Chapter 5
It's Not Fine + KTH ✔
Dah 4 tahun , 4 tahun Taehyun di dalam tempat yang menyiksakan dirinya . Tempat dia terseksa . Kalau bukan disebabkan ayah tiri Yul dia takkan pergi ke tempat tak guna tu . Walaupun dia sakit dia tak pernah jejak ke situ . Dan tempat tu juga la penghalang dia untuk cari isteri kesayanganya .
Taehyun keluar dari hospital itu . Wajahnya yang bermisai nipis itu disentuh . Rambut Taehyun yang panjang itu diraup kebelakang . Nafas ditarik panjang sebelum memulakan perjalanan . Taehyun berjalan ke arah bus stop sambil menunggu sebuah bas untuk pulang . Hari ni ada rawatan kat hospital . Jumpa doktor Hoseok untuk pastikan Taehyun benar - benar tiada lagi masalah mental . Dan ternyata Taehyun sudah pulih . Taehyun tersenyum sambil menepuk dadanya perlahan .
" bagus kim Taehyun , Yul mesti bangga dengan kau..kau kan suami dia " Taehyun tersengih sendirian . Taehyun mengeluarkan poster yang banyak dari begnya .
" Yul , Tae dah cari Yul merata tempat..Yul dah 2 minggu Tae keluar dari tempat tak guna tu ...Yul sabar ya ? Oppa cari Yul ok ?" Taehyun menahan sebak sambil mengusap gambar Yul yang sedang tersenyum .
Selepas sahaja mendapatkan rawatan yang terakhir di hospital , Taehyun memustuskan untuk pergi menampal gambar - gambar Yul di merata tempat .
Sedang Taehyun menampal poster gambar Yul secara tiba - tiba dia ditolak kasar. " woi kau apasal kau tampal dekat kawasan ni hah , kau fikir ni tempat apa tampal gambar tu !" Poster yang ditampal oleh Taehyun di tarik kasat dari dinding . Habis poster itu terkoyak dan jatuh ke atas lantai bergitu sahaja .
" Encik , tolonglah ni isteri saya dia hilang dah berapa tahun..s..saya rindu dia...tolonglah Encik bagi saya tampal gambar - gambar ni kat sini " rayu Taehyun dengan sayu sambil memengang bahu lelaki itu . " kau tampal lagi aku bunuh kau !" Amuk lelaki itu lalu beredar dari situ .
Taehyun mengetab bibir lalu. Poster Yul yang sudah koyak itu diambil . Taehyun duduk di situ sambil menangis tersedu - sedu . " yul oppa rindu sangat dekat Yul " Taehyun mengeluarkan seletep dan mengabungkan semula poster tersebut .
Taehyun duduk bersandar selepas dia membaiki semula poster tersebut. Taehyun hairan , adakah Yul buat benda yang sama macam Taehyun buat ? . Yul cari tak dia ? . Yul rindu tak dia ? . Anak dia selamat lahir ke ?
Taehyun memerhatikan bayi kecil didukung oleh ibunya dari jauh . " mesti anak aku dah besar " Taehyun tersenyum hambar . Poster - poster yang masih tinggal dipandang . " Duit aku dah habis buat poster ni " keluh Taehyun . Perutnya ditepuk perlahan .
Taehyun tidak berputus asa mencari Yul . Gambar di dalam tanganya dipengang kemas . Setiap kali ada orang lalu dia akan menujukkan gambar Yul . Pelbagai reaksi diterima . Ada yang layan Taehyun baik , ada yang bagi reaksi biadap kepada Taehyun . Taehyung sabar walaupun pelbagai dugaan dia terima semasa mencari Yul .
🌸
Jam menujukkan pukul 11 malam . Taehyun tersandar penat di dinding kedai yang sudah tutup . Hujan lebat membasahi bumi .
Hujan ?
Taehyun pernah main hujan dengan Yul .
Waktu tu kami baru lepas balik dari klinik . Tae gedong isteri Tae baik - baik dekat belakang . Yul cakap dia boleh jalan . Tapi Tae tak bagi sebab dia mesti pernah bawa bayi Tae .
Lagipun rumah kami masih jauh . Jadi Tae tak nak isteri Tae penat . Maklumlah duit Tae , Tae dah habiskan bayar dekat klinik . Tae rasa malu , Yul sanggup kahwin dengan Tae yang susah tak de kerja ni . Yul tanya kenapa tak ambil bas dan Tae buat alasan Tae nak berjalan kaki hirup udara segar sambil dukung isteri Tae.
Please Subscribe to read the full chapter
Comments