Invalid

Please Subscribe to read further chapters

Description

Bestnya jatuh cinta, kan?

Lagi-lagi kalau lelaki tu hensem, abs dia pun hensem jugak, tak pernah tak ada duit dan merupakan seorang CEO. Hmm, hot oppa, macam Sehun.

 

Yang tak bestnya bila,

Gadis yang terjatuh cinta dengan lelaki perfect tu budak sekolah, masih tak pandai bezakan antara kunyit dengan serai dan selalu pokai. Oklah, satu je yang bagus pasal dia ni, dia comel. Tapi masih, perangai dia macam budak-budak hingusan yang suka mengharapkan orang lain. Macam Jung Ha-eun.

 

>>>

 

Suara pakcik yang menjual kepak ayam sayup-sayup kedengaran, berjalan sekitar bandar Seoul untuk mencari rezeki. Sementara itu, Ha-eun baru sahaja tamat mencari rezekinya. Memandangkan besok cuti sekolah, dia tidak perlu terghopoh-gapah untuk pulang ke rumah dan menggosok uniform sekolahnya. Dia berhenti seketika di sekitar Han River untuk merakam pemandangan indah di bandar itu dan memuat naik di akaun instagram miliknya.

Ha-eun menarik keluar telefon pintar yang dihiasi dengan sticker Totoro dan Rilakkuma dari dalam beg sandangnya. Rasanya lebih dari sepuluh gambar yang dia ambil, yang akhirnya hanya satu yang dipilih.

Manakala Sehun yang baru sahaja balik dari pejabatnya keluar dari dalam kereta. Tangannya melingkar ke rambut, maklumlah, CEO mana yang tak stress. Dia berjalan perlahan-lahan, mendekati lampu tiang yang berdekatan, malas dia pergi jauh-jauh. Sehun telah melalui hari-hari yang 'bull' katanya. Oleh itu, dia perlu pergi mengambil angin untuk membuang semua bullnya itu.

"Hoho lepas ni aku nak selfie." Omel seorang gadis yang berdiri tidak jauh darinya.

"Hoi awak."

"Maksud saya, hei awak." Gadis itu memanggilnya.

Sehun menoleh ke arah gadis itu. "Apa dia?"

Ha-eun berundur selangkah, "Wah, garang." Bisiknya.

"Hello~" Sehun melambai-lambai tangannya di hadapan muka Ha-eun.

"Boleh tolong?" Ha-eun menghulurkan telefon berwarna merah jambu miliknya.

"Tolong apa?"

"Tolong tangkap gambar saya."

Foreword

AHAHAHA gais tahu tak saya dapat inspirasi dari mana hagagagaga. dari high school king of savvy. tapi fanfic ni 500% berbeza dengan drama tu. teras me. maksud saya, percayalah saya. 

oh yeah berita hangat, lee soo hyuk pun ada au. :'D

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet