Friendship???

Between Love or Friend?

        "Naeun jom pergi ke Tutti Frutti.Aku belanja"

        "Sorry...aku ader date ngan Jimin Hyung"

        "Naeun jom pergi study sama-sama..."

        "Alah aku dah janji ngan Jimin Hyung untuk study bersama ngan dia.Lain kali eh..."

        "Naeun jom kita pergi joging sama-sama petang nie kat taman rumah kau!"

        "Mianhae...mian...aku nak teman Jimin Hyung berlatih bola sepak.Kau ajaklah orang lain eh.Annyeong"

Daripada satu tisu ke satu tisu aku guna untuk mengelap hingus dan air mata yang tak berhenti-henti mengalir dari tadi.

        "Wae..Wae Naeun-ah.Sebab Jimin ker?Huh kalau aku tahu macam nilah jadinya,aku lebih rela kau tak couple ngan mamat tu.Sejak kebelakangan ini,Naeun sudah jarang meluangkan masanya dengan Hyo Seok.Kebiasannya mereka berdua akan pergi ke sekolah bersama-sama,pergi makan aiskrim sama-sama dan study sama-sama.Tapi sekarang yang ada di kepala Naeun hanyalah Jimin..Jimin...Jimin...

Pagi itu,semangat Hyo Seok untuk ke sekolah jatuh merudum.Di sekolah,dia hanya akan pergi berehat dengan Eunji,Chorong dan Bomi sahaja.Langsung tidak kelihatan kelibat Naeun kerana dia sangat sibuk dengan Jimin Hyung dia.Sampai kadang-kadang dia langsung tidak fokus dengan pembelajarannya dan mula tidak menyiapkan kerja sekolahnya.Kalau dulu dialah yang akan berleter mengalahkan mak nenek bila Hyo Seok dan rakan-rakan yang lain tidak siapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru tepat pada masanya,tetapi sekarang Naeun sudah pandai meniru kerja sekolah orang lain dan mangsanya tidak lain tidak bukan mestilah dirinya.Kalau ditegur,Naeun akan melenting jadi dia hanya menyuakan saja kerja sekolahnya supaya hubungan persahabatan mereka tidak putus.

        "Hyo Seok-ah,mana kerja sekolah matematik kau semalam?Nak pinjam"tanpa rasa bersalah Naeun meminta kerja sekolah daripada aku,"Kau tak takut cikgu perasan ker yang kau tiru kerja rumah aku"tanyaku cuba untuk tidak selalu memberinya jawapan begitu saja."Cikgu takkan tahu kalau kau tak ringan mulut"selamba badak je Naeun menjawab.Langsung tidak gentar walau sedikitpun."Tapi...."

"Dahlah kalau kau taknak aku pinjam,cakap jelah.Bomi pinjam yang kau punya"Tanpa sebarang kebenaran Naeun merampas begitu sahaja kerja sekolah matematik daripada tangan Bomi.Bomi mengetap bibir,cuba menahan geram manakala aku pula menggeleng-gelengkan kepalaku apabila  melihat perangai Naeun yang semakin lama semakin teruk.

      "KRINGGG~"Jam loceng berbunyi menunjukkan waktu rehat sudah tiba.Seperti yang dijangka,Naeunlah orang pertama yang keluar dari kelas.Tidak lain tidak bukan mestilah dia ingin bertemu dengan buah hati pengarang jantungnya itu,Park Jimin.Aku yang langsung tiada selera sejak kebelakangan nie menolak dengan baik ajakan daripada Eunji untuk pergi rehat bersama.Kakiku perlahan-lahan diatur ke arah tandas perempuan yang terletak di hujung koridor tingkat 2.

     "Saya perhatikan kebelakangan ini awak jarang keluar dengan Shin Hyo Seok.Sayakah penyebabnya?"Tanya seorang namja kepada Naeun.Kakiku tiba-tiba terhenti lalu cuba untuk mencuri dengar perbualan mereka.

     "Eh...mana ader dia tu yang jauhkan diri dari saya.Mungkin dia jeles kot sebab saya bercouple dengan orang femes seperti awak."Jawab Naeun dengan muka yang tidak bersalah.Lepastu tawa Naeun dan namja itu bersatu.

 Setitik demi setitik air mataku gugur membasahi pipiku.Tak sangka Naeun berubah sampai macam nie sekali.

Selepas tamat waktu persekolahan,aku menghalang Naeun daripada pulang terlebih dahulu."Naeun,kita perlu berbincang!"tegasku kepada Naeun yang seperti sambil-lewa.Nak tak nak jer tengok muka aku."Sampai hati kau kata yang aku jeles kau couple dengan Jimin Hyung!'terus aku straight to the point."Oh jadi kau curi dengarlah perbualan aku tadi.Tapi bagus juga kan,jadi aku tak perlulah pura-pura buat baik lagi dengan kau.Now at this moment,I want to break up our friendship!"laju jer ayat tu meluncur keluar dari bibir Naeun.Terus tanganku naik untuk menutup mulutku gara-gara terlalu terkejut."Sampai macam tu sekali...."

      "Kenapa tiba-tiba jer nie.Apa salah aku hah?Cakap!"perasaan aku bercampur-aduk antara nak marah atau nak sedih dengan kenyataan yang baru sahaja keluar dari mulut mungil Naeun itu.

      "Jadi kau nak tahulah kenapa ya?Sebab Jimin Hyung hanya nampak kauu jer.Aku yang duduk depan dia pun dia tak berapa nak layan pun!"Luah Naeun tidak puas hati."Kan aku dah kata kat kau yang sesiapa yang boleh memutuskan hubungan aku ngan Jimin Hyung,aku akan singkirkannya dengan cara apa sekalipun.SO GET AWAY FROM ME!!!"Naeun menolak tubuhku dengan kasar sampai aku jatuh terjelepok di atas rumput di taman itu.

      "Sampai di sini saja ker persahabatan kita Naeun?"Air mata Hyo Seok semakin lebat membasahi pipi mulusnya yang sudah bertukar kemerah-merahan.

Tanpa disedari oleh Hyo Seok,ada sepasang mata yang memerhatikannya dari jauh dengan pandangan mata yang sayu.

p/s:sorry...kalau tidak menarik..Harap maaf kalau saya lambat upadate yer.Please comment,bolehlah sye perbaiki apa-apa yang kurang yer....kamsahaminda.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
BluishMiraclePop #1
Chapter 2: Shin Hyo Seok sebenarnya nama rekaan jer..Takder kene mengena dgn artis k-pop yg lain:)