REPORTER SENGAL!

Please Subscribe to read further chapters

Description

"MACAM MANA BOLEH VIRAL GAMBA AKU PAKAI SPENDER PINK QU PUTEH NI?!"
  
  "SALAH SEORANG AHLI BTS BERBINKAN SEEKOR ARNAB?!"
  
  "SIAPA SNAP GAMBA AKU KOREK TAIK HIDUNG PASTU JENTIK KAT JUNGKOOK NI?!"
  
  "MANGKUK PUNYA REPORTER! DAHLAH REKA CITE AKU ADA AFFAIR DENGAN KWANG SOO PASTU JAJA BERITA PANAS AKU GAY?!"
  
  "SALAH SEORANG AHLI BTS TERPAKSA MENGGUNAKAN KASUT CANVAS BERTAPAK TINGGI PADA SETIAP KONSERT KERANA MASALAH KETINGGIAN YANG SEPARAS BUDAK TADIKA?!
  
  "KALAU AKU DAPAT WARTAWAN NI MEMANG AKU LENYEKKAN DIA GUNA KASUT TINGGI!"

  
  haih..macam2 betul reporter2 handalan Korea ni..sampai artis tersalah masuk tandas OKU pun diviralkan
  
  sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua
  
  apa akan terjadi apabila reporter handalan, yuju dapat ditangkap oleh seorang ahli terkenal BTS atas kesalahan menyebarkan berita palsu dan memalukan?
  
  oh tidak! habislah kerjaya tersohor aku!

Foreword

Kamera lensa aku fokuskan kepada sesusuk tubuh yang berpenutup mulut hitam

Dia berjalan keluar seorang diri dari satu bangunan BigHit entertainment

Ketinggian pokok memihak kepada aku..mintak2 dahan ni dapat bertahan dengan berat aku yang seumpama nenek gajah

Klik! Klik! Klik!

Dia berjalan lagi ke luar pagar

Klik! Klik! Klik!

Segalanya aku 'klik'..

segalanya tidak boleh terlepas!

Rugi weh! Rugi kalau terlepas!

Kau pikir senang aku nak bertenggek macam burung merpati kat atas ni? 
Hanya reporter macam aku je yang sanggup buat tahu! Reporter no.1 Korea!

Dia berkata sesuatu kepada seseorang yang berada di dalam kereta hitam..apa yang dia katakan aku tak tahu..tapi apa yang aku tahu hanyalah..

Klik! Klik! Klik!

Klik! Klik! Klik!

'Memory full'

dua perkataan yang terpamer pada skrin kamera aku pandang..mana tak full nya Wei..satu hari satu juta gambar aku 'klik' kannya..gambar artis minum air kelapa,gambar penyanyi tertelan microphone, gambar pelawak perempuan tak cukur bulu ketiak yang sudah lebat memanjang, artis dating, artis duduk menelentang, duduk bersimpuh, artis makan, artis berak,artis sembelit,artis buasir semua aku 'klik'..tak ada langsung yang ketinggalan!

Aku pergi ke gallery..membuang seberapa banyak gambar yang tidak lagi diperlukan

Deleting 5,345,075 image......

Done!

Aku tadahkan kembali kamera pada lelaki tadi..dia sedang melangkah menuju ke dalam bangunan semula
Dia semakin menjauh

Aku fokus..fokus..Dan fokus..

Tiba2 terjengul dua bijik mata yang sedang pandang ke arah kameraku dengan ketajamannya yang amat menikam!

"Oh nenek kau kawen dengan anak raja!"

Kamera aku terlepas dari pegangan! Lalu tersangkut di satu ranting yang semakin rapuh di bawah

Nasib kamera tu ada tali! Kalau tak..

Matila aku!

Aku merangkak turun ke bawah gaya macam kambing turun dari pokok kelapa sawit

Sedaya upaya aku cuba untuk mencapai tali kamera yang tersangkut itu

Kaki aku sudah menggeletar semacam..tiba2 aku rasa gayat..

Mak oi! Rasa gayat dia lebih teruk dari rasa gayat masa aku daki puncak gunung Everest demi nak mengambil gambar artis yang diculik oleh burung garuda!

'Prakkk!!'

Dahan yang aku pijak patah! Tubuh aku seperti melayang layang di angkasa bersama kapal angkasa adudu..manakan tidak, pokok itu lebih kurang tinggi KLCC!
Time tu aku rasa macam nak keluarkan sayap dan terbang seperti burung unta..I believe..I can flyyy~~ •________•"

Tanah semakin dekat..aku memejamkan mata..adakah ini pengakhiran duniaku? Oh tidak! Laporan haritu aku belum siapkan! Tu kalau aku dah siap publish memang kaya raya lah aku..sebab itu cerita paling sensasi pernah aku ada! 'Kekuningan gigi 5 artis yang tiada tolok bandingnya!'

Badan aku disambut oleh seseorang sedang aku khayal dengan 'fantasia bulan madu' aku

Okay..hero mana datang sambut aku ni? Aku doa doa kalau Jasteen Bibeh ke yang sambut..Charrliey puuttt ke yang sambut..tapi Donald Trump tolak tepi! Tak rela yu!

Kelopak mata aku buka perlahan..gaya macam puteri sleeping beauty baru bangun tido pukul 2 pagi setelah melantak buat taik mata beratus tahun

Terpampang wajah seorang putera raja kayangan yang selalu cikgu tadika aku cerita 'Once upon a time..'
Tuh..muka dia bersinar sinar bak mutiara..berseri seri bak kilauan crown dato Vida...

Lalu dia membawa aku pulang ke Istana dan mengahwini ku..kami beranak pinak hingga keluar 80 Anak dan mempunyai 1300 cucu, serta 5000 cicitss..

"Anak gajah mana jatuh dari langit ni?!"

Sreeetttttttt

bunyik CD rosak

Aku pandang wajah didepan mata aku ni yang seperti muka tahan dari nak tercirit

Terkelip kelip mata aku melihat lelaki itu

Pipi aku tampar beberapa kali..aku... tak bermimpi kan?

"Sampai bila kau nak feeling jadi princess ni? Sampai Naik patah tulang lengan aku!"

Aku bangun pantas..pipi aku merah! Bahang!!

Jantung aku dah lama terloncat keluar dari tempatnya

Blah weh! Blah cepat! Mati ah kau!

Aku terkocoh kocoh berlari ke arah kereta yang aku parkir berdekatan pokok itu

Pintu kereta aku buka

Cepat2 aku menghidupkan enjin dan berdesup keluar sepantas kilat dari situ

Aku tak pikir apa dah..janji nyawa aku selamat!

----------------------------------------------------------

Park Jimin termangu mangu melihat perempuan tadi..

Tangannya diurut diurut perlahan..putus urat! Berat gilala!

Aik? Laju beno dia pergi..macam aku ni nak makan dia pulak

Pelik betul..apa lah yang dia buat malam2 buta begini Kat atas pokok? Nasib aku ada..kalau tak dah wassalamun dah dia Kat sini..tak pasal pasal bangunan bighit berhantu..

Jimin memandang ke atas pokok..ada satu menate yang tersangkut pada satu ranting

Cekap dia memanjat dan mendapatkan benda itu lalu turun dengan mudah ke bawah

Kamera itu dibelek belek..

"Kamera sapa ni?"

Dia memandang ke atas pokok lagi

"Perempuan tadi tu ke?"

Digodam kamera itu Dan dibuka gallery

Setiap satu gambar memeranjatkannya

Gambar aku! Gambar jk! Gambar hyung! Eh? Gambar sapa ni? Muka macam dugong..ini bukan pengacara Happy together tu ke? Minsoo? Ah ape tah namenya

Patutlah dari tadi aku rasa ada orang yang memerhati aku..bila aku toleh belakang nampak seseorang atas pokok..takkanlah Pontianak nak usyar aku jauh2..pontianak mesti usyar aku dekat2 sebab well..aku kan retis hot! Maunya dia bawak aku terbang jadikan aku laki dia..puih!

Setiap gambar aku teliti satu2..

Jimin tarik senyum

Guys..aku dah dapat siapa yang berani viralkan berita palsu tu!

-----------------------------------------------------------

Kepala aku hentak2 ke dinding laju gaya orang kena sawan babi

Mampus lah aku! Memang mampus!

Kenapalah kau ni bengap sangat yuju?! Kenapa? Kenapa otak kau lebih lembap dari lembu?! Kenapa? Even lembu pun lebih cerdik!

Kamera akuuuu..I'm like T T..just like T T...tahi betul kau ni! Tu ah! Kemain sangat berani nak buat benda bukan2! Kan dah kena kau setepek! Dua tepek! Tiga tepek! Senanya aku tak tahulah berapa puluh tepek!

"Dinding tu bukan jiran atuk awak yang punya"

Aku toleh sebelah..

Boss dah masuk ke bilik aku Tanpa aku perasan..mananya kau nak perasan kalau kau syok hentak2 kepala ke dinding..nasib waras lagi tak hentak sampai hilang dahi

"Yes, boss?" Acewahh..macam gaya Emma maembong pulak beryes yes boss dengan Fahrin Ahmad..kuikui :3

"Duduklah dulu"

Aku duduk..patuh dengan arahannya

"Ada apa apa masalah ke bos?"

"Saya kagum dengan kejayaan awak memberikan hasil yang meletop kebabom dalam setiap laporan dan berita.."

Aku sudah tesengih sengih macam kerang hangit..kera dapat bunga pun tak tesengih sengih macam aku! Aiseh maluler kena puji setinggi gunung Fujiyama nihh..kihkih

"Dengan prestasi awak yang cukup cemerlang,saya ingin menaikkan pangkat awak dalam syarikat ini.."

Mata aku sudah terbeliak dah..luasnya melebihi luas lautan Hindi sampai MH370 pun boleh timbul

"Tapi dengan satu syarat.."

Keluasan serta merta berkurangan menjadi luas kolam ikan koi di depan kaunter lobi syarikat

"Laporan yang seterusnya, awak harus berikan saya yang lebih gah! Yang lebih umph! Kira macam ujian ler ni..baru saya akan naikkan pangkat awak..amacam? Nak?"

"Nak boss!! Nak..ehh..Gila taknak?"

Aku terus bersetuju..Macam bulan jatuh tergolek golek kat atas paha kut! Golekk..Sampai Molek! Eh? •____•

"Okay..saya bagi masa sampai minggu depan! Kalau tak ada apa2 laporan atas meja saya..Kira terbatallah sudahhh..got it?"

Aku mengangguk laju

"Yes, boss"

Aku menabik satu kali kepadanya sebelum dia keluar dari bilik aku

Aku tesenyum kambing..kalah gaya senyum kambing luqmanpodolski tuh

Mengenangkan kembali kamera aku iaitu punca utama dan satu2 nya harapan kenaikan pangkat aku,

Aku kembali menghentak hentakkan kepala ke dinding

Inikah dunia? Oh tuhannn

Ini sungguh kejam!

Comments

You must be logged in to comment
SoumaLoverAF #1
Chapter 1: Muahahahahhahahahahahahhahahahahahga.....lawak bebenor crew nie....klako....klako...klako....update yes dlm mse terdekat...best Sgt nie...akan Ku tunggu dgn penuh kesabaran demi crew nie...yuju...yuju...
2Cool_4Skool #2
Chapter 1: Bengong ar yuju ni hahahahah. Keed update ok! Sy tunggu~
2Cool_4Skool #3
HAHAHAHAHAH best best! *tepuk2 tgn mcm anjing laut* XD .. Tiba2 pula ada luqmanpodolski masuk dlm cerita ni haahahah x boleh blah! And suka ayat awk, sempoi jerr~