*01* Berita yang mengejutkan

Harapan Terakhir (마지막 소원)

 

 

 

Perlahan-lahan Baekhyun melangkah masuk ke dalam rumahnya kerana takut ibu bapanya akan terjaga dari tidur. Namun sangkaannya meleset apabila ibu bapanya mula menegurnya di ruangtamu.

 

" Lewat balik? Dah puas enjoy?" perli ayahnya sambil menunjukkan ke arah jam dinding yang menunjukkan hampir pukul 2 pagi.

 

" Mestilah. Lagipun buat apa duduk kat rumah,je tanpa buat apa-apa? Baik keluar." jawab Baekhyun selamba.

 

" Baekie,omma dah tak tahan dengan perangai kamu sekarang nie. Balik lewat-lewat macam nie bahaya tau tak?" tegur ibunya risau.

 

" Saya dah besarlah. Tak payah lah nak risau sangat. Pandai la saya jaga diri saya sendiri. Saya nak tidur.Penat. " jawab Baekhyun lalu menaiki tangga menuju ke biliknya.

 

Keesokan harinya,di ruang makan.

 

" Selamat pagi semua." ucap Baekhyun dan terkejut dengan kehadiran tetamu yang tak dikenalinya yang sedang duduk di meja makan bersama keluarganya yang lain.

 

" Dudukla. Kita sarapan sekali." arah ibunya dan Baekhyun duduk di sebelah ayahnya dan berhadapan dengan tetamu yang lain.

 

" Perkenalkan ini Baekhyun,anak kedua saya. Baekie,ini keluarga Park kawan lama omma masa sekolah dulu." jelas ibunya. Baekhyun hanya tersenyum.

 

" Comel macam ibu dia juga." puji Puan Park membuatkan ibunya Baekhyun tersipu malu.

 

" Ada-ada jer. Oh,ya mana anak sulung awak? Tak datang ker?" soal ibu Baekhyun.

 

" Dia ada hal sikit katanya. Sebab tulah adik dia je yang ikut." kata Puan Park sambil menepuk bahu anak keduanya Jihoon. Jihoon hanya tersenyum.

 

" Jemputlah makan dulu. Nanti baru kita berbincang." pelawa ayah Baekhyun dan mereka mula menjamu selera.

 

' Berbincang? Bincang apa agaknya yer?' soal hati Baekhyun.

 

Selesai makan, ibu Baekhyun menyuruh Baekhyun naik ke biliknya bersama Jihoon. Tanpa berkata apa-apa Baekhyun membawa Jihoon naik ke biliknya.

 

====.====

 

Di dalam bilik.

 

" Boleh hyung tanya sesuatu? " soal Baekhyun kepada Jihoon.

 

" Tanyalah."

 

" Apsal mak ayah kau datang rumah hyung? Kau mesti tau sesuatu kan?" soal Baekhyun namun Jihon hanya menggelengkan kepalanya sahaja.

 

" Mustahil kau tak tau. Kau cuba sembunyikan sesuatu dari hyung kan?"

 

" Mana ada. Saya betul-betul tak tahu." kata Jihoon cuba menyakinkan Baekhyun. Baekhyun hanya mampu mengeluh lalu membaringkan dirinya di atas katil.

 

" Kau nak buat apa buat la. Main la apa yang kau nak main." kata Baekhyun membuatkan Jihoon teruja sekali terutamanya apabila melihat PS4 yang ada di dalam bilik Baekhyun itu. Sejak melangkah masuk ke bilik Baekhyun lagi Jihoon hanya tertumpu pada PS4 itu saja.

 

Beberapa jam selepas itu,Baekhyun turun ke tingkat bawah untuk mengambil air. Sebaik sahaja dia menuruni tangga,dia terkejut apabila melihat ibu bapanya serta ibu bapa Jihoon sepertinya baru lepas menangis.

 

" Kenapa nie? Apa yang dah berlaku?" soal Baekhyun lalu menghampiri ibunya.

 

" Takda apa,Baekie. Omma ok." kata ibunya lalu mengesat air matanya.

 

" Tipula. Saya nampak kamu semua menangis tadi. Ada apa-apa berlaku ke?" soal Baekhyun ingin tahu.

 

" Baekie,panggil Jihoon. Kata mak ayah dia dah nak balik." arah ibunya yang cuba mengelak daripada menjawab soalan Baekhyun itu. Tanpa melawan,Baekhyun segera naik ke biliknya untuk memanggil Jihoon.

 

Sebaik sahaja keluarga Park pulang,Baekhyun mula menanyakan soalan yang sama kepada ibu bapanya.

 

" Knape,nie? Ada apa-apa masalah ke?" soal Baekhyun tak puas hati.

 

" Baekie,sebenarnya kamu akan berkahwin tak lama lagi." kata ayahnnya membuatkan Baekhyun terkejut.

 

" Betul tu,Baekie."

 

" Wait,what? Tak. Saya taknak kahwin."

 

" Kenapa?" soal ayahnya.

 

" Omma,appa.. Saya masih tak bersedia untuk kahwin lagi. Lagipun Sanghyun hyung pun tak kahwin lagi takkan saya nak kahwin pula."

 

" Masalahnya anak sulung keluarga Park sukakan kamu. Dia nak sangat kahwin dengan kamu." jelas ibunya.

 

" Tapi saya tak kenal dia,omma. Maafkan saya. Saya tetap taknak kahwin. Tak akan.." tegas Baekhyun lalu beredar ke biliknya.

 

" Macam mana kita nak pujuk dia nie,bang?" soal ibu Baekhyun kebingungan.

 

" Kita biarkan dia dulu. Nanti kita bincangkan lain."

 

====.====

 

Di dalam bilik Baekhyun.

 

Baekhyun hanya duduk di birai katil sambil memikirkan kata-kata ayah dan ibunya tadi.

 

" Kahwin? Jangan harap aku akan setuju. Aku takkan kahwin dengan orang yang aku tak kenal. Tak akan.." ngomel Baekhyun sendirian. Tetiba handphonenya berdering tanda panggilan masuk. Selepas melihat ID pemanggil,dia mula menjawab.

 

" Hello,awak.."

 

" Baekie,jom jumpa. Saya rindu la kat awak." ajak Yi Fan di sebalik talian.

 

" Baiklah. Kebetulan pula saya ada sesuatu nak bagitau awak. Kita jumpa kat tempat biasa,ye."

 

" Nak saya jemput awak?"

 

" Tak perlu. Saya boleh pergi sendiri."

 

" Baiklah kalau macam tu. Nanti kita jumpa yer."

 

Baekhyun mematikan talian terlebih dahulu. Dia segera bangun dari katilnya lalu menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya. Setelah selesai bersiap,dia mulai turun ke tingkat bawah.

 

" Kamu nak ke mana,tu?" soal ayahnya yang sedang menonton cerita  'Titian cinta' yang direkodnya tempoh hari di ruang tamu.

 

" Saya nak keluar,kejap." kata Baekhyun dan terus keluar tanpa berpaling ke arah ayahnya.

 

====.====

 

Di restoran yang dijanjikan.

 

Baekhyun hanya termenung sambil mengacau air orennya dengan straw tanpa meminumnya. Yi Fan yang hanya memerhatinya sejak tadi lagi mula memegang tangan kiri Baekhyun lalu diusapnya lembut.

 

" Knape,nie? Muka awak nampak resah je dari tadi. Awak okay?" soal Yi Fan risau.

 

" Yi Fan,macam mana kalau saya dipaksa kahwin dengan orang lain? Awak sedih tak?" soal Baekhyun membuatkan Yi Fan sedikit terkejut.

 

" Kahwin? Awak akan berkahwin ke? Siapa laki,tu?"

 

" Masalahnya saya pun tak kenal dia. Tengok pun tak pernah. Yi Fan,kita kahwin nak tak? Awak datang jumpa mak ayah saya dan kata awak nak kahwin dengan saya. Dengan cara nie jer kita boleh selamatkan hubungan kita nie." cadang Baekhyun. Yi Fan hanya membisu dan dengan perlahan-lahan dia meleraikan pegangan itu.

 

" Kenapa? Awak tak sudi kahwin dengan saya ke?" soal Baekhyun dan mulai berdiri.

 

" Baekie,saya.." belum sempat Yi Fan berkata apa-apa Baekhyun sudahpun beredar dari situ. Yi Fan mula mengejarnya.

 

" Baekie,tunggu." arah Yi Fan lalu memegang pergelangan tangan Baekhyun.

 

" Apa?! "

 

" Saya bukan taknak kahwin dengan awak. Cu-cuma saya masih belum bersedia untuk kahwin."

 

" Apa? Masih belum besedia? Itu,je alasan awak. Dari dulu sampai sekarang alasan awak hanya itu je. Setiap kali saya soalkan pasal kahwin yang tu je jawapan awak. Awak memang taknak kahwin dengan saya betul,tak??" teka Baekhyun lalu merentap tangan Yi Fan dengan kasar.

 

" Awak jangan menyesal kalau saya dah jadi milik orang lain." sambungnya lagi lalu beredar dari situ dengan perasaan hampa.

 

" Baekie! " panggil Yi Fan namun Baekhyun langsung tidak menoleh ke arahnya lagi.

 

====.====

 

Di ruang tamu rumah Baekhyun.

 

" Saya dah ballik." ucap Baekhyun sebaik sahaja tiba di ruang tamu.

 

" Baekie,appa dan omma nak cakap sikit dengan kamu." kata ayahnya.

 

" Kalau pasal kahwin tu..Saya setuju.." kata-kata Baekhyun itu membuatkan ibu bapanya terkejut.

 

" Betul ke nie,Baekie?" soal ibunya teruja lalu memegang kedua-dua tangan anaknya itu.

 

" Iye. Lagi cepat lagi bagus. Sa-saya tak sabar nak kahwin dengan dia."

 

" Baekie,gomayo.. Omma tahu kamu akan setuju juga nanti. Tak sabarnya rasa.." kata ibunya sambil memeluk anak kesayangannya itu.

 

" Saya pun.." kata Baekhyun dengan hati yang tak rela.

 

to be continues..

Sori lah kalau tak syiok yer..

 

Thanks

kerana sudi beri comments

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
mpreggoland
#2
Chapter 1: cian Baekkie kena paksa...
tp knp Yifan xmau kawin ngan Baekkie? Kan dh melepas hehehe
hummingbird69
#3
Kenapa Chanyeol tulis begitu? Curious ni. XD