harapan buat mereka.

 

Minhyuk bersyukur kerana base mereka ini tidak dikesan oleh kuasa jahat yang sekarang mendiami bumi. Bumi yang sekarang jauh berbeza. Robot yang mula memerintah. Keluarga-keluarga yang kaya dijadikan boneka, tapi masih terselamat dari dibunuh. Manusia yang tidak terdaya, mati katak dibunuh. Mangsa tidak bersalah, kanak-kanak, wanita, semuanya didera dan dibunuh. Yang bernasib baik, menjadi buruh paksa. Semua salah Hydros, manusia durjana yang mengkhianati bangsanya sendiri kerana mereka penghalang kemajuan.

 

Minhyuk juga sudah tiada sesiapa. Ibu bapanya mati kerana bangunan yang mereka diami musnah dek robot-robot Hydros itu. Dia cuma ada Jeonghan dan rakan-rakannya yang dikenalinya ketika melarikan diri dari robot jahat. Mereka semua tekad untuk bangkit dan bantu manusia yang lain. Minhyuk yakin masih ada manusia lain yang terselamat.

 

“Auch!” Minhyuk mengaduh kesakitan apabila air panas yang dijerangnya menitis sedikit mengenai kakinya. Dek kerana asyik mengelamun, mungkin. Minhyuk menarik nafas panjang.

 

 

 

“Kyulkyung. Manusia. Kod nombor, 568162.”

 

Kyulkyung bangun dari duduknya, setelah terdengar namanya dipanggil. Dia ditangkap oleh orang upahan Hydros, iaitu kuasa jahat yang sedang menguasai bumi. Menjadi orang yang mahir dalam bidang robotik, menyebabkan dia berjaya mencipta robot pemusnah dan menjadikan bumi seperti tanah gersang. Hydros menguasai robot dan manusia mula dijadikan seperti hamba.

 

Kyulkyung berjalan melepasi seorang demi seorang manusia yang turut ditangkap. Semua memandangnya dengan riak wajah kasihan, takut dan bermacam-macam lagi. Kyulkyung tak kisah. Dia tak mahu simpati orang. Dia yakin dia akan berjaya keluar dari tempat itu tidak lama lagi.

 

Dia dimasukkan ke dalam sebuah bilik, dipenuhi dengan alatan-alatan hospital. Dia dipaksa baring di atas katil, sebelum seorang doktor mendekatinya dengan sesuatu benda tajam. Jarum. Di dalam hatinya, dia menyumpah seranah doktor yang bekerja dengan Hydros. Pengkhianat bangsa betul.

 

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
aquariusxpisces
Nak sambung balik cerita ni :DDĎ

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
2019 suda nak habis, tak sambung ii lagi. idea masih ada, tahun depan nak spm pula. life is tough. semoga ff ni siap.
haseungwon
#2
Chapter 2: Wow! Aku suka part awal2 tu. Nampak menarik xD Entah kenapa aku rasa watak Minhyuk nampak menarik xD
lilylunalove
#3
Omo fighting! Saya suka genre sci-fi, lagipun susah nak tengok ada org buat genre ni! XD
imjiseong
#4
fighting beb, kau boleh buat punya