BABYSH*TER (GFRIEND)

Description

GFRIEND yang bermaksud (G)oreng (Friend). Ya, itu kerana mereka selalu cuba untuk menggoreng rakan-rakan mereka walaupun manager mereka sudah membeli ayam di kedai. Setiap hari mesti ada masalah yang tak boleh diselesaikan dan akhirnya manager mereka yang menyelamatkan mereka daripada syaiton yang berada di dalam tubuh mereka. Tarik rambut, menjerit, kalau bergaduh mesti setiap seorang ada pisau masing-masing kecuali Umji yang hanya ada sudu kerana dia masih innocent lagi dan Sowon  telah tipu Umji yang mengatakan itulah cara untuk mengeratkan hubungan antara mereka dengan menjerit, tarik rambut, dan semuanya. Umji hanya mengangguk faham. Setiap minggu manager mereka kena membeli pisau kerana pisau-pisau asyik hilang dan tidak pernah kembali. Manager mereka sudah penat melayan kerenah mereka macam beruk di mana-mana sahaja mereka berada. Oleh itu, manager mereka menyuruh mereka mengasuh anak siapa saya tidak tahu yang bernama Sonbi supaya perangai mereka menjadi seperti manusia. Boleh atau tidak mereka menjadi manusia atau makin teruk? (I risau pasal baby tu.)

 

Foreword

Reaksi mereka pertama kali melihat Sonbi.

 

Sowon : Awwwwwwwwww! Comelnya! Sini kat mama. Cutenya kamu ni. Sonbi kan? Alalala busyuk busyuk *Mencubit pipi Sonbi* *Ganas Ver.*

 

Yerin : *Menangis kerana Sonbi terlalu comel.*

 

Eunha : *Cemburu kerana Sonbi lebih comel daripada dia.*

 

Yuju : *Membuat muka bengong dan membuat aksi yang tidak patut dicontohi oleh budak-budak zaman sekarang dan Sonbi akhirnya menangis dan tidak lagi memandang Yuju.*

 

Sinb : Sonbi? (Son) of (Bi)*tch? Jauhkan budak tu dari aku.  (WTF Sinb)

 

Umji : *Menyanyi lagu Disney untuk Sonbi.*

 

Maka bermulalah perjalanan mereka sebagai ibu sementara Sonbi..........

 

Comments

You must be logged in to comment
shaehazel #1
Hahaha..adoi bru baca ni da klakar..bagus2..kipidap don gibab!