TODAY..WITH THE WEIRD GUY,MINGYU

SEVENTEEN & LOVE MISSION~

‘Huhh..dah selesai untuk hari ni..’

Heera mengelap peluh yang menitik di dahinya dengan sehelai sapu tangan berwarna biru muda.Dia memerhatikan keadaan bakerinya.Kosong.Makanan pun dah hampir habis.Senyuman mula terbit di bibir Heera.Namun hanya sementara.Reaksinya kembali dingin.

Dia berjalan ke arah papan tanda yang diletakkan di pintu masuk bakerinya itu.Baru sahaja dia ingin menukarkan papan tanda itu dari ‘Open’ kepada ‘Close’,sesuatu tiba-tiba menghempap pintu kaca bakerinya itu.

Heera apa lagi,terkejutlah!Dia terundur ke belakang sedikit.Dia mengecil dan melebarkan semula matanyauntuk mengkaji apakah benda yang menghempap bakerinya tadi.

 

Manusia....yang sedang mengaduh kesakitan...

 

‘WAA!CIK!!TOLONG JANGAN TUTUP LAGI BAKERI NI!!HUWAA!CIK TOLONGLAH!!!EMERGENCY SANGAT NI!!CIK!!HUWAA!!’

Jeritan kuat manusia tadi sekali lagi mengejutkan Heera dan membuatkan dia berundur setapak sekali lagi.

‘TOLONGLAH!!CIK!SAYA MERAYU NI!!HUHU....’

 

Jeritan itu kembali mengejutkan Heera.Aish..Heera menggelengkan kepalanya apabila mendengar jeritan kuat manusia lelaki itu tadi yang tidak henti-henti merayu.Buat malu sahajalah!

Heera kembali melihat manusia lelaki itu tadi.Aihh...Heera terkejut dan dalam masa yang sama hairan.Adoiii...menangis pulak lelaki tu...Macam mana ni!!Masalah betul!Entah-entah orang sakit jiwa kut!

Maka Heera tiada pilihan lain.Dia membuka kembali bakeri itu.Lelaki yang tadinya sedang melutut itu kembali bangun sambil mengelap air matanya manakala Heera memaparkan muka malas bercampur dingin.Lelaki ni memang buat masalah lah!

Lelaki itu tersenyum senget memandang wajah Heera yang dingin.Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal dan masih lagi memandang wajah Heera yang tidak berubah langsung.

Heera hanya menjeling sekilas lelaki itu.Dengan matanya yang sedikit sepet,kulitnya yang putih mulus,bibirnya yang berwarna merah dan senyumannya yang menawan,memang boleh membuat kesemua perempuan terpikat dalam masa yang singkat.Namun hati Heera tidak bergetar langsung memandang muka lelaki itu.

‘Err..saya nak sebiji kek strawberi boleh tak?’

Lelaki itu bertanya kepada Heera dengan senyuman senget yang masih lagi terlekat di bibirnya.Giginya yang putih suci dan berbaris elok juga ditonjolkan kali ini.Tangannya pula berubah posisi dari menggaru kepala yang tidak gatal kepada memegang belakang tengkuknya.

Heera mengeluh seketika sebelum pergi ke arah bahagian kek untuk memeriksa kek yang ingin dipesan lelaki tersebut.Dia memerhatikan bahagian kek itu.Hanya mempunyai kek berperisa coklat.Lalu dia mengeluh sekali lagi sebelum kembali ke kaunter di mana lelaki itu berada.

‘Maaf encik,kek strawberi dah habis.’

Heera berkata dengan selamba tanpa memandang muka lelaki itu langsung.Dari pandangan tepi,dia dapat melihat lelaki itu menunjukkan muncungnya.Namun kemudian kembali tersenyum senget semula membuatkan Heera hairan.Sah!Mamat ni memang sakit jiwa!

‘Err..kalau macam tu..bahan nak buat kek strawberi ada tak kat dapur?Boleh tak cik buatkan kek tu?Saya akan tolong!Emergency sangat ni!’

Heera melebarkan matanya apabila mendengar butir-butir ayat yang dikeluarkan lelaki tadi.Gila ke?Dia memandang muka lelaki itu dengan pandangan tajam.

‘Apa yang saya dapat jika saya buatkan kek strawberi tu sekarang juga?’

Heera kembali menyoal lelaki itu.Lelaki itu mengurut dagunya tanda berfikir seketika sebelum  dia tiba-tiba tersenyum gembira.

‘Ha!Cik akan dapat duit bonus!’

Heera memandang bosan lelaki itu.Biar betul mamat ni!Heera masih lagi tidak berpuas hati akan jawapan lelaki pelik itu.Dia kembali menyoal lagi lelaki itu.

‘takkan itu je!Lagi?’

Lelaki itu mengurut dagunya sekali lagi sambil Heera masih lagi memandang bosan lelaki itu.Lambat betullah mamat ni!Aku nak tutup bakeri dah ni!30 saat berlalu,lelaki itu mula tersenyum semula.

‘Ha!Cik suka patung rilakkuma tak?Saya ada banyak tau kat dalam bilik!Apa kata saya bagi kat cik dua!Satu yang besar dan satu lagi yang sederhana!Ini limited edition punya patung tau!Ha!Amacam?Cik nak tak?!’

Mata Heera tiba-tiba sahaja bercahaya apabila mendengar perkataan ‘Rilakkuma’.Macam mana mamat pembawa masalah ni tahu yang dia memang minat gila pada Rilakkuma!Namun muka Heera kembali bertukar dingin semula.

Lelaki itu mengeluarkan telefon pintar berjenamanya untuk menunjukkan gambar patung tersebut apabila menyedari gadis itu kelihatan berminat walaupun dengan muka dingin.Dia lantas menunjukkan gambar patung itu di hadapan muka Heera.

‘Ha!Ni lah dia!Comel tak!!??’

Mata Heera menjadi semakin bercahaya apabila melihat gambar patung-patung itu.Memang comellah!!Kini Heera sudah tidak dapat menahan lagi perasaannya.Kerana patung Rilakkuma,Heera akhirnya bersetuju juga dengan nada geram.

‘Ok FINE!Jom kita pergi buat cepat!Saya dah nak balik ini!’

Lelaki pelik itu mula melompat gembira sambil menuju ke dapur bersama-sama Heera.Fuhh..nasib baik gadis ini sudi membantunya!Dia tiada bakeri lain lagi untuk pergi kecuali bakeri ini!

 

DAPUR

‘Okay,Mula-mula kita sediakan blablablabla....’

Lelaki itu mendengar dengan tekun apa yang dikatakan oleh Heera.Kali ini,dia tidak boleh main-main lagi,mahunya gadis ini berputus asa dan tidak mahu menolongnya,mampuslah dia dibelasah oleh rakannya yang lain!

Mereka terus membuat kek itu dengan cermat tanpa sebarang bunyi langsung dari Heera tetapi pelbagai bunyi dari lelaki yang dianggap pelik oleh Heera itu.

‘Cik,yang ni nak letak mana?’

‘Cik,susu cik letak kat mana ya?’

‘Cik,strawberi kena goreng ke?’

‘Cik,macam mana nak letakkan vanila ni?’

Heera hanya perlu bersabar dengan lelaki itu untuk mendapatkan patung Rilakkuma itu.Kalau diikutkan,dah lama dah dia sepak lelaki ini sampai ke Vietnam!

‘Cik..ad..’

Heera mendengus geram apabila sekali lagi mendengar suara lelaki itu.Akhirnya dia mula mengumpulkan tenaga untuk berkata atau berceramah sedikit kepada lelaki itu.

‘Encik, kalau encik nak saya teruskan dengan misi membuat kek ni,baik encik senyap dan hanya ikut apa yang saya buat sahaja boleh?’

Lelaki itu tidak memberi respon sebaliknya melangkah ke depan dan merapatkan dirinya dengan Heera.Heera hanya membuat muka menyampah tanpa berundur ke belakang sedikit pun berlainan dengan reaksi beberapa perempuan lain yang terus mengundur ke belakang.Dia masih lagi melekatkan muka menyampah bercampur dingin dengan senyuman sinis di mukanya.

Lelaki itu semakin menapak ke depan dan mendekatkan mukanya dengan muka Heera sehingga Heera boleh mendengar deruan nafas lelaki tersebut.Muka Heera sedikit berona merah namun dikawal dengan kedinginannya.

Lelaki itu hanya tersenyum kecil sebelum jarinya mengelap sedikit krim kek di bibir Heera.Dia kemudiannya tersenyum nakal bercampur sinis kemudian menjilat jarinya yang diselaputi krim yang tadinya berada di bibir Heera membuatkan Heera terkejut namun terus bertukar dingin.

‘Cik,ini kiranya INDIRECT KISS tau!and...kek cik memang sedap!’

Heera hanya menjeling sekilas lelaki itu sebelum berpusing ke belakang untuk menyambung membuat kek strawberi itu.Hakikat di dalam hatinya,dia sangat malu!Tak guna punya mamat pelik!Suka hati dia je buat macam tu kat aku!

Lelaki itu pula hanya terkekeh ketawa melihat reaksi Heera dan mereka terus bersama-sama membuat kek tersebut dan kini tanpa bunyi dari lelaki tersebut.Lelaki tersebut lebih mengambil langkah untuk diam kerana takutnya nanti kena hempap dengan Heera!Bahaya tu!

 

-20 Minit Kemudian

Kini kek itu sudah siap sepenuhnya.Di atas kek tersebut,tertulis ayat berangkai

TO OUR MINGHAO,

HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!

LOVE U FOREVER THE 8,

WITH LUV-SEVENTEEN

 

Heera merasakan yang dia pernah mendengar nama Minghao dan Seventeen namun gadis itu hanya mengendahkan perasaannya itu.

 

‘Terima kasih banyak-banyak tau cik!Minta maaf kalau menyusahkan cik tau!Nah,ini duitnya.Beserta dengan duit bonus..and,cik ambillah nombor telefon saya ni supaya jika cik ada masa,cik bolehlah telefon saya untuk dapatkan patung Rilakkuma tu!’

 

Heera hanya mengangguk malas dengan muka dinginnya namun tiba-tiba matanya terbuka luas dan menjadi bulat apabila pipi kanannya berasa hangat dan disentuh sesuatu tiba-tiba.

 

Benda itu ialah...Bibir...

 

Dia memandang bulat lelaki itu tetapi lelaki itu hanya tersengih seperti kerang busuk dan kemudiannya menghulurkan sehelai sapu tangan berwarna jingga kepada Heera.

 

‘Cik gunalah sapu tangan ni kalau nak sapu bekas ciuman tu.Hehe...By the way,nama saya Kim Mingyu ya!Nama cik Jung Heera kan?’

 

Heera hanya mengangguk selamba dan masih lagi memandang malas Mingyu.Mingyu pula kembali menilik jam tangannya.Tiba-tiba sahaja mukanya bertukar cemas.

 

‘Err..cik!saya pergi dulu ya!Tata dan terima kasih sekali lagi!’

 

CHUPP!

 

Sekali lagi ciuman pipi dihadiahkan oleh Mingyu kepada Heera tetapi kali ini di pipi kiri membuatkan mata Heera menjadi bulat sekali lagi.Gadis itu memandang bayangan Mingyu yang sudah hilang.Cepat betul mamat tu lari!

 

Heera menggelengkan kepalanya sebelum menyentuh kedua-dua pipi kiri dan kanannya yang dicium oleh Mingyu.Dia mengambil sapu tangan jingga yang diberi Mingyu tadi lalu mengelap pipi kirinya tetapi pipi kanan langsung tidak diusiknya.

 

‘Aku akan simpan ni...Kim Mingyu..’

 

Dengan itu,senyuman kecil Heera terbit khas untuk lelaki pelik yang bernama Kim Mingyu.

 

‘Today..With the Weird Guy,Mingyu’

 

 

-Posisi Mingyu

 

‘Saengil Chukkae Hamnida!’

‘Saengil Chukkae Hamnida!’

‘Saranghaneun Xu Minghao!’

‘Saengil Chukkae Hamnida!’

 

Hari lahir The8  yang ke-18 telah disambut dengan meriah sekali dan Seventeen yang lain turut bergembira kecuali seorang..

 

‘Oi Mingyu!Kau ni kenapa?Hari lahir aku kau boleh pulak angau duduk kat sini sorang-sorang sambil tersengih-sengih macam kerang busuk!!’

 

Bahu Mingyu ditepuk oleh The8 apabila lelaki berketurunan cina itu menyedari rakannya yang seorang ini asyik tersengih seorang diri seperti orang sakit jiwa.

 

‘Hehe..tak ada apa-apalah..’

 

The8 hanya menggelengkan kepalanya sebelum menepuk bahu Mingyu kali kedua dengan kuat agar lelaki itu memandang ke arahnya.

 

‘Aku nak pergi tandas dulu!Bye~’

 

Mingyu hanya mengangguk.Dia kembali tersengih sambil menyentuh bibirnya sendiri.Dari tadi lagi nama dan bayangan seorang perempuan berlegar di mindanya.Siapa lagi kalau bukan Jung Heera.

 

‘Ngee~Tak percaya aku cium Heera..Hehe..dia memang comel..I think..Aku,fall in love..Nae,Jatuh cinta!’

 

Dan sepanjang hari itu,Mingyu asyik mengulang perkataan yang sama..

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
exo_seventeen_hanmin #1
Chapter 1: Update soon!!! Crita ni daebak!!!
starlight_miss
#2
Chapter 1: hahaha... mingyu gatal! but I love it!
haha.. tetiba berubah mood gatal plak