~01~

The Dreamcatcher (Malay)

“MORNING EVERYONE!” jerit Sungheo apabila dia tiba di kelasnya. Ucapan selamat paginya itu dibalas kembali oleh rakan2 sekelasnya.

“Lain macam je kau hari nie,Sungheo.” kata Yura,salah seorang rakan sekelasnya. Rakan sekelasnya yang lain cuma mengangguk bersetuju.

“Eh! Mana Sekyung? Takkan dia tak ada,selalunya kau melekat je dengan dia. Asal je Sekyung jauh dari kau,kau pasti merungut tak henti2.” kata Yura lagi.

“Dia tak datang sebab demam.” kata Sungheo sambil mengeluh apabila teringatkan sepupunya yang sakit itu.

~~~~~~~~~~

Selalunya,Sekyung bangun awal dan siapkan diri sebelum bangunkan Sungheo. Memandangkan Sungheo selalu dibangunkan oleh Sekyung tepat pada masa yang sama,Sungheo dapat bangun dengan sendiri pada masa Sekyung membangunkannya. Cuma kekadang,Sungheo liat nak bangun jadi dia set alarm 10 minit selepas Sekyung keluar dari biliknya.

Pada pagi tadi pula,Sungheo dibangunkan oleh alarmya bukan Sekyung. Dia pun bangun dan siapkan diri sebelum menuju ke bilik sepupunya. Walaupun takut,digagahkan juga dirinya untuk mengetuk pintu bilik sepupunya beberapa kali sebelum memasuki bilik itu. Kelihatan Sekyung masih tidur tetapi Sungheo perasan yang pipi sepupunya merah,mulutnya pucat dan dahinya dibasahi peluh walaupun bilik itu sejuk. Tahulah dia bahawa sepupunya telah jatuh sakit.

Dia menuju ke bilik air yang terdapat di bilik Sekyung dan keluar semula dengan sebuah besen yang berisi air dan tuala bersih yang direndam di dalam air itu. Sungheo meletakkan tuala basah itu di atas dahi Sekyung lalu keluar dari bilik sepupunya untuk memasak sarapan mereka berdua. Selepas menyiapkan sarapan,Sungheo meletakkan sarapan Sekyung di sebuah dulang lalu masuk ke bilik Sekyung dan tinggalkan sarapan itu di atas meja bersebelahan katil Sekyung dan berbasikal ke sekolah selepas itu.

~~~~~~~~~~

“Demam?” soal rakan sekelasnya.

“Dia pun manusia gak. Mestilah dia boleh jatuh sakit.” balas Sungheo sambil menjeling mereka.

“Dah arh. Aku nak duduk,dari tadi asyik berdiri je. Letih tau tak? Lagipun kelas akan mula 10 minit lagi.” kata Sungheo sambil berjalan menuju ke tempat duduknya. Sepanjang 10 minit itu,Sungheo hanya meletakkan kepala di atas meja dan termenung teringatkan Sekyung.

“Bangun. Selamat pagi cikgu.” ucap ketua kelas apabila guru kelas mereka masuk ke kelas.

“Selamat pagi cikgu.” ucap semua pelajar kelas 3-1.

“Kamu semua boleh duduk. Sebelum cikgu ambil kehadiran kelas kamu,cikgu nak umumkan sesuatu.” kata Cikgu Yeon,guru kelas 3-1.

“Cikgu nak umumkan yang cikgu akan berkahwin ke?” tanya Hyunwoo,pelajar yang boleh tahan nakalnya tetapi baik,rajin dan cemerlang dalam pelajaaran.

“Kamu ni kan… Malas cikgu nak layan kerenah kamu sekarang. Balik pada topik asal,cikgu ada satu pengumuman untuk kamu semua. Kelas kamu akan ada beberapa orang pelajar baru hari ni. Jangan cakap apa2 dulu. Biar mereka habis perkenalkan diri dulu sebelum kamu tanya mereka soalan. Faham?” ucap Cikgu Yeon.

“Faham cikgu!” sahut pelajar kelas 3-1 dengan riang.

“Jangan kata faham je. Kalau ada 1 pun bunyi waktu pelajar2 baru tu memperkenalkan diri nanti,cikgu bagi banyak2 kerja rumah dan semua kerja rumah tu kamu perlu hantar esok.” ugut Cikgu Yeon.

“Ala cikgu nie,bagi je lah pelajar2 baru tu masuk sekarang. Kesian mereka berdiri kat luar kelas lama2.” kata Yura sambil memerhatikan bayang2 di sebalik pintu kelas mereka.

“Cakap je lah yang kamu tak sabar nak jumpa pelajar2 baru tu.” kata Cikgu Yeon.

“Memanglah saya tak sabar nak jumpa pelajar2 baru tu. Kalau perempuan,dia boleh masuk geng kami kalau dia nak. Kalau lelaki ,mungkin dapat kami pelajar perempuan kelas 3-1 cuci mata sikit,cikgu. Asyik tengok muka pelajar2 lelaki kelas ni je dari 2 tahun lepas,boring lak.” balas Yura. Kata2nya membuatkan pelajar2 perempuan kelas itu menjerit setuju manakala pelajar lelaki pula memprotes.

Cikgu Yeon hanya menggeleng kepala melihat kerenah2 pelajar kelasnya yang tak ubah seperti kanak2.

“Baiklah,kamu semua boleh masuk sekarang.” arah Cikgu Yeon sambil memandang pintu depan kelas 3-1. Hampir semua pelajar perempuan kelas 3-1 menjerit teruja apabila semua pelajar baru itu masuk ke dalam kelas. Sebab?

1.Semuanya lelaki.

2.Di kalangan pelajar2 baru tu ada yang comel dan hensem.

Pelajar2 lelaki pula hanya mampu memandang dengan perasaan cemburu.

“Termakbul jugak doa aku. Dapat jugak aku cuci mata aku tengok laki2 hensem setiap hari lepas nie. Semangat lak nak datang sekolah setiap hari mulai sekarang.” kata Yura memeluk bahu Hyunwoo yang duduk di tepinya.

“Eleh kau nih. Tak payah nak main peluk2 bahu aku kalau ayat kau tu ditujukan kat mereka. Aku yang hensem plus kacak duduk sebelah kau ni kau tak hiraukan pulak.” kata Hyunwoo menepis tangan Yura.

“Kau? Hensem? Plus kacak? Mulalah perangai kuat perasan dia tu keluar. Please lah. Mereka lagi HENSEM PLUS KACAK dari kau kot. Lagipun aku dah mula rasa muak dengar ayat yang sama dari mulut kau tu dan asyik tengok muka kau sejak dari 2 tahun lepas. Sejak dari 2 tahun lepas gak seatmate aku tak pernah bertukar,asyik kau aje.” balas Yura.

“Itulah namanya takdir,sayang.” kata Hyunwoo sambil menongkat dagu memandang Yura.

“Takdir kepala hotak kau!” balas Yura. Yura kemudiannya menolak muka Hyunwoo ke belakang membuatkan Hyunwoo hampir terjatuh dari kerusinya. Semua orang hanya ketawa melihat gelagat mereka berdua.

“Sudah2lah kamu 2 tu. Biar semua pelajar baru nie perkenalkan diri mereka.” arah Cikgu Yeon.

“Hai semua. Nama saya Yoon Jeonghan.”

“Hai semua. Nama saya Wen Junhui. Panggil aje Jun. Saya datang dari China.”

“Hai semua. Nama saya Kwon Soonyoung. Nama panggilan saya Hoshi.”

“Hai semua. Nama saya Lee Seokmin. Nama panggilan saya DK aka Dokyeom.”

“Hai semua. Nama saya Kim Mingyu.”

“Hai semua. Nama saya Xu Minghao. Nama panggilan saya The8. Saya datang dari China jugak.”

“Hai semua. Nama saya Boo Seungkwan.”

“Hai semua. Nama saya Vernon Choi Hansol. Panggil je Vernon. Saya kacukan Amerika-Korea.”

“Hai semua. Nama saya Lee Chan. Nama panggilan saya Dino.”

“Hai semua. Nama saya Choi Seungcheol. Nama panggilan saya S.Coups.”

“Sila beri tunjuk ajar kepada kami dan kami berharap kita semua dapat jadi kawan.” kata semua pelajar baru itu serentak lalu tunduk hormat pada pelajar2 lain.

“Memandangkan semua pelajar baru dah memperkenalkan diri,tanyalah soalan yang kamu nak mereka jawab. Pastikan cepat supaya cikgu boleh ambil kehadiran kamu.” kata Cikgu Yeon. Sejurus selepas beliau menghabiskan ayatnya,semua pelajar lama melontarkan soalan kepada pelajar2 baru itu. Selesai sesi soal jawab antara pelajar2 baru dan lama,Cikgu Yeon terus mengambil kehadiran pelajar kelasnya. Satu per satu nama disebut.

“Kang Sungheo?”

“Hadir,cikgu!” sahut Sungheo sambil mengangkat tangannya.

“Han Sekyung?”

“Tak hadir,cikgu. Dia demam.” jawab Sungheo dengan muka yang masam.

“Patutlah diam je. Cikgu masuk tadi pun muka monyok je.” kata Cikgu Yeon tersenyum kecil sambil menggeleng kepala. Semua pelajar kelas 3-1 ketawa kecil mendengar kata2 Cikgu Yeon. Sungheo hanya mencebik di tempat duduknya.

Seperti yang Yura katakan sebelum Cikgu Yeon masuk ke kelas mereka pagi tadi,Sungheo memang akan merungut tak henti2 kalau Sekyung jauh dari dia. Kalau tak merungut,muka masam tak habis2. Apatah lagi kalau Sekyung tak hadir ke sekolah,lagi teruk lah jadinya. Satu sekolah tau tentang nie.

“Kamu semua boleh duduk di tempat kosong di sekeliling Sungheo kecuali tepi dia. Tu tempat duduk Sekyung.” kata Cikgu Yeon sambil memandang pelajar2 baru itu. Semua pelajar baru itu bergerak memilih tempat duduk masing2.

“Sungheo,boleh tolong cikgu bawa buku2 nota kamu sekelas? Cikgu dah letak atas meja cikgu tadi.” pinta Cikgu Yeon kepada Sungheo. Sungheo hanya mengangguk dan mengambil pas keluar yang dihulurkan oleh guru kelasnya itu lalu keluar dari kelas untuk menuju ke bilik guru di tingkat bawah. Cikgu Yeon mula membelek buku teks yang terletak di atas meja Yura selepas Sungheo keluar dari kelas. Baru sahaja Cikgu Yeon ingin mengatakan sesuatu,pintu depan kelas 3-1 terbuka.

“Maaf saya lambat cikgu.” kata pelajar perempuan itu.

“Sekyung? Apa kamu buat di sekolah sekarang nie? Sungheo kata kamu demam tadi.” soal Cikgu Yeon berjalan mendekati Sekyung.

“Maaf cikgu tapi boleh saya duduk sekarang?” tanya Sekyung apabila merasakan dirinya tidak dapat berdiri lebih lama. Soalan guru kelasnya tadi pula dibiarkan tidak berjawab.

“Pergilah duduk. Kalau kamu tak dapat tahan lagi,pergi bilik kesihatan.”kat Cikgu Yeon.

“Cikgu nak kamu semua buat latihan di buku teks muka surat 39 dan 40 di dalam buku nota kamu.” kata Cikgu Yeon setelah Sekyung duduk. Beberapa minit kemudian,Sungheo masuk ke dalam kelas membawa buku2 nota mereka sekelas. Dia menyerahkan buku2 nota itu kepada ketua kelas untuk diedarkan kepada semua pelajar kelas itu. Sungheo pun berjalan ke tempat duduknya.

“Apa yang kau buat kat sekolah sekarang nie? Kau sepatutnya duduk je kat rumah sampai demam kau kebah. Kalau kau pengsan kat mana2 nanti tak ada orang nak tolong mac-” belum sempat Sungheo menghabiskan ayatnya sekeping sandwich disumbat ke dalam mulutnya oleh Sekyung. Sekyung menutup kembali bekas makanan berisi sandwich itu tanpa memandang Sungheo.

“Eiii. Geram betul aku dengan kau ni. Degil.” kata Sungheo selepas dia duduk di tepi Sekyung. Sekyung mengambil 2 buah buku dari begnya dan mengetuk kepala Sungheo dengan buku tu. Kemudian meletakkan buku2 itu di atas meja Sungheo.

“Pehal main ketuk2 kepala orang nie?!” soal Sungheo sambil mengusap bahagian yang diketuk dengan buku tadi. Kemudian dia melihat buku2 yang diletakkan Sekyung di atas mejanya.

“Buku nota matematik aku! Macam mana boleh ada kat kau?” soal Sungheo kepada Sekyung.

“Kau dengar tak apa yang aku tengah tanya ni?” soal Sungheo kepada Sekyung. Sungheo mencebik apabila dia perasan yang Sekyung memakai earphone dan sedang membuat kerja yang diberikan oleh guru kelas mereka tadi.

Bila Sekyung nampak yang Sungheo masih merenungnya dengan cebikannya itu,Sekyung mengeluh. Sekyung memusingkan kepala Sungheo dan meletakkan pen di tangan Sungheo lalu membuka buku nota dan buku teks milik Sungheo. Sekyung berbuat demikian sebagai arahan untuk Sungheo melakukan kerja yang diberi oleh guru kelas mereka tadi.

~~~~

Hyunwoo mengeliat selepas loceng berbunyi menandakan waktu Cikgu Yeon telah tamat.

“Cikgu kenapa tak keluar lagi? Masa cikgu dah habis kan?” soal seorg pelajar perempuan yang duduk di barisan paling hadapan.

“Halau cikgu nampak? Cikgu subjek Mate dan Sains kamu ada khusus kat tempat lain hari nie,jadi cikgu sign in waktu mereka ber2.” kata Cikgu Yeon menyebabkan semua pelajar 3-1 bersorak gembira. Ada yang tersenyum sahaja dan ada juga yang melompat-lompat.

“Jadi,cikgu akn bersama dgn kitaorg sampai waktu rehat la nie?” tanya Yura. Cikgu Yeon mengangguk sahaja. Jawapan Cikgu Yeon menyebabkan mereka bersorak sekali lagi.

“Suka nampak?” kata Cikgu Yeon melihat pelajar2 kelasnya.

“Mestilah cikgu. Asal waktu Sains je kami kene jawab kuiz yg cikgu bagi,klau bukan kuiz,dy tanya kami soalan banyak2. Asalkan ada salah jawab,mesti kene pukul dengan pembaris atau kene cubit telinga. Waktu Mate pulak kami kene buat banyak latihan je kerja. Cikgu Mate ajar kami bukan slow n steady,tapi sebaliknye,laju sangat. Katanya kami dah ketinggalan berbanding kelas lain. Klau cikgu mate kami bagi latihan pulak,kami tak boleh biarkan ade soalan yang tak berjawab. Klau ada yang tak dijawab pon,1 je yang dibenarkan. Lebih dari 1 soalan tak dijawab,kami kene hukum jalan itik sekeliling kelas 10 pusingan bagi setiap soalan yang tak dijawab.” kata Hyunwoo.

“Kesiannye pelajar2 cikgu nie. Tapikan,ape boleh buat? Sebab kedua2 guru subjek kamu yang tak hadir tu dh bg cikgu senarai tugasan yang kamu perlu buat dan kedua2nye perlu dihantar esok pagi.” kata Cikgu Yeon. Hampir semua pelajar kelas 3-1 merungut dan mengeluh.

“Redha je lah dgn nasib kita. Inilah kehidupan seorang pelajar.” kata pelajar lelaki yang duduk di barisan hadapan kelas.

“Sambung kerja kamu. Cikgu nak ambil barang cikgu kat bilik guru jap. Jangan bising sangat” kata Cikgu Yeon sebelum meninggalkan kelas 3-1.

---------

“Bangun kelas. Terima kasih cikgu.” kata ketua kelas selepas loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah tiba.

“Baiklah semua,kita jumpe lagi esok. Sumua boleh keluar kecuali pelajar2 baru,Sungheo dan Sekyung. Cikgu ade bende nak ckp dgn korang.” kata Cikgu Yeon. Semua pelajar2 yang tidak dikehendaki keluar untuk menuju ke kafeteria sekolah manakala pelajar2 yang dikehendaki bergerak untuk berdiri di depan meja guru menanti kata2 Cikgu Yeon.

“So… Ape yang kamu semua rasa tentang pelajar2 kelas nie?” tanya Cikgu Yeon kepada semua pelajar baru itu.

“Ok je cikgu. Kami rasa selesa sebab mereka semua mesra dan mudah bergaul.” kata Seungcheol. Kawan2nya hanya mengangguk tanda setuju sambil tersenyum.

“Kamu 2 pulak macam mana?” Cikgu Yeon mengalihkan perhatinnya kepada Sungheo dan Sekyung.

“Hah? Macam mana ape pulak nye cikgu? Kami 2 bukan pelajar baru kelas nie pon.” kata Sungheo. Sekyung hanya berdiri di tepi Sungheo memerhati.

“Ok ke klau pelajar2 baru nie duduk sekeliling kamu?” tanya Cikgu Yeon masih memerhatikan 2 orang sepupu tu.

“Saya ok je.” kata Sungheo lalu memandang Sekyung.

“Asalkan mereka tak terlalu bising dan tak buat masalah.” kata Sekyung.

“Baiklah klau macam tu,boleh kamu ber2 tunjukkan mereka sekeliling sekolah?” pinta Cikgu Yeon. Sungheo hanya mengangguk.

“Baiklah klau macam tu cikgu keluar dulu. Cikgu akan maklumkan kepada cikgu BI kamu yang kamu semua akan masuk lambat ke kelas. Sebelum tu,kamu semua makan dulu. Cikgu tak nak nanti ade yang pengsan sebab jalan dengan perut yang kosong.” kata Cikgu Yeon sebelum keluar dari kelas 3-1. Suasana menjadi janggal sebaik sahaja Cikgu Yeon melangakah pergi dari kelas 3-1. Sungheo menumpukan pandangannya kepada sepupunya.

“Kau nak makan dulu atau jalan dulu?” tanya Sungheo kepada Sekyung.

“Tanya mereka jangan tanya aku.” kata Sekyung membalas pandangan Sungheo sebelum mengalihkan pandangan ke tempat lain. Sungheo mengeluh sebelum memandang semua pelajar baru itu.

“So… Soalan yang sama… Makan dulu atau jalan dulu?” tanya Sungheo.

“Apakata kita semua makan dulu? Cikgu Yeon pun ade minta kita makan dulu senelum jalan tadikan?” balas Seungcheol. Sungheo hanya mengangguk.

“Bekal makanan kat dalam laci kau. Gi ambik klau kau nak.” kata Sekyung kepada Sungheo apabila Sungheo memandangnya sekali lagi.

“Yeay! Ni lah sebab aku sayang sangat ngan kau!” kata Sungheo melompat dengan gembira ke tempat duduknya untuk mengambil bekal makanan yang diletakkan ke dalam lacinya oleh Sekyung. Sekyung hanya mengeluh sambil menggeleng kepalanye melihat kerenah Sungheo.

“Korang ada bawa makanan tak? Klau ade ambik sekarang,kita makan sama2. Klau tak ade aku share ngan korang.” tanya Sungheo apabila melihat semua pelajar baru tu hanya memandangnye dan Sekyung. Mereka pun gerak ke tempat masing2 untuk mengambil keluar bekal makanan yang dibawa dari rumah.

“Kyung,kau lak? Tak makan ke?” tanya Sungheo.

“Tak ade selera.” jawab Sekyung lalu meletakkan kepalanye ke atas meja Yura.

“Ish kau nie… Makan je lah wlaupun ckit. Dh arh kau tu sakit. Kita suruh duk je kat rumah tak nak.” mulalah Sungheo membebel selepas menyuapkan sekeping sandwich ke dalam mulut Sekyung secara paksa. Sekyung menjelingnya tetapi jelingan itu hanya dibalas dengan sebuah senyuman seolah-olah dirinya tidak berbuat begitu terhadap sepupunya sebentar tadi.

Selepas beberapa minit,Sungheo berdiri dan mengajak menunjukkan kawasan sekolah kepada pelajar2 baru itu. Sekyung hanya berdiam tidak berkata wlaupun sepatah membiarkan sepupunya yang menjelaskan segala tentang sekolah mereka kepada pelajar 2 baru itu.

“So… Kita semua dh habis round satu sekolah,ade ape2 pertanyaan?” tanya Sungheo.

“Boleh perkenalkan diri kamu ber2?” tanya Mingyu.

“Tu je ke soalan?” tanya Sungheo lagi dan menerima anggukkan kepala daripada semua pelajar baru itu.

“Saya Kang Sungheo.” Sungheo perkenalkan dirinya sambil melempar sebuah senyuman kepada rakan2 sekelas barunya itu.

“Han Sekyung.” kata Sekyung dengan suara yang kecil tapi tetap boleh didengari oleh Sungheo dan yang lain.

“Kami ber2 sepupu.” kata Sungheo lagi sebelum mencari kelibat Sekyung.

“Kyung! Tunggu arh! Jangan tinggalkan aku sorang2! Kau nak gi mana lagi nie?!” jerit Sungheo kepada Sekyung yang sedang berjalan jauh dari mereka. Pelajar2 baru itu hanya mengikutnye mengejar Sekyung.

“Ish! Macam mana dia boleh jalan laju sangat sedangkan dia masih sakit?” rungut Sungheo apabila Sekyung tetap berjalan tanpa menghiraukan jeritan Sungheo sebentar tadi.

------

“Abang ade mesej pagi tadi. Dia nak ajak kita 2 makan kat luar malam ni sebab dia free malam nie.” kata Sungheo kepada Sekyung sambil mengemaskan begnya. Sekyung hanya mengangguk sebelum berjalan keluar kelas dan menuju ke lokernya yang bersebelahan dengan loker Sungheo. Dia menunggu Sungheo meletakkan buku2 yang tidak perlu dibawa pulang ke rumah sambil memegang skateboardnya. Selepas Sungheo meletakkan barang2nya ke dalam loker,dia dan Sekyung pulang ke rumah mereka bersama dengan Sungheo menaiki basikal manakala Sekyung menggunakan skateboardnya.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Sky_Wings
#1
Cool! ^^
coffeedrops
#2
Chapter 2: Okay I'm not a good commenter or suggester but this is a good start. :) Good luck for the next chapter!