-Prologue-

How We'd Wish To Be
Please log in to read the full chapter

-Prologue-

 

_____________________________________________________________________

 

 

Derapan langkah kecil sudah aku kedengaran dari ruang tamu, pasti Violet sudah bosan menghadap television di ruang tamu.Aku hanya sibuk menyiapkan sedikit lagi kerja untuk menghias kek ini.Sengaja aku buat kek ini sendiri sebagai hadiah hari jadi suami ku yang ke-34 tahun.

 

"Mama, bila papa nak sampai ni? Bosanlah tunggu dari tadi.."

 

Aku hanya tersenyum meleret melihat muka Violet.Soalannya aku diamkan dahulu.Dia perhatikan setiap tingkah-laku ku.Dia mahu membantu lalu aku berikan dia beberapa butir coklat cip untuk disusun di atas kek.

 

"Malam nanti papa balik okay?"

 

"Hmmmm…"

 

Kening aku jongketkan sedikit.Kepala paip aku pulas dan keluarlah air untuk menyuci telapak tanganku akibat terkena sisa-sisa icing kek tadi.

 

"Panjang betul bunyi, rindu sangat ke?"

 

"Mestilah rindu! Mama tak rindu ke?"

 

Aku mengelap tanganku dengan tuala kecil.Kemudian aku mengambil kek tersebut untuk diletakkan di dalam bekas sebelum disimpan di dalam peti ais.Violet pula mengunyah baki coklat cip itu.

 

"Mama pun rindu papa kan?"

 

Aku menggeleng sedikit.Dia mengerutkan keningnya.Muka Violet mencari jawapan.Mestilah dia hairan kenapa…LoL.

 

"Mama tak rindu papa ke? Kenapa?"

 

Aku mengeluarkan tawa kecil.Rambut Violet aku sentuh, aku tarik juntaian rambut di tepi pipinya dan aku tarik ke belakang telinganya.Aku mencangkungkan diriku separas dengan dirinya.Mata bulatnya memandang aku.

 

"Mama tak rindu sebab Vy ada dengan mama, Violet pengganti papa untuk mama".

 

Tubuh kecil Violet aku dakap.Dia membalas pelukan aku.Suka kerana di gula-gulakan.Hey, aku ikhlas ni.

 

"Hehe, tak sabar nak jumpa papa!"

 

Pelukan itu aku lepaskan dan muka Violet menjadi kemerahan kerana gembira.

 

"Dah, kalau tak sabar sangat nak tunggu papa balik..Vy pergi keluar dulu, main dengan kawan Vy".

 

"Kawan? Siapa?" Violet bercekak pinggang.Aku jadi hairan, sejak bila dia tak mengaku kawan sendiri ni?

 

"Lah, si Seungcheol bestie Vy..Siapa lagi?" Rasa ada aura gelap datang menerpa tiba-tiba setelah nama budak lelaki telinga capang itu disebut.Mesti ada hal ni.Dan…..rasanya aku benar.

 

Muka Violet menjadi kelam.Senyuman dia menjadi pudar.Masam sangat.Bagus, seperti masamnya asam jawa.Sekurang-kurangnya asam jawa boleh melegakan sakit tekak setelah ditelan dengan air.Tapi masam Violet ni, masam yang tak mendatangkan apa-apa faedah.Sakit mata je kalau pandang lama-lama.

 

"Tak sukalah dengan dia tu,asyik nak gaduh je dengan Vy". Sudah terjawab puncanya kenapa.

 

Violet melarikan tubuhnya ke ruang tamu.Kakinya dihentak-hentakkan sedikit.Aku menggelengkan kepalaku lalu mengikut langkahnya.Vy duduk statik di atas sofa memeluk patung putih Olaf.

 

"Selama ni elok je berkawan.Takkan gaduh sikit pun nak merajuk, Vy?" Sebagai seorang ibu yang prihatin, macam biasalah, kena ambil port masalah anak sendiri.Kalau bukan aku, siapa? Papa dia? LoL.Tskkk..Sampai bila tak selesai nanti.

 

Mulut Violet dimuncungkan.Dia diam beberapa saat.

 

"Ma, Vy geram dengan dia ma tahu tak? Dia tu, sikit-sikit buat Vy marah!"

 

Patung Ol

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
sayhershe
Epilogue HWWTB dah keluar~ Come here and read it guys :p

Comments

You must be logged in to comment
lugege_
#1
Chapter 5: Tak saba tunggu epilog T.T
QuincyOat
#2
Chapter 5: Kyak~~! Boleh dapat kaviti aku baca chap ni! Gila sawit sangat !!
Haha....Okay, I tunggu epilog kisah ni! Hwaiting!
QuincyOat
#3
Chapter 2: Jongdae, you might catch my eyes but you'll never catch my hearteu sebab Coups cakap over his dead body first before you flirt me with your mischievious attitude! Okay, tipu je. You're too sweet dalam ni! Jeles dengan Fey dapat member terbaik dari langit macam Jong-Sweet-Day ni!