babe breath 」

Please Subscribe to read further chapters

Description

pernafasan aku mula menjadi berat dan hati aku sakit sangat bila aku nampak kau , tersenyum gembira. air mata aku mula mengalir dengan deras apabila aku tahu yang kau sudah ada orang lain di sisi dan aku di sini , senyum seperti orang yang bodoh. kau bagaikan sumpahan untuk diri aku , sudah berapa kali aku cuba untuk melupakan kau dan buang kau jauh - jauh tetapi perasaan ini terlalu kuat. setiap malam aku susah tidur dan pernafasan aku juga mula menjadi tidak teratur apabila aku tahu yang kau akan menjadi bos di tempat kerja aku. selain itu , aku juga perlu berjumpa dengan doktor kerana fikiran aku asyik terganggu sejak kau muncul dalam hidup aku semula. 

" kenapa kau cintakan dia sedangkan dia langsung tak fikirkan kau walaupun sesaat. " gumam doktor taehyung sambil menulis report menggunakan laptop apple miliknya. aku terdiam , aku hanya bertepuk sebelah tangan selama ini sehingga buat diri aku sakit. jari - jemari aku mula menggeletar aku genggam dengan kuat , pernafasan aku mula menjadi berat apabila aku ingat junhoe. sudah berapa kali taehyung menasihati aku tetapi aku , masih lama sama.

" breath babe breath. bernafas guna mulut kalau kau rasa susah sangat , ingat yang aku akan ada selalu untuk kau. " jari - jemari aku doktor taehyung genggam dengan erat , dia tersenyum indah sambil memandang aku. dengan bantuan dia , aku dapat bernafas dengan normal semula dan jantung aku mula berdegup dengan kencang. anak mata aku dan taehyung mula berpaut buat kali pertama , mata aku mula meliar memandang bibir dia yang berwarna merah jambu , dia ada tahi lalat dekat hidung dan bulu mata dia cantik sangat.

" dah habis perhati muka aku ? " seloroh taehyung sambil tergelak kecil. aku hanya diam , aku tahu telinga aku sudah mula jadi merah kerana malu.  " kalau dah habis , saya nak mintak diri dulu. " gumam aku perlahan kemudian bingkas berdiri untuk keluar dari bilik taehyung. taehyung hanya mengangguk  , langsung tidak memandang aku. hati aku rasa sakit kembali , perasaan apa ni ? jangan cakap aku jatuh cinta pandang pertama lagi dengan doktor sendiri ?

" kau , maksud aku hanbyul. kau sudi tak teman aku pergi kanada esok untuk dua hari ? i mean kalau kau free. " aku terus menguntumkan senyuman dan tiba - tiba aku rasa seperti syok sendiri. " esok aku ambik kau dekat rumah dalam pukul tujuh pagi. " taehyung tersenyum sambil menampakkan giginya. aku membalas senyuman dia lalu keluar dari bilik taehyung , pintu terus ditutup dengan rapat. sebenarnya taehyung ialah kawan aku dari kecil dan betul , dia tahu lelaki yang buat aku begini itu siapa.

" tuhan , terima kasih sebab hadirkan taehyung dalam hidup aku. " buat kali pertama , aku mendoakan agar taehyung dapat menggantikan tempat junhoe dalam hati aku.

 

 

Foreword

☇ stay tuned ! agaknya dapatkah taehyung menggantikan tempat junhoe ? adakah cinta mereka berdua akan berputik ataupun hanbyul hanya bertepuk sebelah tangan lagi ? nantikanlah cerita ini. setelah sekian lama diri ini menyepi , akhirnya dapat ilham kembali heh. 

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet