Rei Broke the Record.

Life Of Rei.
Please Subscribe to read the full chapter

'Kadang - kadang, aku ni menakutkan. Walaupun aku diam, banyak benda bermain dalam otak aku,'

"Rein, aku nak assignment aku ni siap hujung minggu ni." 

'Contohnya, aku dah bunuh perempuan ni beratus kali, dalam beratus cara, cara paling kejam. Dalam otak aku.'

Yura meletakkan fail nipis di atas meja Rein. Tangannya lantas disimpan kemas dalam poket. Dengan wajah angkuh dan bengis, "Faham tak?" dua perkataan diungkap tanpa serba salah. Rein menggelengkan kepalanya dan menyelak fail nipis itu. Hatinya panas, sejak saat ini,dia berazam untuk melawan. Baginya, dia bernafas bukan untuk menjadi hamba!

'Come on, Rei! Kau tak lemah!'

"Kalau assignment sikit macam ni pun suruh orang buatkan, baik tak payah masuk universiti," lagak tenang, hakikatnya perutnya sudah kecut. Apatahlagi untuk berhadapan dengan Kim Yura, si cantik yang mendapat perhatian ramai, lagi - lagi dengan kuasanya sebagai anak orang kaya. Dunia, memang meterialistik.

Yura tersenyum sinis. "Hamba abdi, kau dah lupa ke dekat mana kau berdiri? Kau masuk universiti ni pun atas rayuan berkali - kali, dah lah tak ada duit, tak dapat biasiswa. Kalau aku 'jentik' nama kau sekali je, kau jangan menyesal kena kemas barang - barang kau balik kampung." dia tergelak kecil. Nafas Rein naik turun. "Biarlah masuk universiti dengan rayuan pun, daripada masuk dengan rasuah. Mana lagi keji?" 

Suaranya dinaikkan, mengundang perhatian pelajar lain di bilik kuliah itu. Yura memand

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet