03; Aster

If You

Aster symbolizes patience. It is also indicative of a love of variety. It also symbolizes elegance and daintiness.

 

 

 “kringgg…kringgg….” jam loceng milik Seo na berbunyi dengan nyaring. Seo na bangun dengan malas. Harini hari sabtu jadi selalunya dia tidak akan ke kebun. Seharian dia akan berada dirumah mengemas, memasak dan menghiburkan kedua ibubapa angkatnya.

 

 

Jam menunjukkan jam enam pagi, ayam jantan berkokok diatas pagar kayu diluar rumah. Seo na mengendap keluar bilik melihat jika Pakcik dan Makcik Im sudah bangun dari tidur. Seo na terus melangkah keluar dari bilik ke bilik air.

 

 

“Seo na, petang ni kamu ada pergi mana-mana tak?” Soal Makcik Im sambil menonton rancangan kegemarannya di tv.

 

Seo na menulis sesuatu diatas tab nya “…. takde omma, kenapa?” makcik Im membaca.

 

“Omma dengan abujie kamu nak ke kenduri kahwin anak kawan kitorang, kamu nak ikut kami tak?” soal Makcik Im lagi.

 

Seo na menggeleng laju. “ Takpelah omma, Seo na nak tunggu barang…..” Makcik Im membaca lagi.

 

“okaylah kalau macam tu. Kalau ada apa-apa jangan lupa call omma tau? Kitorang balik malam sikit. Kalau Seo na bosan, pergi la rumah Hyun dulu sementara tunggu kami balik.” Seo na menggeleng lagi. “Saya boleh jaga diri saya. omma jangan risau…” Seo na mengusap tangan Makcik Im.

 

 

Mengurangkan rasa risau yang bersarang didalam hati Makcik Im. Makcik Im juga mengusap ubun-ubun Seo na dengan rasa kasih. Sudah lama dia menginginkan cahaya mata tetapi rezeki tidak menyebelahi mereka. Kehadiran Seo na merupakan hadiah dari tuhan kepada mereka walaupun Seo na kurang upaya.

 

 

“Omma sayang Seo na tau…” Makcik Im terus memeluk dan mencium kedua belah pipi Seo na. Seo na pula membalas pelukan Makcik Im.

 

“Kami pergi dulu tau. Jaga rumah, jaga diri.” Pesan Pakcik Im sebelum masuk kedalam kereta. Seo na melambai kearah mereka berdua sebelum kereta mereka hilang dari pandangan.

 

 

Seo na mengunci pintu dan meyusup masuk kedalam rumah. Ini masanya yang ditunggu-tunggunya sekian lama. Seo na membuka komputer ribanya. Dia sudah membeli broadband agar senang untuk melayari internet.

 

 

Iphonenya juga sudah di baiki. Dia membuka emailnya. kebanyakkannya dari kawan-kawannya yang telah melanjutkan pelajaran keluar negara. Mereka merindui rindunya. Seo na meneliti satu persatu email sehingga ada satu email membuatkan dirinya sebak.

 

 

From : [email protected]

To : [email protected]

 

Anyeong noona, ni mingyu. Noona pergi mana? Mingyu rindu noona. Omma dengan appa risaukan noona. Mingyu dah call noona banyak kali tapi tak dapat. Noona balik la…

 

 

 

From : [email protected]

To : [email protected]

 

Noona, baliklah L Mingyu janji mingyu akan berubah noona. Sorry lah atas apa yang mingyu dah buat. Mingyu tau mingyu salah…..

 

 

 

From : [email protected]

To : [email protected]

Yoon hee sayang, kamu ada dekat mana sekarang ni…. omma dengan appa rindukan kamu.

 

 

 

Yoon mengesat air matanya yang laju turun. Mereka merindukannya? Betul ke atau hanya…. Yoon terus mendail nombor telefon Mingyu. Dia juga merindui mereka.

 

“Yoboseyo…” Terdengar suara Mingyu menyambut panggilannya. Air matanya menitis lagi. Dia tiada kekuatan untuk bercakap.

 

“Y-yoboseyo… ni siapa?” Soal Mingyu lagi. Terdengar esakkan dari pemanggil.

 

“N-ni… Noona….” Dia menangis lagi.

 

“N-noona…..! its that you?” Tanya Mingyu. Dia manusia paling gembira hari ini.

 

“Mingyu sihat? Omma dengan oppa sihat?”

 

“Noona ada dekat mana ni? Tell me I’ll be there !”

 

Kata mereka serentak. Mereka ketawa serentak. Lega dia dapat mendengar suara noona kesayangannya.

 

“Mingyu sihat ! Noona jangan risau, kami kat sini semua sihat. Yang penting noona je sihat.” Kata Mingyu dengan ceria.

 

“Noona tak bersedia lagi nak balik. Noona tak boleh bagitau noona ada kat mana sekarang ni. Nanti bila noona dah bersedia noona balik. Jangan risau noona sihat je.” Balas Yoonhee.

 

Tiba-tiba telefon rumah berbunyi. Yoon hee menjadi panik! Terus dia menamatkan panggilan tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal. Yoon Hee berlari turun ke tingkat bawah untuk menjawab panggilan tersebut.

 

“Yoboseyo!” kata Yoonhee dengan termengah-mengah.

 

“Seo na ke ni?” Kata satu suara yang amat dikenalinya ! Segera dia menutup mulutnya. Dia lupa untuk pura-pura bisu !

 

 

 

matilah aku si alien ni tak guna call aku time-time macam ni. Aigooo…. bodohnya kau Yoon… apa kau dah buat ni……

 

 

 

Seo na meletakkan kembali telefon itu ketempatnya. Seo na terus berlari kedapur. Dahinya berpeluh-peluh seakan panic yang amat sangat. Seo na meneguk air dengan rakus. Tangannya pulak menggeletar.

 

 

“tok..tokk..tokkk!” pintu rumah Seo na diketuk dari luar. Cawan yang dipegangnya pula terlepas dari tangannya. Pecah berderai bunyinya.

 

“Seo na!!! Bukak pintu ni !” Jerit seseorang dari luar.

 

Seo na berjalan kearah pintu. Ketukkan dipintu makin kuat. Rasa macam nak tercabut je pintu tu.

 

Sabarlah…! Amende lah duk ketuk macam nak roboh pintu ni.

 

 

Pintu segera dibuka. Terpancul wajah Hyunwoo yang berpeluh-peluh seperti baru lepas berjogging. “Kau okay tak? Aku dengar bunyi kaca tadi.” Belum sempat Seo na menjemput Hyun masuk, Hyun sudah meluru kedalam rumah.

 

 

“Kenapa kaca bersepah ni?” Hyun mendekati serpihan kaca yang bersepah diatas lantai.

 

Seo na menggeleng.

 

“Ada orang pecah masuk rumah kau ke?” Hyun memandang sekeliling dapur. Semua pintu dan tingkap dikunci dengan rapi.

 

 

“Kau pergi duduk dekat depan. Biar aku kemas semua kaca ni. Jangan lupa kunci pintu depan.” Kata Hyun dengan tegas sambil mengutip serpihan kaca di lantai. Seo na hanya memandang Hyun sedang mengutip serpihan kaca.

 

 

“Apa tengok-tengok! Pergila duduk depan !” Kata Hyun dengan kuat. Seo na terkejut dan baru sahaja dia hendak melangkah, dia melihat darah dari celah jari Hyun diatas lantai.

 

 

“Ahhh! !” Hyun memandang Seo na yang masih terjegat dihadapannya. Tidak semena-semena Seo na rebah di hadapan matanya.

 

 

“Aduhhhhhhhhh, pengsan pulak minah ni. Tak faham la aku.” Hyun membasuh tangannya di singki dengan cepat-cepat dan mencempung tubuh Yoon ke sofa ruang tamu. Kemudian dia kembali ke dapur membersihkan kaca tersebut.

 

 

“apelah nasib. Nasib aku tergerak hati nak datang tengok. Kalau tak apalah jadi kat dalam rumah ni. Tapi tadi siapa yang jawab call aku erk?”

 

 

Jam menunjukkan pukul 7 malam. Seo na belum bangun dari pengsan. Aku pelik betul dengan Seo na ni, dia tidur ataupun pengsan. Aku menompang dagu sambil memandang Seo na yang sedang tidur.

 

 

Aku teringin nak dengar suara dia. Merdu ke, sengau ke apa ke. Sebab tu aku suka cari pasal dengan dia. Aku menolak rambut yang menutupi matanya. Muka Seo na memang sempurna. Takde cacat celanya.


 

Aku mula mengusap wajahnya. Aku pun tak tau kenapa aku buat macam tu. Aku menyentuh matanya, kemudian hidungnya dan bibirnya. Ahhhhhh Lee Hyunwoo apa kau dah buat ni!!!!!!

 

 

Hyun terus menapak keatas sofa yang bersebelahan dengan tv. Rasa seram pulak tiba-tiba. Aku membuka handfon. Tapi takde notification masuk pun. Aku membuka aplikasi kamera. baru aje acah-acah nak selfie, Seo na bangun dari pembaringan. Jari telunjuknya dihalakan kepada aku!

 

 

“kau pahal doh pandang aku macam tu.” Seo na terus menerpa kearah Hyun macam perempuan gila! Hyun menutup matanya dengan rapat. Penakut jugak mamat ni.

 

 

Seo na menarik tangan aku sambil matanya masih belum terbuka!!

 

 

A/n: What happen? hahaha jangan lupa komen. mian sebab jarang update sebab cuti sem dah habis *kerai han river*

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Nursyuhada
chapter 1 dah keluar gais... mian for late update ^^ komen juseyo

Comments

You must be logged in to comment
RayhanAdni #1
Hiiiiiiii unnieeeeeeeee Syawalistaaaa