FINAL

Cinta Mekar
Please Subscribe to read the full chapter

"Awak ni... Park Haneul, kan?" Seseorang menegur aku dari belakang.

Aku pusingkan badan aku untuk melihat siapakah gerangan yang memanggil nama aku.

"Selasa depan hari lahir awak, kan? Mungkin macam awal sikit... Tapi saya nak bawa awak tengok satu tempat." Dia memberitahu aku.

Aku masih ada daya penarik lagi! Itulah tanggapan pertama aku sebelumnya...

 

"Apa dia? Kim Jongin ajak kau keluar? Betul ke ni? Kim Jongin, pelajar senior baru pindah sini ke?" Kawan aku bertanya kepada aku dengan nada yang amat tidak percaya.

"Betul la tu." Aku menjawab dengan selamba, muka aku berseri - seri. Hahaha.

"Dia tu memang popular habis dalam kalangan pelajar senior tau! Macam mana dia boleh ajak kau keluar pulak?" Kawan aku yang lain bertanya, curious katanya.

"Bertuahnya badan!" "Jangan la cakap macam tu!" "Hahaha!" Mereka mengusik aku.

Eomma, eomma tau tak umur saya lebih kurang sebaya dengan eomma mula - mula jumpa appa. Pastu eomma lari dari rumah kerana cinta eomma kepada appa. Eomma, boleh tak saya alami kisah cinta sebegitu?

 

"Kai! Lama tunggu?" Aku berlari ke arahnya.

"Tak la. Okey, jom pergi sekarang." Dia membalas. Kacaknya dia pakai baju biasa! Coolnya! Kalau la aku jodoh dia... Pasti bahagia!

"Ya!" Aku membalas sebelum kami menaiki bas menuju ke tempat yang Kai ingin membawa aku pergi.

"Tempat ni jauh sikit. Takpe kan?" Kai bertanya, inginkan kepastian dari aku.

"Saya okey!" Aku menjawab pertanyaannya dengan bersemangat. Lama dah tak pergi berjalan jauh. Inikan pula ade orang yang bawa aku. Lagi la seronok!

"Wah... Gunung!" Kejap, aku rasa kan... Aku terlupa nak tanya senior ke mana sebenarnya kitaorang nak pergi hari ni... Aku terkaku sebentar. Aku kemudian mengadap mukanya untuk bertanya.

"Ah... Kai... Kat mana..." Aku tak sempat nak habiskan ayat aku, dia terus menarik tangan aku selepas bas tersebut berhenti di sebuah kawasan perkampungan yang aman damai.

"Dah tak jauh dah. Dekat je." Dia memberikan aku senyuman yang manis. Rasanya aku boleh kena kencing manis walaupun aku ni tak suka makan gula - gula.

"Dekat je...?" Aku bertanya.

Mana Kai nak bawa aku ni?

"Kita dah sampai. Ini la tempatnya." Kami berhenti di sebuah rumah agam yang agak besar. Rasanya, aku pernah tengok tempat ni...

"Kai... Ini rumah awak ke?" Aku bertanya.

"Tak la. Ini rumah halmoeni awak" Kai membalas. Aku pelik. Rumah halmoeni? Belah eomma ke belah appa?

"Huh... Awak ni senang sangat ikut lelaki yang awak tak kenal. Keluarga Byun ni memang dah disumpah dengan budak perempuan sepabo awak sebagai pewaris!" Kai tiba - tiba melenting. Apakah...?

Dah la dia panggil aku pabo. Apa jenis namja dia ni?!

"Hei! Kejap! Apa maksud awak dengan 'pabo'? Pewaris apa pulak ni?" Aku menjerit.

"Memang awak tu pabo." Kai membalas dengan muka yang paling selamba. Aku terkejut besar. Tak pernah aku melihat dia berperangai sebegitu rupa. Dia tu lain sangat dengan sebelum ni!

"Halmoeni... Kami dah sampai." Kai berkata selepas dia ternampak halmoeni di hadapan kami.

"Selamat bertemu, Hanuel. Halmoeni gembira... Dapat juga kita berjumpa." Halmoeni menyambut kedatangan aku. Ini ke... Dia ni...

"Halmoeni?" Aku bertanya.

"Betul tu. Rupa kamu saling tak tumpah macam eomma kamu. Jongin, terima kasih." "Sama - sama." Kai membalas sambil menunduk 90 darjah.

"Maaf la sebab halmoeni tiba - tiba jemput kamu ke sini... Tapi halmoeni nak jumpa kamu sebelum kamu berumur 16 tahun. Sila masuk." Halmoeni menjemput kami masuk ke dalam rumah agam itu.

Apa semua ni? Hebatnya sambutan diorang... Aku melihat semua pembantu rumah tunduk hormat apabila kami semua melangkah masuk. 

Aku tak pernah tau yang eomma datang dari keluarga berada... Awesomenya! Aku cuma tahu eomma tu tak berapa sihat dan dia kahwin lari dengan appa, doktor peribadinya... Appa ni memang!

"Kenapa sekarang baru nak tunjuk muka?" "Haeun!" Kai memanggil namanya. Dia memandang aku denganmuka yang tak puas hati. Apahal dengan dia ni? Aku pernah buat salah ke dekat dia?

"Hei, kau bukannya cerdik sangat nak ambilalih perniagaan keluarga ni, kan? Kau datang sebab kau nakkan duit, kan? Kalau macam tu, baik kau berambus je!" Haeun melenting. Apa... Apa budak ni merepek ni...?

"Haeun! Jangan cakap macam tu!" Kai memarahinya. Haeun kemudiannya berlari ke arah Kai sambil tersenyum gembira, tak mengendahkan bahawa Kai tengah memarahinya.

"Jongin... Selamat kembali! Saya sunyi sangat bila awak takde." Dia memberitahu Kai.

"Awak... Tak payah la berkasar sangat dengan dia." Kai mengingati Haeun. Haeun kemudiannya menjeling aku.

Dia jeling aku?! Agaknya budak tu sukakan Kai... Mesti diorang tu rapat sangat.

"Maaf la, Haneul... Dia tu cucu halmoeni juga, macam kamu..." Halmoeni meminta maaf kepada aku atas kesalahan Haeun.

"Gitu ke?" "Haeun tu rapat dengan Jongin sejak diorang kecik lagi. Ikut halmoeni, Haneul. Halmoeni nak cakap sikit..." Halmoeni menyuruh aku mengikutnya.

Ada apa sebenarnya?

"Dalam keluarga Byun, ada dikatakan bila seseorang ahli keluarga mencapai umur 16 tahun, dia akan mendapat kuasa meramal masa hadapan. Sebab tu la halmoeni nak lihat... Kalau - kalau kamu ada kuasa tu." Kuasa... Meramal masa depan?

"Mana... Mana ada! Saya takde apa - apa kuasa pun." Aku membalas. Terkejut sebenarnya.

"Kalau kamu ada memiliki kuasa tu... Halmoeni akan jadikan kamu ketua keluarga... Bukan anak halmoeni." Halmoeni memberitahu aku dengan nada yang amat serius.

"Apa... Jadi ketua?" Aku berbisik, tak percaya.

"Maksudnya, awak jadi pewaris harta pusaka keluarga Byun yang bernilai 990 juta won." Kai menerangkan kepada aku.

990 juta won...?! Apakah!? Banyak tu! Aku sudah pening!

"Ah!" Aku mula rasa yang aku akan pengsan.

"Hei. Jangan pengsan la, pabo! Hei!" Kai cuba menyuruh aku supaya tidak pengsan.

Kuasa dan wang... Aku langsung tak faham apa diorang cakap...

"Yoboseyo, aku akan bayar berapa je kau nak... Aku nak minta tolong sikit..." Haeun berkata.

 

990 juta won... Betul ke ni? Agaknya berapa banyak bubble tea aku boleh beli kat Bubble Tea House ya? Apalah! Mengarut je aku ni! Aku tergolek sana sini. Kemudian aku ternampak dua kelibat di hadapan aku.

Apa... Apa tu? Hantu ke?! Tiba - tiba kelibat itu menyerang aku dengan mencekik leher aku. Aku berasa sesak sangat. Siapa diorang ni?

"Apa korang buat ni, hah? Awak okey?" Kai...?

"Siapa diorang tu...?" Kai bertanya kepada aku. Aku hanya senyap.

Dua orang tu cuba nak bunuh aku ke? Ken

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MissByunJimin
#1
Chapter 1: alolo..cutenya..haha
dua org yg laki tu ngek jgk knn..adoii
btw ..DAEBAK..!!
hanazraf95 #2
Chapter 1: is it this story from the comic??
aquariusxpisces
#3
Chapter 1: waaaaahhhh!!! ff ni daebak ~~ gila laah haneul dan kai~