Hate Means Love

Description

Sinopsis

 

Pengalaman bercinta pastinya pernah dirasai oleh orang ramai . Mustahil jika seseorang itu tidak pernah mempunyai pengalaman bercinta sedangkan budak sekolah rendah berumur 10 tahun pada masa kini pun sudah merasai perasaan bahagia ketika bercinta . Siap memberi nama panggilan manja manja lagi itu kepada pasangan masing masing .

 

Sudah namanya bercinta pasti adanya cinta pertama masing masing bukan? Cinta pertama yang menjadikan kau mengerti apa itu cinta . Benar,cinta pertama itu indah .

 

Tetapi..

 

Cinta pertama tidaklah indah bagi Park Yuhee,seorang gadis yang pernah kecundang di dalam cinta pertamanya . Mereka berpisah hanyalah kerana alasan tidak masuk akal yang diberikan oleh bekas kekasih gadis itu padanya .

 

“Kau tak ada gaya”

 

Tengok? Sangatlah tidak masuk akal . Memanglah tak masuk dek akal kerana waktu itu masing masing berada di zaman kolej,zaman yang boleh dikatakan sebagai zaman pramatang .

 

Yuhee mengambil kata kata bekas kekasihnya sebagai motivasi dirinya untuk cantik dan bergaya lalu menepis segala hinaan yang pernah diberikan lelaki tak berguna itu . Dan misinya berjaya,bermacam macam syarikat permodelan mahu mengambilnya bekerja .

 

Kata orang,dunia ini sungguh kecil . Yuhee diminta untuk bergandingan bersama model lelaki terkenal semasa pertunjukan runway . Yuhee mula kecut perut tatkala mendengar nama model tersebut . Tidak . Mungkin hanyalah kebetulan sahaja nama itu hehehe ~

 

“Yuhee?”

 

“K KAI?!”

 

Mimpi ngeri yang ditakutinya kini berulang kembali . Bagaimana dia harus berdepan dengan lelaki yang pernah menghancurkan hatinya suatu ketika dahulu? Perasaan benci mula mekar kembali di dalam diri . Tambahan pula Kai mahu mengambil  semula hati Yuhee itu dengan layanan lembut yang bisa melemahkan Yuhee . Yuhee perlu kuatkan diri agar tidak lagi jatuh semula ke tangan lelaki itu . Takkan sudah ludah mahu dijilat semula bukan? 

 

CHARACTERS

PARK YUHEE

 

KIM KAI

 

Foreword

SEGALA KESILAPAN TATABAHASA HARAP DIMAAFKAN . SUPPORT ME GAIS 

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet