Chapter 12 : Nightmare
Can't Love YouHanni memegang rantai yang diberi oleh Sungyeol sambil menelitinya dengan berhati-hati.
"So, inilah rantai Woo Hyun yang dia cari." - fikir Hanni sejenak.
"Nantilah aku bagi dia rantai ni."- kata Hanni lalu meletakkannya di dalam kotak perhiasan. Dia merebahkan dirinya di atas katil lalu mengeluh.
"Penatnya hari ni." - keluh Hanni lalu menutup matanya sehingga terlelap.
DALAM MIMPI HANNI
"Eomma! Eomma!"
"Mianhae Ji Hyo-ah. Eomma kena pergi sekarang juga."
"Jangan tinggalkan Ji Hyo keseorangan, eomma!"
Hilang wanita itu dari pandangannya, muncul seorang lelaki di hadapannya sambil membawa tali pinggang.
"Kau nak pergi mana, Ji Hyo?" - kata lelaki itu dengan senyuman yang mengerikan. Gadis itu mendiamkan diri menyebabkan lelaki tersebut naik darah.
"Ahhh!!!."- jeritnya kerana lelaki itu bertindak di luar batasan. Dihempasnya tali pinggang ke arahnya. Berlebam badannya sehingga berdarah. Tangisan gadis itu yang tiada sesiapa pun dengari. Minta pertolongan pun tiada guna sebab tiada sesiapa yang akan memberi bantuan. Tinggal dia keseorangan di dalam sebuah bilik yang diliputi kegelapan. Dia memeluk dirinya sambil menitiskan air mata.
"Eomma." - kata dia dengan lemah.
TAMAT MIMPI HANNI
"Ahhh!!!" - jerit Hanni membangunkan dirinya di awal pagi.
"Mimpi apa tu?" - soal Hanni bersendirian. Dia segera ke arah cermin panjang yang hanya setapak dari katilnya. Melihat dirinya
Comments