8: Tetamu ?
The HouseNamjoo terbaring sambil merenung siling, otaknya sedang berfikir. Benda tadi tu reality atau hanya imaginasi dia sahaja ? Berdasarkan pengalamannya sebagai peminat kpop yang suka membaca entry berkaitan hantu, mungkin saja tadi tu ilusi semata mata, based on pengalaman pertama seseorang itu terlibat dengan gangguan hantu. Benarkah ? Maknanya sekarang dirinya... Haha mungkin terlalu banyak baca entry hantu sampai terbayang bayang pula hahaha fikir Namjoo, lalu dia menarik selimut dan tutup lampu tidur sebelum lena ke alam mimpi .
-
Knock ! knock ! knock !
Bunyi pintu diketuk, anehnya sebab loceng kan ada ? Kenapa tak press the doorbell sahaja ?
Namjoo terjaga dari tidur sebelum menggaru kepala yang gatal ya amat tu, kerana masalah kelemumur yang dia hadapi
" Siapa pula lah yang datang malam buta nie aduii... "
Omel Namjoo sendirian sebelum bangun dan menuju keluar, pintu dipulas dan kebetulan pula Jinhwan berada diluar" Oppa, siapa yang datang agaknya ea ? "
Namjoo bertanya kepada Jinhwan, Jinhwan hanya membalas dengan mengangkat kedua belah bahunya" Jun pegi tidur balik, biar oppa pegi check. "
Arah Jinhwan, Namjoo mengangguk sebelum masuk semula kedalam bilik. Jinhwan mengeluh sambil menuruni tangga." Haih siapa pula lah yang datang malam buta nie, kacau jea orang nak tidur... "
Giliran Jinhwan mengomel didalam hati. Sampai sahaja di anak tangga terakhir, bunyi ketukan itu berhenti.
Comments