Last

nyctophilia

Chanyeol mencampak batu-batu kecil ke dalam tasik di hadapannya. Matanya kelihatan sembap, kemerah-merahan, juga kelihatan bengkak. Hampir sejam juga dia menangis. Minggu ni dah kali ketiga dia datang ke tasik ini. Kegelapan langsung tidak dihiraukan, kerana apa yang dia mahukan ialah ketenangan hati di bawah sinaran bulan dan bayu yang menenangkan. 

'Eomma dengan appa langsung tak faham anak-anak dia. Mereka hanya pentingkan kekayaan dan maruah, bukannya perasaan setiap ahli keluarga. Mereka tak rasa kasihan langsungkah?' monolog Chanyeol. Usianya yang baru sahaja mencecah 12 tahun, sudah tentu emosinya masih tidak stabil. Dia tak kuat seperti orang dewasa yang lain.

Siapa yang sanggup lihat ibu bapa mereka diambang penceraian. Setiap malam bertelingkah. Sumpah dia tak sanggup langsung melihat keluarganya yang hampir porak-peranda. Dia berasa sedih melihat kakaknya menangis, sedangkan dia akan menghadapi peperiksaan tak lama lagi. Macam mana nak fokus? 

Chanyeol mengelap air mata yang masih tersisa dengan hujung lengan bajunya. Dia memerhati bayang-bayang bulan di permukaan tasik itu. 

"Hey, kau datang sini lagi?" satu suara menyapanya dari belakang. Hampir-hampir sahaja Chanyeol terkejut. Suara itu amat dikenalinya. Cepat-cepat dia menoleh ke belakang.

"Eh, kau pun ada kat sini? " Chanyeol berdiri dan membetulkan baju sejuknya. Dia memandang budak lelaki dihadapannya. 

"Aku tanya dululah. Kau tanya aku balik kenapa?" mereka ketawa kecil. Senyuman sayu muncul di wajah Chanyeol. Budak lelaki itu menghampiri Chanyeol perlahan-lahan.

"Ada masalah lagi?" Chanyeol yang memandang kebawah mengangguk perlahan. Tatkala dia mengangkat kepalanya, matanya terbuka luas dan mulutnya ternganga.

"Baekhyun, apa dah jadi ni? Kenapa muka kau lebam? Ada darah lagi ni? Apa yang berlaku? Kau kena pukul?" Chanyeol meneliti wajah Baekhyun perlahan-lahan. Suasana yang kelam itu membataskan penglihatannya.

"Ala, sikit saja ni. Tak perlu risau lah" kata Baekhyun. Dia kelihatan tidak bermaya, namun masih gagah tersenyum. Seolah-olah setiap lebam dan luka pada dirinya langsung tak mendatangkan apa-apa kesakitan. 

"Tapi..." belum sempat Chanyeol membalas, Baekhyun meletakkan jarinya di bibir Chanyeol. Sambil tersenyum, dia menggeleng-geleng kepalanya, menandakan dia mahu merahsiakan kejadian itu terlebih dahulu.

"Mari, kita duduk di sana" Baekhyun menunjuk kearah sebatang pokok yang tak jauh dari mereka. Kedua-duanya berjalan kearah poko tersebut, lalu melabuhkan punggung di situ.

Chanyeol mengeluarkan biskut dari poketnya. Bungkusan biskut itu dibuka lalu dihulurkan kepada Baekhyun. Baekhyun mengambil sekeping biskut tersebut.

"Baek,"

"Ya?"

"Aku takut sangat." Chanyeol mengeluh.

"Aik, sebelum ini kau datang sini seorang diri okey saja? Takkan dah takut pula?" Baekhyun mengerutkan dahinya. Biskut tersebut disua kedalam mulutnya.

"Bukanlah!" Chanyeol memuncungkan mulutnya. Baekhyun ketawa kecil melihat reaksinya.

"Dah tu?". Baekhyun memandang Chanyeol yang kelihatan kecewa. Dia tahu yang Chanyeol berada dalam masalah.

"Aku takut lepas ini aku tak boleh berjumpa dengan kau. Kau tahulah, kau seorang saja kawan aku selama aku berpindah ke kawasan ni. Kau saja yang tahu yang aku selalu berada di sini waktu malam" Chanyeol sudah mula tersedu-sedan.

"Erm, cuba kau bagitahu apa maksud kau, aku tak berapa fahamlah" Baekhyun menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

"Haih, kau tahu kan yang eomma dengan appa aku nak bercerai?" Chanyeol berusaha menahan air matanya daripada jatuh lagi.

"Ya, tahu"

"Kalau penceraian itu berlaku, aku kena ikut salah seorang daripada mereka berpindah. Sebab dua-dua takkan tinggal disini dah. Aku sedih ni" Chanyeol sudah tak mampu menahan air mata yang bergelimpangan di matanya. Secara serta-merta tubuhnya kini dalam dakapan Baekhyun. Baekhyun mengusap belakangnya perlahan-lahan.

"Jangan tahan air mata tu. Nangis saja kalau kau nak. Menangis boleh melegakan." Baekhyun dapat merasakan yang bahunya mulai dibasahi dengan air mata Chanyeol

"Park Chanyeol. Sahabat aku yang paling rapat, walaupun baru dua minggu kita kenal. Percayalah, tak kira apa pun jadi, selagi kita berusaha, kita boleh berjumpa. Asalkan masing-masing tak lupa. Janganlah risau. Aku takkan lupakan kau. Dan kau kena selalu doakan supaya eomma dengan appa kau tak bercerai. Jangan sedih-sedih eh" Baekhyun juga turut mengalirkan air matanya, dibiarkan membasahi pipi. 

Chanyeol meleraikan pelukan mereka. Mata Baekhyun ditatap. 

"Aku janji akan buat apa kau suruh. Aku taknak berjauhan dari kau. Aku janji juga aku akan selalu ingat kau." Chanyeol tersenyum walaupun matanya masih berair.

"Baguslah kalau macam itu" Baekhyun pun tersenyum juga melihat wajah Chanyeol. Sungguh, dia sangat sayangkan sahabat baharunya, sehinggakan jauh di sudut hati, dia taknak Chanyeol berjauhan langsung daripadanya. 

"Nak tahu sesuatu tak?" Chanyeol berkata dengan nada seperti ada perkara pelik yang berlaku. 

"Apa dia?" Baekhyun memerhatikan reaksi Chanyeol yang seolah-olah ternampak perkara aneh.

Chanyeol mengecilkan mata dan tersengih, "kau menangis lawaklah" serentak itu Chanyeol ketawa terhibur. Giliran Baekhyun pula memuncungkan mulutnya. Cepat-cepat dia mengelap matanya dengan tangannya.

"Mana ada aku menangis," Baekhyun cuba menafikan dan memandang tajam Chanyeol yang masih ketawa.

"Eh, tak mengaku pula dia ni," 

"Chanyeol!!

 


 

Telefon rumahnya dibiar berdering. Langsung tak mahu dijawab. Bukannya penting bagi Chanyeol. Dia mahukan waktu untuk berehat. Dia berdiri dan merenung ke luar jendela. 
Park Chanyeol. Dahulu, dia hanyalah budak hingusan. Mangsa deraan emosi. Mentah. Tapi kini, dialah pensyarah bidang psikologi di kolej terkemuka. Matang, dan juga menjadi rujukan pelajar-pelajar dan masyarakat setempat. 

Semuanya disebabkan Baekhyun. 

Chanyeol menggenggam gelang tangan milik Baekhyun. Satu-satunya kenangan yang disimpan sebelum dia meninggalkan Baekhyun. Dia tak berjaya menghalang penceraian tersebut. Bukan sahaja berpisah dengan Baekhyun, kakak dan ibunya sendiri juga. 

Beberapa bulan lepas, Chanyeol berpeluang menemui kakak dan ibunya. Kakaknya sudahpun berkahwin, namun ibunya terlantar sakit dan tak berupaya melakukan kerja-kerja yang berat. Namun dia masih bersyukur kerana diberi peluang bermakna itu. Dia sangat gembira.

Tetapi, dia masih perlu mencari Baekhyun. Dia terlalu rindukan Baekhyun. Sepuluh tahun bukan masa yang singkat. Selama itulah dia mengumpul kekuatan fizikal dan mental, dia menimba pengalaman, dan mengecapi kejayaan. Itu yang penting.

"Baek, aku dah bersedia nak jumpa kau. Tapi aku tak tahu nak cari dimana lagi." 

Chanyeol memandang kearah telefon rumahnya di atas meja. Panggilan yang berdering itu dijawabnya.

"Yeoboseyo,"

"Maaf mengganggu, tuan. Tapi, dalam masa 3 jam ini tuan kena berada di Pusat Orang Kurang Upaya Joo untuk ceramah nanti." setiausaha Chanyeol memaklumkan kepadanya

"Arasseo, saya akan ke sana segera. " 

 


 

Chanyeol tiba di pusat berkenaan. Beg bimbit dibawanya bersama. Kehadirannya disambut oleh penyelia pusat tersebut. 

"Saya harap saya tidak terlambat," Chanyeol berkata dengan penuh sopan-santun. 

"Jangan risau, masih ada masa lagi untuk buat persiapan." penyelia itu mengiringi Chanyeol ke dewan utama. Sempat lagi Chanyeol memerhatikan keadaan sekeliling. Disini memang penuh ketenangan. Suasananya mampu memberi semangat kepada penghuni pusat ini. 

Chanyeol ternampak seseorang sedang duduk di atas kerusi roda dan  bersendirian di taman. Dihadapannya terdapat sebuah kolam kecil. 

'Kau patut beruntung, Chan. Kau masih berupaya untuk berjalan dan bergerak bebas.' bisik hatinya sendiri.

Chanyeol segera melakukan persiapannya untuk ceramah yang akan disampaikan.

 


 

"Apa yang saya ingin tegaskan, jangan mudah berputus asa. Walaupun tidak sempurna fizikal, kalian bukan individu yang lemah. Kalian berhak meneruskan kehidupan. Jangan biarkan kekurangan mengatasi semangat juang untuk memajukan diri. Banyak perkara yang boleh dilakukan selagi ada usaha. Saya berharap agar kalian dapat menanam azam dalam diri untuk tidak mudah mengalah. " Chanyeol memberi ucapan penutupnya.

 Jam sudahpun menunjukkan 7:30 malam. Penghuni-penghuni pusat tersebut memberikan tepukan sebelum beredar untuk makan malam. Chanyeol mengemaskan barang-barangannya. 

Chanyeol berjalan keluar dari dewan tersebut. Pihak pusat orang kurang upaya itu menjemputnya untuk menikmati makan bersama. Chanyeol hanya menurut tanda menghormati. Pada waktu itu, dia ternampak lelaki yang sama sedang bersusah payah menolak kerusi rodanya di atas jalan berbatu tak jauh darinya. 

Chanyeol mengambil langkah ke arahnya dan membantu lelaki tersebut.

"Biar saya tolong encik" Chanyeol mmbantu menolak kerusi roda itu ke permukaan yang rata. Belum sempat Chanyeol berkata apa-apa, pergelangan tangan Chanyeol dipegang erat. Chanyeol memandang kearah lelaki tersebut yang kini sedang tersenyum.

"Tingginya kau sekarang. Terkejut aku," lelaki itu berkata sambil tersenyum. Chanyeol tak mampu meluahkan apa-apa perkataan selain jatuh melutut di hadapan lelaki tersebut. Air mata mula bergelinangan.

"Lah, masih suka menangis macam dulukah?" lelaki itu ketawa kecil. Chanyeol lantas menggenggam kedua-dua tangan lelaki itu.

"Baek- baekhyun? Jinjja? Aku tak bermimpi? " Chanyeol masih tak percaya. Dia dah menjumpai Baekhyun.

"Yelah, kau tak bermimpi lah! Kalau kau bermimpi, rupa aku jauh lebih baik daripada sekarang. Yah, jangan la nangis, Encik Motivasi." Baekhyun mengelap air mata Chanyeol.

"Apa dah jadi?"

 



"Aku kemalangan, sepuluh tahun lepas. 3 bulan selepas kau berpindah" Baekhyun memerhati kawasan taman yang terletak berdekatan dengan pusat asuhan tersebut. Kerusi rodanya ditolak oleh Chanyeol perlahan-lahan

"Appa. Aku fikir dia nak jual aku. Aku salah. Dia nak selamatkan aku dengan hyung. Dia suruh kitorang lari. Lari jauh dari rumah kami secepat yang mungkin. Aku dengan hyung takut sangat. Dan apa yang kami lihat selepas sehari," Baekhyun berdehem perlahan sebelum menyambung, "polis mengusung mayat appa. Appa mati dibunuh dan kami pula yang terselamat. Apa harapan kami nak teruskan hidup."

Esakan mula kedengaran. Chanyeol berhenti dan mengusap bahu Baekhyun.

"Aku tak boleh terima. Aku sayangkan appa. Ingat tak waktu aku jumpa kau dalam keadaan berlebam dan luka-luka dulu. Appa marah diri dia kerana tak mampu sara kami, dan dia dapat tahu aku berkerja sambilan secara senyap-senyap. Memang teruk aku kena marah, tapi secara tak sengaja dia tertolak aku bucu meja. Aku tak kisah. Sebab aku tahu dia tak sengaja," 

"Pada hari aku kemalangan, aku nak pergi ke tasik. Setiap minggu aku kesana. Sebab aku rindu kau. Aku mungkin menangis teruk sangat malam tu, sebab tu pandangan aku kabur. Aku tak nampak ada kereta laju menuju ke arah aku."

Baekhyun memandang Chanyeol. 

"Chanyeol, aku rindu kau sangat-sangat" 

Chanyeol terus memeluk erat bahu Baekhyun. 

"Baekhyun, sumpah aku tak pernah lupa pasal kau. Aku terlalu rindukan kau. Aku berusaha cari kau di merata-rata tempat. Aku pergi ke tasik di perumahan lama kita setiap hujung minggu, dengan harapan kita akan berjumpa. Baru sekarang aku jumpa kau. Tapi kau dalam keadaan macam ni. Aku rasa bersalah terhadap diri aku sendiri."

Baekhyun menepuk-nepuk belakang Chanyeol. 

"Tak perlu rasa bersalah. Ini dah takdir. Apa-apapun, aku bersyukur kita dapat bertemu kembali."

Chanyeol menatap wajah Baekhyun.

"Baek, tinggal dengan aku. Aku janji akan jaga kau dengan baik. Aku akan buat kau rasa gembira. Aku nak tebus salah aku pada kau. Aku sayang kau, Baek."

Baekhyun tersenyum.

"Baiklah. Aku setuju. Nak tahu sesuatu?" Baekhyun tersengih.

"Apa dia?" 

"Rupa kau menangis lagi teruk dari dari dulu"

"Yah, Baekhyun!!" 

Inilah kisah Baekhyun dan Chanyeol. Selagi kita tak putus harapan, kita boleh berjaya mencapai kemahuan kita. Berdoalah agar kita diberi kekuatan untuk menempuh kepayahan dan dugaan.

Malam itu malam pertemuan semula mereka. Bulan sekali lagi menyaksikan persahabatan yang tidak akan putus walaupun halangan yang mencabar acap kali tiba. Janji yang termaterai menjadi pengerat hubungan persahabatan yang indah ini.

 

 

 

Tamat.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nabmyn-ssi #1
Chapter 1: Weh tak sangka that this is so good! I LOVE IT THE PLOT IS SOLID!!! Wish you can develop it more <3 thank you for this!
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
BalRina_
#3
Chapter 1: Wuuuuu ingatkan taknak update dh. Tak sia-sia menunggu. Naise duh even baek kemalangan and lumpuh. Good job!
BaeBacon__L #4
Chapter 1: Daebakkk!! You make me cryyy. Ship chanbaek. Good luck in your life authornim!! :)
aquariusxpisces
#5
fighting!^^