Rumah Pelik
Description
Kisah empat orang sahabat karib bercadang untuk duduk bersama selepas masing-masing berjaya menamatkan ijazah. Mereka memilih untuk duduk di tempat yang tenang memandangkan mereka benci akan suasana bising seperti di bandar. Mereka juga tidak takut akan cerita seram yang diceritakan oleh penduduk-penduduk di sana memandangkan mereka tidak hairan kepada "makhluk halus". Namun, ada sesuatu yang membuatkan mereka hilang kawalan dan hidup mereka menjadi tunggang langgang.
"Kau ada dengar sesuatu tak?
"Ape dia?"
"Bunyi macam orang cakar tin."
"Merepek lah kau. Dah, aku nak siapkan kerja ni. Malas layan kau."
Ditakdirkan salah satu daripada mereka mempunyai deria keenam. Dia sering mendengar benda yang menakutkan. Apabila memberitahu rakan-rakannya, mereka hanya membiarkan sahaja. Dia sedar nyawa mereka dalam bahaya tapi apa yang dia boleh buat?
"Kita kena keluar dari rumah ni."
"Ish, asal pulak?"
"Benda tu dah lama perhatikan kita lah! Cepat lah korang."
"Releks lah. Imaginasi kau kuat sangat lah!"
Dia menghembus nafas kecewa. Macam mana dia hendak cakap yang "benda" itu sudah pun berdiri di belakang rakan-rakannya sambil merenung mereka dengan tajam.
Foreword
THANK YOU FOR SPENDING YOUR TIME READ THIS FANFIC <3
Poster By : NAMBLOSSOM Free Graphic Shop // Batch 1 open
Chapter Poster, Character Chart & Background by : We Got Fired ---// GRAPHIC SHOP //--- BUSY; FINISHING REQUESTS
AWESOME TRAILER BY : L Í E ft. JIMIN | NEWLY OPENED TRAILER SHOP | COME AND REQUEST NOW !
Comments