Campfire

Campfire

Campfire

 

 

3 Disembar 2016, 2.45 A.M.

 

Seorang lelaki berlari cepat di tepi pantai. Dia dikejar sesuatu dari belakang. Wajahnya pucat, badannya berpeluh-peluh dan dia cuba melarikan diri daripada seseorang. “habislah! Habislah!!”dia seperti menjerit dalam hatinya. Dia tahu sekadar melarikan diri tidak dapat menyelamatkan diri dari ‘si pemangsa’ yang lebih peka atau hebat menangkap mangsanya.

 

Si pemangsa memegang pisau yang panjang mengejar si mangsa dari belakang dan tanpa berlengah lagi dia segera melontar tepat di kepala si mangsa dan mati di situ. Tinggal 1 orang mangsa yang tinggal.

 

Lelaki misteri ini menarik keluar pisau yang menusuk kepala si mangsa dengan senyuman misterinya. “seterusnya....,”

 

 

 

2 Disembar 2016, 10.50 A.M.

 

Esok pagi iaitu 3 Disember merupakan hari penting bagi V dan Jungkook untuk menghilangkan rasa stress sepanjang cuti sebulan ni dan juga ingin mengingat kembali peristiwa yang berlaku pada mereka setahun yang lepas dengan hari yang sama. Hari yang bersejarah bagi mereka berdua. Tapi tidak disangka sahabat mereka juga ingin pergi bersama mereka.

 

“yaah! Lama lagi ke nak sampai?!”tanya Mino yang sudah keletihan melewati semak-samun sebelum sampai di pantai.

 

“lagi 8 minit baru sampai,”jelas V selepas menebas beberapa ranting kayu yang menghalang perjalanan mereka berlima.

 

“8 minit?! Lamanya...,”rungut Zelo sambil mengekori V dan Jungkook dari belakang.

 

Selepas berjalan selama 20 minit dari Kampung Woon, mereka sudah sampai di tepi pantai. Melihat permandangan pantai yang indah segera menghilangkan rasa penat mereka. Pasir yang putih dan halus, air yang jernih berwarna biru terang yang menambahkan lagi kecantikan pantai ini. Tapi mereka hairan kenapa tiada orang yang ada di pantai ni. Cantik memang cantik tapi tiada orang kampung mahupun pelancong datang ke sini kecuali mereka berlima.

 

“kookie. Asal orang kampung asyik tengok kita je tadi? tempat ni berhantu ke apa?”Jaejin berkali-kali menanya soalan pada Jungkook yang baru sahaja meletakkan beg khemahnya di atas pasir pantai.

 

“nanti lah aku bagi tahu,”jelas Jungkook sambil membuka kesemua peralatan khemah.

 

“baik kita semua dirikan khemah, cari kayu lepastu baru bagi tahu perkara sebenar dekat korang semua,”kata V pada Zelo, Mino dan Jaejin.

 

Jungkook dan V pergi mencari ranting kayu di sekitar pantai da semak-samun yang mereka lalui tadi. Manakala Mino, Zelo dan Jaejin mendirikan khemah. Satu khemah kecil untuk Jungkook dan V dan satu lagi khemah besar untuk Mino, Zelo dan Jaejin. Saling berkerjasama dan saling membantu untuk mempercepatkan lagi kerja mereka sebelum hari semakin malam.

 

 

2 Disember 2016, 8.45 P.M.

 

Kini, semua benda dah siap. Khemah kecil berhadapan dengan khemah besar serta unggun api yang berada diantara khemah tersebut. Menambahkan lagi suasana yang meriah. Mino dan Zelo sibuk memansak makan malam untuk mereka semua manakala Jaejin bermain gitar manakala si duo Vkook ni sibuk menyanyi mengurangkan lagi suasana yang sunyi.

 

“manhi~ manhi~”nyanyi si Vkook dengan lagu Blood, Sweat & Tears.

 

Bertambah lagi suasana meriah dan ceria. Bukan perkara mudah bagi mereka untuk memasak pada waktu malam. Memastikan masakan mereka cukup dan dapat dibahagikan diantara mereka. Camping merupakan salah satu perkara yang dapat semua orang lakukan ketika berada dihutan atau pun dipantai terbiar. Ini dikira survival.

 

 

3 Disember 2016, 12.15 A.M.

 

Selepas sibuk memasak dan makan malam, mereka berlima segera duduk disekeliling unggun api sambil menikmati malam yang sunyi ini. Bergurau senda, mengumpat orang lain dan segala-galanya, timbul lah cerita pasal orang kampung tadi pagi. Nak tahu juga kenapa orang kampung buat sedemikian. Si V dan Jungkook memandang antara satu sama lain, sama ada ingin bercerita ‘kisah’ ini ataupun tidak. Kisah ini bukan direka cerita tapi kisah benar dan menggerunkan. Kisah malam 3 Disember.

 

“korang nak tahu ke?”tanya V untuk meminta kepastian.

 

“kau ingat kitorang ni budak-budak ke?! mesti lah nak tahu!”kata Mino dan dia ingin tahu kisah tersebut.

 

“cerita je lah!!”kata Jaejin dan Zelo bersungguh-sungguh.

 

“ok. tapi jangan menyesal lepas dah dengar kisah ni..,”kata Jungkook.

 

“dan kisah ni bukan direka tapi ni pengalaman aku dan Kookie sendiri,”jelas V dan dia mula menceritakan kisahnya.

 

 

3 Disember 2015, 12.57 A.M.

 

Sebuah malam yang meriah dengan sekumpulan pelajar yang muda. menyanyi bersama, menari bersama dan berseronok bersama. Pelajar yang seramai 10 orang ini kelihatan ceria dan tiada langsung rasa ‘kebimbangan’ dalam diri mereka.

 

“kau ni tak ngantuk ke?”soal V sambil meneguk air Hundred Plus.

 

“kau pula dah kenapa? Pakcik tua?”soal Jungkook yang baru duduk bersebelahan V. “malam ni untuk keseronokan bukan majlis tahlil..,”

 

“dah lewat malam ni. Aku tengok diorang ni menari sampai esok pagi pun tak penat,”balas V lalu dia bangun dan membersihkan seluar paras lututnya yang berpasir.

 

“pergi mana?”tanya Jungkook sambil mendongak memandang V.

 

“pergi buang air. Kenapa? Nak ikut?”V memandang Jungkook yang masih duduk bersila.

 

“nak. Aku pun terasa nak buang air ni,”ketawa Jungkook lalu dia pun mengikuti V dari belakang.

 

Mereka berdua pun berjalan dan masuk ke celah-celah pokok yang dikelilingi semak-samun. Semasa berjalan, kelihatan kaki Jungkook tersekat pada sesuatu dan dia terjatuh.

 

“kau ok tak?”tanya V lalu berjalan mendekati Jungkook yang terjatuh dicelah semak-samun.

 

“k-kaki aku terkena sesuatu,”jelas Jungkook lalu dia menarik kakinya dari sesuatu benda lalu bangun dari tempat jatuhnya. “lupa pulak aku bawa lampu suluh tadi..,”

 

V pula melopong tengok Jungkook. Jungkook pula melihat kawannya yang terkejut tidak tahu kenapa.

 

“kau dah kenapa V?”soal Jungkook melihat mata V membulat dan mukanya berpeluh-peluh.

 

Mulut V asyik tergagap-gagap nak cakap dan akhirnya V menunding jarinya ke arah sesuatu yang bersebelahan dengan kaki Jungkook. Jungkook menoleh ke bawah. Dia menemui sesuatu yang dipotong. Ya, tangan yang dikerat dengan darah yang melimpah-limpah ditanah.

 

“a-apa ni?!”Jungkook melompat menjauhi keratan tangan yang berdarah.

 

“j-jangan cakap..ni tangan Sungjong?!”V dapat kenal jam tangan yang ada di pergelangan tangan yang dikerat itu.

 

Bunyi tapak kaki mula mendekati mereka berdua. Seluruh badan mereka meremang bulu roma kerana ketakutan dan mereka masih belum sedari kehadiran seseorang dibelakang mereka. Terfikir, siapa yang bunuh Sungjong?

 

“siapa..siapa yang buat ni?!”wajah Jungkook berubah ketakutan.

 

V menggeleng kepalanya. “a-aku tak tahu...,”

 

Tanpa mereka sedari, si pemangsa tepat berada dibelangkang mereka. Pisau sepanjang 25 cm berada di genggamannya.

 

“giliran korang pula...,”kata seseorang dari belakang mereka.

 

V dan Jungkook memandang kebelakang. Si pemangsa tersenyum keji memandang mereka.

 

Automatik, langkah mereka berdua bergerak kebelakang dan berlari pecut meninggalkan si pemangsa. Jeritan kuat mereka makin kuat disaat si pemangsa mengejar mereka berdua.

 

“kiri!”V terus berlari ke kiri

 

“kanan!”Jungkook terus berlari ke kanan.

 

Larian mereka yang berlainan arah membuatkan si pemangsa berhenti diantara haluan kiri dan haluan kanan. Memilih antara salah satu mangsa yang lazat perlu dipertimbangkan dan dia memilih haluan kanan. Ya, dia memilih Jungkook.

 

Jungkook melihat si pemangsa mengejar dia dari belakang, segera Jungkook mempercepatkan langkahnya kehadapan. Dia berlari pecut ke arah pantai semula dan sesampai di sana, melihat sahabatnya masih menari bersuka ria dan berseronok.

 

“Woi!! apa korang buat ni?!! LARI!!!”teriak Jungkook lalu menyuruh sahabatnya lari.

 

Malangnya, mereka ingat Jungkook bergurau. Semuanya sambung menari dan tidak menghiraukan Jungkook yang tercegat dihadapan mereka dengan wajah ketakutan. Situasi semakin cemas dan si pemangsa semakin dekat.

 

Jungkook merasakan sesuatu melayang dari belakangnya dan terkena salah seorang dari sahabatnya yang sedang menari. Habislah. Si pemangsa telah pun sampai.

 

Sebilah pisau tajam menusuk kepala Taemin yang sibuk menari disebelah mereka....akhirnya dia mati disitu. Melihat darah memancut keluar dari kepala Taemin tiada henti, suara jeritan mereka semakin kuat dan kuat. Si pemangsa sudah sampai dan bersedia dengan beberapa pisau ditangannya.

 

Permainan maut telah pun bermula. Alunan muzik maut berkumandang diantara mereka semua. Siapa mati dulu dan siapa mati akhir sekali?

 

Jungkook dengan sahabat yang lain lari lintang-pukang tanpa arah. Nak minta pertolongan tiada siapa disini melainkan mereka dan mereka susah nak cari jalan untuk sampai ke kampung pada waktu seperti ini. Semuanya berlari ke arah berlainan, ada yang secara berpasangan dan ada yang bersendirian. Si pemangsa pilih siapa? Semestinya memilih berpasangan. Lebih banyak mangsa, lebih cepat habiskan permainan maut ini.

 

 

V POV

 

“Jungkook!!”teriak ku mencari kelibat Jungkook.

 

Habislah. Aku dan Jungkook terpisah. Macam mana ni?! susah nak cari dia semula lepas dapat larikan diri dari pembunuh gila tu. Agaknya Jungkook ok ke? tadi dia kena kejar pembunuh tu. aku harap dia dapat selamatkan diri dari pembunuh gila tu.

 

Kini, aku berada ditepi pantai. Langkah ku terus kehadapan, melalui pasir putih yang basah kerana hujan renyai pada waktu lewat malam. Badanku basah, menampakkan lagi bentuk badan ku yang sedikit kurus. Wajah pucat lesi menambahkan lagi kelesuan badan. Berharap pertolongan akan sampai. Haraplah ada.

 

“ARGHH!!!”teriak suara seorang perempuan yang berada dibelakang ku. Suara tu...Lisa?!

 

Kejap! Pembunuh gila tu...dekat belakang aku ke?! D-Dia betul-betul dekat belakang!! Aku berlari sekuat hati menjauhi dari pembunuh gila itu. Melihat Lisa dibunuh begitu kejam menambahkan lagi ketakutan ku dan berlari cepat dari situ.

 

Melihat pembunuh gila tu membaling pisau ke arah ku, aku mengelak ke tepi menyebabkan aku terjatuh ke atas pasir. Air masin laut mengenai separuh badan ku. Menambah beratkan lagi badanku. Aku bangkit dan cuba berlari lagi, tapi pembunuh itu tepat dibelakangku.

 

“V!!!”teriak Jungkook yang berlari ke arah ku.

 

“K-Kookie?!”aku terperanjat melihat dia berlari sambil membawa pisau.

 

“tunduk!!”teriak Jungkook dan aku segera tunduk lalu Jungkook membaling pisau ke bahu pembunuh tersebut.

 

Aku pula berlari ke arah Jungkook dan kami berdua berlari bersama dan cuba berlari menuju ke perkampungan untuk meminta pertolongan. Ini memang idea gila tapi ini merupakan salah satu cara untuk selamatkan diri. Siapa tahu idea ni berjaya?

 

 

Author POV

 

“haaah....haaahh...bila nak sampai nih?!!”V tercungap-cungap berlari bersama Jungkook.

 

Jungkook tidak membalas soalan V. Apa yang ada dalam fikiran dia, selamat. Namun mereka hairan. Tiada langsung kelibat pembunuh gila yang mengejar mereka dari belakang. Rasa tidak sedap hati mula timbul. Perasaan hati-hati makin kuat dan mereka semakin berwaspada. Langkah mereka semakin perlahan dan berharap pembunuh gila itu tidak mengejar mereka lagi. sangkaan mereka salah.

 

“sini!”pembunuh gila itu melambai tangan dihadapan mereka.

 

“ARGGHH!!!”teriak mereka berdua melihat seluruh badan pembunuh gila itu dipenuhi kepala sahabat mereka. “Korang!!!”

 

Tanpa berlengah lagi, V menarik lengan Jungkook dan mereka berdua terus melarikan diri dari tempat tersebut. Pembunuh gila itu berlari sepantas harimau bintang. Sangat pantas dan laju. V dan Jungkook kelihatan lelah dan penat dikejar pembunuh tersebut dan tidak disangka sebilah pisau menusuk di lengan Jungkook.

 

“ARGH!”teriak Jungkook kesakitan. Dia melepaskan pegangan V dan mengerang sakit disitu.

 

“kookie!!”teriak V melihat Jungkook mengerang sakit sambil bersandar di pokok yang tinggi. “tak boleh bazir masa ni!! kita kena lari!!”

 

Jungkook menggeleng kepalanya. Sakit yang teramat membuatkan badannya tidak larat nak lari. Pembunuh gila semakin hampir dan masa semakin suntuk. V yang begitu cemas segera menggendong Jungkook dan berlari cepat dari sana. *omo!! Bromance Vkook! xD*

 

“kau ok tak?!”risau V sambil menggendong Jungkook. Walaupun penat, dia tetap berlari cuba untuk selamatkan diri dan juga sahabat baiknya.

 

“aku yang patut tanya kau! kau ok tak?! dah lah penat! Turun kan aku!!”arah Jungkook, mukanya pucat lesi tapi masih bertahan menahan kesakitan. Dia juga kelihatan tenang.

 

“mana boleh! kau cedera!”V masih lagi menggendong Jungkook.

 

“turun kan aku!!”tegas Jungkook. Dia tak nak susahkan V lagi.

 

V memperlahankan langkahnya lalu menurunkan Jungkook. kemudian mereka berlari lagi. ini mengambil masa 5 minit untuk sampai ke perkampungan melalui hutan kecil yang berseak-samun ini melambatkan larian mereka. Keadaan gelap lagi merisaukan mereka jikalau pembunuh gila muncul entah darimana.

 

“V!! Tunduk kepala kau!!!”Jungkook terus menolak V ke bawah. Dia dan V jatuh diatas semak-samun. Sebilah pisau terkena di batang pokok. Kalau tak elak, kemungkinan kepala V berlubang.

 

Pembunuh gila tersebut menerkam V dan Jungkook. Mereka bertiga bergelut antara satu sama lain. kedua-dua tangan pembunuh tersebut mencekik leher V dan Jungkook dengan kuat. V tercungap-cungap tidak mencukupi udara dalam dadanya, Jungkook pula meronta-ronta kuat dari tangan pembunuh yang lebar dari betisnya.

 

“LEPAS!”teriak Jungkook dan tangannya terus mencapai sebilah pisau yang tersimpan diseluar pembunuh itu lalu menikam beberapa kali di pergelangan tangan pembunuh gila sehingga terputus.

 

“GWAARGHH!”teriak pembunuh gila sehingga V dan Jungkook dapat melepaskan diri dari cengkaman pembunuh tersebut.

 

“cepat!!!”Jungkook menarik V pula dan mereka terus berlari dan tiba di atas jalan kampung.

 

“kita dah sampai kampung!!”teriak Jungkook kegembiraan tapi permainan maut belum tamat lagi. pembunuh gila itu masih berlari mengejar mereka dengan perasaan sungguh marah.

 

“wei!! Dia kejar kita lagi!!!”terkejut V dan dia sangat cemas.

 

“orang kampung!!! Kita minta pertolongan mereka!!”kata Jungkook dan berlari mencari rumah kampung yang terdekat. Dia dan V terus berlari ke rumah kampung berdekatan.

 

“sesiapa!!!”ketuk V berkali-kali berharap pintu rumah ini terbuka. “tolong buka!!”

 

Pintu rumah mula terbuka. Seorang pakcik tua dengan muka mengantuk memandang hairan melihat V dan Jungkook ketakutan.

 

“ada apa malam-malam buta ni..?”tanya Pakcik yang masih mamai dari tidurnya.

 

“t-tolong pakcik!! Ada pembunuh kejar kitorang!! Telefon polis!!”cemas Jungkook berkata.

 

“apa?! Pembunuh?!”terkejut pakcik itu mendengar pernyataan Jungkook. Dia terus berlari masuk ke dalam dan segera telefon polis. “hello!!! Kecemasan!! Ada pembunuh di kampung Woon!!”jelas pakcik itu lalu menyuruh V dan Jungkook masuk ke dalam mengelakkan pembunuh gila datang mengejar mereka.

 

Pakcik tersebut terkejut melihat V dan Jungkook bermandikan darah. Muka pucat dan kelelahan. Tercedera dan takut. Tidak tergambarkan gerunnya pembunuh tersebut. Selepas 15 minit, polis serta ambulan sampai di kampung Woon. Polis telah menjumpai mayat pelajar yang tidak berkepala sebanyak 8 orang. Terperanjat satu kampung mendengar dan melihat kejadian yang menggerunkan itu. Hanya V dan Jungkook terselamat dari pembunuh gila tersebut.

 

Selepas menerima soal siasat, mereka berdua segera menerima rawatan dari doktor-doktor yang ada di situ. Perasaan takut masih menyelubungi mereka. Pembunuh gila masih hidup dan tidak ketahui tempat dia berada.

 

 

3 Disember 2016, 1.45 A.M.

 

“macam tu lah ceritanya..,”jelas V panjang lebar.

 

“sebab tu orang kampung dan pelancong tak datang melancong ataupun camping dekat sini disebabkan kes pembunuhan setahun lepas..,”terang Jungkook pada sahabatnya.

 

“jadi, pembunuh tu belum kena tangkap ke?”soal Zelo kerana ingin tahu.

 

“ha’ah...,”V menjawab sambil tersenyum kecil. Dia memandang Jungkook yang turut tersenyum.

 

“yang korang berdua tersengih ni kenapa?”hairan Mino melihat perlakuan Vkook.

 

“sebenarnya...dalam cerita tu ada satu kesalahan,”terus-terang Jungkook yang menimbulkan perasaan tidak senang hati dikalangan sahabatnya.

 

“apa maksud kau ni?”tanya Jaejin pada Jungkook. Kesalahan apa yang dimaksudkan oleh mereka berdua?

 

V dan Jungkook mendiamkan diri. Mereka tidak menjawab soalan Jaejin. Senyuman misteri muncul diwajah mereka berdua.

 

“kesalahan apa dalam kisah korang cerita tu?!”suara Zelo semakin keras. Dia tidak sedap hati sekarang ni.

 

Mereka terus bangun dari tempat duduk mereka. “Pembunuh gila...,”jawab mereka serentak.

 

“p-pembunuh gila?”mereka bertiga rasa pelik. Kenapa dengan pembunuh gila tu?

 

Darah mula memancut keluar dari dada Zelo. Zelo memandang dan memegang dadanya yang tertusuk dengan sebilah pisau tajam. Dia rebah dan jatuh ke atas pasir putih yang kini menjadi pasir berwarna merah. Jaejin dan Mino terkejut, mereka berdua memandang V dan Jungkook. Pembunuh gila yang diceritakan oleh si Vkook tadi....adalah Vkook sendiri.

 

“korang berdua gila!! Gila!!!”teriak Mino dan Jaejin. Wajah mereka berubah pucat dan takut berhadapan dengan pembunuh kejam yang membunuh sebanyak 8 orang pelajar yang menjadi mangsa pembunuhan ini. Dan sekarang ini giliran mereka pula yang tiba

 

Tanpa menungga masa, Jaejin dan Mino ketakutan dan terus melarikan diri menjauhi pembunuh gila yang berpasangan ini. Seperti biasa, V dan Jungkook mengejar mangsa yang dalam ketakutan yang akan terjerat juga dipenghujung pisau mereka yang dahagakan darah. Darah yang dapat memuaskan mereka selama setahun menunggu masa yang tepat untuk membunuh.

 

Permainan maut berulang sekali lagi. Sebuah malam yang menggerunkan dan menakutkan bagi si mangsa dan malam ini juga malam menyeronokkan bagi si pemangsa bernama Vkook aka V & Jungkook.

 

Dan kisah ini masih belum mencapai penghabisan....selagi mangsa belum dibunuh...termasuk anda!

 

 


 

A/N : Wuahahahaha!! Terkejut korang?! Jangan kecam saya ya? maaf lambat update disebabkan saya sakit sepanjang minggu ni. Ni pun belum sihat lagi. :’(

Saya ucapkan ribuan terima kasih kerana upvote, subs dan komen fanfic Campfire ini. Maaf kalau ada kesalahan tatabahasa serta typo dalam perenggan fanfic ni.

Walaupun dah lambat, saya ucapkan selamat bercuti dekat korang. Cuti sekolah perlu diluangkan dengan benda berfaedah dan buat aktiviti mencergaskan badan dan otak. Jangan jadi saya yang asyik tertidur dirumah sehingga menyebabkan diri saya sendiri jatuh sakit.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nanadjiyongie_01
#1
Chapter 1: vkook pembunuh! seram giler hahahaha rasa psycho lak diorang tu
chichisakura99 #2
Chapter 1: Omo!!!!! Seriously mcm phyco je diorg berdua. Meremang gak la bulu roma ni bila baca
Chiko_Miari #3
Chapter 1: Wahaha..sian zelo aq..jadi mangsa first!!huhu
exol_kkaebsong #4
Chapter 1: Haih haha scarynya. Omaigad my bae jadi pembunuh
aquariusxpisces
#5
Chapter 1: Waaaaahhh VKook pembunuhhhh xD
Huhuhu saya pun tengah sakit tapi terpaksa bergerak banyak sebab exam tak habis lagi -.-
Seul-ssi #6
Chapter 1: Wuarghh! Vkook pembunuh gila! Rse tkut pulak nk pgi camping sklh nnti.
Best dan seram betul ff authornim!! ^^
aquariusxpisces
#7
uiyoooo xD
fighting fighting!!! xD
aquariusxpisces
#8
uiyoooo xD
fighting fighting!!! xD