Apartment Baru

I Kill You Twice (Malay)

Dia perlahan-lahan menolak pintu lobi apartmen itu dan berjalan terus ke kaunter. Dia terlihat seorang perempuan tua sekitar umur ibunya sibuk mengemas beberapa kertas di bawah kaunter. ‘Pasti dia Puan Cho, pemilik bangunan 2 tingkat ini’ tebak dia. Sujung berdehem untuk mengalihkan perhatian perempuan tua. Perempuan tua itu sedikit terkejut dan mengalih pandangannya ke Sujung, kemudian dia tersenyum.

"Hello, cik yang cantik manis. Boleh saya tolong kamu?"

Sujung tersenyum apabila mendengar pujian itu. Dia mengangguk.

"Ya..Saya ialah Kim Sujung..Penyewa baru apartmen puan .."

"Oh ya..Kim Sujung..Senang melihat kamu di sini..Saya ingatkan kamu dah tersesat..”

Puan Cho bergerak ke sofa di sebelah kaunter, diikuti oleh Sujung. Dia menuangkan teh ke dalam dua cawan dan menyerahkan salah satu daripadanya untuk Sujung.

"Maaf jika bangunan ini seolah-olah nampak lama berbanding dengan bangunan lain..Maklumla, saya dan arwah suami dulu dah usahakan selama 25 tahun..Sayang nak tutup.. tetapi saya bagi jaminan yang kamu akan selesa untuk tinggal lebih lama di sini.." Perempuan tua itu menyisip teh di dalam cawannya.

"Tak apa, puan. Saya dah cukup selesa dan apartmen ni pon tidak terlalu jauh dari tempat kerja saya .. " Sujung senyum.

Walaupun, pangsapuri ini sedikit jauh dari jalan utama dan perlu berjalan melalui lorong, Sujung nekad untuk tinggal di sini kerana ia tidak jauh dari tempat kerja barunya.

"Marilah. Biar saya tunjukkan rumah kamu. "

Suara Puan Cho mengejutkan Sujung yang tenggelam dalam dunianya sendiri. Dia berdiri dan mengikuti perempuan tua itu ke tingkat 2 dan tiba di pintu bernombor 201 yang betul-betul bersebelahan tangga. Bilangan unit rumah di tingkat 2 ini mempunya 5 buah di mana 3 daripadanya sudah didiami termasuk rumahnya. Puan Cho membuka pintu dan serta merta ruang tamu rumah itu terlihat dari luar. Sujung menarik nafas lega apabila melihat kelengkapan rumah itu. Dia tidak perlu bersusah-payah untuk membeli perabot kerana ianya sudah lengkap. Terdapat sebuah televisyen kecil bertentangan dengan sofa di ruang tamu yang bersederhana besar. Dapur kecil di sebelah ruang tamu kelihatan begitu bersih dan lengkap dengan alat-alat dan peralatan. Bilik mandi tiada kurang apa-apa juga.

"Jadi bagaimana, Cik Sujung? Kamu suka rumah ni?" Puan Cho muncul di belakangnya.

"Ya. Terima kasih banyak, Puan Cho. Saya benar-benar suka. Rumah ni cantik"

Puan Cho mengangguk lalu meninggalkan kunci rumah utama untuk Sujung dan mengingatkan gadis itu bahawa dia mempunyai kunci ganti jika Sujung kehilangannya. Selepas mengucapkan terima kasih kepada Puan Cho, Sujung menghantar Puan Cho dengan anak matanya mengekori setiap langkah wanita tua itu. Dia berdiri di luar rumah untuk jangka masa yang lama sehingga dia terdengar suara seseorang. Dia menoleh ke belakang dan melihat seorang lelaki tinggi dengan bahu yang bidang sedang bercakap di telefon di hadapan koridor. Sujung menunggu sehingga lelaki itu selesai dengan urusannya sebelum lelaki itu berpaling dan mata mereka bertentang. Sujung menyambutnya dengan senyuman dan menunduk kepalanya sedikit sebagai tanda hormat kepada lelaki itu tetapi di abaikan. Lelaki itu sedikit pon tidak melemparkan senyuman dan hanya merenung wajahnya dengan serius dan terus masuk ke dalam rumahnya. Sujung merengus.

"Sombongnya.."

"Siapa yang sombong?"

Suara yang tiba-tiba muncul dari belakang membuat dia melompat dari tempat dia berdiri. Dia berpaling dan melihat seorang lelaki lain berdiri betul-betul dibelakangnya.

"Maaf jika saya buat awak terkejut .." lelaki itu memohon maaf.

"Oh..It’s okay."

Sujung memberi jaminan bahawa dia baik-baik sahaja tetapi entah kenapa dia berasa sedikit tidak selesa kerana lelaki itu terus-terusan merenung wajahnya. Tiba-tiba hatinya berdegup kencang. Ini bukan kisah cinta pandang pertama, tapi ada sesuatu di mata lelaki yang merenungnya itu yang membuatkan bulu romanya tiba-tiba merinding. Pandangan ini jauh berbeza dengan lelaki pertama yang dilihatnya dimana lelaki itu hanya memandang kosong, tetapi tidak dengan lelaki dihadapannya kini.

‘Apsal dengan semua orang yang aku jumpa harini?? Asyik tenung muka aku je?  Ada apa-apa yang tak kena ke dekat muka aku ni? Ke tak pernah tengok orang cantik macam aku? LOL’ Sujung ketawa dalam hati.

"Awak penyewa baru ye?" Lelaki itu bertanya selepas lama berdiam.

"Err..Ya.." Sujung cuba untuk menenangkan hatinya.

"I see. So, kita berjiran la..Saya tinggal kat sebelah ni je .. " Dia menunjukkan kepada Sujung  rumah yang “manusia sombong” tadi masuk.

‘So dorang ni housemate la..’

"Ahh .." Sujung mengangguk.

"By the way, saya Cha Hakyeon..tapi boleh panggil Hakyeon je.. Awak?"

"Saya Sujung .." Mereka berjabat tangan seketika.

"Seronok dapat kenal awak, Sujung. Kalau awak ada memerlukan apa-apa atau ada masalah, boleh cari kami. Kami sedia membantu awak bila-bila masa .. "

"Kami?" Sujung bertanya dengan wajah keliru.

Hakyeon ketawa menyedari kesilapannya.

"Saya dan kawan saya.."

Tidak betah berlama, Hakyeon meminta diri dan menyusup masuk ke rumahnya. Sujung berlalu ke dalam rumahnya dan mengunci pintu.

“Dorang nampak pelik..”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet