Final

Marriage
Please Subscribe to read the full chapter

 

Perkahwinan yang dibina tanpa sekelumit pun perasaan cinta tetapi hanya dipenuhi kebencian tidak akan dapat membawa kebahagiaan. Tidak dapat dinafikan, itulah realiti bagi perkahwinan Kim Jongin dan Kim Kyungsoo yang telah dibina hampir 2 tahun. Perkahwinan yang dirancang atas aturan keluarga hanya mampu dituruti dua insan itu tanpa mampu membantah. Maruah syarikat masing-masing yang perlu diselamatkan menjadi punca utama mereka disatukan. Hanya kerana kepentingan ibu bapa mereka yang ingin memajukan syarikat, kebahagiaan mereka terpaksa menjadi galang gantinya. Perkahwinan politik, itulah gambaran perkahwinan mereka. Di hadapan keluarga dan masyarakat, mereka tidak ubah seperti pasangan yang paling bahagia di dunia namun, tiada siapa mengetahui hakikat sebenar perkahwinan mereka.

 

2 tahun mereka hidup bersama atas ikatan perkahwinan tidak mampu mengubah mereka menjadi seperti pasangan yang lain. Mereka tinggal di rumah yang sama, tidur di atas katil yang sama tetapi kehidupan mereka tidak ubah seperti orang asing yang tinggal bersama. Jasad mereka begitu dekat tetapi hati mereka sangat jauh. Masing-masing hanya melakukan hal sendiri tanpa mempedulikan pasangan sendiri. Hakikatnya, mereka hanyalah suami isteri di atas kertas semata-mata. Hubungan suami isteri yang dipegang tidak mampu melunturkan perasaan benci dalam hati masing-masing malah, semakin hari semakin menebal. Kim Jongsoo, anak mereka yang berusia 1 tahun merupakan hasil perkahwinan mereka tanpa perasaan cinta. Ketika berasmara pula, mereka hanyalah sekadar ingin memuaskan nafsu masing-masing.

 

“Mama”

 

Panggilan anaknya itu membuatkan Kyungsoo tersedar daripada lamunan panjangnya. Dia segera mengalihkan perhatiannya kepada Jongsoo yang sedang bermain di atas lantai. Mainan anaknya itu bersepah di sekeliling ruang tamu. Kyungsoo tersenyum kecil melihat anaknya. Dia mula mendekati anaknya sebelum mendukung anak kecil itu. Meskipun anak itu lahir daripada perkahwinan yang tidak pernah direlainya, dia masih menyayangi Kim Jongsoo sepenuh hatinya. Walaupun dia tidak mampu mengubah hakikat bahawa anak itu merupakan hasil perkongsian hidup bersama lelaki yang dibencinya, namun dia tetap mahu membesarkan anak itu dengan penuh kasih sayang. Anaknya itu merupakan sebab dia masih mampu bertahan dan meneruskan lakonan sebagai pasangan bahagia kepada Kim Jongin.

 

“Anak mama lapar ke? Mama buat susu nak?” soal Kyungsoo kepada anaknya. Jongsoo tersenyum riang memahami soalan ibunya. 2 batang gigi di hadapan yang baru tumbuh itu kelihatan menambahkan kecomelan anak kecil itu. Kyungsoo meletakkan anaknya di atas sofa sebelum beredar ke dapur untuk membuat susu kepada anaknya itu. Selesai sahaja membuat susu, dia kembali semula ke ruang tamu. Disuakan botol susu itu ke dalam mulut kecil anaknya. Selang beberapa minit kemudian, Jongsoo nyenyak tidur di atas sofa setelah kenyang perutnya. Kyungsoo mengambil kesempatan itu untuk menyediakan makan malam memandangkan jam sudah menunjukkan hampir 6 petang.

 

Dia mengeluarkan bahan-bahan yang hendak dimasak dari dalam peti sejuk. Memasak sudah menjadi kepakarannya memandangkan cita-citanya sedari kecil ialah menjadi seorang chef. Begitu malang baginya kerana dia lahir dari keluarga bergolongan korporat. Bapanya membantah sepenuhnya keinginannya untuk menjadi seorang chef dan membuka restoran sendiri. Dalam keadaan terpaksa, dia harus akur dengan bapanya yang mahu dia belajar dalam bidang perniagaan seperti abangnya. Dia kemudiannya bekerja di syarikat bapanya yang sekarang dipegang oleh abangnya. Dia berkhidmat di situ hampir 3 tahun sebelum dipaksa berhenti oleh Kim Jongin. Sekali lagi, dia terpaksa akur setelah turut disokong kuat oleh bapanya. Sejak kecil, kehidupannya sentiasa diatur oleh ibu bapanya. Tidak pernah sekalipun dia diberi kebebasan untuk membuat keputusan sendiri. Dia tidak boleh berkawan dengan sembarangan orang. Itu merupakan arahan dari bapanya sejak kecil. Setiap rakannya haruslah berasal dari golongan yang setaraf dengannya.

 

Sangkanya, dia dapat memilih pasangan hidupnya sendiri namun, sangkaannya meleset sama sekali apabila dia dipaksa berkahwin dengan lelaki yang dibencinya. Ketika itu, syarikat bapanya dibelenggu hutang yang banyak sehingga hampir gulung tikar. Huluran bantuan pelaburan daripada Kim Empire yang bersyaratkan perkahwinan antara anak masing-masing merupakan satu-satunya jalan yang mampu menyelamatkan syarikat ayahnya. Kerana kasihankan bapanya yang sudah bersusah payah menubuhkan syarikat itu, dia akhirnya bersetuju untuk disatukan dengan Kim Jongin, lelaki yang pernah dicintainya suatu ketika dahulu. Kyungsoo mengeluh seketika apabila mengenangkan perjalanan hidupnya yang tidak seindah orang lain.

 

Makanan yang sudah siap dimasak dihidangkan di atas meja. Bunyi tapak kaki yang memasuki ruang makan membuatkan Kyungsoo mengangkat kepalanya. Kelihatan Jongin yang sudah siap membersihkan badan melabuhkan punggungnya di hadapan Kyungsoo. Masing-masing hanya menikmati makan malam tanpa sepatah kata pun yang meniti di bibir masing-masing. Sunyi suasana di ruang makan ketika itu. Begitulah suasana ketika mereka duduk semeja selama hampir 2 tahun itu. Masing-masing sudah terbiasa dan imun dengan suasana sunyi seperti itu.

 

Setelah selesai makan malam bersama, seperti biasa Kyungsoo akan berada di hadapan tv menonton drama kegemarannya manakala Jongin berada di bilik kerjanya. Setelah jam menunjukkan tepat angka 10 malam, masing-masing menuju ke bilik tidur mereka. Kyungsoo yang baru selesai menidurkan Jungsoo menuju ke bilik tidur yang dikongsinya bersama Jongin. Dia terus memanjat katil untuk melelapkan matanya sebelum terasa ada tangan yang menjalar di badannya. Kyungsoo menoleh sekilas ke arah Jongin sebelum membetulkan posisinya di atas katil.

 

Kyungsoo yang memahami keinginan Jongin, mula mencari bibir lelaki itu. Tidak perlu Jongin berkata-kata. Cukup dengan pandangan Jongin yang sedang meratah badan Kyungsoo melalui pandangan mata membuat dia mengerti keinginan suaminya. Bibir mereka bertaut seketika sebelum Jongin mula membuka seluar Kyungsoo. Malam mereka berlalu sambil menyaksikan pasangan itu berasmara tanpa sekelumit pun perasaan cinta di hati masing-masing. Kosong. Itu yang dirasai dalam hati mereka setiap kali berasmara.

 

 

***

 

 

 

“Chanyeol” panggil Kyungsoo ketika melihat lelaki tinggi lampai itu melangkah masuk ke dalam kafe. Lelaki yang sedang meliarkan matanya ke sekeliling kafe mula mencari arah suara itu. Segaris senyuman dihadiahkan kepada lelaki bermata bulat itu sebelum dia melangkah ke arah lelaki itu.

 

“Sorry for being late” ucap lelaki tinggi lampai itu setelah melabuhkan punggung di hadapan rakannya. Kyungsoo yang sudah terbiasa dengan sikap Chanyeol hanya menganggukkan kepalanya tanda dia tidak kisah. Mereka sudah bersahabat sejak kecil lagi. Perangai lelaki itu sudah mampu ditebak dan dihafal. Park Chanyeol, satu-satunya rakan dalam hidupnya yang begitu memahami dirinya dan mampu memberi nasihat kepadanya saat dia memerlukan seseorang. Tiada rahsia antara mereka cukup membuktikan betapa rapatnya hubungan persahabatan mereka. Kyungsoo senang bersahabat dengan lelaki itu yang sering tersenyum dan ceria sepanjang masa sehingga terkadang Kyungsoo tidak dapat menebak gelora yang sedang melanda dalam hati sahabatnya. Setiap kali dia dirundung masalah dan berasa sedih, lelaki itu pasti tahu cara untuk menghiburkan hatinya.

 

“Kenapa kau nak jumpa aku?” soal Kyungsoo setelah sahabatnya selesai memesan minuman.

 

“Aku nak melamar Baekhyun”

 

“What?! Are you serious?” Kyungsoo yang benar-benar terkejut dengan berita itu tidak mampu mengawal suaranya. Dia mula menundukkan wajahnya setelah menjadi perhatian pengunjung di kafe itu. “Kau biar betul, Chanyeol?” soal Kyungsoo sekali lagi tetapi dengan nada yang lebih perlahan pula.

 

Chanyeol menganggukkan kepalanya yakin dengan apa yang baru sahaja diucapkan. Sudah lama dia memikirkan soal ini. Dia benar-benar yakin bahawa Byun Baekhyun yang telah berjaya mencuri hatinya dengan perangai keanak-anakan yang dimiliki oleh lelaki itu merupakan insan yang tepat untuk dikahwininya. Dia tidak mahu menunggu lagi kerana keinginannya untuk memiliki lelaki yang begitu menggilai eyeliner itu sepenuhnya sudah tidak dapat dibendung dan ditahan lagi. Dia juga tidak mahu Baekhyun jatuh ke tangan lelaki lain.

 

“Aku nak mintak tolong kau sikit boleh tak?” soal Chanyeol dengan kerutan di dahinya.

 

“Tolong apa? Kalau aku boleh tolong, aku tolong”

 

“Teman aku cari cincin. Aku fail kalau bab-bab ni. Aku takut dia reject aku sebab cincin tak cantik” ucap Chanyeol dengan penuh berharap rakannya dapat membantu. Kyungsoo hanya tergelak mendengar permintaan rakannya. Tanpa berfikir panjang, dia terus mengangguk setuju. Setelah mereka selesai berbincang mengenai rancangan Chanyeol untuk melamar Baekhyun, mereka bersama-sama beredar ke sebuah pusat membeli-belah terkemuka di Seoul untuk membeli sebuah cincin. Sampai sahaja di sebuah kedai, mata masing-masing sudah menjalar ke almari kaca di hadapan mereka. Mereka benar-benar rambang mata tidak tahu untuk memilih cincin yang terbaik.

 

“Chanyeol, aku rasa yang itu cantik” ujar Kyungsoo sambil jari telunjuknya menunjukkan ke arah cincin yang berjaya mencuri perhatiannya. Chanyeol mula mengalihkan pandangannya ke arah yang ditunjuk oleh Kyungsoo. Hatinya terus jatuh cinta pada cincin itu lalu tanpa membuang masa, dia mengarahkan pekerja di situ untuk mengeluarkan cincin tersebut. Kemudian, dia menyambut huluran cincin yang mencuri perhatiannya itu daripada pekerja di situ.

 

“Cuba kau pakai” arah Chanyeol kepada Kyungsoo.

 

“Kenapa pulak aku?” soal Kyungsoo pelik dengan arahan sahabatnya itu.

 

“Aku nak tengok okay ke tak. Kalau kau pakai nampak okay, maksudnya mesti Baekhyun pakai pun nampak cantik” ujar Chanyeol menjelaskan niatnya menyuruh Kyungsoo mencuba cincin itu. Kyungsoo hanya menganggukkan kepalanya tanpa berfikir panjang. Jarinya dihulurkan ke arah Chanyeol. Tanpa membuang masa, Chanyeol memakaikan cincin itu ke jari manis Kyungsoo.

 

“Perfect”

 

Selesai sahaja membuat bayaran, mereka terus beredar untuk pulang. Kyungsoo mula mengucapkan selamat tinggal kepada sahabatnya sebelum berlalu ke keretanya. Tanpa pengetahuan mereka, ada mata yang memerhatikan gelagat mesra mereka di kedai cincin dengan perasaan amarah yang begitu membara.

 

 

 

***

 

 

 

Seperti biasa, Kyungsoo menghidangkan makan malam di atas meja sebelum kedengaran tapak kaki milik Jongin memasuki ruang makan. Mereka mula menjamu selera tanpa mengucapkan sepatah kata pun. Masing-masing tenggelam dalam perasaan ciptaan sendiri. Kyungsoo sendiri tidak mengerti sampai bila hubungannya dengan Jongin akan suram begini. Jujur, terkadang dia merindui Kim Jongin yang pernah dikenalinya suatu ketika dahulu. Kim Jongin yang ceria. Kim Jongin yang penyayang. Kim Jongin yang sentiasa mengucapkan kata-kata manis kepadanya. Kim Jongin yang manja. Entah mana silapnya, semua itu sudah tiada. Kim Jongin yang dikenalinya hari ini seorang yang pendiam dan panas baran. Masih jelas terngiang ayat pertama yang diucapkan lelaki itu ketika mereka sah bergelar suami isteri.

 

“Aku akan bawa kau mengenali maksud perkahwinan bagi aku”

 

Mungkin inilah yang dimaksudkan lelaki itu. Mereka disatukan tanpa sekelumit pun perasaan cinta. Ekoran daripada itu, inilah yang sepatutnya dilalui setiap pasangan yang disatukan tanpa perasaan suci itu. Namun, dia sudah begitu bosan menjalani kehidupan seperti ini. Apakah dia tidak layak menggenggam kebahagiaannya sendiri? Kyungsoo memandang Jongin yang masih lagi berselera menjamu makan malamnya. Mengapa lelaki itu berubah? Mengapa lelaki itu pernah meninggalkannya suatu ketika dahulu? Mahu sahaja dia menagih semua jawapan itu namun, egonya terlalu tinggi. Egonya membuatkan dia hanya memendam segala persoalan itu.

 

Sewaktu kali pertama bersua dengan Kim Jongin setelah terpisah hampir 3 tahun, tidak mampu digambarkan perasaannya ketika itu. Saat bapanya memperkenalkan lelaki itu sebagai bakal suaminya, dia terkelu. Perasaannya bercampur-baur. Ada marah yang terselit tetapi tidak dinafikan perasaan rindu turut bertamu di hati. Dia menjadi keliru sendiri. Hatinya terus berteka-teki mengenai perasannya yang sebenar terhadap lelaki itu. Apakah masih ada cinta yang bersisa untuk Jongin? Namun, lama-kelamaan, dia cuba untuk melawan perasaan itu. Mengenangkan lelaki itu memberi layanan yang tidak selayaknya dia terima sejak di awal perkahwinan mereka, dia cuba untuk menebalkan perasaan benci buat Jongin.

 

“Kyungsoo, aku nak cakap dengan kau sikit lepas ini” ucap Jongin sebelum bingkas bangun dan berlalu ke kamar mereka. Kyungsoo yang terkejut dengan arahan itu hanya menganggukkan kepalanya. Meskipun dia berasa pelik dengan arahan suaminya itu, namun dia tidak berani menyoal Jongin. Entah mengapa, hatinya dapat merasakan sesuatu yang telah berlaku. Dia kemudiannya hanya menggelengkan kepala cuba mengusir jauh segala pemikiran negatif yang mula bersarang di kepalanya.

 

Setelah selesai mengemas meja makan, Kyungsoo menuju ke kamar miliknya bersama Jongin dengan debaran di dada. Kelihatan Jongin sedang khusyuk membaca sebuah buku di sudut bilik. Dia terus menuju ke arah itu sebelum melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan suaminya. Jongin yang menyedari kehadirannya terus menghentikan bacaannya.

 

“Tadi, kau keluar dengan siapa?” soal Jongin senada.

 

“Dengan Chanyeol”

 

“Kenapa tak bagitahu aku?”

 

Kyungsoo mengerutkan dahinya pelik dengan soalan Jongin. Sepanjang 2 tahun perkahwinan mereka, lelaki itu tidak pernah ambil tahu mengenainya. Lelaki itu tidak pernah ambil peduli mengenai keberadaannya atau dengan siapa dia keluar. Mereka juga sudah bersetuju untuk tidak mencampuri urusan masing-masing. Tapi, mengapa kali ini Jongin bereaksi sedemikian?

 

“Pernah ke kau peduli sebelum ini?”

 

“Ya, aku tak pernah peduli. Tapi itu sebelum ini. Mulai hari ini, kau kena bagi tahu aku dulu kalau kau nak keluar dan dengan siapa kau keluar” tegas kedengaran suara Jongin membuatkan Kyungsoo kecut perut.

 

“But why? Kita dah setuju dulu untuk tak mencampuri hal masing-masing. Kau tak boleh tiba-tiba buat keputusan macam ini” bentak Kyungsoo tidak puas hati dengan arahan yang baru diterimanya.

 

“Damn it, Kyungsoo. Pergi matilah dengan persetujuan itu. I am your husband. Aku ada hak nak tentukan semuanya” Jongin pantas berlalu keluar dari bilik tidur mereka meninggalkan Kyungsoo yang masih tidak puas hati dengan suaminya.

 

“And one more thing, I will never let you go, Kim Kyungsoo. You are mine, forever. Jadi, kau boleh lupakan segala rancangan kau untuk curang atau lari daripada aku” ucap Jongin perlahan namun cukup didengari Kyungsoo. Dia terbungkam mendengar ayat yang baru sahaja meniti di bibir lelaki itu. Mengapa suaminya masih mahu terus menyeksanya dengan perkahwinan ini? Adakah lelaki itu senang melihatnya menderita dengan ikatan ini? Adakah lelaki itu tidak mahu menggapai kebahagiaannya sendiri bersama insan yang benar-benar dicintai? Mengapa masih mahu meneruskan ikatan yang tidak menda

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ainfhatihah #1
Chapter 2: Saya pun tgk sotus the series...kite geng dear.. betul ade season 2
ljoe1123 #2
Chapter 1: Nak sequel pleaseeeeee :)
vanilachoc
#3
Chapter 1: Aww, suka sgt ending dia. Author-nim nk request sequel boleh ? *puppy eyes*
chimot #4
Chapter 1: author-nim,harap ada sequel pulak lepasni!hehe.
mpreggoland
#5
malay mpreg! tak sabar nak baca ^^