Cookie dough fudge milkshake

KIM JONGIN!!
Please log in to read the full chapter

"KIM JONGIN!!" Tiba tiba lampu menyala terang, Kai memandang sekelilingnya sebelum matanya terpaku pada satu susuk tubuh yang ketika itu duduk di sofa, berpeluk tubuh dan seolah olah terdapat aura hitam mengelilinginya tetapi masih lagi kelihatan cantik pada pandangan Kai.

 

Kau membuat isyarat tangan supaya Kai berdiri di hadapan kau. Tetapi sebaliknya yang berlaku, Kai berundur sehingga belakang tubuhnya bersentuhan dengan permukaan yang rata sebelum memusingkan badannya dan melekapkan dirinya ke dinding. Dalam masa yang sama, berharap agar dinding itu dapat menelan dan melindungi dirinya daripada panahan mata kau yang sangat menakutkan.

 

"Kenapa awak lambat balik ?" Lembut saja kau bersuara sambil bangun daripada sofa dan berjalan perlahan menghampiri Kai yang masih lagi mengadap ke dinding.

 

"Answer me, Kim Jongin!" Kali ini kau bernada tinggi. Rasa jengkel melihat Kai hanya tersengih memandang kau sambil mengaru kepalanya, seperti cuba mencari alasan yang sesuai bagi menyelamatkan dirinya.

 

"Jangan cuba nak tipu saya!" Hampir gugur jantung Kai mendengar jeritan kau itu, Tergugat sedikit sifat ke lelakiannya.

 

"Awak jangan kuat sangat, nanti jiran kita marah~" Kai cuba memberi peringatan kepada kau, memandangkan terdapat jiran duduk bersebelahan. Bagaimanapun, ayatnya itu hanya menambahkan lagi kemarahan di hati kau.

 

"Like i care, cakap sekarang awak pergi mana tadi!!" Kau peduli apa kalau jiran sekeliling marah jika mendengar jeritan kau, yang penting ianya dapat memuaskan hati.

 

"S-saya ke-keluar de-d-dengan kawan" tersekat sekat Kai bersuara, matanya ralat memandang sekeliling rumah, cuba mengelak daripada bertentang mata dengan kau.

 

"Awak dah tak sayang saya~" kau menekup muka dan mula menangis teresak esak. Membuatkan Kai berasa keliru dengan perubahan sikap kau yang mendadak, sekejap marah, sekejap sedih. Kai tidak tahu apa yang patut dia lakukan ketika itu.

 

"Bila pulak saya kata saya tak sayang awak~" Kai akhirnya memisahkan dirinya daripada dinding dan mula menapak mendekati kau. Tapi belum sempat jemarinya menyentuh bahu kau, tanganya sudah ditepis secara kasar. Kai terasa hati dengan layanan kau terhadapnya, tanpa sebab yang pasti kau telah melukai hatinya. Bagaimanapun, tahap kesabarannya masih menebal, mampu lagi mengawal emosi supaya tidak bertindak luar kawalan.

 

"Dont touch me, saya call banyak kali tapi tak dapat, saya text tapi awak langsung tak balas, i hate you , KIM JONGIN !!!" berdesing telinga Kai mendengar jeritan kau itu. Dia hampir menangis mendengar kata benci yang baru sahaja kau luahkan. Namun sebagai seorang suami dan ketua keluarga, dia harus menguatkan semangat.

 

"Baby, saya.." tanpa menunggu Kai menghabiskan ayatnya, kau terus meluru masuk ke bilik, meninggalkan Kai kebingungan. 

 

Teringat kata kata isterinya sebelum ini, Kai terus mengeluarkan talifon pintar miliknya. Dia mengeluh keras bila mendapati objek tersebut sudah kehabisan bateri.

 

________

 

Jam menunjukkan pukul 11.30 malam, seharian berkerja membuatkan badannya merasa sangat letih. Memiliki sebuah studio tarian memerlukan banyak tenaga untuk menguruskannya. Nasib baik ada Sehun dan Lay, dapat juga meringankan bebanan yang ditanggung olehnya.

 

Rimas dengan kondisi dirinya yang mula menghasilkan aroma kurang menyenangkan, Kai membuat keputusan untuk membersihkan diri. Tetapi sebelum itu dia ingin melihat keadaan satu satunya anak lelakinya, Kim taehyun.

 

Kai tersenyum sebaik sahaja dia melangkah masuk kedalam bilik anaknya. Taehyun nampak tenang seperti bidadara, tidur terlentang di katil sambil mengisap ibu jarinya. Namun sudah lumrah seorang anak kecil, sentiasa berubah kedudukan dan menyebabkan selimut yang sebelum ini membaluti tubuhnya, kini bertebaran diatas lantai.

 

"goodnight Baby boy~" Kai mengucup dahinya dan mengusap lembut rambut sehingga menutupi dahinya, tubuhnya kini sudah selamat berselimut.

 

Setelah berpuashati dengan keadaan anaknya itu, Kai beredar dan menuju kebilik dimana isteri tercintanya berada. Perkara pertama yang Kai lakukan adalah mengecas handphonenya. Beberapa minit berlalu barulah Kai cuba menghidupkanya kembali. Seperti di duga, terdapat lima belas panggilan tidak berjawab dan enam pesanan ringkas yang semuanya di hantar oleh kau. 

 

Keningnya berkerut dan hembusan kuat nafas di lepaskan melalui hidung sepanjang tempoh Kai membaca setiap satu pesanan ringkas, yang menyuruhnya pulang segera kerumah. Sekali sekala dia mengerling satu susuk tubuh berbaring di katil, mengiring mengadap ke dinding. Timbul rasa bersalah kerana telah bersikap cuai dan membuat kau tertunggu tunggu. Tapi bukan hanya pada hari itu kau bersikap sebegitu rupa. Entah kenapa kebelakangan ini mood kau kerap berubah, seumpama

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet