Intro 1 : Audio Tape
www.horrorpfft.com
Intro 1 : Audio Tape
22 Februari 2016
Hai, Yeong disini! Seperti yang saya janjikan, saya akan ceritakan kembali cerita hantu yang pernah saya baca. Namun bagi episod kali ini, ia cerita benar dari rakan saya, Mei Qi.
Seperti yang anda lihat tajuknya ialah berkenaan dengan audio tape. Mungkin agak bercelaru disini namun, saya mulakan cerita ni.
Cerita ini berlaku pada pertengahan bulan May. Pada tahun itu, terdapat seorang penyanyi muda yang amat berbakat. Namanya Yugyeom. Kebolehannya memetik gitar dan suaranya yang lunak amat menarik perhatian para audiens.
Dia seorang yang agak tampan. Dan juga merupakan teman lelaki kawan baik saya, Mei Qi.
Mei Qi menyokong kerjaya teman lelakinya walaupun dia agak risau akan kesihatan Yugyeom. Sering kali dia melihat Yugyeom tidak tidur seharian demi menyiapkan lagu baharu yang dinanti para peminatnya.
Mei Qi juga sering mengadu kepadaku yang Yugyeom tidak menjamah makanan yang disediakan olehnya. Mei Qi berasa amat risau kerana berkemungkinan Yugyeom akan mati jika keadaan ini berterusan.
Walaupun Yugyeom tidak tidur dan tidak makan, dia tetap gagal mencipta lagu baru yang agak menarik perhatian ramai.
Pada suatu hari, Mei Qi menelefonku dengan mengatakan dia bergaduh dengan Yugyeom kerana Yugyeom kata Mei Qi telah mengganggunya. Ini sangat menyakitkan hati.
Mei Qi jug
Comments