003
WONChapter 003
Sooyun merenung skrin telefonnya lama. Gambar dia dan Junhong sewaktu berkelah di pantai beberapa bulan yang lalu menjadi penghias latar belakang telefon bimbitnya. Wajah Junhong yang tersenyum lebar di dalam gambar tersebut dipandang dengan rasa serba salah yang teramat sangat.
“Maafkan aku, Junhong.”
Sementara itu, tanpa Sooyun sedar ada seseorang yang dari tadi memerhatikannya. Won mengintai di sebalik pintu sebelum menghampiri Sooyun yang baru saja menamatkan panggilan dengan seseorang.
“Kau cakap dengan siapa?” soal lelaki itu membuatkan Sooyun yang sedang mengelamun tersentak.
“Tak ada sapa-sapa pun.”dalih Sooyun lantas menyimpan semula telefon bimbit ke dalam poket sweaternya. Dia menayang sengih ke arah Won dan lelaki itu merenungnya dengan pandangan yang kosong.
Dia cuba mengelak dari bercakap dengan Won soal Junhong dan dia berniat untuk tak cerita langsung fasal Won kepada sahabatnya itu. Dia takut. Dia takut Junhong tak percayakan dia. Dia dapat rasakan yang Junhong seakan meragui keadaan dia. Dia takut. Takut Junhong fikir dia gila bila dia ceritakan soal Won kepada lelaki itu. Sejak Junhong menjauh, Sooyun sering meragui kepercayaan Junhong. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk tak memberitahu perkara ini kepada Junhong. Dia nak Junhong tengok dengan mata kepalanya sendiri kewujudan Won.
“Kau jangan simpan masalah kau sorang-sorang, apa gunanya aku kat sini?” tutur Won.
“Mana ada masalah. Kau jangan risau.” Sooyun menarik senyum kelat.
Mereka berdua diam seketika dan serentak memandang ke luar tingkap. Won merenung langit malam yang gelap. Begitu juga dengan Sooyun. Bintang yang menghiasi malam bersinar terang membuatkan masing-masing terleka dengan keindahannya.
“Kau suka tengok langit kan?” soal Sooyun kepada Won yang masih mendongak memandang hamparan gelap tersebut.
“Mana kau tau?” Won mengajukan soalan yang seakan mengiyakan jawapan Sooyun.
“Aku yang lukis kau.”
Mendengar jawapan Sooyun, Won ketawa kecil.
“Terima kasih.” ucap Wonwoo pendek. Dia mengalihkan pandangan ke arah Sooyun sambil tersenyum menampakkan deretan giginya yang putih. Sooyun mengerutkan dahi.
“Kenapa terima kasih?”
“Saja.” jawapan Won buat Sooyun rasa tak berpuas hati.
“Aku yang patut ucapkan terima kasih sebab kau datang dan temankan aku. Aku dah tak sunyi bila kau ada.” luah Sooyun seraya merenung mata Won sedalamnya. Pemuda itu perlahan-lahan mengukir senyum.
“Aku dengar orang cakap yang langit malam akan lebih cantik kalau ada bunga api.” Won berkata sambil menoleh semula ke arah luar. Dia tersenyum lebar. Mungkin membayangkan keindahan langit yang dihiasi bunga api.
Sooyun diam memandang Won. Satu idea menjengah ke dalam fikirannya. Dia ingin membuat Won gembira. Melihat senyum Won, Sooyun jadi teruja.
“Jom ! Kau nak bunga api kan?”
Sooyun meraih tangan Won dan mengajaknya untuk keluar. Lelaki itu terpinga namun dituruti juga langkah Sooyun.
Deretan cincin yang tersusun kemas di dalam kaca pameran direnung satu persatu. Dari tadi senyuman tak lekang dari wajahnya. Matanya bersinar teruja. Membayangkan reaksi seseorang bila menerima cincin ini.
“Kalau aku lamar dia, kau rasa?”
“Why not? Teruskan…”
Perbualan dengan Junhui tadi buat Junhong tersenyum. Semakin dia nekad dengan keputusannya. Itulah apa yang dia nak katakan kepada Sooyun selepas balik dari China. Dia hampir meluahkannya hari tu tapi tergendala. Kali ni, Junhung yakin. Dia akan berjaya.
“Tunggu aku balik, Sooyun.”
TA-DAA!!!
Letupan bunga api yang mengeluarkan percikan di udara membuatkan Won terkejut dan berundur ke belakang. Mukanya berkerut menahan rasa terkejut. Jari telunjuknya disumbat masuk ke dalam telinga kerana bunyi letupan yang kuat.
Melihat reaksi Won, Sooyun ketawa kuat.
“Won-ah, inilah bunga api. Cantik kan?”
Won diam seketika dek kerana teruja melihat keindahan bunga api yang dinyalakan Sooyun. Perlahan-lahan mulutnya yang terlopong berubah mengukir senyum. Dia memandang Sooyun dan ketawa.
“Cantik !”
“Mari sini, ada banyak lagi. Kau nyalakan pulak.” tangan Won ditarik agar mendekati Sooyun. Beberapa batang bunga api diberikan kepada Won. Lelaki itu mula teruja untuk menyalakannya.
“Sooyun-ahh ! Cantiknya !”
Suara garau Won kedengaran kelakar apabila dia menjerit. Sooyun ketawa berdekah. Melihat Won yang teruja mengalahkan kanak-kanak menggelikan hatinya. Mereka berdua menghabiskan masa bersama bermain bunga api dan bergelak ketawa. Dah lama Sooyun tak ketawa sebegitu. Won betul-betul menceriakan harinya.
“Cantik…”
Won mengambil tempat di sebelah Sooyun yang sedang duduk bersila di atas tanah. Masing-masing leka merenung percikan bunga api yang dinyalakan tadi.
“Kan?” Sooyun tersenyum lebar. Senyumannya membuatkan Won turut tersenyum.
“Kau suka?” soal Sooyun memulakan semula perbualan. Won mengangguk laju.
“Terima kasih.”
Mereka tersenyum lagi sambil masing-masing melayan perasaan sendiri.
“Won…”
Sekali lagi, Sooyun memanggil. Pemuda itu menoleh memandang ke arahnya dan menunggu Sooyun berbicara.
“Aku tak sangka aku akan cakap macam ni tapi…” Sooyun berjeda seketika. Dia menghela nafas perlahan sebelum menyambung semula.
“Jangan pernah tinggalkan aku? Janji y
Comments