Ong Seongwoo

Kenapa
Please Subscribe to read the full chapter

"Cik adik! Boleh ambil pesanan saya?"

Aku tau suara siapa tu. Aku mengeluh kecil sebelum memusingkan badan melihat lelaki yang sedang duduk di meja yang baru ku lepasi tadi. "Kau buat apa kat sini?"

Wajah kacak Seongwoo memandang tepat kearah ku dengan senyuman yang paling manis. Ya, memang dia kacak.. dan aku tak boleh nak nafikan semua tu. Kalau mamat ni buat senyuman manis dia tu, mesti lembik kaki-kaki wanita kat luar sana. Dia ade ciri-ciri prince charming bagi orang lain. But, not for me.. dia UNcharming.

Seongwoo nilah mamat yang pernah nampak aku struggle dengan lima beg plastik lepas habis borong kat shopping mall tahun lepas. Dia pandang aku dengan simpati dan bertanya, jika aku memerlukan bantuan. Dan of course lah aku angguk. Dengab selamba dia jawab. "Jadi, panggil lah sesiapa tolong bawakan.." sambil gelak macam mak nyah.

Tapi.. walaupun dia taklah charming. Aku tetap admit yang dia memang gorgeous! 

Kami berdua sebenarnya berjiran di apartment hampir setahun dah. Sebenarnya aku boleh je tinggal kat rumah banglo mak ayah aku tetapi aku rasa nak berdikari lepas graduate.. jadi ni jelah yang aku mampu hoho!

"Saya nak order breakfast lah.. tapi bila nampak awak, perlu bayar lebihlah kan sebab banyak gula." Seongwoo senyum gatal. Aku rasa nak lempang mamat ni. Ingat comel ke? Ok, sebenarnya memang cute.

"Tolong jangan ngorat aku sekarang. Aku tengah kerja."

Aku menjulingkan mata kepadanya dan menuju ke dapur restoran. Belum sempat aku nak pusingkan tombol pintu, ada pula budak pendek panggil nama aku. 

"Sera!"

Aku pandang kearah suara tu. Bila aku dapat tau je pemilik suara tu. Aku keraskan diri. Lahai, budak nerd ni nak kacau aku lagi ke..

"He.. heii Baejin.." Dia ni satu universiti dengan aku, cuma aku kerja part time sebab nak dapat duit tambahan je. Baejin? Entah, aku tak layan sangat mamat nerd ni. Dia selalu kacau aku sebab dia syok kat aku hik hik.

"Awak nampak cantik hari ni.." Puji Baejin dengan mendongak kepala sedikit. Ya, aku lagi tinggi dari dia. Muahahaha!

"Bila shift awak habis?" Tanya Baejin lagi. 

"Baru mula." Penipu. 20 minit lagi nak habis.

"Kalau macam tu, lepas habis nanti.. awak call saya? Kita keluar makan sama-sama atau enjoy?" Kening kirinya diangkat.

"Maaf. Saya tak boleh." Ok, ni first time aku jujur kat dia. Tak berlapis mahupun bertalam. Aku dah penat nak layan budak nerd ni. Biasanya, aku tak ambil peduli atau cakap aku busy. Aku dah banyak bagi dia hint. Aku tak suka dia. Dia ni tak faham bahasa ke?

"Ke.. kenapa?" Dia nampak terkedu.

"Sebab.. sebab.. saya dah ada boyfriend! Ya! Ada boyfriend!" Bengap. Tak sangka aku ni bengap. 

"Kalau nak tipu pun, please.. jangan guna alasan tu." Baejin mengerutkan dahi sebelum menyambung. "dan.. kalau ye pon, dia takkan tahu saya ajak awak keluar."

"Dia akan tahu. Kami selalu bersama-sama. Macam gula-gula getah yang melekat kat bawah meja tu... haa.." Aku harap peribahasa aku ni menambahkan markah kepercayaan dia tu. Tolonglah!

"Oh. Dia ada dekat sini ke?"

Tet! Markah peribahasa ku ditolak.

Baejin tersengih jahat sebelum menapak setapak kehadapan ku dengan berani. Nak cabar aku ye?

Aku mula berperang antara maruah dan kebenaran. Hati aku cakap jangan tipu. Jangan tipu Jangan tipu! "Ya, dia ada kat sini."

Ok, bengap.

"Oh.. serius?" Baejin makin menghampiri ku. "Jadi, mana dia?"

"Dia.. err.. er.." aku memerhati sekeliling. Tak nak lah nampak sangat gelabah tu. 

Tiba-tiba aku nampak tubuh seseorang yang aku kenal. Sangat. Seongwoo. 

"Hah! Tu dia!" Aku lari kearah Seongwoo tergopoh-gapah sebelum meletakan tangan ku dia atas bahunya. Dengan awkward sekali.

"Ini Baejin, kawan universiti saya dan ini Seongwoo.." aku berhenti dan menyambung. "My boyfriend."

Seongwoo memandang ku dengan penuh berteka-teki tapi tak lama lepas tu, tanduk mula kelihatan di kepalanya dan dia senyum jahat. Sangat jahat ye. 

Seongwoo berdiri dan memeluk pinggang ku. "Hei Baejin.. macam mana awak kenal dengan sayang saya ni?"

"Kami classmate waktu sekolah menengah dan satu course dalam universiti." Panahan mata Baejin sangat tajam. "Kami sangat rapat."

Rahang aku jatuh. Serius Baejin? Sejak bila?

"Oh okey.. seronok dapat berkenalan dengan kawan rapat baby ni.." 

"Jadi.. kau pun ikut sekali sabtu ni?" Tanya Baejin.

Sabtu ni, birthday party classmate dulu. Of course aku pergi tapi bukan dengan mamat ni.

"Seongwoo.. dia tak.." Seongwoo lintas percakapan ku.

"Sabtu ni? Saya akan pergi."

Rahang aku jatuh lagi sekali. Biar betul mamat ni. Ish.

"Tapi Seongwoo.. bukan ke awak ada hal malam tu?" Suara aku nampak je baik tapi aku tengah ugut dia guna mata. Tak guna.

"Tiada lagi penting dari awak baby.." Senyum jahat lagi.

"Mana boleh macam tu. Saya dianggap macam penghalang awak je.." Tolonglah babun..

"Tak. Tugas saya adalah bersama awak bila diperlukan."

Aku mengetap bibir sambil senyum fake. "Fine." Aku taknak Baejin tangkap situasi sekarang ni. Dia tu buka bodoh sangat.

Baejin memandang kami secara bergilir. "Jumpa malam sabtu nanti."

"Okey!" Seongwoo melambai bahagia.

Baejin berjalan keluar dari restoran dan aku segera memandang Seongwoo. Dia senyum. 

"Jangan pandang aku macam tu."

Aku melangkah setapak kebelakang supaya tangan kanan dia jatuh dari pinggang ku. Aku mengeluh. "Kenapa kau cakap kau akan ke party tu?"

"Sebab memang aku akan ke party tu." 

"Kenapa pula!" aku memeluk tubuh.

"Saya teman lelaki awak.."

"Tak! kau.."

"Tapi awak tak rasa ke ketinggalan zama kalau tak bawa teman lelaki ke birthday party kawan lama?"

"Uh.. ye.. memang.. tapi.."

"Dan saya cuma nak tolong awak." Dia senyum lagi.

"Sejak bila mengada nak tolong aku ni?" Aku mengangkat kening kiri. "Kau mesti rancang sesuatu kan?" 

Seongwoo menggaru leher. Dia nampak was-was. "Mungkin.. tapi saya takkan bagitau pun kalau ada." 

Dia tunduk dan cium pipi aku. "Nanti kita jumpa lagi ye pudding!"

 

 

 

 

***

 

 

 

 

"Hai sayang~ how was your day?" 

"Eh! Macam mana kau boleh ada kat sini?" ujar ku sambik mata meliar ke pintu apartment ku yang tertutup rapat. Ok. Seram.

Seongwoo duduk di atsas sofa dan dengan sopannya kaki beliau berada diatas meja. Wow!

"Macam mana aku kat sini tak penting." Dia pejam mata. "Kita patut bincang pasal hubungan kita."

"Oh. Tidak. Awak nak minta putus ke?" Balas ku dengan sedih. Konon.

Seongwoo buka mata balik dan pandang aku sambil senyum. "Comel." pastu masam balik. "Tapi bukan tu.. kita kena set up beberapa perkara pasal hubungan ni."

"Perkara apa?" Aku melabuhkan punggung ku di sofa hadapannya.

"Perkara macam... mana mana kita jumpa. Berapa lama dah bercinta dan sebagainya." terang Seongwoo satu persatu.

"Kenapa kau beria sangat dalam hal ni?" tambah ku. Pelik dengan mamat ni. Ni masalah aku bukan dia. Tapi patutnya aku bersyukurlah kan?

"Hah, ia menyeronokkan. Semua orang perlukan drama dalam hidup. Lagi-lagi awak, Sera." 

"Hidup aku dah penuh dengan drama ye.." 

"Selalu layan drama tak semestinya hidup penuh drama."

"Saya tak layan drama!" Aku tergagap. Mata ku lari dari memandang wajahnya.

Seongwoo tenung aku lama. Lupa, dia jiran aku.

"Aku cuma buka tv supaya rumah ni bising sikit. Yelah, aku tinggal sorang-sorang je. Sunyi. Hahaha.." Aku gelak fake. 

Dia tenung aku lagi.

"Fine!" Aku menyilang tangan dan mencebik. "Jom sambung masalah tadi."

Seongwoo pandang aku dengan muka tak percaya. Tapi dia malas nak bising pasal tu dah. "Jadi, macam mana kita start dating?"

"Apa kata.. kau selalu ikut aku macam anak kucing kat tepi jalan sehingga aku kesian kat kau dan jaga kau?"

Seongwoo buat muka menyampah. "Itu tak adil untuk saya." 

Aku gelak. "Jadi.. pendapat kau?"

"Kita berjalan dia taman dan tiba-tiba awak cium saya sebab saya hensem sangat.."

Aku meneguk air liur. Tetibe mata gatal ku terpandang bibir dia. Oh tak guna. Jangan byuntae wahai innocent girl.

"Tak. Tu tak mungkin jadi." Aku berdehem. "Kenapa kita tak bagitau yang kita selalu bertembung dan akhirnya kau ajak aku keluar?"

Dia menggaru leher. "Err.. tak romantik tapi okey lah tu."

"Kalau soalan pasal sebanyak mana kita mengenali antara satu sama lain.. Kita cakap apa yang kita tahu je." Aku malas nak fikir banyak-banyak. Lagipun kami selalu jumpa. Jadi, memang tahulah perangai masing-masing.

"Oh. Macam awak pernah lari ke apartment saya dan terjatuh kat depan pintu sampai kasut jatuh dari balkoni?" Dia smirk. Asal mamat ni pergi flashback. Muka aku merah.

"Aku.. aku rasa kau tak patut cerita pasal benda tu. Dan hanya cakap kita ni jiran, okey?" 

Ia hanya mengambil setengah jam untuk selesaikan perkara-perkara dan masalah dalam hubungan fake ni.

"Selesai.." Seongwo

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Michaeng_Chaeyoung
#1
Chapter 1: please buat Bts Jimin untuk fanfic lepas ni! Please! sebab jarang dapat jumpa fanfic pasal Jimin , malay.version.
sitiazilataemin88
#2
Chapter 1: Comel gila citer ni >_< smpi tersengih-sengih sya baca huhuhu
Good job Authornim ^_^
CacaBila #3
hhuhuhuh, aq tak tahulah baca story ni. malu ade, suka ade, gembira ade, nak jadi gedik tiba2 pon ni ade haa.. rasanya x yah makanlah kot, dah kenyang makan gula lagi td ha?
Park_Rafa88
#4
Chapter 1: Omggg boleh kencing manis macam ni author-nim! As long as it is wanna one and just as cute as this story..saya tetap akan baca! Nice story and ong awak nak jadi bias-wrecker ke apa? Ahahaha~ tahniah author-nim! Keep me update with your jjang ff! And saya harapkan kalau boleh Kang Daniel or Guan Lin? Both of them sangat comel!
bigbangtanboys
#5
Chapter 1: Comel gila citer ni. Dah macam org gila saya sebab senyum sorang2. Haha. Saya rasa Seongwoo nak create fake story tentang hubungan diaorang sebab terlalu banyak tgk drama TvN kot xD Ke dh tukar SBS pulak. Hoho. Saya suka watak Seongwoo dalam ni. Good luck utk other story and cakap pasal next member utk watak seterusnya, saya cadangkan woojin. Woojin pun lawak. Saya dpt bygkan kalau dia jadi watak utama.
yu_hada #6
Chapter 1: I love this story because it so funny...???sy harap awak blh buat cerita yg best & x kering gusi bile org bace...?
kingbeta
#7
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.