PILIHAN

Description

Kisah ini bermula apabila Sehun dan Jenny dipertemukan , bermula sbg seorg kawan dan seterusnya menjadi sepasang kekasih. Diawal perkenalan semuanya indah belaka, bak kata org kalau dah cinta kentut pun jadi wangi. Begitulah Sehun dan Jenny, sejak menjadi pasangan kekasih mereka tidak pernah bergaduh besar. Sehun sememangnya seorg yang penyabar dan tidak mementingkan egonya. Secara jujur, Jenny berasa amat selesa dan bertuah kerana memiliki Sehun sbg teman lelakinya. Dan begitu juga sebaliknya. Namun, hubungan mereka teruji apabila kedua ibubapa mereka berkehendak untuk mengikat tali pertunangan antara mereka berdua. Memandangkan Sehun masih bergelar seorg pelajar dan tidak mempunyai pendapatan, situasi tersebut menjadi satu beban buatnya. Walhal ibunya sudah bersetuju untuk membiayai kos selama pertunangan mereka tetapi Sehun masih kurang setuju dgn rancangan tersebut. Sama seperti Sehun, Jenny juga berasa gelisah tentang pertunangan tersebut. Dia masih muda untuk menjadi tunangan org dan perjalanannya sbg seorg bujang masih panjang. Keadaan ini menjadi permasalahan diantara mereka kerana masing² masih terlalu muda untuk bertunang atau berkahwin. banyak lagi perkara yang perlu difikirkan sekiranya rancangan ini diteruskan. Bagaimanakah nasib Sehun dan Jenny pada akhirnya? Adakah mereka akan bersama atau terpisah? Lalu, bagaimana dgn segala janji yang telah dikotakan ketika dahulu agar setia dan saling mencintai?

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet