Chapter 2..
My Diary~Selasa.,11.30 pm..
Anyeong~..Haa..Banyak betul perkara berlaku..Penat pula oden nak fikir..eh..siapa suruh fikir..?hahaha..okay..so malam ni.,aku nak cerita pasal hantu raya..siapa tahu hantu raya..?Bukannya hantu raya ni duduk dekat jalan raya je..Hantu raya ni pun depan rumah aku pun ada..Tapi aku tak pernah pula jumpa dan aku memang tak nak jumpa pun..Hantu raya ni ada kelebihan..Apa kelebihannya..?jeng jeng jeng..Kelebihannya adalah.............hantu raya ni dia boleh menyerupai sesiapa pun..Tak kiralah ayah ke ibu ke..tapi walaupun ada kelebihan., kelemahannya pun ada juga..Kelemahannya pula dia tak kan cakap sepatah perkataan pun dengan sesiapa..a tak de..z pon tak de..cerita pasal hantu raya ni.,tetibe teringat pula cerita mak su aku..
Mak Su POV..
Hari ni seperti biasa aku akan menguruskan suami aku sebelum dia pergi bekerja..Suami aku memang selalu pergi kerja sebelum subuh..Jauh lah katakan tempat kerjanya..so.,aku kenalah bangun pukul 4.30 setiap hari..aku macam biasalah..sediakan sarapan.,basuh baju.,sidai baju.,sapu sampah.,buang sampah..Walaupun menakutkan suasana setiap pagi tu.,aku just gagahkan hati..Nak juga jadi isteri mithali..Aku ada dengar juga yang depan rumah aku ni ada benda halus..hantu semua tulah..memang patutlah sebab depan rumah aku ni hutan..walaupun taklah macam hutan..Tapi aku tak percaya sebab tak kena lagikan..Sesudah suami aku pergi kerja.,aku kena hantar anak aku pula pergi sekolah dalam jam 6.30..Aku pun hantarlah..Tinggallah aku dengan 3 orang anakku..Aku bersedia untuk tidur memandangkan aku bangun awal menyiapkan tugasanku..Baru sahaja aku nak lelapkan mata.,tiba-tiba aku terdengar bunyi motor..Aku fikirkan saudaraku yang datang singgah..Aku pun bukalah pintu..Aku terkejut bila aku melihat my beloved husband di depan pintu..
"Abang tak kerja ke..?"
Itu soalan pertama yang aku tanye..Pelik apa..Baru pergi tak sampai setengah hari dah balik..Dia hanya masuk tanpa berkata apa-apa..Aku pun fikir positiflah..Mana tahu tempat kerja dia tutup ke ade kecemasan ke..Sepanjang hari tu suami aku hanya melihat tv sahaja..Anak aku pun bila cakap dengan dia.,dia tak berkata apa-apa..Hanya senyuman diberikan..Aku pun risau lah..Mana tahu dia sakit ke apa ke..Bila aku panggil makan dia makan tanpa mengucapkan sepatah perkataan pun..Lepas tu sambung tengok tv lagi..Sampailah hari malam..Anak-anak aku semua dah tidur memandangkan jam pun nak dekat pukul 12.00 malam..Aku dengan suami aku pun bersedia nak tidur dalam bilik kami..Baru sahaja aku nak baringkan diri aku yang penat ni..,tiba-tiba sahaja aku dengar bunyi enjin kereta..Siapa pula yang datang malam-malam buta camni..Aku pun bergegas ke arah pintu meninggalkan suami aku yang sudah baring di atas katil kami..Baru sahaja aku hendak memulas tombol pintu...
"Assalamualaikum..."
Kejap..Suara ni macam aku kenal..Jap eh..Dekat mana aku dengar suara ni...?Eh..Ni suara suami aku ni..Tapikan suami aku dekat dalam bilik tadi..Aku pun dengan menggigil tangan bukalah pintu juga..Memang tak salah..Depan aku ni memang suami aku..Habis siapa yang aku layan sepanjang hari ni.......?????
End of Mak Su POV..
Meremang bulu roma cek bila dengar cerita ni..Kalau sekadar jumpa tak apa lagi..Ni dah masuk tahap nak tidur..Nasib baik suami mak su aku balik cepat..Kesimpulannya..Kita mestilah berhati-hati dalam soal macam ni..Jangan tak percaya sangat sebab benda tu suka..Dan jangan takut sangat sebab benda tu lagi suka..Jangan anggap benda macam ni remeh-temeh sebab dia boleh menyerupai sesiapa sahaja orang yang kita sayang..Bila dengar camni takut pula aku nak lepak dekat depan rumah aku..Dah lah rumah mak su aku betul-betul sebelah rumah aku..Tak pasal-pasal dia menyerupai kawan-kawan aku pula..
Arissa
Kisah ni memang betul-betul jadi dekat mak su saya..Sampai sekarang dia trauma nak bukak pintu kalau orang tak beri salam..Depan rumah dia dengan saya memang orang selalu nampak benda-benda tak sepatutnya..Anak sedara dia pun nampak kak ponti dekat situ..Siap tegur lagi kak ponti tu..
Comments