The End

Mr and Mrs Bear (Seulkai Drabbles)

"Yah Kang Seulgi. Baik kau berhenti minum sekarang! Esok nak jadi macam mayat hidup ke?" 

Marah Wendy sambil merampas cawan yang berisi beer daripada tangan Seulgi. Dari tadi dia cuba halang Seulgi minum tapi tak berjaya. Mereka sudah lebih dari 3 jam duduk di kelab malam ni. 

Dia faham perasaan Seulgi yang sedang kecewa cuma kawannya itu tak boleh mengikut perasaan sangat. Seulgi yang sudah mula mabuk itu tidak menghiraukan persekitaran, dia yang tidak selesa dengan pandangan lelaki lelaki yang berada di situ.

Dia buntu mahu meminta bantuan siapa lagi untuk membawa Seulgi keluar dari kelab itu. 

"Biarkan aku minum." Balas Seulgi sambil tersengguk-sengguk. "Sampai hati dia buat aku macam ni. Tak cukup ke dengan kasih sayang aku bagi?" Ucap Seulgi air matanya merembes keluar. Dia menekupkan mukanya ke meja. 

"Kai-ya. How could you do this to meeee???" 

"Yah Seulgi. Kau nak bagi semua orang dengar ke? Bangunlah, jom kita balik." 

Wendy menggoyangkan bahu Seulgi dengan kasar. Seulgi sedikit pun tidak memberi reaksi. Dia duduk semula di kerusinya. Give up sudah untuk memujuk Seulgi. 

Seulgi dan Kai berkenalan sewaktu mereka mula-mula menjadi trainer di SM. Mereka antara trainer yang sebaya termasuklah Soojung. Tetapi Seulgi dan Kai lebih rapat berdua berbanding dengan Soojung kerana mereka menjadi trainer untuk tempoh yang lama. Daripada kawan, mereka berdua berubah menjadi pasangan kekasih. 

Semua yang berada di dalam syarikat itu merestui dan menyokong hubungan mereka. Mereka sering dilabel sebagai pasangan yang serasi dan secocok. Masa banyak dihabiskan bersama; berlatih menari, menyanyi dan kelas kelas lain. Mereka menjadi sukar dipisahkan sehinggalah tiba masa untuk Kai debut sebagai artis. Pada masa itu, Seulgi sudah merasa letih untuk mengapai impiannya. Semua trainer yang masuk bersamanya sudah pun menjadi artis ataupun meninggalkan syarikat itu untuk mencari peluang lain. 

Kai adalah antara orang yang banyak memberi dorongan dan semangat kepadanya. Namun hubungan mereka mula renggang apabila Kai debut bersama Exo. Jadual Kai yang padat selalu menjadi sebab mereka tidak dapat meluangkan masa bersama-sama. Seulgi menyangka yang bila dia sudah debut, hubungan mereka dapat diselamatkan. 

Mereka malah menjadi seperti orang asing. Kai langsung tidak mengendahkan kewujudannya ketika mereka sama-sama di dalam satu acara. Seulgi terfikir adakah itu semata kerana Kai tidak mahu dia diserang oleh peminat exo-l. Rupa-rupanya Kai sudah bertemu dengan penggantinya. 

Dia begitu terasa hidupnya musnah apabila membaca berita Kai dan Soojung sedang bercinta. Selama ini memang perasaan Kai terhadapnya telah hilang. Tambah menyedihkan dia membaca berita itu sebelum stage one of these night dan dia mengambil peluang itu untuk menangis sepuasnya di atas pentas. Lagu itu juga seolah tepat pada situasinya. 

Seulgi memegang kepalanya yang sudah mula terasa berpusing. Dia seakan terdengar suara Wendy bercakap tapi dia tidak dapat menangkap butir bicara kawannya itu. 

"Bartender, isikan saya beer lagi." Arah Seulgi sambil dia menghulurkan cawannya. 

Tiba-tiba tangannya dipegang oleh seseorang. Seulgi cuba menoleh ke sebelah tetapi pandangan matanya kabur. Daripada biasan yang dia lihat, bentuk tubuh itu seperti lelaki yang dia sentiasa sayang dan ingat. 

"Saya cuba call Sehun tapi tak berjawab. Saya ada tinggalkan pesanan pada dia. Risau dia tak baca. Sebab tu saya call awak, Kai-shi." 

Ucap Wendy yang berdiri dibelakang Kai. Dia melihat keadaan rakannya yang rapuh itu dengan Kai yang sedang menggengam lengan Seulgi erat. Dia melihat air mata Seulgi bertakung di pinggir matanya. Dalam keadaan seperti itu, Seulgi tetap dapat mengenal Kai. 

Kai mengeluh perlahan. Seulgi sedang meratapi perbuatannya. Dia sedih melihat bekas kekasihnya itu. Mereka telah bercinta lebih 4 tahun, sedikit sebanyak perasaan sayang itu masih ada. Cuma mereka perlu move on dan menjalani kehidupan seperti biasa. Ramai yang meminati dan mencintai gadis itu. 

"Come Seulgi. Saya hantar awak balik." Kai menarik tangan Seulgi supaya dia bangun. 

Seulgi cuma tersenyum mendengar suara Kai. Tubuhnya dikeraskan. "Awak dah datang? Awak risaukan saya? Kenapa awak tinggalkan untuk dia? Saya ni tak cantik ke?" 

Soal Seulgi sambil jarinya menuding ke dada Kai.  

"Dia lagi cantik dari saya? Tapi saya tempat ke 71 dari 100 orang. Tak cukup ke?" 

Kai menggoyangkan kedua-dua bahu Seulgi. Dia cuba untuk menyedarkan wanita itu. "Jom kita balik dulu, Seulgi." 

Seulgi kembali menangis. Dia merebahkan kepalanya ke meja semula. Rambutnya diuraikan menutup muka. 

"Awak dengan dia memang sepadan. Ramai yang memuji dia. Dia dan awak pasangan yang..."  Belum sempat dihabiskan ayat, tubuhnya dicempung oleh Kai. 

Tangan Seulgi pantas melingkari leher Kai dengan erat. Mukanya disembamkan ke dada Kai. Air matanya menderu dengan laju. Mungkin ini kali terakhir dia serapat ini dengan Kai. Selepas ini Kai akan menjadi lebih jauh daripada gapaiannya. Seulgi melelapkan matanya dengan perlahan. Biarlah dia lena buat kali terakhir dengan haruman Kai. 

Seketika selepas itu, dia berasa tubuhnya diangkat oleh orang lain. Haruman Kai telah hilang dari hiduannya dan digantikan dengan haruman yang lain. Lebih lembut baunya. Dada lelaki itu juga lebih bidang dan hangat berbanding Kai. Dia merasa lebih selesa dengan lelaki itu. Cara lelaki itu mendukungnya juga lebih lembut dan berhati-hati. Dia tertanya-tanya siapa lelaki itu tetapi matanya sudah tidak mampu untuk dibuka lagi. Seulgi menggerakkan badannya untuk dia lebih selesa didukung lelaki itu. Perlahan-lahan dia membiarkan dirinya dihanyut mimpi. Semoga mimpinya bertukar menjadi lebih indah. 

"Jaga Seulgi baik-baik, Sehun." 

Suara Kai kedengaran. 

Selamat tinggal Kai. 


A/n: ini kali terakhir saya tulis tentang Kai dgn Seulgi kerana seperti yang kita tahu, kai dah ada girlfriend. Semoga berbahagia kai :/

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
annamalique #1
Chapter 4: So sad
skrimrex #2
Chapter 1: Buat lagi eh
annamalique #3
Chapter 2: seulkai
shotblade1510 #4
Chapter 1: Comel jer..
annamalique #5
Chapter 1: Wahhhh, cutenya Kai. Sweetlah diorang ni.