0.2

My House Husband
Please Subscribe to read the full chapter

~0.2~

 

Aileen merengus geram. Hari dia bermula dengan baik pada mulanya. Ciuman Jeonghan tadi masih belum dapat dilupakan dan buat hatinya berbunga-bunga bahagia. Ini kali pertama dia rasakan begini. Menenangkan dan mendamaikan. Pagi Aileen begitu indah dan dia melangkah masuk ke dalam pejabat dengan muka yang riang serta hati yang gembira. Namun ! Namun ! Semua itu tak lama !

Pagi indah Aileen serta-merta musnah tatkala majikannya memperkenalkan seorang staf baru di pejabat mereka.

 

“Selamat berkenalan semua. Saya, Jung Daehyun. Designer baru di sini. Sebelum ni, saya bekerja di Busan dan sekarang saya ditempatkan di sini.”

Aileen memandang susuk tubuh tinggi lampai yang berdiri tak jauh darinya itu. Orangnya masih tak berubah. Dah dua tahun mereka tak jumpa dan Daehyun masih sama seperti dulu. Dialek Busan pekat nya masih kedengaran sama. Orangnya masih kacak bahkan lebih kacak dari dulu. Kenapa? Kenapa mereka ditakdirkan untuk ditemukan semula?

 

“Hai, Aileen. Lama tak jumpa.” tegur Daehyun yang kebetulan mengisi tempat duduk kosong yang berada di sebelah cubicle Aileen. Si kacak bekas kekasih Aileen itu sedang tersenyum manis ke arahnya. Aileen merenung Daehyun. Senyuman menggoda Daehyun masih seperti dulu cuma Aileen dah tak terasa manisnya senyum itu. Lagi kelat ada la !

“Tak jumpa pun tak apa.” gumam Aileen antara dengar tak dengar. Memang dah lama tak jumpa. Sejak Daehyun putuskan hubungan mereka berdua di tepi pantai Busan yang indah bersama angin sepoi-sepoi bahasa beberapa tahun yang lalu, Aileen dah tak pernah jumpa Daehyun lagi sehinggalah ke hari yang malang ini.

“Tak sangka JODOH kita kuat, ya?” Daehyun macam sengaja nak tekan perkataan ‘jodoh’ itu dan Aileen sekadar tayang senyum tawar. Rasa nak muntah dengar. Jodoh konon !

“Tak kuat pun. Saya tak rasa kita ada jodoh lagi.” balas Aileen geram. Tak payah cerita fasal jodoh kalau kau yang putuskan hubungan kita dulu. Dia ingat Aileen tak ada perasaan dan boleh senang-senang lupakan semua tu? Sakit ditinggalkan tu sampai sekarang masih terasa ngilu tau tak?

“Why? Awak makin lawa sekarang. Masih single? Saya ada berita baik ni, saya masih single dan available. Sangatlah dialu-alukan untuk awak buat keputusan supaya kita start over balik, right?” Daehyun tersenyum nakal sambil mula mendekati Aileen. Loya pulak Aileen dengar ayat Daehyun. Kau ingat kau Wonbin? Hot sangat ke sampai aku masih terhegeh-hegeh nak kat kau? Porah !

“Malangnya, saya pun ada berita baik. Saya dah kahwin and I LOVE my husband. VERY MUCH !” ucap Aileen lancar. Dia sengaja menekan beberapa perkataan supaya Daehyun dapat dengar dengan jelas dan kemudiannya, dia tersentak seketika. Baru dia sedar yang ini kali pertama dia luahkan rasa cinta kepada suaminya sendiri. Wow ! Improvement !

Daehyun terpinga seketika. Biar betul? Bekas kekasihnya ini dah kahwin? Ok. Kiranya dia la loser dalam cinta masa lalu mereka berdua ni? Dia masih bujang sampai sekarang kot ! Oh, tidak ! Daehyun terasa malu. Loser !

“Biar betul? Awak dah kahwin?”

Aileen tak sempat menjawab soalan ‘bodoh’ Daehyun itu kerana telefon bimbitnya tiba-tiba berdering. Dikerlingnya seketika skrin telefon bimbit dan gambar Jeonghan yang suaminya itu setkan sendiri di profil pemanggil terpampang.

“Panjang umur dia ! See? Ini suami saya.” sebelum menjawab panggilan, sempat lagi Aileen menunjuk-nunjuk di depan Daehyun. Tak percaya konon !

“Hello sayang…” sengaja Aileen menjawab dengan nada manja dan Jeonghan di hujung talian terkedu sendiri. Nyaris tak tercekik cupcake yang dia kunyah sekarang ini.

“Erk? Sayang?”

 

 

“Awak datang sini sebab nak hantar nasi goreng kat saya?”

Kening Aileen terangkat sebelah sambil memerhatikan muka teruja Jeonghan yang berdiri di depannya sambil memegang erat be

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
whitelove
#1
Chapter 10: Cliche pun best T.T suka cara penulisan kau ♡

/pegi cari story kau yg lain/
whitelove
#2
Chapter 9: Sinetron sgttttt xD
whitelove
#3
Chapter 6: Omg dah agak x'D

Btw nak suami mcm jeonghan kno
whitelove
#4
Chapter 3: Aku ingat nk komen kat last chapter. Tp rasa mcm tkleh thn lak hahahaha
Jeonghan is my bias T.T ♡ this is perfect . Curious lak apa kaitan jisoo ngn jeonghan ni hmmm /wriggles eyebrows/
Kwon_Ai_Ara #5
Chapter 10: Cite awk best sgt !! Daebak lh author nim !! Sy hrp awk akn buat lbih byk cite yg mnarik mcm ni... ~ :)
hjkyung #6
Chapter 11: Cliche cliche pon, pelik pelik pon, best sangat awaaakkkkkk. Plot cite yg sangat menarik. You re my fav author now. Im always rooting for youuu. I heart youu♥♥♥
Didie_BTS #7
Chapter 10: WaaaaaaTT huhu Mula mula mmg kesian Aileen mesti dia rase menyesal gile mase tu. Jisoo you a savior T-T nasib bail ad Jisoo huhu. Kisah cinta terlarang diorang sedih dan agak menakutkan haha. Akhirnye diorang bahagia :') terima kasih kepada Jisoo yang menyelesaikan salah faham mereka dan tahniah kepada girlfriend baru anda haha. Authornim Awesome! Tak pernah tak best citer authornim T-T tidal dpat disangkal lagi authiornim mmg berbakat huhu. Dua chap terakhir membuatkan saya menangis huhu. Terima kasih dan tahniah kerana berjaya menamatkan story ni! Teruskan perjuangan dalam menulis fanfic saya sentiasa akan menyokong authornim! Haha
aquariusxpisces
#8
Chapter 11: Laa.... Tak bercinta lagi rupanya hohohoXD
aquariusxpisces
#9
Chapter 10: Omg sweetnya.... Dah beberapa kali menangis ketawa bila baca fic ni XD Tapi entah kenapa rasa down bila Jeonghan masih hidup hahaahahaXD
starlightkim_
#10
Chapter 11: Akhirnya Aileen dan jeonghan bahagia jugak.menyampah betul dengan daehyun tu..tetapi dia hensem so tak boleh nak bencikan dia..haha... Saya ingatkan jisoo dengan aster tu betul-betul bercinta rupanya....takpe,mungkin akan jadi kenyataan. Akan ku tunggu saat itu.Nice job authornim