00005
Escape Plan : The SchoolJam 10 malam, cuaca bertukar, kilat sabung menyabung membelah bumi. Guruh petir berdentum-dentam di sekeliling sekolah, hujan melibas jendela dan Jinhwan tetiba pulak rasa ingin buang air kecil. Dia tengok Hanbin tidur dengan lena lalu dia pun berjalan ke bilik air.
Belum sempat Jinhwan nak buka pintu tandas, Bobby dah terajang pintu bilik Hanbin sampai ROBOH. Pintu bilik mereka yang memang sudah sedia usang itu sudah tidak ‘bernyawa’ lagi. Bobby rasa bangga sekejap. Tak sangka muscle dia dah cukup kuat untuk robohkan pintu bilik asrama. Cis, POYO.
“Weh…” Hanbin yang tengah tertidur terlompat dari katil kerana terkejut dan jatuh ke lantai.
“Aduh…. Nak mati awal ke jahanam?” Hanbin gosok-gosok tulang belakang. Dia ambil buku Jinhwan di atas meja paling dekat. Fulamak! Berat! Dia baling buku berat macam dumbbell tu ke arah Bobby.
“Urgent la sial!” Bobby tangkap buku tu lalu baling ke arah Hanbin. DAMN! MELESET! Jinhwan jadi mangsa. Buku tebal, kalah kamus tu landing tepat dekat muka dia ditambah lagi dengan kekuatan momentum yang Bobby guna. Jinhwan terus jatuh di atas lantai.
Jinhwan naik geram. “Woi! Korang –“
Bila dia berdiri, dah tak da orang pun dalam blik… CILAKA.
Jinhwan tahu mereka di mana. Confirm kat bilik Bobby. Perlahan-lahan, dia intai Hanbin dan Bobby dari belakang. Dalam bilik, dia dengar suara Bobby dan Hanbin bertekak.
“Siapa suruh dia pi berak malam-malam?!” marah Hanbin. Dia kusutkan rambut baru bangun tidur dia tu. Ok, dia nampak sangat hensem.
“Mana lah aku tahu!”
Hanbin mengeluh. “Macam mana boleh terkunci?”
“Entah la.”
Bobby geleng-geleng. Junhoe dah nangis di dalam bilik air.
“Dah. Kau tolak. Aku tendang,” bicara Hanbin.
Bobby tolak pintu guna bicep dia yang besar macam dumbbell 10 kilo. Tapi, pintu tu kuat sangat, manakala Hanbin bersandar pada dinding. KELETIHAN.
“Aku letih la,” keluh Hanbin.
“Babi kau, Bin. Kau tolong pun tak.” Bobby benar. Hanbin memang sampah bila bab-bab keluarkan stamina badan. Dari tadi, dia hanya ketuk-ketuk pintu bilik air untuk memastikan Junhoe masih hidup lagi ke tak.
Sia-sia je badan dia keluarkan tenaga, guna untuk ngurat awek je.
“Bobby! Hanbin! Tolong la aku! Plis!” Junhoe nangis lagi. Hanbin garu dagu sambil mundar-mandir. Cari idea la tu. Tak, dia berangan-angan je sebenarnya. ‘Esok pagi breakfast apa ya? Kalau strawberi macam mana, aku kan allergic strawberi.’ Isi otak Hanbin.
“Nampaknya, kita tak ada pilihan. Kawan kita akan mereput di dalam tu selama-lamanya. Maafkan kami, Junhoe tak dapat selamatkan. Jasa kau selalu rosakkan kereta mainan aku dan makan nasi lemak Bobby diam-dia
Comments