= ̄ω ̄=

Gadis Penjual Bunga

"Nenek!" terjah Hoseok ke dalam bilik wad. Nenek Han terkejut. 

"Bertuah punya cucu. Nenek dah la ade penyakit jantung. Kang kalau mati orang tua ni tak ke susah?!" Hoseok sengih sambil garu belakang kepala dia. 

"Hehe sori. Tak sengaja" Hoseok duduk atas kerusi berhadapan dengan Nenek Han. 

"Nenek, Hoseok ada beli bunga untuk nenek" Hoseok menghulurkan bunga yang dia dapat free dari gadis penjual bunga. Nenek Han amik bunga tu and bau. 

"Waa. Harum nya bunga ni. Warna pun sesuai. Sejak bila kamu pandai pilih bunga ni Seok?" Hoseok sengih. 

"Aniyo. Ni tadi Hoseok dapat free dari gadis penjual bunga" 

"Gadis Penjual Bunga??" Hoseok angguk dan mulakan cerita nya. 

"Ada seorang perempuan ni nenek. Dia selalu pukul 9 tepat dah terjengul depan kafe Hoseok. Dari 2 bulan lepas tapi Hoseok tak pernah nak perasan sebab khusyuk buat roti dalam kafe. Hoseok pun baru perasan dia 2 minggu lepas. Dia selalu datang dengan bawak bakul yang penuh dengan bunga. Dia jual dekat orang yang datang ke kafe Hoseok ni. Tapi Hoseok tak pernah la pulak nampak dia masuk dalam kafe. Setakat kat luar luar tu je. Hoseok pun tadi nak beli bunga untuk nenek, Hoseok beli dari dia. Ni bunga ni dia yang pilihkan. Katanya warna and bau sesuai untuk pesakit. Bila Hoseok nak bayar dia tak kasi. Dia kata free sebab ni first time Hoseok beli dari dia. Anggap hadiah sebagai kawan" Hoseok terangkan dengan panjang lebar. Nenek Han angguk sambil teruja dengar cerita Hoseok. 

"So kamu dah cakap terima kasih ke belum?" tanya Nenek Han sambil bau bunga tu. Ahh bahagia nya tengok bunga yang cantik ni. 

"Hehe..dah dalam hati je la. Tak sempat sebab dia dah pergi dulu" Nenek Han mengetuk kepala Hoseok. 

"Ouch! Sakit la nenek!" Hoseok menggosok kepalanya perlahan. 

"Lain kali cakap thanks! Hish budak ni. Ape ape pun esok kamu mesti ucapkan terima kasih kat dia. Cakap kat dia terima kasih sebab nenek suka sangat bunga ni. Kalau boleh nenek nak jumpa dia! Bunga ni memang segar betul. Sekali tengok pun dah tau. Mesti dia baru petik pagi tadi!" Nenek Han siap peluk plus cium cium lagi bunga tu. Hoseok berkerut. Obses betul ye nenek aku ni dengan bunga....

"Ah ye nenek. Hoseok bawak nenek roti ni. Roti baru tauu! Nenek first yang rasa. Nenek mesti bangga punyalahh" Hoseok hulur beg kertas dekat Nenek Han. Nenek Han bukak beg kertas tu. 

"Lol buat ape nak bangga. Setiap kali kamu ada resipi baru kamu bagi nenek rasa dulu. Muak pulak rasanya" itu diaaa! Kata kata pedas lagi berapi Nenek Han. Hoseok menyentuh dadanya dengan penuh dramatik. 

"Sampai hati nenek cakap macamtu. Huuuu" Nenek Han senyum dan makan roti Hoseok. 

"Wow sedap jugak!" Nenek Han terus melahap. Hoseok senyum. Hehe suka la tu~

"Sedap kan? Dalam tu hoseok campur rahim lipas, bisa ular, katak punya lendir plus kala jengking punya kisaran gigi. Of course la rasa dia meletup!" Nenek Han serta merta berhenti makan. Muka dia memang tak payah cakap. Muka pasrah macam nak kene bunuh! Hoseok tahan gelak. 

"Nenek tak sangka otak kamu dah tak betul. Takpelah Hoseok. Nenek tak lalu nak makan dah. Kamu amik la balik roti ni. Nenek nak panggil doktor kot kot resipi kamu tu boleh membunuh nenek" Nenek Han terus bangun dari katil dengan muka pasrah. Apalah nasib dia. Dah la tua...resipi cucu dia pulak kemainn. 

"Hahaha nenek wait! Saya gurau je la! Gila ke?! Mana ada orang letak resipi tu. Geli la! Tu roti perisa kaya dengan caramel dengan tambah almond" jawab Hoseok sambil gelak guling guling. Nenek Han mengeluh marah. 

"Kamu ni kan! Suka usik nenek. Nenek pancung kepala kamu kang!" Nenek Han pout tak puas hati. Hoseok senyum sambil mengesat air mata. 

"Sebab saya suka usik nenek sebab nenek comel la!" jawab Hoseok sambil peluk Nenek Han. Nenek Han senyum. 

"Aigoo Hoseok...kamu ni memang ikut perangai ibu kamu ye" senyum nenek Han perlahan. Hoseok senyum..sedih.. 

"Ya..saya ikut mak. Saya tak nak ikut ayah.."jawab Hoseok sambil kepalanya diusap perlahan Nenek Han. 

 

//

Halu~ cantik tak poster kat atas tu?? Kalau suka singgah la kedai btskookiexx lulz~

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Overdose_Kpopers
YO WASSUP! Selamat membaca. Chapter 3 dah keluar ( ̄∀ ̄)

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 4: namjoon waeeeeee?!?!?! jangan ganggu hoseok aku :c
aquariusxpisces
#2
Chapter 2: Waduuuuhhh xD sweetnya hoseok dengan nenek diaaaa xD
1a1bxoxo
#3
Chapter 1: Wah! So Sweet!
nmmnbg #4
Chapter 2: update soon ^^...cite ni best^o^