Chapter 02

The Moon
Please Subscribe to read the full chapter

 

Tidak pernah secalit pun dia mencalit racun dalam hatiku, tapi kenapa dia?

 

 

 

Chapter 2

 

 

Awan mendung mula menutup malam yang indah. Kelopak mata Soo Hwa sudah tidak mampu menahan beban yang ditanggung, akhirnya air matanya gugur. Setitis demi setitis. Tapak tanganya basah. Segala persoalan yang terbuku dalam diri Soo Hwa terjawab.  Kesamaran selama ini akhirnya jelas di hadapan mata Soo Hwa. “Kenapa?” soal Soo Hwa sendiri disebalik pokok.

Setapak demi setapak, figura yang amat dikenali Soo Hwa mengatur langkah ke arahnya. “Saya tahu awak ada dekat situ…”  Soo Hwa terkejut. Air matanya masih lagi menitis. Akhirnya figura itu berdiri tegap di hadapannya. Soo Hwa hanya berdiam diri dan tetap memaksa dirinya. Sebak.

“Soo Hwa-ah…” ujar figura itu. Matanya merah. Kukunya terlihat tajam seperti sebilah pedang. Badannya sedikit berbulu warna kelabu asap putih. Figura itu menghulurkan tangannya.

Soo Hwa hanya ditemani air mata ketakutan, kekeliruan. “V-ah…” sebut Soo Hwa perlahan. “Wae?” soal Soo Hwa pendek. Tangganya masih lagi bergetar.

“Awak takkan terima saya ke?” soal V semula. Matanya tepat memandang anak mata Soo Hwa. V berubah, kembali normal. Dirinya dan Soo Hwa dirapatkan.

Soo Hwa hanya menundukkan dirinya sahaja. Fikiran Soo Hwa bercelaru. Apakah sebenarnya yang berlaku kepada dirinya?

“Soo Hwa-ah, awak tak dapat terima saya ke?” soal V yang agak serius tetapi bersulamkan rayuan. V lantas memaut tangan Soo Hwa. Soo Hwa hanya membiarkannya sahaja. “Park Soo Hwa…” desak V. “Jawab soalan saya…” kini rayuan pula.

“Park Soo Hwa…” desak V sekali lagi. Air mata Soo Hwa deras mengalir. V mengusap lembut air mata Soo Hwa yang berguguran itu. “Mianhae.” ucap ikhlas dari V.

Halilintar mula menyambar di langit. Air dari langit mula menitis, setitis demi setitis. Hujan membasahi bumi. Soo Hwa dan V hanya membatu.

Soo Hwa lantas memeluk V. Air matanya masih lagi mengalir. Entah kenapa dirinya didorong untuk memilih memeluk V berbanding melarikan diri. V membalas semula pelukkan Soo Hwa. Air mata V turut menitis. “Jeongmal gumawo…” bisik V.

 

 

V mengusap lembut rambut Soo Hwa lalu menyelimutkannya. Tangan Soo Hwa dipegang erat. Air mata V menitis. “Soo Hwa-ah, s…sa…saya takut… Saya takut saya akan cederakan awak. Kenapa awak terima saya?” ujar V seorang diri.

Tuk…Tuk… pintu bilik V diketuk. Lantas V mengusap air matanya.

Jung Kook melangkah masuk. “Hyung, kena berkumpul.” ujar Jung Kook ringkas. V lantas mengatur langkahnya ke ruang tamu. Sebelum itu, dahi Soo Hwa dibekalkan ciumannya.

“Cantik…” Jung Kook berbicara. Entah tentang siapa Jung Kook sedang bicara. 

V bingung. “Siapa?” soalan pendek dari V.

Jung Kook memberikan senyuman sinis. “Park Soo Hwa…” bisiknya perlahan lalu terus lari.

V sentap apabila mendengar nama Soo Hwa. “Yah! Dia aku punyalah!” kejar V dari belakang.

“Wae?” soal V sebaik sahaja tiba di ruang tamu. Lantas mengambil tempat duduk.

Semua member V memandang tepat ke arahnya. “Wae?” soal V sekali lagi.

“Betul ke apa yang kau nak buat ni?” soal Jin yang memulakan perbualan. Semua member pandang ke arah V. V hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

Rapmon hanya menjeling sahaja. Entah kenapa dengan di

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
youngminbfminwoo
chapter 1 dah update! THE MOON

Comments

You must be logged in to comment
Frisur #1
Chapter 2: Update soon
SeyoonExoBts #2
Chapter 2: Best...palli update