Finale

My First Love Story
Please Subscribe to read the full chapter

Aku bernama Park Hyena, Hari ini, kisah cinta yang pernah aku ingin lupakan kembali meniti di dalam jambatan memori aku. Kisah cinta pertama yang telah sekian lama tersimpan di ingatan. Mungkin berat rasanya untuk di ingati kerana ianya bukan sesuatu kenangan yang berakhir dengan baik jika boleh di padamkan seperti fail yang berada di dalam handphone aku inginkan ia terjadi, tetapi apa yang daya kerana kenangan itu membuatkan aku sedar yang dia bukan untuk aku.

Kisah cinta pertama aku bermula sejak aku masih kecil di hari pertama dimana aku akan memulai alam persekolah tadika. Tak sangka kecik kecik dah gatal rupanya. Aku telah di beritahu oleh mamaku yang aku akan mengikuti persekolah pada sesi petang tapi aku menolaknya, aku ingin ditukarkan pada sesi pagi kerana salah seorang kawan baik ku Eunmi mengikuti persekolahan pada sesi pagi. Permintaan aku diterima dan aku didaftarkan Kembali untuk sesi pagi mungkin kerana petugas pendaftaran ialah rakan baik ayah aku. Semasa menunggu segalanya di uruskan oleh ayah aku, aku melihat mamaku berbual dengan seorang wanita yang juga sebaya dengannya sambil memengang erat seorang budak lelaki di sampingnya. Aku terus pergi ke arah mama dan mereka berdua.

"Minha yang ini ke Hyena?" Tanya wanita itu apabila aku datang memeluk mamaku di bahagian peha.

"Ya" jawab mamaku ringkas.

"Dah besar, cantik tu pula, rambut nie siapa yang ikat" soal wanita itu kepada aku.

"Mama" jawab aku.

"Pandai dia, Anak dapat sesi pagi ke petang" soal wanita itu lagi.

"Dapat petang tapi tukar pagi sebab ada kawan dia ada yang pagi".

"Ye ke? Kalau tak boleh sama dengan Taehyung, Hyena nie Taehyung".

"Taehyung?" Soal ku sendiri. Aku memadang ke arah anak lelakinya. Dan dia tersenyum ke arah aku kembali.

Kami berempat saling melambaikan tangan apabila sudah waktunya untuk pulang. Aku sangka kan yang aku tidak akan berjumpa dengannya tapi tak sangka yang aku akan selalu terserempak dengan dia waktu balik. Awal juga dia datang mesti jenis budak pandai tak macam aku pagi pun malas nak bangun, menyesal pula tukar pagi kalau tak mesti sedap tidur.

Dah habis tadika dapat sekolah rendah yang sama, sekelas pula tu tapi sayang betul bila kelas pertama yang aku duduki terlalu banyak murid dan akhirnya aku ditukarkan ke kelas kedua. Meskipun begitu entah kenapa perasaan ingin selalu melihatnya ada setelah dia menjadi superhero aku, itu terjadi bila dia menolong aku dari jatuh tangga. Aku masih ingat di sebabkan oleh itu dia secara tidak sengaja telah mencuri first kiss milik aku.

Walaupun kami berdua duduk di dalam satu kawasan perumahan yang sama, tapi susah juga untuk bermain bersama, dia budak lelaki dan aku budak perempuan plus aku nie jenis yang sangat pemalu. Oleh kerana dorongan kuat oleh Eunmi aku putuskan untuk membuang rasa terlampau malu aku, aku mulai bergaul rapat dengan dirinya. Akhirnya keputusan aku itu telah menjadikan aku budak perempuan yang boleh tahan gangster lah juga. kebanyakan murid lelaki dalam kelas akan takut bila aku dah mula naik marah.

Aishh lain yang aku nak buat lain pula yang jadi, apalah nasib aku. Aku masih ingat lagi tentang pergaduhan aku dengan budak lelaki jiran rumah aku yang bernama Hoseok sebab ejek aku dah lah Hoseok tu bestfriend Tehyung. Sama juga kesnya dengan budak kelas aku yang cari pasal dengan aku, Chanyeol namanya.

 Scene lawaknya dimana kami saling bertentang mata dengan perasaan yang tersangat marah, tapi datangnya si Baekhyun jenis penganggu, menganggu urusan aku dengan chanyeol, di ambilnya tangan Chanyeol menampar pipi aku. Aku balas balik tapi bukan Baekhyun. Bagi aku tu tangan Chanyeol. So Chanyeol lah yang berhak kena penampar aku balik. Aku nampak Chanyeol geram tapi semestinya bukan pada aku. Tapi pada Baekhyun. Akhirnya pergaduhan aku bertukar menjadi pergaduhan Chanyeol dan Baekhyun, teruk jugak hari tu sampaikan cikgu denda aku Chanyeol dan Baekhyun. 

Bila dah asyik naik kelas, aku kena ubah, aku dah tak mahu lagi nak bergaduh aku penat nak berpura pura kuat lagi satu yang sebenarnya dah terasa yang teramat malu bila time aku kena denda dia selalu nampak aku, rasa macam nak sorok jer muka aku nie. Aku selalu akan jumpa dengan dia waktu naik bas untuk sekolah pada waktu pagi dan masa balik dia akan datang sambil mulutnya sedang menyanyikan lagu kesukaannya. Sebenarnya aku dah lama tahu dia minat satu kumpulan tu dan sebab itu aku juga mula suka kumpulan itu. 

Dalam banyaknya kenangan ada satu yang menjadi moment yang paling aku suka, di mana masa itu ialah hari perkhemahan untuk tahun akhir sekolah rendah sebelum menjalani exam. kami telah di beri peluang untuk menaiki kuda yang di sediakan. Sambil berbaris menunggu giliran, aku melihat dia beratur di hadapan aku bersama dengan Hoseok tapi entah kenapa tetiba dia keluar dari barisannya. Matanya mula mencari sesuatu dan akhirnya dia melihat kearah aku, lalu dia datang menghampiri aku, "Kenapa kau tak naik kuda" soal aku tapi dia hanya membalas dengan tersenyum. Untuk sesiapa saja yang berada di tempat aku akan terasa berbunga di hati apabila melihat senyuman dari lelaki yang di sukai.

Taehyung duduk di sisi pagar hanya melihat pelajar lain yang menungang kuda. Akhirnya sampai juga giliran aku naik kuda. Aku mencari kelibat Taehyung tapi seperti tahu aku mencarinya dia melambaikan tangan kearah sambil menjerit menyuruh aku pengang dengan kuat. Muka aku merah rasa malu dalam masa yang sama rasa berbunga. 

Hari berganti hari, akhirnya persekolahan rendah sudah berakhir. Tanpa sedar sudah 12 tahun aku menjadikan dia sebagai crush aku satu satunya dan akhirnya aku tidak lagi satu sekolah, apabila dia memilih untuk menerima tawaran sekolah menengah ke sekolah berasrama. Jujur aku tak sebijak dia yang mendapat kelulusan cemerlang dalam exam. Walaupun aku sedih tapi pada masa yang sama aku bangga sebab orang yang aku suka dari kecil adalah orang yang bijak. 

Aku mulakan sekolah menenggah tanpanya, masuk ke sekolah baru memang rasa lain, tidak ada lagi kawan aku baik aku Eunmi menemani aku. Aku mula berkawan dengan jiran rumah aku Kyungmi yang dulunya bersekolah rendah di sekolah lain seperti aku dia juga mengenali Taehyung. Antara aku dan Taehyung semakin lama susah untuk melihatnya. Hanya bila time masa cuti panjang dia akan balik kerumahnya.

Sakitnya hati bila dia balik di suka habiskan masa dengan jiran aku si Hoseok tu, bukan tak suka si Hoseok tu tapi kes yang dulu aku putuskan yang dia menjadi salah satu musuh aku, aku pasti mesti dia banyak cakap hal buruk tentang aku dekat Taehyung, tapi kira okey lah tu sebelah rumah aku kut, kira aku boleh cuci mata tengok dia itu jer yang membuatkan aku sangat berterima kasih dengan Hoseok sebab menjadi jiran aku. Dan aku berharap yang Taehyung tak akan beri sesiapa pun hatinya macam masa waktu satu sekolah dengan dia, beberapa kali juga lah aku tengok ada perempuan yang kena tolak dengannya sebab tu aku takut nak terus terang sebab bila aku buat dan aku kena tolak mesti tak akan ada lagi istilah kawan dalam hubungan aku dan Taehyung. 

Bila dah berkawan lama dengan Kyungmi aku baru dapat tahu yang ibunya Kyungmi kerja dengan ibunya Taehyung di kedai makan milik ibu Taehyung jadi bila habis sekolah Kyungmi akan pergi ke kedai untuk membantu sikit sikit jadi aku akan ikut sama. Manalah tahu dapat pikat hati bakal mak mertua. Sepanjang aku berkawan dengan Kyungmi dia tahu segala rahasia aku, salah satunya tentang Taehyung. 

Seperti terkena renjatan elektrik aku dikejutkan oleh syarikat ayah yang membuatkan aku satu family terpaksa berpindah untuk setahun dan pastinya aku tak suka tapi nak buat mana lagi aku kena terima, dan semasa itu aku kena ucapkan selamat tinggal first love aku untuk sementara aku harap yang dia akan setia dengan kekasih angan angan dia nie. 

Setahun berlalu dengan cepat, pejam celik aku sudah tamatkan persekolahan disana dan kembali semula ke rumah lama walaupun untuk sementara. Walaupun berjauhan aku selalu bertanya khabar dengan Kyungmi tentang dia. Hanya Kyungmi lah jambatan kerinduan aku. Aku tak tahu kenapa bukannya tiada lelaki lain yang cuba untuk mendekati aku tapi mungkin aku dah terlajak simpan hati aku untuk dia jadi semua lelaki tu aku tolak.

Aku datang ke rumah Kyungmi untuk suprise kan dia tapi alih alih aku yang dapat suprisenya. Aku melihat Kyungmi dan Taehyung berdua di luar rumah Kyungmi, mesranya macam pasangan kekasih itu yang aku nampak sekarang. Aku membatalkan niat tentang nak suprisekan Kyungmi sebabnya yang kena kejutannya aku sekarang. Aku berharap sangat yang aku tengok tu salah, aku mula mengubah rancangan yang awalnya ke rumah Kyungmi tapi sekarang ke kedai makan milik keluarga Taehyung. 

"Auntie Kyungmi mana?" tanya aku pada auntie Jung ibu Kyungmi bila aku melihatnya berada di tempat juruwang. 

"Hyena ke tu dah lama tak jumpa dah balik sini ke?" Soal auntie Jung

"Dah makcik tapi hanya sementara dalam 2,3 hari, untuk jual rumah tu" jawab aku walaupun sebenarnya aku menunggu jawapan yang telah aku soalkan

"Kenapa tak pindah sini balik ke?".

"Tak auntie, kami kena pindah ikut ayah dan Hyena mungkin kena belajar dekat sana juga".

"Oh lupa auntie kamu tanya Kyungmi rasanya ada d

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
SeHuNYeHeT94
#1
Mmg best kalau dapat crush yang memang ada hati dengan kita....
lyanaesyaz #2
Chapter 1: kann best klau ada crush mcm tu jgk
kingbeta
#3
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.