01; Alstroemeria

If You

"Alstroemeria flower is symbolic of wealth, prosperity and fortune. It is also the flower of friendship."

 

 

Kalau betullah aku ni penting, kenapa semua orang abaikan aku? Aku ni memang tak penting kan sebenarnya? Hidup pun cuma menyusahkan hidup orang je. Aku dah nekad! aku takkan menyesal dengan keputusan aku ! – Yoon Hee

 

 

Yoon melarikan diri dari rumah. Mungkin lebih tepat lagi melarikan diri dari masalah. Dia kecewa dengan keluarganya yang agak bermasalah. Mama dan Appa nya selalu pulang lewat ke rumah. Adik lelakinya hilang entah kemana pagi-pagi buta baru balik dan selalu berbau tengik arak.

 

 

 

Yoon membeli tiket dan menunggu kedatangan train. Malam-malam begini sejuknya sampai ketulang hitam. Bajunya juga tidak lansung dapat mengurangkan kesejukkan yang dialaminya. Kehidupan di Bandar tidakklah sehebat mana pun. Masyarakat yang tinggal dibandar kebanyakkan mementingkan diri dan anti sosial.

 

 

Kalau setakat jumpa artis di dalam kafe, di tepi jalan, memakai kaca mata hitam dan bertopi itu sudah biasa bagi Yoon. Dia bukan seorang yang jenis ambil tahu tentang hiburan. Dia juga pernah terserempak dengan Sehun(EXO) semasa membeli makanan ringan di kedai serbaneka berhampiran rumahnya.

 

 

Yoon  bekerja sebagai pelayan di sebuah kafe. Walaupun dia mempunyai ijazah dalam  bidang senibina, tetapi dia lebih suka berkerja seperti sekarang. Rileks dan santai. Tiada tekanan dari majikan dan tekanan masa. Walaupun gajinya tidak banyak, Yoon masih berpuas hati dengan layanan bosnya. Tak cerewet.

 

 

Yoon tidak tahu mahu pergi ke mana. Dia cuma membeli tiket mengikut gerak hatinya. Simkad diambil dari iphonenya. Dibelek-belek dulu cip yang berwarna keemasan itu sebelum dipatahkan dan dibuang ke jalan. Dia menyimpan kembali iphonenya ke dalam poket.

 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

Keesokkan pagi.

 

 

Yoon berada ditempat yang begitu asing baginya. Rupa-rupanya dia tertidur di pondok usang di tepi jalan sebuah kampung. Suasananya begitu tenang dan udaranya bergitu segar sekali. Baru sahaja Yoon meregangkan otot-ototnya, dia dikejutkan dengan satu suara.

 

 

“mmmmbekkkkkk…..mmmmmbekkkkkkk” terlompat Yoon dari pondok itu. Pakcik yang melihat aksi lucu ketawa lepas.

 

“ Kamu buat ape nak oiii pepagi bute duk mengeliat ghope itu. HAHAHAHAHA….” kata pakcik itu dengan loghat Peraknya yang pekat.

 

“Maap le, kambing pakcik ni suke bersior-sior pepagi bute cam gi ni haa. Kamu ni dari mane senanye?” soal pakcik itu sambil tersenyum.

 

 

Ko nak dedahkan siapa diri kau atau kau nak jadi orang lain Yoon? Kalau nak jadi orang lain kau kena ada satu kekurangan. kau  nak lupakan diri kau yang dulu kan? em nak pura-pura buta dia dah nampak aku pakai spec ni haa. kalau pura-pura jadi cacat, dia dah nampak aku mengeliat baek punya tadi.

 

 

So how Yoon? Wait wait wait….. dia tak dengar suara aku lagi kan? aku boleh pura-pura bisu. ngeh ngeh ngeh. Sorry le pakcik, aye takde niat nak tipu. Tipu sunat boleh kan pakcik.lagipun pakcik ni nampak macam nice. Hehehe..

 

 

“ Mengelamun pulak kamu ni. Pakcik nanye ni. Mana tau boleh nolong kamu ni haaa..”

 

 

Yoon mengeluarkan kertas dan pen dari poket beg sandangnya. kemudian dia menulis sesuatu. Pakcik itu memandang Yoon sambil mengecilkan matanya yang sememangnya sudah sepet. Pakcik ni walaupun pengembala kambing, pakaian yang dipakainya masihl nampak kemas dan tak busuk.

 

 

nama saya seo na. saya sesat dan tak tau nak pegi mana ni pakcik.

 

 

Yoon menyerahkan kertas itu kepada itu kepada pakcik. Berkerut-kerut dahi pakcik itu cuba membaca apa yang ditulis oleh Yoon.

 

 

“Aduh nak oii…. pakcik ni tak faham rumi. pakcik dulu belajar tulis jawi je nak oiii..” ujar Pakcik itu dengan kecewa kerana dia tidak tahu membaca rumi. Yoon mengeluh. Takpelah mungkin dia perlu jujur je kut. Tak perlulah nak tukar identiti bagai.

 

 

“Kamu ni bisu ke takde suara? kesian kamu ni. Jom pakcik bawak kamu jumpa anak kawan pakcik. Dia mengaji sekolah tinggi sikit dari pakcik. Pakcik dulu mengaji sampai SRP ja pastu terus keje kat sini.” Kata pakcik dengan panjang lebar. Pakcik ni agak peramah. Nama dia Pakcik Im.

 

 

Pakcik Im ni memang peramah, dahlah nice. macam tak sampai hati lak nak bohong yang aku ni bisu. Okay seminggu je kau tipu, then nanti kau bagi alasan kau sakit tekak.

 

 

Pakcik Im berhenti di kawasan  yang agak berbukit. Permandangannya memang cantik, berbukit bukau sangat mendamaikan jiwa. Dikaki bukit tersebut sekumpulan lembu sedang meragut rumput. lebih dari 50 ekor lembu yang sedang meragut rumput.

 

 

Pekerja-pekerja ada lebih kurang 5 orang yang mengawasi lembu-lembu itu. permandangan dari situ seoalah-olah berada di Switzerland. Lembu-lembu yang berwarna hitam putih nampak bergitu comel. Yoon terleka sebentar dengan keindahan yang terbentang di depan matanya.

 

 

Dari jauh kelihatan seorang pemuda memakai topi peladang, baju tshirt yang lusuh, berseluar jeans lusuh dan kasut getah ‘pua chu kang’. Mukanya comot tetapi tidak boleh dinafikan dia mempunyai wajah yang sempurna. Hensem lah senang cita.

 

 

“Hyun Woo….!!!!” Jerit Pakcik Im yang ternampak kelibat HyunWoo sekaligus memeranjatkan Yoon. Hyunwoo memandang kerarah Pakcik Im sambil tersenyum dan senyumannya tersekat diskala 6 bila terlihat Yoon disebelah Pakcik Im.

 

 

“Awalnya Pakcik Im bawak Chacha jalan-jalan pagi ni.” Kata Hyunwoo sambil berjalan kearah Pakcik Im. Chacha tu nama kambing Pakcik Im.

 

“ni bukan Chacha lah, ni Chichi adik dia.” Terang Pakcik Im bersungguh-sungguh. Hyunwoo ketawa perlahan.

 

“Kambing pakcik yang kena virus tu dah okay ke? Dah sihat?” Hyunwoo sedikit pun tidak mempedulikan kehadiran Yoon. Yoon sudah membuat muka. Tapi sebab Pakcik Im dia sabar. Dia masih tahu hormat kan orang tua itu.

 

“Chocho tu? dah okay lepas vet datang tengok. Dia tu cuma kena selsema je. Eh sembang pasal kambing pulak. Hyunwoo ni amende? Baca kejap.” Pakcik Im memberikan kertas tersebut kepada Hyunwoo.

 

 

“Nama saya seo na, saya sesat dan tak tau nak pegi mana ni pakcik…..” Hyunwoo membaca apa yang ditulis didalam kertas tersebut

 

“……Siapa ni pakcik? anak sedara ke?”  Hyunwoo lansung tidak memandang kearah Yoon.

 

 

“Bukan, pakcik jumpa dia dekat pondok depan jalan tu. Pakcik rasa dia ni bisu. Jadi pakcik kesian lagipun dia ni perempuan. Kalau jadi apa-apa nanti susah. Dia ni bukan orang sini pakcik rasa.” ujar Pakcik Im dengan ikhlas.

 

 

“Pakcik ni baik sangatlah, mana tau dia ni pura-pura je bisu. Orang jahat sekarang ni macam-macam taktik nak perdaya orang pakcik. Pura-pura bisulah. sakitlah, cacatlah.” Hyunwoo memandang sinis kertas ditangannya.

 

 

Membulat mata Yoon apabila mendengar apa yang keluar dari mulut Hyunwoo. Ada yang betul dan ada yang menyebabkan dia mahu melempar Hyunwoo ke bawah bukit ! Sakit pulak hati dia ni. Yoon merampas kertas dari tangan Hyunwoo dan menulis sesuatu dengan pantas !

 

 

“…Walaupun saya ni bisu….. saya belum pekak lagi tau !” Hyunwoo membaca di kertas.

 

“Ish kamu ni Hyunwoo, tak baik buruk sangka dengan orang…” Yoon mengangguk mengiakan kata Pakcik Im.

 

“Yelah, pakcik nak kemana lepas ni?” Soal Hyunwoo.

 

“nak bawak balik budak perempuan ni lah nak tunjuk dekat makcik kamu. Seo na, kamu nak ikut pakcik ke nak bersiar-siar dulu?” Seo na menunjukkan Pakcik Im.

 

 

“Kalau macam tu jom balik rumah pakcik. Terima kasih ya Hyun. Nanti datanglah rumah pakcik makan tengahari. Makcik kamu tu suka sangat kalau kamu datang.” Pakcik Im mula meminta diri sambil menarik Chacha yang degil untuk pulang kerumah.

 

 

“Oiii cik minah, tunggu jap.” Hyuwoo menulis sesuatu diatas kertas tadi. Seo na berhenti dan memandang kearah Hyunwoo dengan muka bosan.

 

 

“Nah. jumpa tengahari nanti ye. hahahahahaha” Hyunwoo terus blah dan meninggalkan Seo na dalam keadaan bengang. Merah padam muka Seo na membaca apa yang ditulis Hyunwoo. Disebabkan Hyunwoo memakai baju hijau muda yang sungguh hodoh warnanya, Seo na menggelarkan Hyunwoo dengan nama ALIEN !

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Nursyuhada
chapter 1 dah keluar gais... mian for late update ^^ komen juseyo

Comments

You must be logged in to comment
RayhanAdni #1
Hiiiiiiii unnieeeeeeeee Syawalistaaaa