02 : Meeting You
Life With My Prof. HusbandJam menunjukkan pukul 10.40 pagi.
"Cepatlah sikit, cepatlah," Seola menarik tangan Sunmi dan Dayeon sambil berjalan laju ke arah dewan kuliah lavender yang tak jauh dari kafeteria.
Setelah berborak dan berimaginasi, barulah mereka tersedar yang mereka masih mempunyai kelas sains dan teknologi pada pagi itu. Bergegas mereka berlari ke dewan agar tidak terlewat.
Dayeon menilik jam tangannya. Baru pukul 10.40, kelas mula pukul 11 pagi. Dia mengulum bibir. Tahu sangatlah dia mengapa rakannya itu terlalu bergegas walaupun masih berbaki 20 minit.
Pasti kerana professor kesayangan yang mengajar kelas itu, mereka sanggup berlari sehingga berempuh-rempuhan dengan orang lain. Dayeon menggeleng kepala.
Tiba- tiba, Sunmi berhenti sambil mengusap-usap perutnya. Dia mula mengerut dahi.
"Sunmi, kau kenapa?" soal Dayeon, apabila dia pusing ke belakang, melihat Sunmi dengan wajah kelat tak berperisanya itu. Seola yang jauh ke depan mula berpatah balik sambil membebel.
"Sakit perut lah pulak, aduh, ni mesti sebab makan kimchi pagi tadi" ujarnya, mengerang kesakitan. Dahi licinnya itu mula berkerut-kerut. Dayeon memandang Seola.
"Nak pergi tandas ke? Okay, korang dua pergilah. Aku jagakan tempat," ujar Seola selamba sebelum melambai mereka berdua. Dia mula hilang dari pandangan, meninggalkan Dayeon yang sudah tergamam.
Kurang asam punya Seola!!! Ni mesti nak ngorat prof!
Dayeon menahan geram sambil melayang-layangkan penumbuknya.
"Eeee, sakitnya perut. Cepatlah, Dayeon," Sunmi menarik tangannya sebelum berlari ke tandas yang berdekatan dengan kampus dengan tangannya mengusap-usap perut seperti orang mengandung.
"Arghhh" Dayeon menjerit perlahan.
-------
Dia menutup pili air di singki setelah mencuci tangannya.
"Sunmi, lama lagi ke tu?" laungnya, memanggil Sunmi yang sedang melepaskan hajat di dalam jamban. Sudah hampir 10 minit rakannya itu membuat bisnes. Tinggal 5 minit saja lagi sebelum kelas seterusnya bermula.
"Kejap lagi, kejap lagi," jawab Sunmi disusuli bunyi air.
Dayeon mengulum bibir tanpa menjawab apa-apa. Wajah mulusnya dipandang di cermin. Rambut yang agak kusut, dibetulkan sedikit sebelum Sunmj keluar dengan wajah yang puas dari kubikel yang terakhir.
"Ha puas dah buat bisnes?" soal Dayeon, sambil mencebik. Sunmi tersengih sambil mengangguk.
"Legaaaa hatiku," dia mengusap dadanya sebelum membuka pili untuk membasuh tangan.
Dayeon tersengih melihat wajah Sunmi yang tak lagi berkerut macam buah prun dalam tin.
"Eeee gelinya," dia menjelir lidah, seakan geli dengan kata-kata Sunmi itu. Sunmi hanya ketawa.
"Dahlah, jom. Nanti prof kesayangan kau merajuk pulak kalau kau masuk lambat," perlinya tanpa segan silu. Sunmi ketawa kuat sambil menutup mulut.
"Kau ni, saja buat aku malu. Kot ye pun, janganlah cakap kuat-kuat. Nanti orang tahu hihihi," ujar Sunmi, malu-malu tahi ayam. Dayeon mencebik sebelum meluku kepalanya.
"Gatal ehhh,"
"Hihihi,"
Dayeon mula mengatur langkah untuk keluar.
"Eh Dayeon, kejap. Aku nak pakai mekap sikit," ujar Sunmi sambil mengeluarkan bedak kompaknya dan lipstik. Dayeon ternganga.
"Hello, kita nak pergi kelas untuk 2 jam aje okay? Nak buat apa mekap?" Dayeon tak faham. Sunmi mula menepek-nepek bedak di mukanya.
"2 jam tulah, kita nak kena face to face dengan Prof. Park tu. Mana tahu, lepas tengok wajah aku yang clean and clear, bibir aku yang mungil dan merah ni, dia jatuh hati pulak? Hohoho," Sunmi memuncung-muncungkan bibirnya yang siap dicalit gincu merah cair. Dayeon menyeringai melihat wajah Sunmi yang mengerikan itu.
"Nak pakai tak?" tiba-tiba, dia menawarkan gincu itu kepada Dayeon yang hanya menjadi pemerhati.
Comments