Chap 1

Aura

 

Sinaran sang mentari pagi disebalik kain langsir serta gema yang terhasil daripada mangkuk aluminium yang dicampak sudah cukup untuk mengejutkan aku dari tidur bagi menjalani satu lagi hari dalam hidup yang menyedihkan. Bunyi hon dari bas sekolah sudah cukup untuk aku tahu angka berapa jarum jam tunjuk. Keluhan yang terkeluar dari mulut bagaikan rutin harian bagi aku semenjak  tinggal dalam 'kubu' ni. Bingkas aku bangun dari tilam empuk yang diperbuat daripada akhbar lama dan meregangkan sendi yang makin hari makin lenguh. Bunyi enjin kereta dari garaj yang semakin menghilang memeritkan sesuatu yang berada di dalam jasad aku. 

Seperti kebiasaan , tuala dicapai dan dengan malas kaki aku melangkah ke bilik mandi sambil ditemani oleh rantai basikal di leher dan kaki yang nasib baik cukup panjang. Cermin yang memantulkan refleksi aku ditatap lama , perlahan-lahan jari jemari menyentuh garisan yang terukir di atas kelopak mata kanan . Memori malam kejadian kembali berenang di dalam kolam ingatan aku. Wajah mama yang terkejut dan wajah papa yang ketakutan terngiang-ngiang dalam fikiran . Walaupun aku tak ingat apa yang telah berlaku selepas itu , aku pasti yang ianya meninggalkan impak yang sangat mendalam sehingga mampu membawa ke keadaan aku sekarang yang cukup menyedihkan. Satu lagi keluhan terhasil dengan sendirinya . "Masa untuk mandi Areum."

Menu untuk hari ini ialah seperti biasa kerak roti dengan separuh gelas berisi air kosong. " Jemput makan semua." Aku tersenyum memerhatikan sekawan burung gagak yang hinggap di atas wayar elektrik sambil mulut mengunyah makan yang diberi. "Seronoknya kalau aku pun boleh terbang bebas macam korang semua kan." Aku tak sangka yang kata-kata kosong itu boleh menjadi kenyataan dengan hadirnya seseorang lelaki misteri di rumah pada tengah malam dengan cuaca buruk yang datang tanpa diundang.

 

 

Ketukan perlahan tetapi menghasilkan bunyi yang kuat mengejutkan mereka seisi rumah yang sedang lena merehatkan minda dan mata dan aku juga tidak terkecuali. Mata yang mamai diusap beberapa kali , aku hanya dengar pintu depan dibuka dan bunyi hujan lebat serta guruh diluar. Tiada suara kedengaran . Aku fikir tiada apa-apa yang penting jadi dengan gembiranya aku kembali baring di atas tilam kertas dan menunggu Encik atau puan mimpi menjemput aku ke dunia mereka malangnya niat aku itu tidak dapat ditunaikan bila bunyi tombol pintu dipulas menyegarkan kembali mata aku. Tiada siapa pernah masuk ke kubu  ketika aku sedang berjaga ataupun tidur. Bayang seorang wanita menyergah masuk ke dalam bilik yang dikelilingi dengan kegelapan malam dan cahaya kilat yang menyambar seperti menyapa pelawat  di depan pintu itu . "Mama?"

Sesuatu yang keras dicampak sehingga terkena dahi aku. "Buka rantai tu dan turun ke bawah , kamu jangan cuba nak lari." Aku masih terpingga-pingga dengan kelakuan mama sebentar tadi. Jantung aku berdegup kencang dengan harapan mereka ingin menerima aku kembali , dengan pantas aku menanggalkan rantai di leher dan kaki. Sudah lama aku tak berasa bebas seperti ini. Tanpa melengahkan masa aku melangkah keluar dari bilik itu dan perlahan-lahan turun dari tangga . Ruang tamu yang memasuki anak mata terasa asing sekali seperti inilah kali pertama aku ke situ sedangkan sudah 15 tahun aku tinggal di rumah ini. Senyuman yang ingin memanggil mama dan papa terkunci sebegitu sahaja bila seseorang yang aku tidak kenali kelihatan sedang duduk dengan selesa seperti sedang menunggu seseorang dan seorang lagi hanya berdiri di pintu. Lelaki misteri itu segera bangun bila aku berdiri kaku di situ. Lelaki itu mengangguk dan dengan segera lelaki yang berdiri di pintu menghulurkan briefcase kepada papa yang menyambutnya dengan gembira.

"Helo Areum selamat berkenalan , Saya Bang Yongguk pengetua  S.F.E.H. Saya rasa awak tahu tentang sekolah itu kan." Lelaki tersebut menghulurkan tangan dia untuk bersalaman tetapi aku masih bingung jadi aku tak membalas salaman dia. Lelaki tersebut hanya senyum menampakkan karisma seorang pemimpin. Kenapa pengetua sekolah paling terkenal di dunia ada dalam rumah dia. 

Aku menghampiri mama dan memegang tangannya yang dengan serta merta ditepis kasar. Mama menghantar jelingan tajam ke arah aku. "Jangan sentuh aku syaitan. Kami dah jual kau dengan lelaki dermawan yang baik hati nak ambil kau , manusia pelik ke sekolah dia. Jangan panggil aku mama lagi dan jangan pernah tunjukkan muka kau dekat sini lagi. Faham." Aku mengerling ke arah papa yang terliur melihat beg bimbit yang dipenuh dengan duit berangka 500. Mata aku mula berair tetapi entah kenapa dia tak nak mengalir ke bawah.

Lelaki misteri tersebut memeluk bahu aku dan membawa kami keluar dari tempat dimana aku disayangi kemudian dipulaukan. Pintu kereta yang dibuka luas seolah-olah menjemput aku masuk ke dalam perut kereta. Jam di dalam kereta menunjukkan pukul 11:59. Tiada siapa bersuara dan kereta hitam tersebut pun bergerak dan menyusur laju ke dalam kegelapan malam.

 

 

Aku mengagak yang perjalanan kamu mungkin memakan masa selama 4 jam setengah kerana sekolah tersebut terletak di Pulau Jeju . Lamunan panjang aku terhenti bila yang dikenali sebagai Bang Yongguk  bersuara . "Kita dah sampai Areum." Sebaik sahaja dia menyebut nama aku, badan aku mula terasa panas. Bukan panas cuaca tetapi panas yang cukup menyenangkan sehingga mampu membuatkan aku tertidur. Kereta berhenti dihadapan pintu pagar sambil menunggu ianya terbuka. Aku memandang ke jam kereta dan mata aku hampir terbeliak bila waktu yang terpapar masih 11:59. Aku cuba menyedapkan hati dengan berfikiran mungkin jam itu rosak tetapi sebaik sahaja kereta melepasi pagar angka jam terus berubah ke 1:00. Kenapa bukan 12:00 ? Tanpa aku sedari Pengetua Bang tersenyum memandang reaksi aku.

Kami melangkah keluar bila kereta hitam itu berhenti. Aku memandang sekeliling dengan terpegun. Walaupun awal pagi , sekolah ini masih diterangi dengan lampu jalan yang kelihatan vintage dan klasik. "Selamat datang ke rumah baru kamu Areum. Percayalah kamu akan tinggal disini buat masa yang panjang." Kata-kata Pengetua membuat aku tertanya-tanya. Pngetua Bang sendiri menghantar aku bilik baru , alang-alang dia menerangkan sedikit tentang peraturan di situ. "...tak boleh bawa lelaki ke bilik dan yang terakhir tidak boleh gunakannya melainkan kecemasan ." Lagi sekali Pengetua Bang berjaya buat aku jadi ikan emas. Setibanya di bilik aku dengan serta merta mengucapkan terima kasih , mama dan papa tidak terlintas langsung dalam fikirang aku. "Selamat Pagi Areum. Semoga tidur lena." Dan dia pun pergi meninggalkan aku di tempat yang asing itu.

 

 

Bunyi yang membingitkan telah mengejutkan aku dari tidur yang tidak cukup. Sejak bila bunyi burung berkicauan boleh bingit pula ni? Aku cuba menarik 'kertas' untuk menyelimutkan diri daripada diserang oleh angin pagi. Sejak bila pula selimut aku lembut ni?  Perlahan-lahan sebelah mata dibuka dan benda pertama yang aku nampak ialah dinding berwarna pastel. Dengan serentaknya memori semalam memasuki pintu ingatan aku. Mata yang sudah biasa dengan cahaya yang kurang tertutup beberapa kali kerana persekitaran yang terang dan ceria. "Cantiknya bilik ni. Memang langsung tak sesuai dengan aku yang menyedihkan ni." Sekelip mata warna dinding bertukar kepada warna merah darah dan hitam. "WHAT THE..." dan betukar kepada warna ungu. Beberapa kali aku menampar pipi , boleh tahan sakitnya juga la . Dinding berubah sekali lagi ke warna hijau. "Dinding ni berubah warna ikut emosi aku ke? Hebat gila !" Dan berubah ke warna biru laut yang menenangkan jiwa. "Pergh teknologi zaman sekarang , boleh tahan juga psycho dia." Jam yang sudah berhenti berbunyi dipandang lama. Jarum pendek berhenti di nombor 7 dan jarum panjang di nombor 9 . "7:45 ! Aku dah lambat."

Walaupun aku nak nikmati tandas dia yang bersih lagi berkilat tapi tak boleh sebab aku dah lambat tapi masalahnya sekolah ni bermula pukul berapa pun aku tak tahu. Sekolah lama bermula pukul 8:00 pagi tepat. Selesai bersihkan diri dan sebagainya dengan segera aku bergerak ke almari baju tetapi langkah terhenti bila aku teringat yang aku keluar dari rumah tanpa membawa sehelai baju pun. Pemegang almari dipegang , mata dipejam dengan harapan ada beberapa pakaian yang boleh aku pakai. Aku mengeluh nafas lega bila almari itu penuh dengan pakaian. Aku memilih untuk memakai ripped jean hitam , hoodie hitam dan T-shirt plain dekat dalam bila uniform sekolah tidak kelihatan . Kasut converse warna merah disarung kemas . Alat solek yang terhias di atas meja solek tidak dipedulikan sebab aku memang jenis tak suke makeup. Beg sandang berwarna merah gelap dipakai.

Aku buka pintu sedikit dan ngintai ke luar . Kelihatan seperti semua penghuni di situ baru sahaja keluar dari bilik dan mereka turut memakai pakaian biasa. Baru terpikir nak keluar kemudian baru aku teringat sesuatu. "Kejap macam mana nak kunci pintu ni , pengetua tak bagi kunci pun semalam . Eh apa benda tu?" Tali berwarna emas menarik perhatian aku. "Kad pelajar? Aku punya ke?" Kad tersebut dibelek dan dibaca arahan yang tertera ."Ooh kad ni rupanya kunci kepada pintu bilik ni. Nasib baik jumpa." Ruang kaki lima sudah kosong. "You can do this Areum."

 

 

"Yongguk kau pasti ke dengan keputusan kau ni. Budak tu nampak macam orang biasa je." Yongguk menanggalkan cermin mata yang dipakainya. Dia memandang rakan baiknya yang sedang memerhatikan pelajar baru mereka yang bernama Areum yang kelihatan sesat . 

"Aku nak tanya kau , kau rasa berapa kali aku pernah buat keputusan yang salah?" Himchan merenung tajam ke arah Yongguk tetapi tiada jawapan yang diberi. 

Yongguk ketawa kecil melihat kawannya yang dah muncung panjang . "Hahaha kalau kau tak nak jawab , biar aku jawabkan....

....Tiada."

 

 

Seteah mengumpul keberanian yang cukup , aku bergerak ke pejabat dengan harapan dapat berjumpa dengan pengetua Bang. Aku berhenti dihadapan meja yang mungkin kerani sekolah. Seorang makcik yang mungkin dalam lingkungan 30-an memandang aku atas bawah . "Ya nak apa?" Setelah menjelaskan yang aku ni merupakan pelajar baru dia terus periksa rekod . "Maaf nama awak tiada." Dia kembali menatap komputer sekolah dan menganggap seolah-olah aku tidak wujud dekat situ.

Kemudian seorang guru mungkin memasuki pejabat dan memandang aku pelik . "Eh kenapa kamu tak pakai uniform sekolah ni. Siapa nama kamu , kelas apa?" Cikgu tu memandang aku dengan pandangan yang bengis. Aku pun cuba berani dan cakap sebijik apa yang aku cakap dengan kerani tadi. "Kamu jangan nak tipu eh , dia cakap nama kamu tak ada . Ke kamu ni sebenarnya pengintip dari sekolah lain ? " Cikgu bengis tu mula panggil pengawal dan dengan secara automatiknya aku mengeluarkan kad pelajar dari baju aku. "Tali emas? Ma-Maaf saya tak tahu kamu pelajar baru ." Kan aku dah cakap tadi . " Kelas awak dekat blok sana , bukan dekat sini . Maaf ye tentang tadi , tolong jangan laporkan dekat pengetua." Cikgu dan kerani tersebut tunduk 90 darjah. Dah kenapa diorang dua ni.

Setibanya di blok lagi satu , kelihatan seperti kelas masih belum mula dan mereka semua memakai pakaian casual. "Kenapa sana ada uniform sini tak ada?" kepala yang meminta untuk digaru tidak diendahkan. Sepanjang perjalanan nak ke pejabat aku dapat rasakan yang mereka semua memandang aku. Mungkin sebab aku pelajar baru kot. Kedengaran pelbagai bisikan di belakang dan lagi sekali atau tak endahkan. Setibanya di pejabat aku harap agar layanan dekat sini langsung tak sama macam dekat sana. Baru setapak je aku masuk nama penuh aku terus dipanggil. "Byeol Areum?" Seorang lelaki dalam lingkungan 20-an memandang aku seperti meminta kepastian. Kepala diangguk ya. "Kamu pelajar baru kan? Ni jadual kelas , jadual koko , buku peraturan , nombor loker serta kelas kamu." Aku membaca tag nama lelaki tersebut dalam hati. 'Yoo Youngjae' "Ye?" Eh aku sebut kuat-kuat ke? Encik Yoo yang kelihatan baru sedar akan sesuatu terus mengubah topik. "Kenapa dengan mata kamu?" Aku terus menutup parut dengan rambut. Bukan aku tak nak jawab tapi masalahnya aku sendiri tak ingat macam mana aku boleh dapat parut ni. "Harap kamu seronok dekat sini." Aku mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi.

 

 

Kelas 1 EX 5 semakin kelihatan . Pintu kelas diketuk lembut dan beberapa saat kemudian ia dibuka . "Byeol Areum ke?" Aku mengangguk ya. "Saya Cikgu Krystal .Jemput masuk dan sila perkenalkan diri kamu." Aku memandang hadapan dan aku hampir tersungkur sebab kelas ni ada 5 orang pelajar je termasuk aku. 

"Saya Byeol Areum , selamat berkenalan sem-" Belum sempat aku habiskan ada seseorang mengangkat tangan.

"Apa Kuasa kau?" Huh kuasa ? Amenda dia merepek ni. Kelas mula bising walaupun hanya ada 5 orang. Mereka sibuk tanya tentang kuasa. "Kalau dekat kelas ni maksudnya kau pun lemahla kan?" Aku tak tahu nak jawab apa.

"Baik semua bertenang , mesti ada sebab kenapa Areum masuk sini sebab kita semua tahu yang Pengetua Bang tak akan benarkan manusia biasa masuk ke sini kan?" Entah kenapa kata-kata cikgu itu buat aku terasa , mungkin juga sebab aku memang manusia biasa . Mereka semua pun samakan? Kan? 

 

 

Kelas 5 EX 1 bising dengan tiadanya guru di hadapan tetapi kelas itu bertambah bising apabila rakan sekelas mereka iaitu Kim Taehyung atau ingin dikenali sebagai V menjerit memanggil rakan-rakannya. "Hyung-hyung , Jiminie , maknae-ah ade berita hangat." Seluruh kelas turut menumpukan perhatian kepada apa yang ingin disampaikan oleh V. Jungkook menghulurkan sebotol air dan sekelip mata habis diteguk oleh V . " Ada-ada.."

"Ada apa?"

"Ada manusia biasa dah masuk kawasan kita!" Bercelaru kelas tu dibuatnya sebaik sahaja berita itu di diceritakan.

"Kau biar betul Tae , jangan buat cerita. Tak pernah lagi ada manusia yang berani masuk kawasan kita." Jimin sebagai rakan seumur Taehyung bertanya sekali lagi untuk memastikan berita sahabatnya itu tadi. V jeling tajam ke arah Jimin. Dia paling tak suka bila dituduh buat cerita.

Rap monster sebagai ketua mereka meminta detail dari A - Z.

"Perempuan , kelas 1 EX 5 tak silap ,nampak macam sebaya kookie " taehyung jelaskan tetapi tidaklah terperinci sangat.

"Macam mana hyung pasti dia manusia biasa? Pengetua tak akan benarkan manusia masuk sini." Jungkook yang turut tertarik terus bertanya.

V memandang Jungkook yang beriya-iya inginkan jawapan. "Okay macam mana kita nak tahu seseorang itu manusia atau H-2?"

Jungkook berfikir lama , belum sempat dia jawab Suga mencelah . "Dia tak ada aura kan?"

V mengangguk lemah . Mereka semua memandang Rap monster dan senyuman sinis yang mula terukir menunjukkan sesuatu yang buruk bakal berlaku kepada pelajar baru mereka.

"Apa kata kita buat parti mengejut untuk manusia comel kita."

 

 

 

 

 



Saya harap tak pendek dan tak oanjang sangat introduction dia

harap kamu semua enjoy

kalau ada apa-apa tak faham atau tak puas hati sila pm atau komen okay

Upvotes dan subscribe sangat diperlukan 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
accubusdie #1
Nampak menarik..update plzzz