alone

Lost
hVb4Qtq.png
alone.

 

Sowon melihat pantulan wajahnya di hadapan cermin. Anak mata mengerling ke kiri dan kanan namun tiada satupun kelibat ahli kumpulannya kelihatan. Di dalam bilik persalinan tersebut, hanya ada dia seorang.

 

Bunyi pintu diselak dari luar menghadiahkan sekuntum senyuman di hujung bibirnya. Sepantas itu, kepalanya ditolehkan ke arah kanan. 

 

"Oh, Sowon ah. Kamu di sini." Tegur salah seorang make-up artist kumpulan mereka bernama Sara.

 

Senyuman tadi terhapus langsung daripada permukaan wajah Sowon. Tubuhnya disandarkan ke belakang. Dan sebuah keluhan kecil terpacul dari mulutnya.

 

Sudah seminggu perkara begini berlaku. Hubungan dia dan ahli kumpulan yang lain ternyata semakin renggang. Tidak seperti dulu. Hanya sewaktu latihan rutin, persembahan, dan temu bual mereka semua berkumpul. Selain daripada itu, kebanyakkan masanya, Sowon bersendirian. Bahkan kumpulan chat mereka pun sudah seminggu tidak aktif.

 

"Sowon ah, kamu okay ke?" Sara memecah kesunyian di dalam bilik tersebut. Anak matanya mengekori tindak tanduk Sowon dan seperti orang tidak bermaya itu. "Ahli yang lain dah bersedia dekat belakang. Kenapa kamu masih dekat sini?" Soalnya lalu mendekati tempat Sowon berada.

 

"Ada sejam lagi sebelum persembahan kami, Sara unnie." Sahut Sowon dengan suara yang lemah. Dahi didekatkan ke muka lengannya di atas meja.

 

"Uh? J-Jadi kenapa mereka-" Sara segera menekup mulutnya. Realiti mendatanginya. Sekarang baru lah dia dapat menyambung titik-titik dari dalam otaknya.

 

Sowon berasa sedikit terkilan. Dipinggirkan teman-temannya bukan lah sesuatu yang mudah untuk diatasi. Selaku ketua kumpulan, dia perlu meletakkan kumpulan mereka dan ahli-ahli lebih daripada segala-galanya. Tidak pernah terlintas di dalam pemikirannya, hubungan di antara mereka menjadi taruhan.

 

"Sowon ah! Bagus lah kau dekat sini!" Entah berapa minit berlalu, Sara kini sudah menghilang daripada bilik tersebut, dan suara Ben, pengurus mereka mulai mendiami ruangan situ.

 

Ben menutup pintu dengan berhati-hati lalu menguncinya. Sowon mengerutkan dahinya. Wajah Ben diperhatikan. Dia kelihatan seperti terganggu akan sesuatu.

 

Sowon mendongakkan dagu sambil menegakkan postur duduknya. "Kenapa oppa?" Soal Sowon. 

 

Ben berhenti betul-betul di hadapan Sowon, dan sebelum mengambil tempat di sebelah gadis itu, dia meraup rambutnya dan mengeluh panjang. "Aish," desisnya.

 

Kening kanan Sowon terjongket ke atas. Perasaan bergelora ingin mengetahui cerita daripada mulut Ben.

 

"Sowon ah, oppa dah jumpa orang yang sebarkan khabar tentang Kyra dekat internet. Dan orang tu sekarang ni berada dekat bangunan ni." Ben mengujar setelah duduk di atas kerusi bersebelahan dengan Sowon.

 

Sowon bagai dipanah petir. Suaranya tersekat di kerongkong. Mulutnya terbuka sedikit namun tiada perkataan yang terluah daripadanya. 

 

"Perlu ke beritahu Sowon semua ni? Kita kan dah capai persetujuan yang oppa akan uruskan semuanya? Sowon rasa tak perlu...rasanya kami tak perlu bersua de-dengan orang tu..." Minda Sowon seakan-akan dikaburi oleh sesuatu. Getaran suaranya terlalu ketara untuk diendahkan. 

 

Ben menundukkan kepala. Ekspresi yang sukar difahami terpalit pada wajahnya. Tangan kanannya masih menggaru-garu kulit kepala manakala telefon bimbit pula berada pada genggaman tangan kirinya.

 

"Oppa tak dapat lakukannya, Sowon ah." Mata jejaka itu seakan-akan dilapisi cairan kaca yang bersinar. Sowon hanya mampu membuat kesimpulan sendiri di dalam hati.

 

"L-Lebih baik kalau Sowon yang pergi. Kalau oppa jumpa dengan orang tu, oppa takut semua yang orang tu cakap oppa akan beritahu Umji dan yang lain-lain. Oppa t-tak nak..."

 

Kini, Sowon pula yang menundukkan kepala. Namun pada hakikatnya, dia cuba untuk melarikan mata daripada Ben. Jari-jemari digenggam erat, dan dia hanya mampu menjerit di dalam hati.

 

***

 

Seiring kaki melangkah, Sowon membetulkan sekali lagi penutup mulut dan kaca mata gelap yang menyembunyikan identitinya. Di sepanjang jalan, dia melihat bermacam-macam artis sedang berlatih tanpa mengendahkan orang sekeliling.

 

Nostalgia. Dia pernah laluinya dulu. Cumanya, ketika itu, perasaan sunyi tidak pernah wujud kerana mereka bertujuh. Sentiasa bertujuh. 

 

"Yaa, Jung Sowon! Apa kau buat tu? Curi makan eh?"

 

Perbualan lama di antara dia dan Kyra menjulang kembali ke dalam minda Sowon. Lututnya terasa kian lemah untuk meneruskan perjalanan. Pandangannya mulai diselubungi air mata. Ada baiknya dia memakai kaca mata sekarang ini, tiada siapa melihat.

 

"Kau nampak macam orang yang kelaparan sembilan minggu! Ka. Ka. Ka."

 

Sesuatu yang berat bertakung di sebalik dada Sowon. Dari situ, pergelangan tangannya mulai berasa pedih. Sowon memicit pergelangan tangan kirinya dengan tangan sebelah. Sentuhan kulit di situ terasa kasar. Walaupun mereka satu kumpulan namun ada satu rahsia yang Sowon sembunyikan—sudah berjulung kali dia bertindak menghiris pergelangan tangannya—untuk membunuh diri.

 

"Jung Sowon?! APA YANG KAU BUAT NI?" 

 

Jerkahan suara Kyra masih terngiang-ngiang di dalam kotak ingatannya. Hanya Kyra yang benar-benar mengetahui akan kisah silamnya. Tentang rumah lama yang didiaminya sebelum dia berpindah ke asrama Gfriend.

 

Dan juga, tentang tunangnya sejak kecil, Taehyun.

 

"Apa salahnya jatuh cinta dengan tunang kau? Aku yakin, kalau kau confess, dia akan 100% lagi sayangkan kau...kekeke."

 

Sowon menggeleng-gelengkan kepala. Mahu mengeluarkan ingatan itu daripada mindanya.

 

***

 

Lelaki berpakaian t-shirt putih dan denim jean moden di hadapan memaparkan senyuman sengetnya sebaik saja Sowon melabuhkan punggung di atas kerusi.

 

"Aku tak nak cakap banyak. Kalau kau nak informasi, bayar."

 

Itulah percakapan pertama yang terluah daripada mulut lelaki misteri tersebut.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet