Part II : Final

Butterfly (Malay ver.)

 


 

 

History repeats itself Regular

♦ Jimin, Just Don’t.

 

       Akibat kejadian J-hope hampir membunuhnya, dia menjadi trauma. Dia menyalahkan dirinya menyebabakan J-hope ditangkap polis akibat bertindak hampir membunuhnya.

    Hope telah menikam tangannya semata-mata kerana ketagih terhadap ubat itu. Dia tidak menyalahkan Hope kerana menikamnya, dia tahu Hope dikawal oleh ketagihan dadah. Hope tidak akan bertindak sedemikian sekiranya dia tidak terjebak dengan ‘Dadah.’ Dia amat menyayangi hyungnya itu.

    Jimin menuju ke bilik air, dan memenuhi bathtub dengan air.

    “Harini ini aku akan mengikut Jin. Aku harap kau jemput aku hyung.”

     Jimin melangkah masuk ke dalam Bathtub. Dia merendamkan dirinya. “Aku mahu mati.” Dia membakar foto polaroid  BTS dan mula melemaskan dirinya.

     Dia cuba melemaskan dirinya sehingga dia kesejukan. “Asal tak lemas-lemas lagi ni…” Jimin memaksa dirinya untuk lemas dan mati tetapi tidak berjaya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. ‘I need you girl…’

   Jimin keluar dari bathtub dan mencapai telefon bimbitnya. “yahh asal kau telefon aku time-time aku nak bunuh diri ni?!!”

“kau nak bunuh diri?” suara itu amat dikenalinya.

“Jin hyung? Bukan kau d-dah…”

“Esok kau datang melawat Hope kat pusat serenti..” tiba-tiba panggilan terhenti. Jimin terkaku dan terduduk. Tidak percaya dengan apa yang telah dia dengar sebentar tadi. Bulu romanya naik. “Jin hyung?!”

 

Keesokkan harinya,

 

    Badan jimin menggeletar apabila tiba di pintu pusat serenti. Dia takut Hope memakinya, memukulnya dan membencinya. Kerana dia, Hope di tangkap polis dan dimasukkan ke dalam tempat ini. Jimin memandang sekeliling. “Aku takut..” dengus hatinya.

            “Woih, jimin-ah!” suara itu mengejutkan Jimin. Jimin pantas memaling kearah suara itu. “Hyung..” Suara Jimin menggeletar. Hope memeluknya. “Ahh rindunya aku pada kau!!!” Jimin kaku. Mengapa hyung memeluknya? Kenapa tidak menumbuknya? Bukankah dia punca hyungnya itu tinggal di sini?

               “Asal badan kau mengigil semacam, kau demam?” Hope meletakkan tapak tangan di atas dahi Jimin. “Tak-tak- hyung tak marah Jimin ke?”

“Marah kenapa aku nak marah? Aku bersyukur yang aku masih dapat hidup tanpa ada barang itu dengan bantuan kau. Gumawo.” Hope mengosok rambut Jimin sambil memberinya senyuman yang manis. “hyung dah lama tak senyum macam tu..” Kata Jimin.

“Apasal kau takut sangat ni? Ni pusat serenti, bukan sekolah Juvana. Buat releks dah la, muka cuak sangat tu..” Jhope ketawa besar. Sudah lama tawa Jhope itu hilang.

 

      ‘Friendship adalah satu satunya ikatan yang kekal sehingga mati. Kita sebagai manusia, tidak dapat lari dari kesilapan dan masa lamapu. Itu mengajar kita erti hidup. Apa itu erti kehidupan sebenar.’ kata-kata Jin masih bermain difikiran J-hope. Semalam dia mimpikan Jin lagi. Aneh. Dia mat merindui Jin sehingga terbawa mimpi pula.

 

“LOL. Hyung, aku takut kau pukul aku lah! Aku takut kau benci aku. Dah la kau tikam…” Jimin mula merajuk.

“Oh tangan kau tu? Dah okay ke? Sorry okay. Aku tak sedar. Alololo.. Aku rindu time kita semua main pukul-pukul bantal. Kesian kau, subang kesayangan kau hilang. Haha. Aku rindu kau sangat. BTS lain datang jenguk aku, kau je tak datang ziarah aku… huhu”

“BTS Lain? Maksud hyung?”

“Ahli kita lah.. siapa lagi?”

“Termasuk V? Suga? Jungkook? Bukan mereka dah lama hilang ke? Jin?”

“woih, Jin memamng tak dapat jumpa lah! Jin selalu muncul dalam mimpi indah aku je…”Hope membuat lawak.

“Serius lah hyung?” soal Jimin.

“Maksud hyung…”

 



 

♦ Dear, Taehyung.

 

Aku terjaga dari mimpi ngeriku. “Omma!” Aku mimpi Omma ku mati. Mati akibat terjun ke laut dari tebing itu?

  Aku melihat sekeliling. Aku berada disebuah wad, di sebuah hospital. “Ahh, tak guna betul! Aku masih hidup!” aku masih memakai mask oksigen yang sangat merimaskan.

“Encik Kim, awak dah sedar? Nasib ada orang terlihat awak terdampar di pantai. Awak dah pengsan selama 3 hari.” Kata salah seorang jururawat yang lemah lembut. Sungguh ayu.

“Aik? Aku terjun dari tebing kot.. macam mana tak mati-mati lagi? Siapa selamatkan aku?” aku cuba mencabut mask oxygen tersebut.

“Mungkin, tuhan dah selamatkan awak dari buat kesalahan awak kali kedua…”

“huh?!” Aku memandangnya aneh. Sepertinya dia mengetahui kisah hidupku.

“Siapa nama kau?”

“Jururawat Jin. Jin seyeon.”

“Jin? Dilahirkan semula sebagai perempuan huh?” aku memerli Jin yang sudah meninggal itu. Gadis di hadapan aku itu memandang pelik ke arah ku.

“Kau teruskan buat kerja kau tu, jangan nak sibuk hal aku. Aku nak keluar dari hospital ni..” Kata aku.

“Encik Kim perlu sihat dahulu, baru fikir tentang discharge okay? Saya pergi buat kerja lain dulu ye.” Kata Jururawat yang tidak kurang cantiknya, sambil menekan punat di Televison, untuk aku tonton television itu.

 

“Berita tergempar, seorang wanita telah ditahan reman kerana cubaan membunuh suaminya. Difahamkan, wanita terbabit menyerahkan diri kepada pihak polis dan melaporkan bahawa kejadian menikam suaminya itu adalah tindakannya bagi menyelamatkan dirinya dari menjadi mangsa pukul suaminya. Tambahan pula, kejadian ini tidak ada kena mengena dengan anaknya yang kini menjadi buruan polis untuk tampil memberikan maklumat. Di khabarkan, anaknya telah hilang sebelum kejadian itu berlaku, dan tambahan wanita itu mengaku bersalah bertindak sendiri mencederakan suaminya.”

     Aku membulatkan mataku. Tidak percaya apa yang aku lihat. Omma ku sedang menyelamatkan aku dengan cara dia menyerahkan diri. Jantung aku seperti berhenti seketika apabila melihat berita tersebut dikaca television. “Omma..”kata ku. Jururawat Jin mendekati ku, “Omma?” dia melihat ku dengan penuh tanda tanya.

     Aku tidak dapat berfikir lagi, lalu aku mencabut branula, jarum dan tubing di tubuh ku serta mask oksigen yang merimaskan itu.

“Encik Kim mahu ke mana??!” Jururwat Jin semakin cemas melihat tindakan ku. Aku berlari keluar dari wad dengan pantas. Lari selaju mampu ku. Pengawal hospital pakat mengejar ku. Aku pun dengan selamba memasuki teksi, dan mengarahnya ke balai polis tempat ibuku ditangkap. Pemandu teksi yang hairan itu terus membawa ku ke balasi polis.

Sesampainya di balai polis,

“Aku yang cuba bunuh Bapak tiri ku yang kejam!! Aku yang buat! Bukan omma!!! Omma aku nak selamatkan aku! Aku tak tahan tengok mak aku jadi mangsa dera!! Aku yang salah!!” Teriak ku.

"Kau semua pekak ke?!!! Aku yang bunuh bapa tiri aku!!" rayu ku, pinta ku supaya ibu ku yang tidak berdosa itu dilepaskan. Air mata ku deras mengalir laju dan aku terduduk kerana hatiku menjadi sakit apabila mengenangkan nasib ibu ku yang tinggal di dalam lokap. “Bayangkan mak kau lakukan semua ni untuk kau? Kau sanggup lihat dia derita sebab kau??!” teriak ku lagi.

"Omma tak perlu buat semua ini untuk selamakan tae..."Aku terduduk kerana tidak dapat menerima kenyataan itu. Semua orang dibalai itu kaku melihatku. Ada yang mula menangis apabila melihat ku. Keadaan ku cukup simpati meraih ibuku dilepaskan. Aku tidak peduli. 

“Tangkap dia!” kata salah seorang pegawai polis.

Akhirnya aku tewas, akhirnya aku menyerah diri. Betul kata Jin hyung, aku tidak boleh lari lagi.

 

“Jin hyung, gumawo..” Aku tersenyum dalam tangisan.

 

*****

 

“Taehyung-ahh..” Omma ku mengusap kaca di hadapan ku.

“Nae omma. Mianhae..” aku menyambut tangan ibuku dibalik cermin kaca yang menjadi penghadang antara banduan dan pelawat.Aku amat merindui sentuhan ibuku. Jika diberi peluang, aku mahu memeluknya. Meminta keampunana darinya.

“Anak omma, semua ni salah omma..” air mata ibu ku mula mengalir. Aku hanya tunduk menahan sebak.'Omma tak perlu menangis..'bisik ku.

“Selamat ulang tahun sayang…” tambah omma ku lagi. Ya, dah setahun aku tinggal di penjara ini.

     Tak jauh beza dengan kehidupan lama ku. Orang di dalam ini melayan ku dengan baik. Mungkin kerana perangai pelik ku, mereka selesa dengan ku walaupun yang tinggal bersamaku adalah taiko-taiko yakuza terhandal. Aku disabit kesalahan dijatuhkan hukuman dipenjarakan selama 3 tahun atas tuduhan cubaan membunuh atas pertahankan diri dan orang lain . Bapa tiri ku turut dipenjara tetapi di tempat yang berlainan. Ya, ibuku sudah menuntut cerai, dan kini aku tidak perlu berhubung dengan lelaki tak guna itu. Atas budi bicara peguam dan hakim yang arif, kes akau akan dibicarakan lagi bagi meringgankan hukuman ku kepada 2 tahun penjara dan melakukan aktiviti amal selama 1 tahun. 

     Ahli-ahli BTS kerap menjenguk ku. Mereka selalu datang menziarahi ku. Mereka amat menyayangi ku. Tetapi aku aneh dengan Jin, mengapa Jin masih tidak menjenguk ku? Adakah dia marah pada ku?

 

“V.. Kau tahu kan Jin dah mati?” tanya Jimin kepada ku.

“Tahu.” Jawab ku ringkas.

“Tetapi kenapa kau asyik tanya fasal Jin?”

“Sebab aku masih rasa dia masih hidup.”

“T-tapi.”

“Aku tak boleh terima hakikat yang dia dah tiada…”jujur dari hatiku. ‘sebab jin pernah angkat call aku… dan selamatkan aku di laut, dia yang bawa aku ke tebing..’ jawab hati kecil ku. Walaupun aku tidak dapat melihatnya dengan baik ketika itu, aku dapat rasakan itu adalah Jin hyung.

“Tapi tuhan dah berikan kamu, Jin yang baru.. kamu bertuah.” Kata Jimin. Aku tersenyum. Tidak lama selepas itu, sesorang memasuki ruang pelawat.

“Encik kim, saya datang ni..” Kata seorang gadis lalu duduk di sebelah Jimin. Aku tersenyum sambil memandang kehadiran gadis itu. Ahh, dia lah jururawat ku. Jururawat Jin. Cik Jin Seyeon. Omma ku amat berminat sungguh padanya. Haha, dalam erti kata lain, dia telah menjadi yeongja chingu ku. Dia menerima ku seadanya. Bidadari ku.  Amat mengambil berat terhadap ku sehingga aku rasa rimas dengannya. Itu membuatkan aku rindu dengannya. Kami bercinta melalui cermin kaca ini. Manis bukan kisah cinta si penjenayah Tae ini?

“Tae, aku bawa berita gembira…” tambah Jimin. Jimin tersenyum lagi.



 

♦ Our story.

 

             Gaeul memeluk erat Kookie dengan harapan dia dapat mati bersama kekasih hatinya. Malangya, kereta itu terhenti sebelum mengambil nyawa mereka.

“Woih bodoh ke berdiri tengah jalan?????!!” pemandu itu berang dan memaki hamun Kookie dan Gaeul. Gaeul menarik Kookie untuk beredar dari situ.

“Gaeul please stop. Please stop!”jerit Kookie menyebabkan langkah Gaeul terhenti.

“Awak sanggup tinggal kan saya? Awak sanggup buat saya derita selapas pemergian Jin?!” tanya Kookie.

“Sanggup? Awak sanggup bunuh diri sebab taknak terima saya? Awak lupa? Awak yang nak saya tinggalkan awak sebab awak tak terima saya! Wae kookie? Sebab perempuan jijik ni awak sanggup pertaruhkan nyawa awak?”

“Tapi awak tak rela bersama dia kan.. awak dirogol kan?? Betulkan cakap saya? Suga hyung yang rogol awak? Kan?” Kookie memegang tangan Gaeul dengan erat, dia meminta Gaeul mendengar rintihannya. Gaeul mula menangis.

“Awak.. saya taknak awak derita sebab saya.. sebab tu saya tinggalkan awak. Awak.. saya mengandung anak dia… anak dia…” tangisan Gaeul semakin deras. Dia tidak dapat menerima hakikat bahawa dia perlu melalui perkara ini seorang diri.

Kata-kata itu seperti menikam tepat ke jantung Kookie. Kookie terduduk apabila mendengar kata-kata itu. Sungguh sakit. “Mengandung?”

“Tengok, seperti yang saya jangka, awak takkan terima saya.. Lebih baik saya pergi mati.. dunia terlalu kejam buat saya..” Gaeul meninggalkan Kookie. Adakah ini menjadi kesalahannya? Jika dia tidak bersama Yeri suatu masa dahulu, tidak mungkin Gaeul akan balik ke Jeju dan suga tidak akan dapat merogolnya. Suga? Siapa dia dihati kookie. Sejak lelaki itu sendiri mengaku merogol kekasihnya, hatinya tidak pernah memafkan suga. Baginya Suga itu seorang lelaki yang keji.

“Anak itu anak suga!!!” Jerit kookie.

*****

    Suga memerhatikan gerak geri Gaeul dari jauh. Melihat Gaeul sibuk melayan pelanggan digerai makan, tempat kerja Gaeul. Gadis itu hidup sebatang kara di kota raya Seoul ini. Suga masih tidak sedap hati kerana kebelakangan ini, dia terasa loya-loya dan mengidam pelik-pelik untuk dimakan. Dia mengesyaki Gaeul mengandung anaknya. Dia tersenyum sendiri apabila melihat perkembangan Gaeul setiap hari. Menjadi stalkernya setiap hari adalah salah satuu rutin harian Suga.

Beberapa bulan kemudian,

Suatu hari,  Kookie datang bertemu Gaeul di hadapan rumah Gaeul.

“Saya mintak maaf.” Kata Kookie.

“Saya dah maafkan. Bukan salah awak. Macam mana dengan Yeri, dia sihat?” Kookie membalas pertanyaan Gaeul dengan pandangan sayu.

“Saya dah tahu. BTS dah bagitahu, awak dah bersama Yeri kembali kan?” Gaeul membalasnya dengan senyuman sambil mengusap perutnya. Walaupun hatinya sakit, dia tidak boleh menyalahkan Kookie. Ini semua salah Suga. Suga patut dan layak disalahkan.

“Gumawo. Awak tahu awak bidadari yang baik yang dihadiahkan kepada saya.”

“Cukup dengan pujian awak tu..”balas Gaeul. ‘ia lebih membuatkan hati saya semakin sakit.’ Hati kecil Gaeul berteriak.

“Baby sihat?”

“Sihat. Macam awak tengok, dia semakin membesar.”

“Boleh saya sentuh?” Tanya Kookie. Gaeul mengangguk. Lalu, Kookie menyentuh lembut perut gaeul. Gaeul menahan sebaknya. ‘Jika dialah bapaknya… aku tidak perlu bersusah payah seperti ini..’ hati kecil Gaeul bereteriak lagi. Kali ini air matanya mengalir. Dia cepat-cepat menngelap pipinya.

     Suga yang berang melihat Kookie menyentuh Gaeul dari cermin keretanya, dia mahu turun dan menumbuk muka lelaki yang berani menyentuh Gaeul dan babinya. Suga menahan amarahnya lalu berlalu pergi.

“Awak menangis?” soal Jungkook.

“Ani, saya terharu awak sanggup berjumpa dengan wanita jijik ni lagi..”

“Ani. Awak tetap menjadi bidadari dihati saya. Suga selalu bercerita tentang awak kepada kami.”

“Suga??!” Gaeul membulatkan matanya. Kookie menagngguk. “Nae.”

“Awak dan suga dah berbaik?” Gaeul pelik. Kookie mengangguk lagi.

“Saya tahu awak bencikan dia, tak memaafkan dia.. tetapi bayi dalam perut awak ni perlukan seorang bapa. Bayi awak bakal lahir 5 bulan lagi.. ingat tu, dia perlukan seorang bapa..”

“Dia tak perlu seorang bapa, saya mampu menjaganya.” Gaeul melangkah memasuki rumahnya.

“Dia setiap masa ada bersama awak. Awak tak pernah sedar. Dia amat menyayangi awak lebih dari saya menyanyi awak. Dia mencintai awak lebih dari saya mencintai awak. Dia hanya mahu awak menerimanya..”

“Awak takkan faham perasaan bila seorang kawan baik awak merogol awak!” Gaeul menutup pagar rumahnya.

“Gaeul.. tolonglah..”

 

   Gaeul berjalan pulang dari tempat kerjanya. Dia berasa dirinya seperti diikuti oleh seseorang.

“Jika awak Yoongi, sila hentikan semua yang awak buat. Saya tak perlukan awak. Saya boleh besarkan anak ini tanpa adanya awak.” Kata Gaeul.

“Gaeul.. mianhae.” Suga betul-betul berada di belakangnya.

“Maaf awak dah lapuk.” lalu Gaeul berjalan pergi tanpa memaling ke arah belakang.

      Yoongi tidak dapat menahan sebaknya, lalu cuba mengejar gadis itu tetapi langkahnya terhenti. Dia tahu gadis itu amat membencinya.

     Yoongi pulang dengan mabuk. Dia membaling semua barang di ruang tamu. Dia memecahkan barang di atas almari dan menjerit.

“Wae?!!!!!” “Waeee?!!!” teriaknya. Kookie yang terkejut cuba menghentikannya.

“Hyung???” kookie cuba memberhentikan perbuatan Yoongi itu, tetapi Yoongi menolak Kookie ke lantai. Kookie cuba melawan. Lalu sebijik tumbukan di muka Yoongi. Yoongi terjatuh tersembam. Dia masih tidak mahu mengalah.

“Sampai bila hyung nak mabuk-mabuk macam ni?”

“Sampai aku mati lah sial!” Yoongi bagun dan menolak kookie jatuh.

“ARGHHH, kenapa susah sangat dia nak terima aku???!! Kenapa?? Aku mencintainya.. sungguh.. sangat!!” Yoongi mencapai kerusi di sisinya dan mencampaknya ke cermin.”PHANGGG!” Cermin itu pecah dan berkecai dilantai. Kookie tersentak dan kaku seketika.

"Hyung.."

*****

 

       Yoongi membelek-belek gambar dia bersama Gaeul semasa mereka masih bersekolah dan bergelar 'kawan'. Sememangnya Gaeul kawan baiknya, tetapi dia mencintai Gaeul lebih dari seorang sahabat. Dia mencium sapu tangan milik Gaeul yang pernah dihadiahkan kepadanya suatu ketika dahulu.

 

“Kau rasa Suga hyung okay ke?” Tanya Jimin.

“Chim, aku pun tak tahu nak pujuk Gaeul macam mana.. Aku tahu Gaeul lembut hati orangnya. kita hanya percaya pada takdir okay..” Kata Rapmon sambil menepuk bahu Jimin yang risau akan hyungnya.

“Esok aku mahu ke kubur Jin, kau mahu ke mana?”

“Aku mahu melawat Taehyung dan J-hope.” Jimin tersenyum.

“Kita pergi sama-sama, lagi pun semua tu kawan kita. Friendship never end right?” cadang Rapmon. Jimin mengangguk.

 

Keesokkan harinya,

 

“Anak mama, kita nak pergi check up ni..” kata gaeul sambil mengusap perutnya yang semakin baby bump. Suga tersenyum sambil berlindung di sebalik pokok mengharapkan Gaeul tidak dapat melihatnya.

“Anak mama, agaknya papa kamu ikut tak mama harini?” kata-kata itu membuatkan jantung Yoongi berhenti seketika. ‘papa?’ hati kecil Yoongi berbisik.  Gaeul tersenyum sendiri. Gaeul pun menaiki bas. Cepat-cepat suga memasuki bas tersebut.

    Dia mengikuti dan memerhati gadis yang dicintainya itu. Akhirnya mereka sampai ke klinik. Dia mengikuti Gaeul tanpa pengetahuan Gaeul.  Gaeul menunggu namanya dipanggil. Yoongi hanya memerhati dari cermin di luar klinik.

 

“Baby puan sihat, puan dah tak boleh buat benda-benda berat, puan perlu banyak rehat untuk perkembangan baby. Banyakan minum minuman tenusu dan tinggi calsium untuk pembentukan tulang baby, bayakkan berinteraksi dengan baby supaya dapat mengeratkan hubungan baby dengan puan dan husband puan.” Kata Doctor Hana.

“Husband?”

“Mana husband puan?”

“Oh, dia ada di luar. Nurse tolong panggilkan dia..”

*

“Encik Min Yoongi? Puan Gaeul dan Doctor Hana panggil.” Jururawat itu menjemput Suga yang tercegat di luar klinik seperti perompak itu untuk masuk ke dalam. Suga masih blurr dan hanya masuk mengikut arahan Jururawat itu.

  Suga melangkah masuk kedalam bilik pemeriksaan.

“Encik Min, suami puan Gaeul ye?” mendengar pertanyaan dari Doctor itu, muka Suga berubah merah. Dia memandang Gaeul yang tersenyum melihatnya. Dia membuat muka blurrnya. Gaeul membalas dengan mengjongketkan bahunya tanda tidak tahu apa-apa.

“Encik Min perlu tolong puan Gaeul untuk kurangkan bebannya. Kerap berinteraksi dengan baby seperti bercakap, menyanyi atau apa-apa supaya baby dapat mengenal suara bapanya. Ini untuk menjalinkan hubungan yang baik kepada baby. Erti kata lain, Bounding.Ini gambar baby awak hasil ultrasound..” Doctor Hana memberikan sekeping gambar janin hasil ultrasound. Lengkap berbentuk seperti dijangkakan. Yoongi hampir menangis apabila melihatnya, tanpa disedari dia memeluk erat Gaeul. Gaeul kaku. Jantung Gaeul berdegup kencang. Mukanya berubah merah seperti tomato.

  

   Mereka bergerak pulang, tetapi tidak bersuara. Masing-masing membisu. Lalu Gaeul menggenggam jari jemari Suga. Suga terkejut dan memandang Gaeul dengan pelik.

“Wae?” Suga pelik. Gaeul membalasnya dengan senyuman.

“Gaeul-ssi, gumawo untuk hari ini.. ini dah bahagiakan saya…” Kata Suga terharu, Gaeul hanya membalasnya dengan senyuman manisnya lagi.

“Gaeul-ssi, Mianhae buat awak macam ni.. maaf sebab…” tidak sempat Yoongi menghabiskan ayatnya, Gaeul mencium lembut bibir lelaki itu membuatkan kata-kata Yoongi terhenti. Yoongi menikmati ciuman pertama mereka. Ciuman itu tidak perlu dicurinya, ini diberi atas kerelaan hati gadis itu.

“Simpan maaf awak yang lapuk tu. Saya dah maafkan awak. Terima kasih kerana tidak putus asa mengejar saya.” Air mata Gaeul mula mengalir. Cepat-cepat Yoongi meneglap air mata gadis yang dicintainya.

“Saya yang perlu berterima kasih terhadap awak . Terima kasih sebab masih terima saya walaupun banyak benda yang jijik saya telah lakukan pada awak. Terima kasih sebab selamatkan saya dari kebakaran itu..”

“Macam mana awak tahu?” Gaeul terkejut.

“Kesan terbakar di tangan awak itu, walau awak cuba tutup scar tu, saya tetap dapat melihatnya.”

“Terima kasih pada pakcik bomba yang selamatkan saya dan awak..” Gaeul mencuit hidung Yoongi. Yoongi memeluk Gaeul dengan erat. “ I love you and I mean it.” Kata Yoongi. “Me too.” Jawab Gaeul ringkas.

 


 

 

 “Berita baiknya adalah..Suga hyung dan Gaeul bakal berkahwin dalam bulan ni..” terang Jimin dengan gembira.

 

“Moa??!!! Whatta….” Taehyung ternganga tidak percaya akan apa yang diberitahu Jimin. Jimin mengangguk.

 

“Berkahwin selepas dah ada anak??! Jinja michigo! Gila! Diaorang memang gila! Daebak!!” Taehyung menghentakkan kepalanya di cermin kaca.

“Woih-woih jangan buat gila. Nama anak mereka ialah Min Haru. Baby Girl. Hope akan keluar tahun depan. Namjoon dah release-kan lagu baru. Kookie dah Clash dengan Yeri. Sekarang dia bukan main tangkap cintun sama itu Halla the ark. Tu lagi satu masalah si mamat tu. Kalau dia dah suka.. anggau bukan main. Aku je still single.” Terang Jimin.

“Nama yang cantik bukan? Cis, Aku pun bakal keluar tahun depan kalau peguam tu pandai kamcen dengan hakim. Boleh la hangout dengan korang dan dating dengan staff nurse Jin aku. Kau single-single perlu berhati-hati, jangan gatal nak rembat awek aku macam hyung kau tu buat. Aku siat kulit kau! Haha. Kalau Jin ada, mesti dia gembira kan kita kembali macam dulu.” Taehyung tunduk sebak mengenangkan hyung kesayangannya.

“Nae. Kau tahu.. kadang-kadang aku masih rasa Jin still hidup, dan dekat dengan kita..” Jimin menahan air matanya.

“Jin is our Angel. Guardian angel. Our hyung forever. Dah, dia tak suka tengok kita sedih.” Taehyung tersenyum kembali.

“But the way, Rapmon releasekan lagu apa?” Tambah Taehyung menyoal Jimin.

“Butterfly..” kata jimin sambil melebarkan senyumannya.

 



 

♦ Jin, Thank you.

      Namjoon sedang mengemas pita rakam milik Jin, Dia tersenyum sendiri apabila menemui banyak pita rakaman. Pasti banyak kenangan BTS bersama ketika susah dan senang. Tiba-tiba dia terlihat sepucuk surat di antara pita rakaman milik Jin. “Surat?” lalu dia membukanya,

Dear BTS,

Hi, annyeong. Its, me Jin-ahh.

Jika suatu hari, Sesiapa terjumpa surat ini.. Ini bermakna aku sudah tiada di dunia ini.

Aku tahu suatu hari aku akan pergi sebab keadaan aku sekarang dah kritikal, tiada harapan untuk hidup.

Ini kali pertama aku tulis surat untuk ahli BTS. Aku harap semua dapat terima hakikat ini.

1. Namjoon,

Thanks sebab sudi jadi sahabat aku. Yes, sahabt baik aku hidup dan mati aku, susah senang ku. Tiada yang setanding kau, Namjoon.

Walaupun kau ni nampak garang, sebenarnya kau sensetif. Haha.

Aku akan sentiasa rindu kau, Kau tahu.. Aku sanggup buat apa sahaja untuk Kau.Teruskan berkarya kawan.

Maaf, aku tak boleh tunaikan janji kita untuk teman kau smapai kau mati.

Sahabat sampai mati. Friendship never end huh?! Aku minta maaf. Jinja Mianhae.

 

2. Suga,

Aku tahu kau ni kuat tidur. Kau perlu kurangkan tabiat tidur kau tu.

Kalau tak, macam mana kau nak kahwin? Haish.

Macam mana nak jadi ketua keluarga?

Aku tahu kau suka siapa, dan kau kena kuat. Dari pandangan mata kau, aku tahu kau yang sangat cekal. Jadi, kau jangan pernah putus asa. Aku tahu putus asa tak pernah muncul dalam kamus hidup kau kan?

Aku tak boleh sentiasa jadi pendengar setia masalah kau.

Aku harap hadirlah seorang insan menjagamu. Fighting! Saranghae.

 

3. J-hope,

Hopie, kau kene buang tabiat mengigau tu. Maju lah sikit kawan. Haha.

Hopie, kehidupan ni masih panjang,jangan ambil jalan mudah.

Hopie, Kau tahu kau lah orang yang paling ceria dalam group ni.

Walaupun kau dalam masalah, kau tetap senyum walaupun senyuman yang kau lempar tu senyuman pahit yang aku dapat rasai.

Kau tak pernah menangis depan kami, tapi kau menangis sendiri jauh dari kami.

Aku tahu kau akan hopeless selepas kematian aku. Jangan risau, walau aku tiada di sisi kau…. Aku tetap kawan kau. Aku akan muncul bila kau perlukan aku okay? Janji kau teruskan hidup.

 

4. Taehyung,

Hyung tahu kau selalu buat masalah. Tapi semua masalah dapat diselesaikan dengan baik.

Jangan pernah lari dari masalah. Hadapi dengan kuat.

Jangan pernah lupa hyung. Hyung sentiasa berpihak pada kau.

Sentiasa ada bila kau memerlukan. Walaupun hyung dah tiada didunia ni.

Thank you for born Taehyung. Terima lah hakikat dan takdir mu.

Aku tidak sentiasa berada didunia ini untuk mu, tae. Mianhae. Saranghae.

 

5. Jimin,

Yah Jimin! I will miss you badly.

Kau jangan sesekali nak ikut aku ye.

Aku tahu tak ada siapa yang akan pujuk kau bila gaduh dengan Rapmon.

Jangan risau, kau akan dapat Jams kau balik. Jangan cepat terasa dengan Namjoon. Dia bukan matang sangat. Haha.

Aku tetap akan jadi Omma kau walaupun aku tiada di hadapan mata kau.

Jangan lupa janji kau, yang kau akan menjadi penyanyi Vokal yang terbaik seperti bias kau, Taeyang. Aku nak lihat kau nyanyi atas stage dengan megahnya.

Mianhae.

 

6. Jungkook,

Uri Maknae. Buang tabiat kau yang suka mencuri makanan orang! HUH. Kurangkan tabiat kuat merajuk tu, sebab aku  dah tak boleh nak pujuk kau.

Uri maknae, cuba lah setia pada yang satu dan hargainya selagi  dia masih disisi.

Uri  maknae, jangan nakal-nakal. Jagalah hyung-hyung kau sementara aku tiada disisi . 

Aku sayang kau sangat walaupun kau ni degil dan suka ambil hati aku semata-mata nak makanan aku.

Aku akan rindu semua yang kau buat.

Aku anggap kau seperti adik kandung aku.

Aku harap kau sayang aku jugak.

 

Lastly, Bts,

Aku akan rindu ‘Kita’.

Rindu. Rindu serindunya. Jangan lupa aku. Datanglah ke perkebumian ku, lihat mayat ku buat kali terakhir. Lihat wajah ku buat kali terakhir. Lawati kubur ku setiap minggu. Aku sangat hargainya. Ingat WE ARE STILL FRIENDS.

Aku akan sentiasa sayang ‘Kita’.

Aku akan mati dengan tenang . Aku harap korang sentiasa bahagia dengan hidup korang. Hargai orang disekeliling korang. Hargai hidup ini. The beautiful moments is with you guys. No regret. In the mood of love.

-Jin

 

 

 

    Namjoon tidak dapat tahan sebaknya, air matanya mengalir deras. Surat itu dipeluknya erat. Kasih sayangnya terhadap sahabat baiknya itu amat mendalam. “Aku juga merinduimu sahabat…”hati kecil Namjoon berbisik.

“Lagu ini aku tujukan khas untuk Jin..seperti yang aku janjikan, hadiah untuk penderma mata ku..” kata Namjoon sambil melihat pita rakam ketika BTS bersama, yang dirakam oleh Jin. Dan memeluk surat tersebut. "kau pasti gembira melihat kehidupan kami sekarang. Thank you, Jin."

“We all love you. Termasuk Army amat menyayangi mu.”

 

 

Fuga de cerebros

 

   

 

From here to eternity Regular

 

This fanfic is semperna hadiah Hari jadi Jin. Walaupun Jin tak reti bahasa malay, tapi hadiah ini untuk army yang faham juga. Readers that's all from me. harap anda suka. Sila tingalkan comment.. Part mana yang paling Readers gemari?? sila tinggalkan pendapat anda ^^ Sorry kalau bosan. Sebenarnya, author tak ada keyakinan untuk publishkan cerita ni, takut readers tak suka. Mianhae. harap suka Happy ending. ^^

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
BarmyDew
Part II is update. The final part. Harap suka, jangan lupa tinggalkan pendpat anda :)

Comments

You must be logged in to comment
hollyeu
#1
Chapter 2: Kenapalahhh saya baru jumpa cerita ni sekarang?? this is a masterpiece! you're so good portraying their characters and the scenes.. like wow, saya tak expect pun diorg semua boleh berkait rapat dgn jin walaupun cerita diorg sume lain-lain. dan yg paling menyentuh hati saya masa jin bg mata dia kt rapmon, pastu masa v kt balai, and then masa jin bg surat, and then-- eyy, sape letak bawang kt depan aku nieyyy.. T^T
anyways cerita ni memang sangat layak untuk di upvote! <3
*sorry sbb membebel panjang2 :'D pls don't hate me xD
NurRahSyaXD #2
Chapter 2: Surat jin buat saya nangis. Saya terpikir. Macam mana kawan saya kalau saya takde. Dia ingat ke saya? Dia masih anggap saya kawan tak? Author. Terima kasih sebab buat saya sedar yang saya masih ada kawan yang akan setia dengan saya InsyaAllah.
KimAlien
#3
Chapter 2: Sumpah mata sakit sbb tahan air mata ini sebelum menetes ke pipiku. . Huhuhhu gempak ah !
UUUUUUUU #4
serius saya suka cerita gaeul x suga x jungkook, namjin
semualah best sangat sangat
feeling habis!
mynameisNARA
#5
Chapter 2: Weyh.. sedihnyaaa *sorry for the informal*
Palingahhhhh tears everywhere . Btw I like this
I'm jin's fan and I like it so much *thumbs up*
Yuhan48 #6
Chapter 2: *tears everywhere*..huhuhu..dae to the bak lah story ni...good job..nanti promote lah fanfics baru awak kat wall saya lagi...
axelblaze
#7
Chapter 2: maigak! wtf lah nangissssss.. jatuh ego beta.. jatuh title hati batu..
*salute*
syafizAd #8
Chapter 2: Nangis baca fanfic ni :')
pikahbajet #9
Chapter 2: tang surat jin tu....tersentuh hati cek....huhuhuhu......