Sekolah, Asrama dan Kawan Baru

C.U.N : Club Under Nineteen

BAB 1 : SEKOLAH, ASRAMA DAN KAWAN BARU

♛♛♛♛♛

Koreana High School tersergam indah di tengah-tengah kota Seoul, dan hari ini merupakan hari pendaftaran bagi pelajar-pelajar asrama sekali gus menetap di sana bermula pada hari ini. Mahu tidak mahu, terpaksalah pelajar-pelajar merelakan diri berjauhan daripada keluarga terutamanya 'kanak-kanak riang' yang masih tidur di bawah ketiak emak. Tapi tidak ketinggalan juga ada pelajar yang gembira tak terkata sebab tinggal berasingan dengan keluarga mereka. Dapat hidup bebaslah katakan, dan orang-orang sebegitu sesungguhnya adalah orang yang tergolong dalam 'anak-anak bertuah' ya kakak-kakak dan abang-abang sekalian. Harap maklum.

Dan orang yang masih tidur di bawah ketiak emak yang dimaksudkan ialah, tidak lain dan tidak bukan, Jeon Jungkook, pelajar tahun pertama(Form 4) di Koreana High School. Tak sangka betul si Jungkook ni dah masuk Sekolah Menengah Tinggi (Form 4 - Form 6).

Tidak jauh dari kawasan sekolah, kelihatan Jungkook sedang mengheret bagasinya yang besar dan padat itu dengan malas sekali. Bagaikan dia sedang mengheret batu-bata saja jika dilihat dari ekspresi mukanya.

"Sampai hati omma tak hantar aku. Pertama kali kot aku tinggal kat asrama. Ini yang buat aku sedih ni. Nanti aku tak nak pulang baru tau. Biar diorang tahu rasa macam mana rindunya mereka bila kehilangan anak yang paling kena sayang~ Sedihnya...herrrr..." Sambil menangis, sambil itu Jungkook merungut. Yakin je kan si Jungkook ni yang dia anak paling kena sayang.

Matahari mula tegak di atas langit. Berpeluh-peluh Jungkook dibuatnya. Bertambah-tambahlah dia ingin menangis. "Herrr...panasnyaaa...Dugaan apakah yang menimpa diriku ini. Herrr...Ini semua sebab omma. Kalau naik kereta, taklah kaki aku rasa macam nak tercabut skru dia. Hik...hik...herrr... Takpe, lepas ni aku nak makan ayam goreng banyak-banyak. Herrr..." Aik, ke situ pula. Jauh benar lari topiknya. Bertambah kuat Jungkook menangis mengenang ayam gorengnya sambil mengesat air mata dengan muka naif sekali. Adeh! Sampai begitu sekali.

Jalan punya jalan, tiba-tiba sebuah kereta lalu dengan lajunya di sebelah Jungkook diikuti satu jeritan. Flat pula tu.

"Yah, Kookie-ahhh..!"

"Huk!" Tersedak air mata sendiri Jungkook mendengar suara itu.

Kelihatan V, rakan Jungkook, sedang mengeluarkan separuh tubuhnya di tingkap kereta sambil tersenyum 'byuntae' ke arah Jungkook. Bukan V yang byuntae, senyuman dia memang dah gitu sejak azali.

Seperti baru menemui cahaya kebahagiaan, Jungkook pantas mengejar kereta keluarga V bersama bagasinya yang banyak karenah itu. Bertuah punya kawan. Dia tengok aje Jungkook jalan kaki. Alang-alang dah nampak, ajaklah naik sekali.

"Hyung! V hyung! Gidaryeo!" Jungkook melambai-lambai sambil berlari tercungap-cungap. Tapi V terlebih dahulu memasukkan kepalanya semula ke dalam kereta. Adeh!

Ttak! Gedebush!

Bak kata orang, malang itu tidak berbau, begitu jugalah dengan bagasi Jungkook yang tidak berbau. Tiba-tiba saja sebelah roda bagasinya tercabut. Bagasi terlepas dari tangan dan terhempas di atas jalan konkrit. Sadis~

"Yahhh! Egh! Time ni juga kau nak patah! Kenapa?! Kenapa?! Katakan mengapa?!" Jungkook sudah naik geram. Ditendangnya beg jenama 'Kelbin Kelain' itu bertubi-tubi. Yup, bagasi Jungkook bagasi tiruan. Jadi ada masalah?

Dush! Dush! Dush!

Akhirnya, Jungkook termenguh sendiri mengenang nasibnya yang malang. Suram je muka Jungkook. Dia mengalah. Dadanya sebak semula. Oh, tidak~

"Hik...hik...herrr...omma!!!"

♚♚♚♚♚

"Hey, Jesshie shexy~"

Dengan bergayanya V keluar daripada kereta setelah berjaya meninggalkan Jungkook dengan sadisnya tadi. Dia cuba berlagak macho sambil membetulkan rambut hadapannya dengan gaya 80-an menggunakan tapak tangan. Maklumlah, dua orang pelajar perempuan sedang tergesa-gesa masuk ke dalam pagar sekolah.

"Kim Taehyung anak appa, jaga mata, jaga pemikiran, tanamkan niat di hati bahawa tujuan datang ke sini adalah untuk menimba ilmu, bukannya mencuci mata. Ingat itu." Appa V mula berceramah dengan lenggok percakapan sebijik macam Datuk Dr.Fazilah Kamsah. Maklumlah, appa V ni seorang pastor. Jadi anaknya haruslah berperangai baik gitu~

"Baiklah abeoji. Saya faham." V meletakkan kedua tangannya diperut, lalu menundukkan kepalanya dengan sopan.Tiba-tiba pulak V ni jadi anak mithali. Dalam hati, Tuhan ajelah yang tahu senyuman V dah serupa Saitonnirojim.

Setelah hampir 2 minit otak V dicuci dengan kata-kata pujangga, nasihat, perangsang semangat, hadis dan sewaktu dengannya, akhirnya Tuan Kim meninggalkan perkarangan sekolah. Tinggallah V dengan senyuman setannya di hadapan pagar sekolah.

"Muahaha...saya bebas! Oh my new school!" V berlari memeluk tiang pagar sekolah lalu dicium-ciumnya serupa beruk sedang memeluk pokok balak.

"Juhgiyo, juhgiyo..." Bahu V dicuit-cuit. V melepaskan pelukannya dan menoleh ke belakang dengan bingung.

"Di larang membuat perkara menjolok mata di sini. Kelakuan anda sebentar tadi tidak boleh diterima akal sama sekali. Harap maklum." Tersengih. Pengawal keselamatan itu bercekak pinggang sambil memandang langit dengan bangganya. Hari ini adalah hari pertama dia bertugas di sekolah ini dan dia harus bangga kerana telah menegur kesalahan seorang pelajar.

Selamba V mendekatkan mukanya ke muka pengawal itu. Dia memandang mata pengawal tersebut dan ke atas langit silih berganti. Dia hairan. Apa yang direnungkan pengawal itu?

Krik, krik...

Pengawal itu memandang V, dan V memandang pengawal itu, "Uhh?!"

Kedua-duanya melompat ke belakang. V tersengih.

"Maaf! Maaf!" Terus lari masuk sekolah.

♛♛♛♛♛

Sementara di dalam kawasan sekolah, kelihatan seorang pelajar lelaki sedang menaiki unicycle mengelilingi taman. Nampaknya, kehadiran lelaki itu menarik perhatian ramai pelajar.

"Ommo~ sunbae, anyeong! Nah, ambillah coffee saya ni."

"Eo, uri 'Kai'. Gomawo."

Sesaat kemudian...

"Baek! Fulamak! Lama tak jumpa bro. Kau apa khabar bro?"

"Yo bro! Baik bro. Aku cau dulu bro! Kaebsong~"

Dua saat kemudian...

"Ommo sunbae-ah, anyeong! Makin handsome nampak."

"Neh, anyeong. Gunalah Qu' Puteh. Boleh beli dari saya terus ye. Nanti saya bagi diskaun. Jangan lupa tau. Kaebsong~"

Tiga saat kemudian...

Baekhyun-ah, sunbae-ah, Baekhyun-ah, sunbae-ah...dan begitulah seterusnya. Dari tadi lagi nama Baekhyun tak berhenti-henti disebut. Hidung Baekhyun mula kembang kempis. Tengok betapa popularnya dia. Ya, Baekhyun sendiri perasan itu. *Flip rambut*

"Wah, ini adalah kenyataan. Kepopularitian(?) ku memang tak dapat disangkal lagi. Inilah peluang aku nak promot Qu' Puteh dekat semua. Muahaha. Cer try sikit."Baekhyun bersiap sedia meletakkan jarinya di pipi. "Qu' Puteh, Qu'Puteh, baru..."

"Baru padan muka kau! Monyet!"

Gedebuk!

"Aduh! Tolong aku woi! Punggung aku retak woi!" Baekhyun menggosok-gosok punggungnya yang terhentak di lantai. Kopi yang tadi turut tumpah dibajunya. Monyet mana pulak yang langgar Baekhyun ni?

"Aigoo, aigoo...apo!" V menghentak-hentak tapak tangannya di lantai menahan sakit dalam posisi 'cat pose'. Kemudian dia menggosok dahinya yang benjol kerana terhantuk dengan kepala Baekhyun. Kepala ke batu? Bukan lagi sakit semacam, ini dah bermacam-macam.

"Kau langgar aku apa kes? Tak nampak ke aku naik unicycle tu. Adoi!"

V tergesa-gesa berdiri lalu meletakkan tangannya diperut, dan menundukkan badannya berkali-kali. "Saya minta maaf. Pelajar perempuan tu nak pukul saya. Saya pun larilah..." V berhenti seketika. Apa lagi, mulalah perangai alien dia nak keluar. Tiba-tiba je V tersenyum 'byuntae', dan...

"Sorry Sorry Sorry Sorry

Naega naega naega meonjeo

Nege nege nege

ppajyeo ppajyeo ppajyeo

beoryeo baby."

Baekhyun terangguk-angguk mengikut rentak lagu V, walaupun sebenarnya dia tengah pelik dengan kelakuan pelajar baru itu saat ini. V dengan selambanya melakukan tarian 'gosok tapak tangan' itu di hadapan Baekhyun tanpa perasaan malu.

"Chakanman..." Baekhyun mengerling ke atas seperti teringatkan sesuatu. Dia memandang V semula, mencuba untuk mengecam wajah V, dan sesaat kemudian dia memetik jarinya.

"Mon-yet! Kau Mon-yet, kan? Betul tak cakap aku?"

Okay, giliran V pula yang terdiam dan bingung. Dia berhenti menari dan menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Mon-yet? Apo kehe pula dengan Mon-yet? Binatang apa pula tu? Sekali dengar, macam bahasa Siam pula.

"Mon-yet? Dugu? Naega?" V menunjuk dirinya sendiri. Baekhyun mengangguk.

"Yah! Ni akulah, Baekhyun. Baekhyun hyung! Tak ingat ke? Dulu masa kecik-kecik, kita satu sekolah. Kami panggil kau Mon-yet sebab dulu kau pernah kena ludah dengan Orang Utan. Bwahahaha!" Baekhyun sudah tergelak terbahak-bahak. Sakit perutnya teringat kisah lama. "Sejak insiden tu, kami pun panggil kau Mon-yet sebab Monyet ialah saingan kepada Orang Utan. Mungkin Oran Utan tu anggap kau sebagai saingan dia kot. Bwahahahaha! Uhuk! Uhuk! Uhuk!" Baekhyun tersedak air liurnya sendiri. Padan muka.

'Ini langsung tak lawak, okay. Menyakitkan hati adalah.' Fikir V. Mahu tidak mahu, V ketawa dibuat-buat. "Ha! Ha! Ha..."

"Aigoo~ Tak sangka betul dapat jumpa kau kat sini. Dari dulu sampai sekarang, perangai kau tak ubah macam monyet. Bwahahaha!"

Bpap!

Tangan Baekhyun mula memukul seperti selalu. Semakin kuat dia ketawa, semakin giat jugalah tangannya memukul sesiapa saja yang berada dekat dengannya.

Bbap! Bbap! Bbap!

"Ark! Ark! Ark! Uhhh..." V mengusap-ngusap lengannya yang pedih. Berbisa woo~ Dia nak jerit kuat-kuat, nanti kata tak hormat sunbae pulak. Sabar ajelah.

"Sekarang dah ingat?"

Gila tak ingat! Seminggu kot V tak pergi sekolah sebab kena panggil monyet.

"Ahh...Baek hyung? Ingat, ingat. Saya dah ingat sekarang. Hyung kan lelaki yang menari dekat dinding yang dah viral dekat Youtube tu, kan? Bwahahahaha!" Giliran V pula mengenakan Baekhyun. Tergolek-golek V di lantai bila terbayangkan tarian seksi Baekhyun yang tak berapa nak seksi itu.

"Serius, lawak! Appa, omma, adik-adik saya, semua saya bagi tengok. Bwahahaha! Appa saya siap doakan hyung agar segera kembali ke jalan yang benar. Amen."

'Oh Man!' Baekhyun speechless. Matanya berkelip-kelip memandang V menggelakkannya. Dush! Kena sebijik kat muka.

♚♚♚♚♚

Jam sudah menunjukkan pukul 1.30 petang. Pelajar-pelajar juga mula memasuki bilik asrama masing-masing setelah selesai mendaftar. Boleh dikatakan ramai juga pelajar baru, termasuklah seorang lelaki bernama Do Kyungsoo atau nama manja, D.O.

"Errr..." Sudah hampir seminit D.O termenguh di hadapan Mak Cik Cleaner, tapi suaranya langsung tak terluah, ibarat tersekat di tekak.

Sebenarnya dia nak pinjam telefon sebab kredit dah habis. Tapi Mak Cik Cleaner tu nampak serius je.

"Errr..." D.O memandang dengan mata bulatnya sambil mendongak ke atas. Bukan dia yang pendek okay, Mak Cik Cleaner tu yang panjat kerusi nak cuci tingkap.

"Anak siapa pula yang tertinggal ni?" Pandang kiri kanan. "Kamu sesat ke? Kalau tak, pergi main jauh-jauh." Mak Cik itu menyambung kerjanya semula. Amboi, mentang-mentanglah D.O ni kecik-kecik cili padi.

D.O menggaru belakang telinganya." Ahjumma, boleh tak saya pinjam telefon sekejap? Ada hal penting saya nak bagitau omma saya. Kalau ahjumma tak keberatan, pinjamkan lah saya." D.O berkata dengan muka tanpa perasaan. D.O ni kalau jadi salesman memang bankrupt syarikat jadinya. Langsung tak ada tarikan, mendatar aje mukanya.

" Takde, takde, takde." Mak Cik itu menggeleng laju.

"Ahjumma, ini penting. Saya perlu telefon omma saya sekarang juga. Kalau tak, saya tak dapat daftar masuk asrama. Kalau saya tak dapat masuk asrama, macam mana saya nak belajar? Kalau saya tak ada pelajaran, sudah tentu saya tak ada pekerjaan. Kalau saya tak ada pekerjaan, macam mana saya nak cari duit? Duit tak ada, saya tak dapat beli makanan. Makanan tak ada, saya akan mati kebulur! Arhhh, andwae!!!" Menjerit macam Kwangsoo sambil melutut dengan muka 'tak dapat terima kenyataan'.

"Nampaknya ahjumma dah bunuh seorang insan yang tak berdosa. Ahjumma sanggup ke?! Sanggup ke ahjumma?!" Soal D.O sambil menggoyang-goyangkan kaki kerusi tempat Mak Cik itu berdiri. Nak suruh Mak Cik tu jatuh ke apa?

Mak Cik itu menelan air liur sambil menggeleng takut." Tak sanggup, tak sanggup."

"Kalau tak sanggup, pinjamkan lah saya."

Setelah berfikir banyak kali, akhirnya Mak Cik itu mengalah. Dia turun dari kerusi dan mencari sesuatu di dalam bakul kotaknya. "Tapi sebelum..."

"Wah, terima kasih, terima kasih." Belum habis cakap lagi, D.O terlebih dahulu mengucapkan terima kasih dengan bahagianya.

"Sebelum tu, beli dulu Qu'Puteh ni. Nah." Sekotak barangan kosmetik di hulur ke arah D.O. Huhu, nampaknya Mak Cik ni mengambil kesempatan dalam kesempitan.

D.O speechless. Daripada beli benda ni, bagus lagi dia pulang naik teksi, dan bagitau emak dia perkara yang penting tu.

"Tak nak, sudah." Jual mahal pula dah Mak Cik ni.

"Eh, jap, jap...Benda apa ni ahjumma?"

Mak Cik itu sudah tersenyum sampai ke telinga." Pakai ni, confirm putih melepak punya! Oleh sebab kamu adalah pelajar, ahjumma bagi harga diskaun, 50 won! Amacam?"

"Mak ai! Mahalnya. Saya manada duit banyak tu. Apa ni ahjumma, ini tak aci."

"Aci, aci ada kat India. Heiii, ni dah kira murah lah ni, takkan nak murah lagi kot. Nanti rugi lah saya. Kalau tak nak, kamu boleh pergi sekarang. Ada banyak lagi orang yang nakkan benda ni. Tapi jangan menyesal..." Mak Cik itu acah-acah nak pergi.

D.O buntu. Dia mana ada duit. Emak dia bagi cukup-cukup makan je, lebih kurang 100 dalam RM. Harga produk tu pula mencecah RM80. Tapi masalahnya dia perlu telefon emak dia sebab ada hal penting berkenaan pendaftaran masuk asrama. Fikir punya fikir...

"Baiklah, saya beli." D.O mengeluh panjang. Melayang duitnya RM 80.

Kekeke...Mak Cik itu tersenyum kemenangan, tapi dikawal agar tidak obvious sangat.

D.O membuka dompetnya. Herrr...sayu benar hatinya memikirkan duitnya yang sebentar lagi akan melayang di tangan Mak Cik Cleaner. Satu persatu D.O mengeluarkan kepingan duitnya. Cukup RM80, dihulurnya duit tersebut ke arah Mak Cik Cleaner. Bersinar-sinar mata Mak Cik tersebut memegangnya, tapi nampaknya D.O sangat sukar untuk melepaskan duit itu. Berlakulah adegan tarik papan surung papan.

"Eh, apa ni? Nak bagi ke tak nak?" Marah Mak Cik Cleaner. Akhirnya D.O lepas juga.

"Hehehe. Terima kasih ye. Nah, ni kamu punya." Mak Cik Clener pun tersengih-sengih. Siapa tahu tak cukup, Mak Cik itu pun mengira duit di hadapan D.O dengan tak tahu malunya.

"Sekarang saya dah beli. Jadi, mana telefon ahjumma?"

"Saya mana ada telefon."

"Apa?!" Biar betul Mak Cik ni?! D.O hampir terkena serangan jantung. Tadi Mak Cik tu yang paksa dia beli produk tu, sekarang dengan selamba badaknya Mak Cik tu kata dia dah tak ada telefon. D.O dah kena tipu!

"Apa ni ahjumma?! Kalau tak ada telefon, cakaplah awal-awal. Kenapa paksa saya beli benda ni?" Macam nak menangis je D.O sekarang ni. Boleh-boleh dia kena tipu bulat-bulat oleh Mak Cik Cleaner. Mari tengok salah siapa sebenarnya?

"Bila masa saya kata saya ada telefon? Kan saya dah kata tak ada tadi. Produk ni pun kalau kamu tak nak beli tak jadi masalah. Saya tak ugut pun. Saya cuma kata ada ramai lagi yang nak beli selain kamu, kan? Sekarang ni kamu nak salahkan saya pula?" Dengan gaya selamba Mak Cik itu mengangkat bahu.

Huwaaa!!! Tak percaya betul! Kalau boleh sekarang juga D.O nak hentak kepala dia dekat batu.Selamat tinggal duit RM80~ Akan D.O kenang dirimu dalam doa kudusnya.

♛♛♛♛♛

Selain Baekhyun, nampaknya ada lagi pelajar lelaki lebih popular darinya. Auranya saja sudah mampu membuatkan gadis-gadis gila bayang, meleleh air liur dan terkena kencing manis, sampai ada ibu bapa yang melapor anak mereka terkena demam 'tidur tak lena'. Lebih tepat lagi ' demam asmara atau angau'. Siapakah orang itu? Mari kita lihat siapa yang kena~

I’m bringing y back(yeah)~

Them other boys don’t know how to act(yeah)~

Ibarat ada lagu Justin Timberlake sabagai BGM, pelajar itu pun berjalan dengan penuh bergaya persis model sedang berjalan di atas runway. Siap masuk tangan dalam poket seluar lagi. Sekali pelajar tu tersenyum(smirk)...fuh! Histeria kot gadis-gadis yang tengok.

"Arrrr!!! Oppa!!! Oppa!!!"

Gila tak meroyan. Nasib baik lelaki tu tak kena serang. Mereka siap beratur lagi untuk bagi jalan. Separuh dah ada yang terkena serangan jantung, ada yang matanya bertukar love, ada yang menjerit tak sudah-sudah, dan ada juga hatinya yang cair tak dapat dikeraskan semula. (Okay, itu semua poyo!)

'Uhh...susah juga jadi orang terkenal ni. Orang kiri kanan. Sesak! Berpeluh-peluh aku dibuatnya...' Masuk bakul sendiri nampak.

Lelaki itu pun menyelak rambut hadapannya ke belakang lalu dilibas-libaskan persis iklan Rejoice gitu. Guna jari pun boleh~

"Arhhh!!! Kill me oppa!" Amboi! Sabar dik, sabar. Itu dah melampau.

Sampai sahaja di hadapan pagar asrama lelaki, lelaki itu pun menoleh ke arah peminatnya. "Bye semua! Saya masuk dulu."

Bpap!

Bunyi pintu ditendang.

"Mak ai!" Kai terbangun dari tidurnya. Berkelip-kelip matanya. Kai melihat keadaan sekeliling. Ek eleh, mimpi je. Rupa-rupanya dia dalam bilik asrama.

Tiba-tiba seorang lelaki tak berapa nak tinggi menghumban bagasinya di tepi katil. Badmood nampak.

"Aihhh...sia-sia duit aku melayang. Sekarang aku nak buat apa dengan benda ni? Qu' Puteh lah, Qu' Hitam lah, Kyungsoo lah. Eh, nama aku." Kekeke~

"Kenapa bro? Ada masalah ke bro?" Kai yang duduk bersila di sebelah katil menyoal. D.O nampak terkaku sekejap. Tak tahu pula dia ada manusia kat dalam bilik tu. Patutlah pintu tak berkunci.

"Takde lah." Sepatah D.O menjawab. Dia hilang mood. Lebih baik dia tidur. Pantas dia merebahkan tubuhnya di atas katil dan memejamkan matanya. Kai mengangkat bahu.

"Pelajar baru ke? Junior, kan? Kelas apa? Nama siapa bro?" Banyak tanya pula Kai ni. Nak tak nak, D.O membuka matanya dan duduk bersila.

'Annoying betul budak ni.' Bisil D.O dalam hatinya. "Ya, pelajar baru. Dulu sekolah lain, tapi omma aku suruh masuk asrama penuh. Kelas tak tahu lagi, dan aku pelajar tahun ketiga(Form 6). Aku D.O."

Kai membesarkan matanya. Pelajar tahun ketiga? Mak ai, comelnya ketinggian dia.

Tiba-tiba pula Kai ni jadi sopan santun. "Eo? Ahh...nama saya Kai. Pelajar tahun kedua. Memang asal sekolah ni." Tiba-tiba pula dah Kai guna 'saya'. Tadi bukan main lagi panggil bro.

"Kai?" D.O memandang Kai dari atas sampai ke bawah. Kemudian D.O mencapai Qu'Puteh yang dibelinya tadi lalu dicampakkan ke arah Kai. "Ambik dan simpan. Jangan bagi dia muncul depan aku lagi. Kang tak pasal-pasal aku humban dalam jamban."

Serius nampak. Kai membelek-belek kotak itu. "Macam pernah nampak je. Bukan ni ke produk yang Baek hyung jual tu?" Kai yakin Baekhyun pernah promot benda tu sebelum ni, dan pasal benda tu jugalah mereka tidak bertegur sehari. Kai menyangka Baekhyun sengaja memperlinya berkulit hitam. Aigoo.

♛♛♛♛♛

Lima minit berada di dalam bilik bersama D.O, Kai memang tak tahan. Awkward gila. Akhirnya Kai memutuskan untuk meronda-ronda kawasan sekolah yang telah ditinggalkan selama dua bulan itu.

Kai berhenti sekejap di cafeteria untuk mengisi perut. Dia membeli sebungkus nasi bungkus yang dibungkus dengan pembungkus berharga 50 sen. (Nasi bungkus dekat Korea? Hmm, baiklah)

Setelah mengambil tempat duduk, makan punya makan, bila dah tinggal separuh, Kai berhenti mengunyah. Lalat!

"Huk! Wuekkk!" Hampir saja Kai ingin memuntahkan makanannya semula. "Ish, apa ni?! Pengotornya. Nak kena komplain ni."

Kai membawa nasi bungkus tersebut ke arah Mak Cik yang menjualnya. Dia bersiap sedia untuk mengomplain(?)

"Ahjumma, tengok ni. Ada lalat." Kai menunjuk ke arah lalat yang sudah sebati dengan perisa nasi bungkus itu. Zzttt...

Mak Cik itu nampak terkejut, tapi dia berlagak tenang. "Jadi kamu nak buat apa?"

"Saya nak duit saya balik." Kai memprotes. Mak Cik itu ketawa.

"Hok alorh, nasi bungkus harga 50 sen takkan nak letak ayam goreng pulok."

"Apa???" Tersedak Kai mendengarnya. Pandai pula Mak Cik tu buat lawak ye. Kai pun berlalu pergi dengan pilunya setelah dimalukan oleh Mak Cik Kantin. Lawak hambar~

♛♛♛♛♛

Pssttt...pssttt...

Pssttt...pssttt...

D.O menggaru-garu telinganya dengan geram. Hampir 1 jam dia tidur, tiba-tiba pula ada bunyi bising.

"Hiyakk! Ah, mampus pun kau! Ambik ni!"

Ppak! Ppak! Ppak!

Chanyeol memukul lipas di bawah katil menggunakan majalah setelah lipas itu pening disembur Redset. Entah bila Chanyeol masuk, D.O sendiri tak perasan.

"Aih, geramnya aku tengok kau ni." Lipas itu diangkat di depan mata menggunakan sesungutnya. Ingatkan dah mati, rupa-rupanya hidup lagi binatang tu. Siap terbang ke muka Chanyeol lagi. Wuish, Chanyeol pun apa lagi, terkejut beruklah. Laju aje dia lompat ke arah D.O yang sedang enak tidur. Lipas mati memanglah berani pegang, kalau yang hidup comfirm suara betina akan keluar.

"Huwarrhhh!!! Huwarrhhh!!!" Keluar juga suara terpendam Chanyeol selama ini. Dengan D.O sekali terkejut. Ingatkan asrama nak roboh sebab kena hempap dengan benda berat.

"Huwarrrhhh!!! Mak ai gelinyaaa!!! Pergi! Pergi! Huwarrhhh!!!" Dengan selamba badaknya Chanyeol memeluk belakang D.O dan menggesel-gesel mukanya di situ dengan harapan lipas itu akan berpindah ke arah D.O. Bangang! Lipas tu dah lama lari kot.

"Eh, apa ni?! Yah! Yah! Apa yang ko buat ni?!" D.O cuba melepaskan tubuhnya dari manusia yang tidak dikenalinya itu tapi Chanyeol tetap memeluk D.O dari belakang sambil terjerit-jerit.

"Jangan!!! Tolong aku wei!!! Aku takut lipas wei!!! Arrrr!!!"

"Lipas?" Seram sejuk D.O dibuatnya. Tapi taklah sampai meroyan macam kena sampuk hantu. Oleh sebab dah tak tahan belakangnya asyik kena attack oleh muka Chanyeol, D.O tak ada pilihan, dia pun attack balik bahagian bawah Chanyeol. LOL.

Dush!

"Ark!" Akhirnya D.O terlepas jua. Dia segera duduk dan membetulkan bajunya. Chanyeol pula tidak ubah seperti bentuk udang sambil memegang bawahnya menahan sakit. Dia tergolek ke kiri dan ke kanan. Sakit woo!

♛♛♛♛♛

Kebetulan di luar bilik, seorang pelajar sedang bersandar di pintu. Jungkook sedang berdebar-debar jantungnya kerana telah menyaksikan adegan itu sebentar tadi. apanya? Otaknya masih terlalu suci untuk mencerna situasi sebenar. Nampaknya dia telah tersalah sangka.

Gulp!

Jungkook mengesat peluh di dahinya menggunakan belakang tapk tangan. "Igae mwoya..?"

Suaranya seakan ingin menangis. "Apalah nasib aku hari ni? Dahlah kena tinggal V hyung, beg aku rosak, sebilik pula dengan pasangan gay. Cobaan."

"Yah! Kookie! Bwahahaha!" V berlari ke arah Jungkook dengan terujanya. Baekhyun mengekori dari belakang menaiki unicycle. Rindu betul V dengan Jungkook. Kata ko~

Jungkook seperti baru menemui cahaya kebahagian buat kali kedua. "Hyung? V hyung?"

Apa lagi, berlakulah aksi Kuch Kuch Hotai versi Korea. Mereka berpegangan tangan dan melompat-lompat sambil berhuha-huha dengan gembiranya.

"Kookie~"

"Hyung~"

"Kookie~"

"Hyung~"

Gedebuk!

Tak semena-mena pula Jungkook terjelopok di lantai. Mereka terdiam sesaat.

"Eo?" V menunjuk ke arah Jungkook. Jungkook tersenyum malu, dan mereka kembali berhuha-huha sambil berpusing-pusing. "Bwahahaha!!!"

"Kookie-ah, bogoshipo!"

"Nado, nado, nado!"

Erk?Sabar ajelah Baekhyun menengoknya. Maafkan diorang. Maklumlah, kanak-kanak hospital bahagia.

Tiba-tiba, sedang mereka terleka, kedengaran satu jeritan dari dalam bilik.

"Aku dah minta maaf, kan?! Bukannya aku sengaja! Kau ingat aku saja suka-suka? Benda ni bukannya boleh buat main-main! Aku memang dah fobia dari kecik!"

Dush!

Pintu bilik ditendang dari dalam. Chanyeol keluar dengan muka kecil hati bercampur marah. Baekhyun, V dan Jungkook terdiam tak terkata.

"Chanyeol?" Baekhyun terkejut apabila mendapati Chanyeol, rakan baiknya, keluar dari bilik itu. Nampaknya mereka satu bilik.

Chanyeol tidak menjawab. Dia terus berlalu pergi membawa perasaannya yang dingin saat ini.

Jungkook memandang V, V mengangkat bahu lalu memandang Baekhyun, tapi Baekhyun masuk terus ke dalam bilik. Secara tidak sengaja, dia bertentangan mata dengan D.O yang turut sama dalam keadaan badmood.

'Mesti Channie bergaduh dengan mamat ni.' Bisik Baekhyun. Tanpa menghiraukan D.O, Baekhyun segera memilih katil tempat tidurnya.

Terdapat 3 katil dua tingkat di dalam bilik itu. Di hujung sebelah kanan, bahagian bawahnya telah ada sebuah beg(milik Kai) manakala atasnya masih kosong. Katil paling hujung sebelah kiri pula D.O dan di atas masih kosong. Katil di tengah pula ada beg Chanyeol. Akhirnya, Baekhyun memilih sekatil dengan Chanyeol memandangkan mereka kawan baik.

"Jomlah masuk." Kedengaran suara V memaksa dongsaeng kesayangannya masuk.

D.O memandang sekilas. Nampaknya penghuni di bilik itu telah lengkap. Enam orang kesemuanya. Mampukah D.O menyesuaikan diri dengan mereka semua?

"Masuklah. Buat macam bilik sendiri. Korang pilihlah katil yang sama. Pindahkan je beg tu." Ujar Baekhyun yang memaksudkan beg Kai dipindahkan ke tempat D.O. Tak sangka, prihatin juga Baekhyun ni. Boyfriend siapalah ni. Uhuk! Uhuk!

♛♛♛♛♛

Siang telah berganti malam. Baekhyun, V, Jungkook dan D.O telah pun mengemaskan barang masing-masing ke dalam almari dan meja belajar. Baekhyun, V, dan Jungkook sempat bersuai kenal kecuali D.O yang badmood tak sudah-sudah. Tapi yang merisaukan, Chanyeol masih belum pulang ke bilik asrama walaupun sudah pukul 8 malam. Penghuni(Kai) beg yang berada di atas katil D.O juga belum diketahui kecuali D.O. Memandangkan D.O mendiamkan diri, jadi diorang pun tak tahu.

Ktek! Ktek! Ktek!

Bunyi keyboard laptop Baekhyun dari tadi lagi tidak pernah sunyi. Semakin ligat pula Baekhyun menekannya memandangkan dia tengah membalas komen peminat-peminat di laman sosial di samping mempromosikan produk jualannya kepada minat. Harga diskaun katanya.

Sekejap kekeke, sekejap kikiki, sekejapa kakaka. Orang yang tak tahu apa-apa pasti menganggap Baekhyun ni gila sebab asyik ketawa sensorang.

V dan Jungkook turut tidak ketinggalan dengan karenah mereka. Rasanya merekalah yang paling rancak sekali ketawa.

"Hu!Hu!Ak!Ak!Ak!Ak!" V membuat bunyi beruk sambil meniru gaya beruk menepuk-nepuk tangannya di atas kepala. Sebijik macam monyet dekat hutan. Siap buat memek muka lagi.

Jungkook tergolek-golek di atas lantai kerana sudah tidak mampu menahan ketawa. "Hyung! Terbaik hyung! Sejibik macam beruk! Bwahahaha! Hyung pasti ke hyung bukan adik-beradik beruk yang terpisah masa kecil? Bwahahaha!"

"Hu! Hu! Ak! Ak! Ak!" Semakin dipuji, semakin menjadi-jadi pula si V ni. Tak paham betul.

"Dia kan memang Mon-yet." Baekhyun menyampuk.

Menakjubkan! Baek langsung tak rasa pelik dengan perangai 4-D V. Mungkin dia dah terbiasa dari tadi, sebab tu dia tak hairan.

Dengan perasaan bangga dan teruja(tak paham betul), V bertindak menaiki badan Jungkook yang terbaring di lantai lalu mencarik-carik buluh rambut Jungkook. Konon nak cari kutu.

"Hah! Hyung, geli hyung!" Ketawa Jungkook semakin kuat. D.O yang dari tadi mendiamkan diri di meja belajar mula hilang sabar. Dia cuba bertahan. Merah telinganya. Siapa yang tak naik angin bila kita belajar, tiba-tiba orang tu pula buat bising, kan?

D.O sabar...dia tunggu lima minit lagi...Memandangkan mereka masih buat bising, akhirnya meletus jua kemarahan D.O.

"YAH!"

"Oh Mak kau!" Baekhyun melatah. Siap typo lagi. 'Soalan' jadi 'Sialan'.

Jungkook dan V turut terkedu dan tidak bergerak.

"Boleh tak korang diam?! Tak nampak ke aku tengah belajar ni?! Bertimbang rasalah sikit! Kalau korang nak jadi beruk sangat, pergilah tinggal dalam hutan tu! Tak payah jadi manusia balik! Aish! Tension tau tak?! Tension!" Buku pelajarannya di hentak di atas meja. Menggeledak kemarahannya.

Jungkook tertunduk. Matanya mula merah. Memandangkan dia adalah paling muda, rasa bersalah dan takut tu sangat kuat. Pantas V mendekati Jungkook dan meletakkan lengannya di atas bahu Jungkook. Kesian Kookie. Semua hyung-hyung dalam bilik tu menakutkan dia.

Baekhyun perasaan akan perubahan pada wajah Jungkook. Pantas dia bangun dari meniarap di atas katil, dan cuba membela Jungkook dan V.

"Lek ar bro." Baekhyun bercakap dengan tenang. "Sekolah pun belum start lagi, kan? Tak salah kot kita nak enjoy. Gunakanlah masa ni sepuas-puasnya. Aku paham kau stress belajar. Aku pun stress juga sebab ni tahun terakhir aku kat sekolah. Beban tu lagi berat sebab lepas ni aku ada exam besar. Jadi, tak payah nak tension-tension. Cuba enjoy sikit."

D.O menoleh ke tempat lain sambil memeluk tubuh. Egonya memaksa dia untuk tidak mengalah.

"Pasal petang tadi, aku tak tahu apa sebenarnya yang dah berlaku sampai Chanyeol tak balik-balik lagi. Tapi aku sarankan baik kau cari dia. Di hari permulaan kita tinggal sama-sama, tak baik gaduh-gaduh. Kan bagus kalau kita semua berkumpul, lepas tu adakan sesi suai kenal. Aku rasa tu lebih bagus." Panjang lebar Baekhyun berbicara. Sebagai pelajar asal dan senior di sekolah ni, tiba-tiba pula dia rasa bertanggungjawab memulihkan suasana tegang sekarang ni.

D.O mengetap bibir. Perlahan-lahan dia mula sedar akan kesalahannya. Oleh sebab egonya yang tinggi, D.O meninggalkan bilik itu dan menutup pintu dengan kuat sekali.

Baekhyun hanya menggeleng kemudian menepuk bahu Jungkook. "Jangan ambil hati sangatlah. Kita pun belum kenal dia. Mana tahu dia lebih baik dari yang kita sangka."

Jungkook mengangguk. Hingusnya mula mengalir dan ditarik. Dia kembali semula ke katil dengan hati yang berat dan menangis dalam diam sambil menutup mukanya menggunakan bantal. Dia pun tahu malu juga. 'Jungkook rindu omma.'

"Kookie, kau menangis ke?" Apa punya soalan lah V ni.

Bersambung...

♛♛♛♛♛

 

Feel free to subscribe and comment :) Your comment is my motivation. Thank you!

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
iKONic_hanbin #1
Chapter 2: what the fish hahahaha
dgn seriusnya sy baca, rupa2nya salah fhm je ?
exo_seventeen_hanmin #2
Chapter 1: Uodate soon!! Lwak gila..
bubble_na_baebeul #3
Chapter 1: Woah.mmg lwak giler.
Skit perut gelak malam malam.hahaha
iKONic_hanbin #4
Chapter 1: Tahan ketawa je sy baca ff ni, sbb sy tgh makan kat restoran, nnt orang igt saya gila pula hahaha e_e
EXOxxBTS #5
Chapter 1: Alamak, chanyeol pegi mana? Merajuk ke. Dyo la ni garang sangat. Kookie pun takut.
Btw, terbaik authornim
BlueOceanHeart #6
Chapter 1: Tak paham betul aku dgn V ni. Kecik2 tak nak jadi beruk, bila besar sibuk sibuk nak jadi monyet. Hehe gurau~
More Vkook moment please~ comel je diorang ni. Kanak2 ribena gitu.
Fighting authornim!
BlueOceanHeart #7
Haha, kai pny caption awal2 lagi dah lawak ><
_baebyboo #8
Chapter 1: 'Soalan' jadi 'sialan'. LOL XD HAHAHAA
*yeah ada my fevret otp #baekyeol* hehehe
Update soon! Next chapter mcm best je. Pasal hantu ke...
LadyRoyal00 #9
Chapter 1: Okay, yang ni lawak! XD part D.O kena tipu dgn macik Cleaner tu memang saya tak berhenti tersengih. Part lipas tu pun memang tak boleh blah.
teruskan Update okay :) Hwaiting!
2Cool_4Skool #10
Chapter 1: Adoi Chanyeol! Apa hal ko gesel muka kau kat belakang D.O tu? Hahahaha agak2 ar kalau takut lipas. Sakit perut asyik gelak > <
Update lagi~ tak sabar nak bace