Final

Wedding Ring

Jessica sedang sibuk bersiap-siap untuk ke universiti. Dia sudah lambat sebenarnya dan semuanya salah suaminya kerana tidak mengejutkannya pagi tadi. Kris memang tahu pentingkan diri saja.

 

“Soojung, cepat siap. Omma hantar hari ni.” Jessica memanggil anaknya Krystal Wu Soojung atau lebih mesra dipanggil Soojung.

 

Krystal berjalan secepat yang mungkin keluar rumah. Dia juga sudah lambat untuk ke sekolah. Jam loceng Krystal baru saja rosak semalam. Telefon bimbitnya pula masih dikuarantinkan oleh si bapa, Kris Wu.

 

Sepanjang perjalanan ke sekolah, Krystal berasa sesuatu yang aneh terhadap ommanya. Pertama kali dia melihat ommanya berpakaian sangat cantik untuk ke universiti dimana tempatnya mengajar. Jessica Jung atau Jessica Wu merupakan seorang pensyarah bidang muzik.

 

Krystal menggigit bibirnya. Dia sering mendengar cerita daripada rakan-rakannya mengenai keluarga yang bermasalah. Apabila ibu bapa tidak sehaluan, maka akan ada orang ketiga. Kalau ada pun orang ketiga, siapakah yang sanggup mengambil ommanya dari appanya?

 

Setahu Krystal, ommanya jenis yang tidak kisah. Apa saja dipakai ke universiti selama ini tidak pernah dikisahnya sampailah satu hari dimana ommanya mula berubah. Krystal hairan. Dia mahu bertanya tetapi ada saja halangannya.

 

“Balik nanti Soojung balik sendiri tau. Ni duit saku.” Kata Jessica sambil menghulurkan sejumlah wang yang agak banyak.

 

Krystal agak terkejut mendapat wang sebanyak itu kerana selama ini dia tidak pernah mendapat wang sebanyak itu lagi lagi dari ommanya ini. Walaupun appanya seorang yang kaya, ommanya tidaklah sekaya appanya. Gaji cukup cukup makan saja.

 

Dia cuba berfikir positif. Mungkin appa kasi duit dekat omma. Tanpa melengahkan masa, Krystal mencium pipi ommanya dan keluar dari kereta secepatnya. “Bye, omma.”

 

Jessica mengangkat tangan dan tersenyum ke arahnya sebelum memandu pergi. Krystal mengeluh dan berpusing ke belakang. Dia ternampak crushnya. Kim Kai.

 

Kim Kai, seorang kingka yang sangat popular di sekolah. Dia seorang yang kaya dan sempurna di mata seorang perempuan di sekolah itu.

 

Krystal mengambil langkah untuk tidak berbuat apa-apa buat masa sekarang. Dia sudah berjanji dengan omma dan appanya yang dia akan belajar bersungguh-sungguh sebaik saja dia berpindah ke Korea.

 

Dahulunya, Krystal dihantar belajar ke USA untuk menguasai bahasa Inggeris yang juga bahasa utama buat keluarga mereka. ommanya berasal dari USA manakala appanya dari Kanada. Krystal tidak pernah mengetahui keadaan mereka sepanjang dia berada di USA.

 

Pulang dari sekolah, Krystal ternampak ommanya dengan seorang lelaki. Lelaki itu mencium pipi ommanya sebelum dia keluar dari kereta. Krystal menutup mulutnya dan bersandar di dinding. Dia mengesat-ngesat matanya. Rupanya dia tidak bermimpi.

 

Bukan sekali itu Krystal melihat ommanya dengan lelaki lain. Sejak Krystal pulang dari USA, dia jarang melihat omma dan appanya berdua-duaan. Malah, Krystal melihat ommanya sedang curang dengan lelaki lain di belakang appanya.

 

Krystal cuba untuk menjaga hubungannya dengan ommanya walaupun hatinya amat pedih. Krystal juga perasan akan cincin yang berada di jari manis ommanya. Dia pasti cincin itu bukan dari appanya.

 

“Soojung, omma nak keluar kejap. Kalau appa dah balik, kata omma dekat tempat biasa.”

 

Krystal sudah tidak tahan lagi. Dia menahan ommanya daripada pergi. Dia menyilang lengannya dan menarik nafas lemah. “Omma… omma curang dengan appa ke?”

 

Jessica memandang wajah anak perempuannya. Dia mengangkat kening. “Soojung, apa Soojung cakap ni? Soojung sedar tak apa Soojung cakap apa?” tanya Jessica dengan nada kecewa.

 

Krystal memegang pipi ommanya. Dia menangis. “Omma, kenapa?”

 

Jessica tidak menjawab. Dia menolak Krystal ke tepi. Apa yang Jessica tahu sekarang, dia sudah terlambat untuk ke situ.

 

Krystal menggigit bibirnya sambil melihat ommanya keluar meninggalkan rumah. Dia tidak tahu hendak berbuat apa.

 

Hari keesokannya, Krystal ke sekolah dengan matanya sembab. Dia keluar rumah awal pagi itu supaya dia tidak terserempak dengan ommanya.

 

Pagi itu agak malang buat Krystal apabila dia terlanggar Kai di koridor. Kai pula sibuk nak menyakitkan hatinya. “Wei, nerd. Asal kau langgar aku?”

 

Krystal menolak Kai ke tepi. Dia berlari ke arah kelasnya dan menangis. Krystal menutup mukanya dengan buku. Rakan-rakannya semua hairan dengan Krystal.

 

Sulli, rakan sekelas yang duduk disebelahnya menepuk bahu Krystal. Dia cuba memujuk Krystal. “Krystal… awak okey? Nak saya hantar ke bilik sakit ke?”

 

Krystal mengangguk lemah. Kepalanya pening. Serabut. Dia tidak sangka semuanya akan jadi begini. Krystal tidak minta untuk lahir dalam keluarga kaya atau popular asalkan dia bahagia bersama omma dan appanya.

 

Balik ke rumah, Krystal bertembung dengan appanya yang sedang sibuk menyiapkan kertas kerja. Dia hanya melihat appanya dari jauh.

 

Namun begitu, tidak lama selepas itu, Krystal duduk di sebelah appanya dan memeluk lengan Kris. “Appa…”

 

Krystal cuba untuk tidak menangis. Kris memandangnya dan membelai rambut Krystal dengan penuh kasih sayang. “Ye, sayang?”

 

“Appa sibuk tak esok? Krystal nak date dengan appa.” Luah Krystal.

 

Sudah lama mereka berdua tidak keluar bersama maka Kris mengangguk saja. “Rasanya tak. Krystal nak pergi mana? Appa belanja.”

 

Krystal memeluk appanya dengan rasa gembira. Dia mencium pipi Kris. “Terima kasih, appa!!!”

 

 

 

Kris membawa Krystal ke Lotte World. Krystal suka sangat pergi ke tempat itu sejak kecil cuma kali ini, tanpa omma bersama mereka.

 

Semasa Kris sedang membeli tiket, Krystal duduk sambil makan ais krim. Tiba-tiba, ada seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun menyapa Krystal.

 

“Hai, noona.”

 

Krystal melihat ke kiri dan ke kanan. Mungkin kanak-kanak ini sesat. “Hai, adik. Apa nama?”

 

“Nama saya Aaron Park Yeonji. Noona boleh panggil Aaron atau Yeonji.”

 

Krystal mengangguk. Dia bertanya lagi. “Adik sesat ke? Mana omma adik? Appa?”

 

Yeonji menggeleng kepalanya. Riak wajahnya sedih tetapi dia tidak menangis. “Yeonji jalan-jalan dekat sini dengan Jungkook hyung. Tapi, Yeonji dah sesat…”

 

Kris kembali ke Krystal dengan hairan. Dia mengangkat keningnya. “Y-Yeonji?”

 

“Appa kenal dia?”

 

Kris mengangguk. “Yeonji sesat ke? Mana Jungkook?”

 

Mereka terpaksa membawa Yeonji ke kaunter untuk membuat pengumuman. Tak lama lepas tu, barulah Jungkook datang ke situ.

 

“Yeonji!”

 

Yeonji turun dari riba Krystal dan memeluk Jungkook. Jungkook mencium pipi Yeonji. “Yeonji pergi mana? Penat hyung cari. Nanti appa Yeonji marah hyung susahlah…”

 

Yeonji hanya tertunduk. Jungkook tidak sedar Kris berada di situ. “Jungkook!”

 

“Eh? Kris hyung, buat apa kat sini?” tanya Jungkook sambil mendukung Yeonji.

 

Kris menggaru lehernya yang tidak gatal. “Hyung bawa Krystal jalan-jalan.”

 

“Oh… ni ke Krystal.”

 

Sampai di rumah, Krystal masih tidak berhenti memikirkan sebab kenapa Jungkook boleh tahu namanya. Dia mahu bertanya Kris tetapi malu. Nanti Kris ingat Krystal berkenan dengan Jungkook pula.

 

Krystal turun ke tingkat bawah untuk minum air sebelum pintu rumah dibuka. Rupanya Jessica baru saja pulang dan dia kelihatan letih.

 

Krystal mengambil peluang ini untuk bercakap dengan ommanya. “Omma…”

 

“Soojung, kalau Soojung sayang perkahwinan kami… Soojung jangan cakap apa-apa dekat appa. Tolonglah…”

 

Krystal mengangkat keningnya. Apa yang ommanya sedang cakapkan sekarang ini?

 

 

 

***

 

 

 

Beberapa tahun yang lalu…

 

“Maafkan kami, Puan Wu. Encik Wu disahkan menghidap penyakit …”

 

Hancru luluh hati Jessica ketika itu. Dia sangat menyayangi suaminya, Kris dan selama mereka bersama dia tidak pernah tahu pasal penyakit yang dihadapi Kris. “Tolonglah saya, doktor. Saya tak sanggup kehilangan suami saya.”

 

Untuk menyembunyikan perkara sebenar daripada keluarga, Kris dan Jessica menghantar anak perempuan mereka belajar di USA untuk beberapa tahun.

 

Setiap hari, Jessica akan menemani Kris ke hospital. Setiap kali ke hospital, Jessica mula tertarik dengan seorang pemuda. Pemuda itu sentiasa tersenyum memandangnya.

 

Maka, mereka berdua pun berkenalan. Rupa-rupanya pemuda itu ialah anak kepada pengarah hospital dan juga anak kepada doktor yang merawat Kris. Namanya Park Jimin.

 

Hari demi hari, cinta mula berputik di antara mereka berdua. Kris tahu hidupnya tidak lama dan dia sayangkan Jessica.

 

Sedalam mana cinta Jessica kepada Jimin, Jessica amat menyayangi Kris dan anak mereka. Dia tidak sanggup menghancurkan hidup Krystal pada usia yang sangat muda.

 

Akhirnya, Kris dan Jessica membuat perjanjian. Mereka berdua akan bercerai pada hari Krystal kembali ke Korea.

 

Sebelum mereka berdua bercerai, Jessica dan Jimin ditakdirkan mempunyai seorang anak lelaki. Mereka cuba menyembunyikan perkara tersebut daripada Kris untuk menjaga hatinya namun begitu, Kris tahu akan hal itu dan menyokong hubungan mereka.

 

Sampailah hari dimana Krystal pulang, Jessica dan Kris menandatangani surat penceraian. Tanpa pengetahuan Krystal, Jessica dan Kris tidak lagi tidur bersama. Oleh itu, Kris selalu memberi alasan bekerja untuk mengelakkan diri daripada Krystal.

 

 

 

***

 

 

 

Krystal terbangun dari tidurnya. Dahinya berpeluh-peluh. Apa yang dimaksudkan dengan mimpi tadi? Siapakah lelaki bernama Park Jimin?

 

Krystal ke sekolah seperti biasa dan dia asyik berfikir mengenai lelaki yang selalu dijumpa ommanya. Akhirnya, Krystal membuat keputusan untuk mencari lelaki itu.

 

Krystal mengekori ommanya ke universiti. Dia ternampak seorang lelaki sedang mencium ommanya. Krystal berasa agak panas hati namun dia tidak menyerang.

 

Krystal mengekori lelaki itu sampai ke rumahnya. Rumah lelaki itu amat besar dan lebih besar dari rumah mereka. Krystal ternganga. Teman lelaki ommanya seorang yang kaya raya.

 

Muncul seorang kanak-kanak lelaki keluar dari rumah itu bersama lelaki tadi. Krystal kenal akan kanak-kanak lelaki itu. “Y-yeonji?”

 

Dia bersembunyi di tepi untuk mencuri dengar perbualan Yeonji dengan teman lelaki ommanya.

 

“Appa, Yeonji nak jumpa omma! Yeonji rindu omma!”

 

Krystal menggigit bibirnya. Appa? Omma? Adakah… lelaki itu ialah Park Jimin?

 

Dia mendengar suara lain pula. “Jimin! Nak bawa Yeonji pergi mana tu? Budak tu tak makan lagi.”

 

Jimin memandang ommanya. “Jimin nak bawa dia jumpa Sooyeon. Yeonji rindu omma dia. Lagipun, Jimin dah jumpa Sooyeon tadi. Dia tak sibuk hari ni.”

 

Krystal mengangkat kening. Sooyeon? Bukankah itu nama ommanya? Krystal jadi keliru. Omma Yeonji ialah ommanya! Jimin pula… appa tiri? Heh?

 

Gadis itu mengambil keputusan untuk pulang ke rumah dan menanyakan perkara sebenar daripada appanya. Nampaknya Kris seperti tahu sesuatu…

 

“Appa?” Krystal mengetuk-ngetuk pintu bilik appanya. Tidak berjawab. Tetapi, kasut appanya ada. Dia cuba untuk tidak panik.

 

Buka saja pintu, Krystal melihat appanya sedang terbaring di atas lantai. Terbeliak mata Krystal dibuatnya. “Appa!!!”

 

“Hello, ambulans? Tolong saya! Appa saya…”

 

 

 

***

 

 

 

Setelah diberitahu doktor, rupa-rupanya Kris memang sakit selama ini. Tetapi, bagaimana pula dengan omma?

 

Krystal dibenarkan bertemu appanya setelah Kris sedar. Dia melihat Kris sedang memandang ke luar. “Appa…”

 

Kris berpusing dan tersenyum memandang Krystal. “Krystal sayang, mari sini. Appa nak beritahu sesuatu… Dah sampai masanya untuk beritahu Krystal.”

 

Krystal mengangkat keningnya. “Apa appa cakap ni? Kenapa appa tak cakap dengan Krystal? Kenapa?!”

 

Krystal menangis teresak-esak di lengan appanya. Kris mengeluh sambil membelai rambut Krystal.

 

“Sebenarnya, appa dah lama berpisah dengan omma. Appa sakit sebenarnya, sayang. Krystal je yang tak tahu. Ini semua demi kebaikan Krystal, appa tak mahu Krystal sedih.”

 

Krystal mengelap air matanya. “Omma memang ada hubungan dengan Jimin selama ni?”

 

Kris menarik nafas lemah dan mengangguk. “Ye. Omma Krystal ada anak dengan Jimin dan appa rasa Krystal tak tahu kan pasal ni?”

 

Krystal terus berdiri. Dia terkejut dengan apa yang diberitahu appanya. Sejak bila omma mempunyai anak dengan Jimin?! “Yeonji kan?”

 

Kris mengangguk lagi. “Budak yang kita jumpa haritu, adik Krystal.”

 

Perbualan mereka berdua terganggu apabila pintu dibuka. Jessica sedang menangis teresak-esak dan terus memeluk Kris. Krystal pun tercengang.

 

“Saya masih tak boleh terima yang awak akan tinggalkan saya dengan Krystal.” Kata Jessica dengan jujur. Dia masih sayangkan Kris.

 

Jimin dan Yeonji pun memasuki bilik itu. Yeonji memandang Krystal. “Eh, noona?”

 

Krystal hanya tersenyum ke arah Yeonji tetapi tidak buat Jimin. Dia masih tidak boleh terima Jimin dalam hidupnya.

 

Jimin akhirnya bersuara. “Erm, apa kata kita keluar sekejap? Bagi ruang untuk Sooyeon dengan Kris sebentar…”

 

Yeonji seronok bermain dengan Krystal di luar. Jimin hanya berdiri sambil memerhatikan mereka berdua. Dia mengeluh perlahan. Statusnya sebagai appa tiri kepada Krystal menyukarkan mereka untuk berbicara.

 

Jungkook muncul tidak lama selepas itu. Dia mendukung Yeonji yang sibuk berlari dari Krystal. Jungkook pula tidak sengaja terlanggar Krystal. “Maaf. Awak tak apa-apa?”

 

Krystal menggeleng kepala. Dia menepuk-nepuk skirtnya. “Saya okey je.”: Tipu. Sebenarnya, dalam hati… dia amat sakit… sekali…

 

 

 

***

 

 

 

Kepada: Omma

Hai, omma. Dah lama kita tak jumpa kan? Sejak appa meninggal dunia, Soojung tak jumpa omma lagi. Maafkan Soojung. Soojung sayang omma tetapi masanya belum sampai lagi.

Soojung masih cuba untuk menerima kenyataan. Segalanya. Soojung tak benci omma. Soojung tak benci Jimin. Soojung tak benci Yeonji. Soojung sayang korang semua.

Kalau omma nak tahu sekarang, Soojung akan debut sebagai penyanyi tak lama lagi. Soojung masuk audition di USA. Soojung balik rumah nenek…

Soojung rindu appa, omma. Setiap kali Soojung baca berita berkenaan Korea, Kanada, mesti Soojung teringat appa. Soojung rindu keluarga kecil kita.

Bukannya Soojung menolak takdir, Soojung perlukan masa. Percayalah, omma. Suatu hari nanti, Soojung akan balik. Soojung akan peluk omma, jaga omma, cium omma…

Duit yang Jimin kasi, Soojung tak guna pun. Soojung guna duit sendiri. Soojung belajar hidup susah tanpa omma, appa atau Jimin atau sesiapa sajalah. Cuma, Soojung tumpang rumah nenek.

Kalau Soojung debut nanti, omma datanglah ye? Soojung tunggu. Soojung akan cari omma.

Dulu, Soojung tak pernah percaya bahawa keluarga kita akan ditimpa masalah, tetapi semuanya dongeng belaka. Ini dunia realiti, dunia realiti tidak tipu. Tidak akan ada sebuah cerita yang bahagia tanpa rasa sakit sedikit pun.

Terima kasih sebab lahirkan Soojung ke dunia ni. Kalau bukan kerana omma, mungkin Soojung tiada di sini. Terima kasih, omma.

 

Akhir sekali, omma sampaikan salam Soojung kepada Jungkook. Soojung tak mengharapkan dia untuk menunggu tetapi kalau ada jodoh di antara kami, Soojung tidak akan sia-siakan Jungkook. Soojung janji dengan omma.

 

Anak kesayanganmu,

Krystal Wu Soojung

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
jeonnamjoo
dedicated to: Falia

Comments

You must be logged in to comment
shirashuu
#1
Chapter 1: kau cakap krystal tu falia, jessica tu aku... asal x gantikn jimin tu ngan jungkook pastu gantikan jungkook ngan jin???
but whatever i dont care.... best cite ni...
shirashuu
#2
sian kat falia... kurkurkur