Final

Make A Wish
Please Subscribe to read the full chapter

Taeyeon memandang Baekhyun yang sedang tekun membaca buku di taman sekolah. Dia tersenyum sebelum cuba mendekati Baekhyun. 

 

"Baekkie~ Rajinnya kau harini."

 

Baekhyun menoleh. Dia tersenyum sambil mempelawa Taeyeon supaya duduk di sebelahnya.

 

"Alah, kau ni. Peperiksaan hampir dekat, takkan aku nak buat main-main. Aku nak hadiahkan sesuatu dekat orang yang aku suka."

 

Baekhyun tersenyum. Taeyeon hanya memerhatikan senyuman Baekhyun. Siapa orang itu? Semestinya bertuah kerana disukai Baekhyun.

 

Taeyeon memandang muka Baekhyun. Banyak perubahan. Jika dulu, Byun Baekhyun yang dia kenal hanyalah seorang budak lelaki gemuk yang sukakan coklat. Sekarang, dia sudah kurus dan disukai ramai.

 

"Hei, kenapa tenung aku macam tu? Malu lah...." Baekhyun menekup mukanya tanda malu. Taeyeon ketawa kecil sebelum memukul lengan Baekhyun, perlahan.

 

"Dah banyak perubahan, kan?"

 

Baekhyun tahu apa yang dimaksudkan oleh Taeyeon. Dia mengangguk dan ketawa. Dia ingat lagi, sewaktu dia dan Taeyeon sedang berlari-lari sebelum dia jatuh terkena tahi kucing. Terus dia trauma nak main lari-lari.

 

"Taeyeon, tak kira apa yang berlaku lepas ni, kita tetap kawan baik, kan?"

 

Taeyeon hanya mengangguk. Dia langsung tak akan menyangka apa yang terjadi selepas itu.

 

 

Taeyeon duduk di tempatnya, memandang bungkusan yang berada di atas mejanya. Taeyeon mengukirkan senyuman apabila dia menerima bungkusan bercorak polkadot hitam dan putih itu. Dia membelek untuk mencari siapa pemberinya namun tiada. Taeyeon mula membuka hadiah itu.

 

Taeyeon terkedu apabila barang di sebalik bungkusan itu adalah rantai perak berloketkan dua hati yang bercantum.

 

"Aku tahu siapa yang bagi."

 

Taeyeon bangkit dari tempat duduknya, dan menuju ke tempat kesukaan Baekhyun. Dia tersenyum, kerana dia pasti, itu hadiah daripada Baekhyun. Taeyeon ternampak Baekhyun berdiri di hadapan papan kenyataan.

 

Taeyeon mendekati Baekhyun dan memeluknya erat.

 

"Eh, kenapa kau peluk aku tiba-tiba ni?" Baekhyun tersenyum apabila Taeyeon memeluknya. 

 

"Kau yang bagi, kan? Kan? Kau yang bagi rantai tu, kan? Terima kasih!" Taeyeon memeluk Baekhyun lagi. Tak sangka, perasaannya pada Baekhyun berbalas. 

 

"Rantai? Rantai apa?" Baekhyun meleraikan pelukannya sambil mengerutkan dahinya. Taeyeon tersenyum kelat.

 

"Bungkusan polkadot hitam putih tu bukan dari kau?" Taeyeon melepaskan tangannya dari menyentuh badan Baekhyun.

 

"Memang dari aku." Baekhyun tersenyum. "Terima kasih sebab jadi kawan baik aku." Baekhyun memeluk Taeyeon seketika.

 

***

 

Taeyeon memandang papan kenyataan.Kelihatan gambar pasukan robotik mereka, Baekhyun, Taeyeon dan Z.Hera, budak kelas 5-1 terpampang di situ. Taeyeon memandang dirinya yang berada di sebelah Baekhyun.

 

"Taeyeon." panggil Baekhyun. Taeyeon menoleh.

 

"Aku suka kau." Baekhyun tersenyum. Taeyeon membalas senyuman Baekhyun. 

 

"Aku pun sukakan kau." Hampir sahaja air matanya gugur di situ. Baekhyun tersenyum girang. Dia memeluk Taeyeon.

 

"Kau rasa, dia akan balas tak? Kalau dia balas 'aku pun sukakan kau', kan best!" Baekhyun meleraikan pelukannya. Taeyeon terkedu. 

 

"Maksud kau?"

 

"Taeyeon, kan aku pernah kata aku nak bagi hadiah kat seseorang kan?"

 

Taeyeon hanya mengangguk. 

 

"Budak tu, Z.Hera. Dia buat perasaan aku tak keruan! Semuanya sejak pertandingan robotik yang kita sertai tu. Mula-mula, aku ingat tu cuma perasaan simpati, tapi aku sedar yang aku betul-betul sukakan dia." 

 

Baekhyun memegang bahu Taeyeon. 

 

"Aku nak luahkan perasaan aku pada dia. Kau sokong aku, okay? Bye, aku pergi dulu!" 

 

Taeyeon ditinggalkan berseorangan, di hadapan papan kenyataan itu. Dia memandang dirinya di dalam gambar. Keseorangan.

 

"Kau tak terfikir perasaan aku ke, Baekhyun?"

 

 

Taeyeon memeluk tubuhnya sendiri. Tidak, tidak mungkin. Dia kena buang perasaan yang ada dalam dirinya itu. Baekhyun ada pilihan hati.

 

Taeyeon memegang dadanya yang sudah berasa sesak. Perbualannya dengan Baekhyun tadi mendiami fikirannya. 

 

Kenapa ucapan itu bukan untuk dia?

 

Air matanya mulai jatuh menitik di pipi. Segala perasaannya keluar. Dia nak marah, dia nak tumbuk Baekhyun. Tapi sebenarnya, salah dia sendiri. Dia penakut. 

 

"Taeyeon...ke tu?"

 

Satu suara menyapa gegendang telinga Taeyeon. Dia mengangkat muka. Kelihatan Kai, pelajar popular yang sekelas dengan Z.Hera. Taeyeon segera mengesat air matanya. Dia tak lemah. Dan dia tidak patut menunjukkan kelemahannya di depan orang lain.

 

"Menangislah. Biarkan air mata tu turun, kalau itu dapat membuatkan kau lebih tenang."

 

Taeyeon melihat Kai tersenyum. Dan... senyuman itu... mengingatkan dia pada Baekhyun. Senyuman yang mendiami fikirannya sebelum ditolak oleh Baekhyun. Air matanya gugur lagi. Tidak sanggup dia mengingati semua perasaan pada Baekhyun. 

 

Kai mendepakan tangannya. Taeyeon jatuh ke dalam pelukannya secara tidak sengaja. Hatinya sudah p

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
aquariusxpisces
ada bonusssssssss

Comments

You must be logged in to comment
Baby_Choc
#1
Chapter 2: U know what? Saya asalnya BaekYeon hater, saya just minat lagu² Taeyon je. Tapi lepas baca ni *hembus hingus* aii kennot T.T awak but saya suka BaekYeon, agagagaga, love you, authornim ❤❤
Hanna27 #2
Chapter 1: Wuarghh!! T^T sniff....*air mata dengan hidung sekali menangis*
jangan kau buat macam tu Taeyeon!! kesian Baek-chan~ *nak peluk tapi takut hantu Taeyeon gigit sye*
daebak dan terbaik! ^^
Chiko_Miari #3
Chapter 1: OMG!! Kai.,knp jadi gitu..?sian taeyeon.
Igtkn baek yg mati.Tapi klau baek mati lagi sedihhh..huhu..GOOD JOB authornim!!
*thumbs up*
Hanna27 #4
Looking forward^^
Update soon!!!