001

Kita Rindu Awak

            Kelibat seorang jejaka dari jauh sedang berjalan ke hulu dan ke hilir sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Oh, itu Kim Nam Joon. Siapa yang tak kenal dia ni? Lelaki genius yang memiliki IQ sebanyak 148. Adakah itu tidak cukup mengagumkan anda? Kebolehannya untuk rapping adalah setaraf dengan rapper sedunia, Jay-Z. Nam Joon juga seorang lelaki yang budiman dan memperoleh wajah yang cukup manis untuk dipandang. Seringkali lesung pipitnya muncul apabila dia tersenyum gembira. Boleh cairlah kalau melihatnya tertawa. Bukan itu sahaja, sifat kecuaiannya itu kadangkala  juga dibenci orang. Betul kata mereka, tidak semua manusia adalah sempurna, luar dan dalam. Malah, dia juga mempunyai seorang teman wanita.

 

           Nam Joon seorang pelajar biasa yang mengambil jurusan architecture. Bapanya sudah seratus kali berpesan agar menjadi seorang arkitek yang bekerjaya. Tetapi malang, jiwanya bukan dalam jurusan itu. Dia lebih gemar dengan kesenian muzik dan kesusasteraan. Buku-bukunya itu penuh dengan lirik dan nota-nota muzik. Walaupun begitu, demi menjaga hati kedua-dua orang tuanya, dia terpaksa akur dengan arahan mereka. Manakala, teman wanitanya pula, juga seorang pelajar biasa yang mengambil jurusan kedoktoran. Memang itu cita-citanya untuk menjadi seorang doktor yang dapat menyelamatkan berjuta-juta nyawa setiap insan di dunia. Nam Joon berasa sangat bangga melihat keazaman teman wanitanya itu. Dia juga kadangkala berasa cemburu dek kerana gadisnya itu dapat melakukan apa yang dia impikan. Bukan sepertinya. Hanya akur akan perintah kedua ibu bapanya sahaja tanpa menyoal lebih.

 

           Sebelum duduk di atas sebuah bangku, jejaka itu lekas mengeluarkan telefon bimbitnya daripada poket seluar lalu menaip,

 

           “Awak buat apa? Dan di mana?” – Boyfriend Kim Joonnie

 

           Selepas beberapa minit, telefonnya mula bergegar, “Kita dalam kelas. Awak nak apa?”

 

           “Rinduuuuuuuuuuuuuuuuuu, bila kelas habis? (≧∇≦*)”

 

           “Lambat lagi, tengah ada presentation ni ha. Dah lah, awak takyah la ganggu kita. Pergi la study. Jangan kacau!! (ノ°ο°)ノ”

 

           Nam Joon tertawa kecil melihat skrin telefonnya. Sumpah, dia merasakan teman wanitanya itu terlalu adorable sehinggakan dia mahu saja gigit-gigit kedua pipi gebunya. Usai melihat skrin telefon, Nam Joon meletakkannya di atas bangku sebelum dia mendongak ke langit biru.

 

           Hari ni aku tak de kelas. Kerja pun dah siap hm..’

 

           Setelah mengenang kehidupannya yang tak serupa langsung kehidupan, dia membuat keputusan untuk mengganggu gadisnya. Sudah diberi amaran keras pun masih ingin juga menganggunya. Apa punya boyfriend dia ni? Dia kembali mengangkat telefon bimbitnya, “Kelas habis bila? Biar kita tunggu awak sampai habis kelas. Lagipun kita dekat depan fakulti awak ni. ^♡ ”

 

           Tidak sampai beberapa saat terus telefonnya bergegar, “Awak ni gila ke?! Kan sejuk dekat luar tu! Dah jangan buang masa, balik dorm baca buku! ()ノ彡┻━┻”

 

           Selepas membaca pesanan yang diberi oleh teman wanitanya, hati Nam Joon berubah terharu. Kalau diikutkan, dia ingin sahaja menitiskan air matanya dek kerana kata-kata yang touching itu. Tetapi bila difikirkan balik, disebabkan dia seorang lelaki yang gagah perkasa – hm gagah ke? – terus batal niatnya tadi. Dia kemudian terus bangkit daripada bangku buruk yang diduduknya tadi dan mengorak langkah ke sebuah kedai serbaneka. Pintu kaca kedai itu dibuka perlahan dan kakinya melangkah masuk longlai.

 

           “Selamat datang!”

 

           ‘Apa kejadahnya kedai seven eleven ni ada orang sambut,’ detik hatinya, aneh. Nam Joon menguntumkan senyuman manis kepada insan yang menyambutnya. Insan tersebut juga membalas senyuman. Ya, inilah yang diperkatakan orang, budi bahasa, budaya kita. Bukankah begitu?

 

           Nam Joon melangkah ke rak yang penuh dengan snek dan ramyeon. Oh my god, ramyeon weh! Makanan favourite dia dengan girlfriend dia. Senang dimasak dan sedap dimakan. Malah, ramyeon juga makanan paling murah apabila mereka berdua tiada duit dan kelihatan papa kedana. Nam Joon selalu mengajak gadisnya dinner ramyeon, tetapi, kebelakangan ini, ajakan dia itu sering ditolak mentah-mentah. Well, medical student kan, jaga pemakanan sungguh. Impaknya sampai orang sekeliling dia terasa. Terasa berdosa jugak la kalau makan makanan fast food ini. Mana taknya, tiap-tiap kali diajak, mesti kena ceramah 24 jam, memang tak la kan Nam Joon nak hadap. Mahu bernanah telinga kalau setiap hari dengar bebelannya. Namun, walau macam mana pun perangai gadisnya itu, dia langsung tidak kisah. Nam Joon masih tetap sayangkan teman sehidup sematinya. Bagaikan pinang yang dibelah-belah banyak sampai tidak terkira. <3

 

           ‘Ah how I miss my chagi so much though….’ Keluhan panjang terbit di bibir. ‘Mungkin aku patut ajak dia makan ramyeon lepas habis kelas. Lagipun dah lama dah tak makan ramyeon bersama.’ Nam Joon mengangguk, tanda setuju. Dia pantas keluar dari kedai serbaneka tanpa membeli apa-apa. Teguran ‘Datang Lagi’ tidak sempat dia dengari dek terlalu gopoh untuk membalas pesanan temannya itu.

 

“Mana awak ni?” – Boyfriend Kim Joonie

“Awak, kita bosan..”

“Awak dah 10 minit kita tunggu ni, kita rindu awak. o(╥﹏╥)o”

 

 

 “Jangan kacau la, orang nak focus ni. Tau la dia pandai.”  

“Hish, pergi la taman main gelongsor ke kalau bosan, bising laa. (;¬_¬)”

“Acah lebih rindu padahal nak benda lain kan?”

 

“Awwww, awak ni tak baik tau.. ( ≧Д≦)”

 

“Hm, ya lah, kita layan ni.. Lagipun lecturer bebel benda tak penting ಠ╭╮ಠ”

 

“Lecturer awak suruh awak layan kita hari ni. Nice one! (≧∇≦)/”

 

“Hm believe whatever u want, I don’t care. (ω︶)”

“You do care... Especially about me. ^_^”

 

“No, I don’t! (ᗒᗣᗕ)՞”

 

“Yep, you do actually.. (´‿`)”

 

"Kita rindu awak la.. Awak tak rindu kita? ╥﹏╥”

 

“Kita pernah baca dalam satu buku..” 

“Isi hati perempuan ni seelok-eloknya disimpan dan sebaik-baiknya tidak memberitahu orang lain.”

“Jadi awak tak perlu tahu ψ(`∇´)ψ”

 

“Wah, kita lak yang kena ceramah (✖╭╮✖)”

 

“Siapa suruh tanya bila jawapan tu dah obvious? ⊙﹏⊙”

 

“So awak rindu kita yaaaaaa? Hmmmm? HMMMMM??? ( ͡ ͜ʖ ͡⚆)”

“KITA PUN RINDU AWAK JUGA!!!!!!!! (~‾⌣‾)~”

 

“LOLOLOLOLOL(^v^)”

 

“Hm~ By the way....”

 

“Yes?"

“I love you. (♡ >ω< ♡)”

 

            Nam Joon terkekek-kekek ketawa melihat responnya terhadap gadis kuliah itu. Dia memang gemar menyakat temannya. Tidak kira lah di mana, bila dan apa sekalipun, ada sahaja taktik yang dia ingin gunakan. Sakit kepala juga melayan kerenah si Nam Joon ni, kata si girlfriendnya. Walaupun begitu, dalam pandangan orang lain, mereka selalu memuji tindakan kebudak-budakan lelaki ini.  Kata mereka, pasangan ini bagaikan anjing dengan kucing. Gaduh-gaduh sayang gitu. Sekejap sweet gila sampai semut pun boleh kena diabetes. Bila bergaduh pula, sampai sebulan tak bertegur langsung.  Ish, geli kalau difikirkan balik. Tepiskan la wahai memori ini shuh.

 

            Pesanannya yang masih belum dibalas oleh teman wanitanya menyebabkan Nam Joon mati kebosanan. Mengapa dia tidak balas? Dia merajuk ke? Hm, macam tak biasa je gurau-gurau? Mana awak ni, wahai gadis impian hati idamanku? Hihihihihi.

 

“Marah ke, gadis idaman kalbu? (_☉)”

 

“Tak, wahai sahabat.. ω^”

“Tadi lecturer nampak kita main fon, jadi kita terus tutup.”

 

“Did u just friendzone me? U kidding right? (- ε -)”

 

“Yep I just did… ahhh and one more thing.”

“I love you too, Joonie (*≧∀≦*)”

“Masa untuk kita present dekat depan. Wish me luck!”

 

            Sesaat bagaikan seminit. Seminit bagaikan sejam. Sejam bagaikan sehari. Oh, kenapa lama sungguh girlfriend dia ni buat presentation?! Nam Joon melepaskan keluhan yang panjang. Dia betul-betul rindukan gadisnya. Sudah nak dekat seminggu mereka berdua tidak bertegur sapa. Hanya dapat membalas mesej antara satu sama lain sahaja. Itupun tidak lama. Busy assignment, katanya. Tak nak diganggu, katanya. Nam Joon faham dengan situasi girlfriendnya itu. Pelajar medical memang selalu sibuk dan berkepit dengan buku 24 jam. Lain benar dengan jejaka ini pula. Dia perlu menyiapkan model-model rumah yang pelbagai jenis. Rumah moden ada, rumah tradisional pun ada. Kebelakangan minggu ini, Nam Joon sering kelihatan berlari-lari anak dengan model rumahnya di atas tangan. Dan, terima kasih kepada tuhan, Nam Joon sangat bersyukur apabila kerjanya itu akhirnya dipersetujui oleh lecturer.

 

           Ketika Nam Joon sedang mengambil angin di tepi tasik, telefon pintarnya mula berdering.

 

           Ding ding ding.

 

           Pantas sahaja telefon pintarnya itu dicapai. Dia membuka peti pesanan.

 

“Kelas dah nak habis.. Where are you?”

 

“On the way to the park we usually lepak. Cepat and I’ll wait my princess.”

 

“Awak baca message ni elok-elok tak? Kelas dah nak habis ya, bukan dah habis.”

 

“Tak apa, kita still tunggu awak”

 

“Awwwwww”

“My namja chingu is sooooooo sweet, right? ʅ(◔ ) ʃ”

 

 “Awwwwwwwww”

“My yeoja chingu is sooo sweet-sweet too. (˘⌣˘ღ)”

 

            Pesanan Nam Joon kemudian hanya dibaca oleh teman wanitanya sahaja. Berat hati juga untuk menunggu temannya tiba. Seperti yang dikatakan tadi, sudah seminggu tidak bertegur. Nam Joon memang terlalu rindukan gadisnya. Dia rindukan senyumannya. Dia rindukan gelak tawanya, kerenahnya, kemanisan perlakuannya, dan yang paling dia rindukan adalah diri gadis itu sendiri.

 

           Langkah Nam Joon terhenti apabila dia tiba di taman di mana tempat bermulanya mereka berdua berjumpa. Dan mungkin, pada masa itulah mereka mula jatuh cinta antara satu sama lain. Taman ini berkemungkinan besar adalah tempat cinta mereka berputik. Nam Joon menggelengkan kepala apabila memori yang kian lama mula terlintas di minda. Cepat sungguh masa berlalu. Pejam celik pejam celik, sudah 3 tahun mereka berdua bersama. Nam Joon tersenyum manis seorang diri, ‘Love is indeed a powerful thing.’

 

       Jejaka itu tanpa melengahkan masa, melubuhkan punggungnya di atas sebuah buaian yang pernah dia duduk suatu ketika dahulu. Dia menyumbat kedua-dua belah earphone ke dalam telinga sebelum memasangkan lagu kegemarannya. Matanya perlahan-lahan tertutup rapat.

 

           Tiba-tiba, Nam Joon seperti merasakan seseorang sedang menarik earphone pada telinga kirinya sebelum namanya dipanggil, “Nam Joon……”

 

           Nam Joon dengan mamai daripada tidurnya, menjawab, “Siapa tu?”

 

           Kedengaran gelak tawa terbit di bibir seseorang. Sumpah, dia kenal benar suara ini, “Siapa lagi kalau awak tak kenal?”

 

           Terus segar daripada tidur, Nam Joon segera bangkit lalu dia memandang insan di hadapannya, wajahnya berubah masam mencuka. Matanya seakan-akan tidak percaya yang di hadapannya itu adalah gadis idaman kalbu yang dia rindui selama ini. Hatinya bercampur baur. Adakah dia gembira? Adakah dia sedih? Nam Joon sendiri tidak pasti.

 

           Dahi gadis itu dikerut apabila tiada sebarang respons yang  diberi oleh Nam Joon, “Tadi kemain benar rindu.. Bila dah jumpa sepatah pun tak cakap ya? Macam ni la kan.”

 

           Perawan itu mula mengorak langkah laju, meninggalkan Nam Joon yang terpinga-pingan untuk mengejarnya. Nasib baik, Nam Joon bukan seorang yang begitu blur dan dia sempat catch up teman wanitanya, “Sorry! Kita terpegun kejap sebab dah lama tak jumpa awak. Awak nampak lain.”

 

           “Apa yang lain?” soal gadis itu.

 

           “Awak nampak gemok! KEKEKEKEKEKEKE”

 

           “AWAK CAKAP APA TADI!?” Buku yang digenggam erat dalam tangan terus dia gunakan untuk memukul bahu lelaki itu berulang kali. Ada dia kisah sakit atau tidak?  Biar dia rasakan macam mana aku rasa HAH! PADAN MUKA!

 

           “Adududududu awak! Sakit lah!”

 

           Gadis itu tersenyum sumbing sebelum mengutarakan perkataan, “Serves you right! Cakap orang gemok kan! Ingat dia kurus sangat ke?! DUA KALI LIMA JAA!!!” Tangannya kedua-dua disilangkan sambil bibir dicebik.

 

           “Alahai~ Uri chagi is always cute maaa!~” Nam Joon menghulurkan kedua-dua tangannya kepada gadis itu, bibirnya turut mengukir sebuah senyuman.

 

           Kepala gadis itu digeleng berulang kali, dahinya dikerut seribu, “Tak boleh! Ibu tak kasi! Kita tak halal lagi!”

 

           Dengar sahaja kata-katanya, wajah Nam Joon berubah menjadi bangga. Dia tahu teman wanitanya itu sangat tegas dan kuat pegangan agama. Dia bangga mendapat teman seperti ini. Satu dalam sejuta!

 

           "Apa awak ni? Kita nak tolong awak angkat buku, awak dah fikir bukan-bukan ya? Dah tak sabar ke?” seloroh Nam Joon, keningnya pula diangkat-angkat dengan senyuman sinis terlekat di bibir. Lelaki itu mula perasan kedua-dua pipi gebu perawan itu sudah merona merah. Dia mengusiknya lagi, “By the way, mama dah tanya. Bila kita nak kahwin?”

 

           Langkah gadis itu tiba-tiba terhenti. Hatinya  bagaikan terpanah petir agaknya apabila mendengar soalan seperti itu.  Sebenarnya, dia belum bersedia untuk perkara seperti sedemikian. Hatinya masih lagi berkata yang dia seorang budak kecil. Gadis itu  sangat takut untuk melangkah ke alam yang dipanggil alam dewasa. Dia mendongak ke langit biru sebelum melepaskan keluhan panjang. Kelopak matanya ditutup rapat. Dia benar-benar belum bersedia.

 

           “Awak…..”

 

           Lamunannya terbengkalai apabila kedengaran suara garau di sebelah memanggilnya. Ya, suara itu milik Nam Joon. Lelaki yang sentiasa membahagiakan hatinya yang suka dan duka. Dia pasti, ini lah jodoh yang tuhan sudah tentukan di luh mahfuz.

 

           “Minggu depan kita jumpa ibu eh? Then, kita jumpa mama pulak bincang, nak?"

 

           “Are you sure? You seem unhappy when I asked you before.”

 

           “What are you talking about? Ke awak yang tak ready nak kahwin dengan kita?”

 

           Nam Joon tergelak kecil melayan kerenah Si Gadis ini, “Hm? Awak baru je propose dekat kita ke sekarang ni?”

 

           Kepalanya diangguk, tanda setuju. Tanpa melengahkan masa, gadis itu terus menghulurkan buku-buku yang tadi dienggam erat dalam genggamannya kepada Nam Joon. Nam Joon pun tidak menyoal lebih dan akur sahaja dengan perbuatan gadisnya. Hanya mereka berdua sahaja yang tahu isi hati masing-masing.  Tidak perlu diperkatakan lebih, mereka sudah tahu apa yang mereka inginkan. This is what we called soulmate.

 

           Mereka kemudian bertukar pandangan sebelum membalas senyuman.

 

           “Awak, jom makan ramyeon?” ajak Nam Joon dengan muka yang penuh harapan. Dia tidak mahu dengar ceramah yang sama berulang kali seperti sebelum ini. Dalam hati sudah ada beribu-ribu doa yang dia sungguh berharap tuhan akan makbulkan. Dan, hidup itu indah, tuhan akhirnya menunaikan hajat Nam Joon.

 

           “Jom!”

 

           Hati Nam Joon melonjak kegembiraan, tanpa malu dia laju berkata, “I love you so much. Till death do us apart hm?”

 

           Wajah gadis itu kembali merona merah, dia berbisik perlahan, “I l-love you t-too..”

           

            Awak ada cakap apa-apa ke tadi?”

 

           “TAK DE APA! DAH JOM.”

 

           Pantas sahaja gadis itu meninggalkan Nam Joon yang terkekek-kekek melihat perangainya. Benar kata orang, love is indeed a powerful thing in the world.

 

  


 

 

Ok done hehe, so how about it?

University AU kinda cute kan? Tak sabar nk masuk univesity tbh <3

Let me know in the comment! Please don't be a silent reader!

Terima kasih sebab sudi singgah membaca! :3

 

 

With Love,

Min

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
WithLoveMin
hm bila cik penulis nk update ni aahahahha

Comments

You must be logged in to comment
LuvelyEyka
#1
Chapter 1: MIn, diabetes dibuatnya baca citer ni. Apa-apa pun, good job. Sila create citer lagi di masa akan datang. Good Luck, author MIn!! (^_^)v
Schanis_Ika #2
Chapter 1: NAAAKAkKaKKKK LAGEEEEYXYUDUDUDUDUDUSN JSOSMWOSSNSUB :") comel sgt >.<!!!
aienahajeerah #3
Chapter 1: Its cute.. comel. :)
lunaticmoon
#4
Chapter 1: Weee comel angat2 haha i can totally imagine namjoon mengada camtu dgn org tersayang. Good job author Min!
sitiazilataemin88
#5
Update soon ^_^