Other World...

Other World...

 

“ok....macam mana aku boleh berada dekat sini?,”

 

 

Jimin tidak jangka boleh berada di suatu tempat aneh. Yang paling pelik, disekelilingnya terdapat ruang yang luas dan berwarna putih. Hanya sebuah rumah agam seperti rumah gaya eropah. Hanya sebuah rumah di dunia dia berada. Dia tertanya-tanya pada diri sama ada dia ni sedang bermimpi ataupun tidak. Apa dia ingat sebelum berada di dunia ni ialah dia terjatuh mengelak sesuatu tapi dia tak ingat apa-apa dan sekarang ni dia berada di dunia ni. Dia tak dapat ke mana-mana dalam dunia ni. Dia terperangkap.

 

 

“kau ok?,”panggil seseorang membuatkan Jimin menoleh ke belakang.

 

“aku?,”Jimin menunjuk jari telunjuk pada dirinya sendiri.

 

“yelah. Habis tu aku tengah bercakap dengan siapa?”

 

Seorang lelaki yang bertopeng putih sedang merenung ke arah Jimin dari atas ke bawah. Sepertinya lelaki ini melihat Jimin dari awal lagi.

 

“oh. Aku keliru lah. Aku mimpi kan? Tolong lempang aku,”minta Jimin pada lelaki yang masih tidak ketahui namanya.

 

“kalau nak cakap kau ni gila pun boleh. Aku rasa kau boleh lempang pipi kau sendiri,”jawabnya.

 

Dengan lebih dungu dan lembab, Jimin terus melempang pipinya dan pipinya terasa sakit. Secara rasminya dia berasa dia ‘betul-betul’ berada didunia yang asing ni. Tapi....dia langsung tak rasa takut, menjerit ataupun berasa diri dia ni gila. Dia seperti berada dalam keadaan.....tenang. Perasaan ini datang dalam dirinya sejak dia berada disini.

 

“kau ok tak?”tanya lelaki bertopeng itu pada Jimin yang mengelamun dan berdiam diri selepas melempang pipinya tadi.

 

“entah lah. Cuma pipi ni yang sakit,”jawab Jimin.

 

Lelaki itu menggeleng. “takkanlah kau tak rasa sakit. Kau tu terjatuh dari tingkap atas tu tahu tak?,”jelas lelaki bertopeng itu. Dia menunding jarinya ke atas dan terdapat sebuah tingkap yang sebesar bingkai gambar di atas Jimin dan lelaki bertopeng.

 

“a-aku jatuh dari tingkap tu? M-macam mana?!”terkejut Jimin lalu memegang kedua-dua bahu lelaki bertopeng itu.

 

“manalah aku tahu. Kau jatuh dari tingkap tu secara tiba-tiba,”kata lelaki bertopeng itu dengan nada sederhana.

 

Jimin terdiam. Jadi dia terjatuh ke dunia lain daripada tingkap itu. Maksudnya, tingkap tu boleh bawa dia ke dunia sebenar kalau dia dapat masuk tingkap tu semula. Tapi macam mana? tingkap tersebut sangat tinggi dan susah nak capai malah ketinggian rumah eropah juga tidak cukup untuk mencapai ketinggian tingkap itu. Memikirkannya memang membuatkan dia lebih cemas.

 

“hey, kau ok?,”tanya lelaki bertopeng itu.

 

“aku tak ok. Oh ye, aku Jimin,”dia memperkenalkan dirinya pada lelaki bertopeng itu. Walau bagaimanapun, dia ingin mengenali lelaki misteri ni.

 

“aku Waltz. Nak panggil aku hyung pun boleh. Kau ni nampak sangat muda macam budak sekolah,”katanya.

 

“hyung? Boleh juga,”jawab Jimin.

 

Selepas sesi kenalan diri telah tamat, Waltz dengan mesra mengajak Jimin masuk ke rumahnya. Jimin mengangguk dan berjalan masuk mengikuti Waltz dari belakang. Jimin memang menganggak dari awal lagi rumah eropah ni milik lelaki berjubah hitam yang baru dia kenali.

 

Masuk ke rumah itu, Jimin dapat merasakan kehangatan dan keselesaan berada di ruangtamu. Perasaan itu tiba macam tu je.

 

“duduklah..,”ajak Waltz yang duduk disofa kecil. Jimin mengangguk dan duduk diatas sofa yang empuk. “nak minum?”

 

“tak perlu. Aku...tak haus..,”jawabnya.

 

Waltz memandang Jimin dan terus memetik jarinya. Tiba-tiba sebuah piano yang besar dan berwarna putih dihadapan rumah agam.

 

“jom ikut aku keluar kejap..,”kata Waltz dan dengan riangnya dia menarik tangan Jimin seperti menarik tangan budak yang dalam kesusahan.

 

“M-mana??,”tanya Jimin, tangannya terus dipegang sehingga dia dan Waltz berada diluar rumah tersebut. Dia nampak sebuah piano yang cantik. “wooah....piano!,”

 

“cantik kan?,”kata Waltz.

 

“ya. Ni mengingatkan aku tentang Suga..,”kata Jimin, dia teringat gelagat Suga yang bermain piano dengan sebuah lagu yang indah.

 

“kau rindu dia ke?,”tanya Waltz pada Jimin.

 

“Bukan dia je, aku rindu semua orang. V, Kookie, Rapmonster, Suga, Jin. Kecuali Jhope!,”muka Jimin kelihatan marah bercampur bengis. “dia tu selalu kacau aku, buat aku marah. Jhorse! Aku benci dia, tapi still....aku tahu dia selalu temankan aku bila aku keseorangan dan kenakan aku cukup-cukup!,”

 

Waltz mengangguk faham. Dia dapat rasakan pelbagai perasaan Jimin terhadap Jhope. Mesti Jimin betul-betul BenciSayang Jhope. Serius lah. Tengok sikap Jimin pun, Waltz dah tahu personaliti Jimin macam mana. Apa yang paling penting, dia perlu bantu Jimin keluar dari dunia ni sebelum terlambat.

 

“Jimin. Kau nak tahu tak, kau boleh kembali ke dunia sebenar dengan satu cara yang mudah,”kata Waltz dan ini membuatkan Jimin teruja ingin tahu. Rupanya ada cara untuk keluar dari dunia ni.

 

“betul ke?!,”katanya tidak percaya.

 

“ya. Muzik. Muzik yang dapat bantu kau capai ke tingkap dunia sebenar kau,”jawab Waltz dengan teliti.

 

Nampaknya Jimin masih ada harapan untuk balik ke dunia dia. Dia bersyukur Waltz ada disini. Kalau Waltz tiada, tidak mungkin dia tahu cara untuk capai tingkap itu.

 

“kau boleh nyanyi kan?,”teka Waltz dan Jimin mengangguk benar. “kalau macam tu, aku main piano, kau pula menyanyi. Ok?,”tanya Waltz lagi.

 

“ok,”jawabnya ringkas.

 

Waltz duduk dikerusi yang tersedia ada dan tangannya terus bermain piano dengan penuh perasaan. Melodi piano yang sedih turut membuatkan Jimin merasakan perasaan sedih di dalam hatinya. Seperti satu kehilangan berlaku dalam dirinya. Dia macam pernah dengar alunan muzik ni tapi bila? Dan muzik yang dimainkan Waltz sungguh sedih seperti Jimin rasakan kehilangan besar dalam dirinya.

 

Waltz masih memainkan piano manakala Jimin masih berdiri tidak menyanyi. Riak wajah Jimin berubah sedih. Lagu ni...lagu ni pernah dia dengar seketika. Lagu yang indah pernah dia nyanyi bersama sahabatnya. Ya....lagu Butterfly. Senyuman manis terukir dibibir Jimin dan juga Waltz.

 

Dengan kenangan indah di dalam ingatannya, Jimin kembali tenang dan terus menyanyi lagu Butterfly.

 



amugeotdo saenggakhaji ma
Don’t think of anything


neon amu maldo kkeonaejido ma
Don’t say anything, not even a word


geunyang naege useojwo
Just give me a smile

 

Satu anak benih muncul di hadapan piano Waltz dan terus tumbuh, menjadi anak pokok dan anak pokok it uterus membesar. Muzik bagaikan air terhadap pokok tersebut. Jimin sedikit terkejut dan dia faham tentang pokok tersebut lalu dia terus menyambung nyanyiannya. Mungkin melalui pokok ini, dia dapat panjat pokok yang semakin besar dan tinggi untuk mencapai tingkap tersebut.


nan ajikdo mitgijiga anha
I still can’t believe it


i modeun ge da kkumin geot gata
All of this seems like a dream


sarajiryeo hajima
Don’t try to disappear


Is it true? Is it true?
You you

 

Nyanyian Jimin membuatkan pokok itu terus membesar. Tapi masih tidak cukup tinggi untuk sampai ke tingkap itu. Jimin terus berusaha menyanyi dengan penuh perasaan.

 


neomu areumdawo duryeowo
You’re so beautiful, that I’m scared


Untrue untrue
You you you



gyeote meomulleojullae
Will you stay by my side


naege yaksokhaejullae
Will you promise me


son daemyeon naragalkka buseojilkka
If I let go of your hand, you’ll fly away and break


geobna geobna geobna
I’m scared scared scared of that

 

 

Sambil menyanyi, dia kembali ingat waktu dia berlatih menari dengan Jungkook, si maknae comel tu. Menari dan cuba memperbaiki kesalahan masing-masing dan masa tu lah Jhope kacau dia dan mengganggu masa bromance dia dengan Kookie.

 

“Yahh!! Kau ni tak boleh nak duduk diam ke?!,”marah Jimin pada Jhope.

 

“wuahahaha!! Si double chin, Chim-Chim! Jangan marah. Dagu comel kau tu buat aku geram nak picit!!,”Jhope tersenyum lebar sambil jari telunjuknya mencucuk-cucuk dagu Jimin.

 

“yaah!!,”Jimin menepis tangannya. “jangan sentuh!!,”

 

Jungkook terkejut dengan tindakan kasar Jimin terhadap Jhope. Jhope terdiam.

 

“ok,”Jhope segera meninggalkan bilik latihan dan Jungkook menggeleng kepala. Kali ni Jimin pula yang berasa bersalah.


 


siganeul meomchullae
Will you stop time


i sungani jinamyeon
If this moment passes


eobseotdeon iri doelkka neol irheulkka
As though it hadn’t happened


geobna geobna geobna
I’m scared scared scared I’ll lose you


Butterfly, like a butterfly


machi butterfly, bu butterfly cheoreom
Just like a butterfly bu butterfly


Butterfly, like a butterfly

 

 

Satu lagi memori berlegar dalam ingatan Jimin.

 

“kau ok tak?,”tanya Rapmonster pabila mendapat tahu Jimin demam panas. Seluruh badan Jimin berpeluh-peluh tidak henti.

 

“tak…,”jawab Jimin dengan lemah. Matanya berpinar-pinar, badannya terasa panas. Semua member kelihatan risau.

 

Kookie mengurut dahi Jimin perlahan, manakala V mengipas-ngipas tangannya pada Jimin, Rapmonster meletakkan thermometer didalam mulut Jimin, Suga melihat dengan penuh kerisauan. Jin pula membawa bubur buatan dia untuk Jimin. Manakala Jhope tiada. Dah agak. Jhope tak pernah ambil tahu pasal dia. Tengah sakit pun, tak pernah Jhope risau pasal dia.

 

“kau berehat dulu dalam bilik. Hari ni latihan kita dibatalkan,”kata Rapmonster lalu dia dan Suga memapah Jimin ke bilik tidur.

 

Sampai di bilik, perlahan-lahan mereka baringkan Jimin di atas katil. Selepas menyelimut separuh badan Jimin, Jhope baru masuk ke bilik. Suga dengan Rapmonster keluar dari bilik tersebut. Tinggal dia dengan Jhope.

 

“kau ok?,”tanya Jhope.

 

Jimin tidak menjawab pertanyaan Jhope. Dia mendiamkan diri malah memalingkan wajahnya kearah lain. Malas nak tengok muka Jhope.

 

Jhope mengambil kerusi lalu duduk disebelah katil Jimin. Scarf yang melilit leher Jhope segera ditanggalkan olehnya. Satu plastik berwarna putih segera dia letakkan di tepi bantal Jimin. Dia tersenyum bersalah.

 

“maaf. Aku tak jaga kau tadi…,”jawab Jhope.

 

Rupa-rupanya dari awal pagi tadi Jhope telah mengetahui Jimin demam panas dan terus keluar dari rumah pagi-pagi semata-mata untuk belikan ubat. Dengan cuaca yang sangat sejuk, Jhope berusaha mencari mana-mana farmasi yang buka pada awal pagi. Badannya kesejukan terpaksa diendahkan demi sahabatnya. Dia nak Jimin sihat semula dan bergaduh bersamanya.

 

Jimin masih teruskan nyanyiannya. Kenapa semua memorinya berkenaan Jhope?

 


machi butterfly, bu butterfly cheoreom
Just like a butterfly bu butterfly



neon machi butterfly
You’re just like a butterfly


meolliseo humchyeobwa son daheumyeon neol irheulkka
From afar, I steal glances; if we touch hands, will I lose you?


i chilheuk gateun eodum sok nal barkhineun nabihyogwa
You shine in this pitch darkness that is the butterfly effect


ni jageun sonjit han beone hyeonsireul ijeo nan
Your light touches, I forget the reality at once



salmyeosi sseudadeumneun baram gata
It’s like a wind that gently me


salposi pyoryuhaneun meonji gata
It’s like a dust that gently drifts along


neon geogi itjiman waenji dahji anha stop
You’re there but for some reason, I can’t reach you, stop


kkum gateun neon naege butterfly, high
You, who’s like a dream is a butterfly high to me


Untrue untrue
You you you

 

Satu memori lagi berlegar di dalam ingatan Jimin.

 

“kau ingat tak bila Jhope jatuh dalam longkang itu hari?! Kelakar betul lah!!,”Suga tertawa mengilai diikuti member lain.

 

“yahh! Jangan nak ulang kisah tu!,”Jhope berasa malu teramat sangat.

 

“hahahaha!!,”semua tertawakan Jhope.

 

“macam mana kau boleh jatuh?,”tanya Jin.

 

“errr….tu…,”Jhope kelihatan terkedu. Dia tak mampu nak cakap sesuatu. “a-aku tersandung dengan batu lepas tu….plop! jatuh!,”

 

“patut lah! Kau ni Jhope selalu jalan tak tengok bawah,”kata Suga lalu menepuk bahu Jhope.

 

“Nanti aku tengok atas…, lepas tu apa jadi dekat aku?,”Jhope tenung Suga.

 

“jatuh,”jawab Suga.

 

“tahu pun!,”Jhope mengetuk Suga menggunakan kipas Jimin.

 

“Bila masa kau ada kipas aku?,”tanya Jimin lalu merampas balik kipas kesayangannya.

 

“tadi!,”Jhope tersenyum gembira macam orang tak bersalah.

 

“kau memang!!,”Jimin pula mengetuk kepala Jhope.

 

“salah ke aku pegang? Kalua kau berpeluh, aku tolong kipaskan kau supaya kau tambah seksi!,”Jhope terus memicit bawah dagu Jimin. “si double chin ni!!,”

 

“yaahh!!,”marah Jimin, mula lah aksi kejar mengejar didalam bilik latihan.

 

“ahahaha!!,”tertawa member lain melihat gelagat Jhope dan Jimin yang terus bergaduh.

 


gyeote meomulleojullae
Will you stay by my side


naege yaksokhaejullae
Will you promise me


son daemyeon naragalkka buseojilkka
If I let go of your hand, you’ll fly away and break


geobna geobna geobna
I’m scared scared scared of that


siganeul meomchullae
Will you stop time


i sungani jinamyeon
If this moment passes


eobseotdeon iri doelkka neol irheulkka
As though it hadn’t happened


geobna geobna geobna
I’m scared scared scared I’ll lose you


simjangeun memareun sorireul nae
The small pieces guttered down darkly


kkuminji hyeonsirinji al su eobtne
From my heart, a barren noise


naui haebyeonui kapeukayeo
I don’t know if this is reality or a dream


jeogi supeuro gajin marajwo
My Kafka on the seaside


nae maeumeun ajik neo wie buseojyeo
Don’t go to those woods over there


jogakjogak kkamake noga heulleo
My heart is still shattering on you


nan geunyang idaero jeungbalhago sipeo
I just wanted to vaporize like this


nae sarangeun yeongwonin geol
My love that is forever

It’s all free for you baby



gyeote meomulleojullae
Will you stay by my side


naege yaksokhaejullae
Will you promise me


son daemyeon naragalkka buseojilkka
If I let go of your hand, you’ll fly away and break

geobna geobna geobna
I’m scared scared scared of that

 

Satu memori mula menguasai Jimin sekali lagi.

 

“diam!! Kau ingat aku tak tahu!!”marah Jimin terhadap Jhope.

 

“a-aku tak perasan…,”ucap Jhope dengan kesal.

 

Jimin menolak dada Jhope dengan kasar.

 

“asal kau tak bagi tahu aku pasal rantai aku! Itu rantai mendiang mak aku!!! Suka-suka hati kau ambil rantai aku lepas tu kau hilangkannya!!!,”suara Jimin semakin keras.

 

“a-aku tak tahu. Bila aku balik dari kedai, rantai tu….rantai tu dah tak ada….,”Jhope menunduk dan terpaksa menerima kemarahan Jimin sekali lagi.

 

“jahat! Kau memang jahat!!! Kau ni memang tak pernah ambil tahu pasal aku!!,”Jimin terus menolak Jhope sehingga terjatuh lalu berlari keluar mencari rantai milik mendiang maknya.

 

Dia cuba cari disekitar kedai yang Jhope pergi tadi. Dia berusaha mencarinya. Rantai tu memang penting baginya. Itulah satu-satunya pemberian maknya sebelum meninggal. Semuanya salah Jhope. Kalau bukan dia, pasti rantai tu tak hilang.

 

Hari mula hujan. Jimin meneruskan pencarian dia. Tapi dalam keadaan hujan, semestinya sukar untuk mencarinya. Dah 4 kali dia cari disekitar kawasan terdekat. Badannya mula lemah. Air hujan turun dengan deras. Dia melangkah ke hadapan untuk mencari rantai maknya sekali lagi.

 

“YAHH!! JIMIN!!!”teriak Jhope dari belakang sebelum menolak Jimin ke tepi.

 

Jimin terus terjatuh di atas jalan dan terdengar bunyi hon kereta.

 

“Jhop-BERHENTI!!!!,”Jimin teriak dengan kuat.

 

Dalam keadaan slow motion, Jimin terlihat Jhope tersenyum lebar seperti dia sedang mengucapkan ‘selamat tinggal’ pada Jimin sebelum diri dia terlanggar dengan kereta.

 

“JHOPE!!!,”teriak Jimin. Sekelip mata, sebuah motor menghampirinya pula.



siganeul meomchullae
Will you stop time


i sungani jinamyeon
If this moment passes


eobseotdeon iri doelkka neol irheulkka
As though it hadn’t happened


geobna geobna geobna
I’m scared scared scared I’ll lose you


Butterfly, like a butterfly

 

Semakin lama pokok itu terus membesar dan akhirnya mencapai tingkap ke dunia lain. Waltz mendongak kepalanya ke atas. Akhirnya tiba masanya Jimin pergi dari dunia ni.


machi butterfly, bu butterfly cheoreom
Just like a butterfly bu butterfly


Butterfly, like a butterfly


machi butterfly, bu butterfly cheoreom
Just like a butterfly bu butterfly

 

 

Sehabis nyanyi, Jimin menangis teresak-esak. Dia tahu kenapa dia berada disini. Jadi dunia yang diduduki olehnya adalah.…dunia kematian.

 

Waltz melihat Jimin menangis dan berjalan ke sisinya. “kau boleh pergi…,”

 

Jimin terus menangis. “tak nak. Aku tak nak…,”

 

“kau kena balik sebelum terlambat,”pujuk Waltz.

 

Semua salah dia. Kalau dia tak berkeras mencari rantai tu, kemalangan tu tidak akan berlaku. Semuanya salah dia. Biar dia buat pilihan untuk tinggal terus di dunia sebagai balasan pada diri dia.

 

“semuanya salah aku!!,”jerit Jimin lalu tangan Waltz terus menyentuh kepala Jimin.

 

“macam mana dengan sahabat kau? Takkan lah kau nak mereka sedih sebab kehilangan kau. Kau tak nak tengok mereka semua merana kan?,”kata Waltz.

 

Semua wajah sahabatnya mula dia teringat. Rapmonster, Jin, Suga, Kookie, V dan Jhope. Dia boleh bayangkan betapa sedihnya sahabatnya yang lain. Dia kena balik. Dia perlu kembali ke dunia sebenarnya.

 

“Jimin…,”kata Waltz pada Jimin.

 

Jimin memandang Waltz. “terima kasih…,”

 

Waltz terus menyuruh Jimin memanjat pokok tersebut untuk sampai ke tingkap ke dunia lain. tanpa berlengah lagi, Jimin terus memanjat pokok yang sangat tinggi. Dia berusaha kuat untuk sampai ke puncak.

 

“berusaha lah….si double chin..,”kata Waltz dengan perlahan.

 

Semakin lama Jimin mendekati puncak pokok, semakin cepat dia panjat. Dia tak sabar nak balik. Bila dia balik ke dunia sebenar, dia nak tahu keadaan Jhope.

 

Bila dia sampai ke puncak, akhirnya dia dapat masuk ke tingkap tersebut. Tapi sebelum dia masuk ke tingkap itu, dia melambai Waltz yang berada di bawah.

 

“Terima kasih!!!,”teriak Jimin dengan ramah.

 

“Sama-sama!!,”Waltz terus melambai dan melihat Jimin masuk tingkap tersebut.

 

Selepas Jimin meninggalkan dunia tersebut, dia segera menanggalkan topeng miliknya. Dia Jhope.

 

“aku harap sangat-sangat…dapat pergi ke sana dengan kau dan buat kau marah lagi…Jimin,”jawab Jhope sambil tersenyum lemah.

 

 

*******

 

 

“JIMIN!!!”teriak Rapmonster, Suga, V, Kookie dan juga Jin. Akhirnya Jimin tersedar dari koma.

 

“a..aku hidup lagi..?,”kata Jimin tidak percaya. Adakah dia bermimpi?

 

“kau ni dah gila ke apa? Jangan cakap benda pelik boleh tak? Kitaorang risaukan kau macam nak gila!,”jelas Kookie.

 

“aku ke?,”tanya Jimin.

 

“betul tu. Kau koma selama 3 hari,”jelas V pula.

 

Jadi dia koma selama 3 hari. Memang patut dia keluar dari dunia tu. Semua sahabatnya amat risaukannya. “h-habis tu mana Jhope?!”tanya Jimin.

 

Semua terdiam. Jhope. Mereka terlupa nak bagi tahu Jimin. Berita buruk tentang Jhope.

 

“asal diam je? Mana Jhope? Dia koma ke macam aku?,”tanya Jimin bertubi-tubi.

 

Rapmonster menggengam tangannya. Hatinya berat untuk bercakap namun dia perlu menyampaikannya. “Jhope dah pergi,”jawabnya dengan perit.

 

Suasana sunyi sepi menyelubungi bilik wad Jimin.

 

“apa? Dia pergi? Pergi..?,”Jimin tak faham. Apa maksud ‘pergi’? “Dia ‘pergi’ mana?!!,”kali ni suara Jimin kedengaran keras. Emosinya semakin teruk.

 

“Jhope….dia…dia dah tinggalkan kita semua. Dia dah tinggalkan dunia ni….selamanya…,”jawab Kookie, dia terus menangis.

 

“tipu. Korang semua tipu..,”Jimin menggeleng kepala sambil memegang kepalanya yang semakin sakit. Sebuah memori mula berlegar dalam ingatannya.

 

 

 

 

“doktor!! Kita kekurangan ahli!! Macam mana nak selamatkan mereka berdua??!,”tanya jururawat pada ketua doktor di bahagian kecemasan.

 

“kita boleh selamatkan mereka. C-cuma seorang dari mereka berdua…,”kata Dr.Kim, ini sebuah keputusan yang serius pernah dia buat. Membiarkan salah satu pesakit mati dihadapan matanya memang sukar baginya sebagai doktor.

 

“Doktor….se…selam..atkan…kawan saya….,”Jhope perahan-lahan memegang pergelangan tangan Dr.Kim. Dia tahu..ajalnya akan sampai tak lama lagi.

 

“t-tapi kamu cedera teruk!,”risau Dr.Kim kerana dia bercadang untuk selamatkan Jhope.

 

“mestilah…tapi saya tet..ap….akan mati…doktor. Jadi…tol..ong selamat..kan kawan saya…,”Jhope merayu pada Dr.Kim.

 

“tapi….saya taka da pilihan….b-baiklah…,”Dr.Kim terus memegang tangan Jhope. “saya harap kamu dapat bertahan…mana tahu saya boleh selamatkan kamu selepas saya selamatkan kawan kamu nanti…,”

 

Jhope tersenyum lemah. “ok…,”dia terus memandang Jimin yang terbaring di sebelah katilnya. Kepala Jimin berdarah teruk. “maaf…,”Jhope terus memicit dagu Jimin buat kali terakhir. “si double chin ni…,”

 

 

 

“J-Jhope….,”Jimin menangis lalu dia dipeluk Jin dan juga Jungkook.

 

“tabah. Mesti Jhope tak nak kau menangis macam ni. Dia nak kau gembira dan marah macam selalu supaya dia tak risau keadaan kau,”kata Jin dengan lembut.

 

“Ya…,”jawab Jimin lalu mengelap air matanya. “aku benci kau Jhope. Sebab kau, aku rasa marah dan rindu teramat sangat pada kau,”

 

“ye ke..?,”

 

Satu suara terlintas di telinga Jimin. Suara Jhope.

 

“mesti lah…kau lah kawan gaduh aku selamanya…,”jawab Jimin sambil tersenyum manis.

 

Ya. Jhope sentiasa berada di ingatan Jimin buat selamanya.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
redoceann_ #1
sedih gila gila gila gila gilaaaaa
Chiko_Miari #2
Chapter 1: Hoppie!! Feel lain mcm ar fanfic nie.. .habis hingus keluar. Hhhhuuu
otakuromanticgirl
#3
Chapter 1: Memang ada feel waltz tu jhope. Wah...sedih betul. Nak2 masa dia nyanyi dan memori2 tu terlintas je kat kepala
rabymisaki #4
Chapter 1: okey....ak nangis akhirnya
starlightkim_
#5
Chapter 1: Mula-mula saya okey je tapi lepas baca ayat 'jhope terus memicit dagu jimin buat kali yang terakhir tu,air mata saya mengalir laju.tak sangka waltz tu jhope
BLINKforever #6
Chapter 1: Oh my godness sedeynya
KimJonginBias
#7
Jujur saya bila dpat tau cite ni in malay saya mcm mls nk baca tapi saya baca juga andddd goshhh author buat saya menangis mlm2 ni huwaaaaa T.T kejam kejam.. Btw good job sob sob.. Lagu butterfly mmg berkesan buat saya menangis. Im like TT just like TT
BalRina_
#8
Chapter 1: Cerita ni dah buat saya menangis, serious sedih *lap air mata* tak sangka jhope dah takde.. Izinkan saya promo cerita awak ye! Tahniah