1/1

Playback
Please Subscribe to read the full chapter

 

hit the playback , man

 

langkah demi langkah dia menghampiri lelaki itu , jeon jungkook . satu tamparan tepat - tepat singgah pada wajah yang comel itu , wajah yang buat semua hati pelajar perempuan runtuh , wajah yang buat semua pelajar perempuan gila dan wajah yang paling dibenci oleh yena kim . semua pelajar perempuan yang berada di situ , membeku dan terpaku dengan perbuatan yena . gadis pertama , gadis pertama yang buat benda gila seperti itu , dia tahu yang dia akan dibuli selepas ini tetapi siapa kisah jika bukan ? jeon jungkook , bull . apa yang jungkook buat sebenarnya ? jeon jungkook telah mempermainkan hati kawan baik dia , sarah park . sakit hati ? mesti sakit hati apabila kawan baik sendiri dipermainkan bukan ?

" kalau kau berani sentuh sarah sekali lagi , aku akan buat hidup kau merana , sangat - sangat merana seperti di neraka " getus yena dengan kuat sambil mencekak pinggang . jungkook menghadiahkan senyuman itu , senyuman sinis yang membunuh tetapi bukan untuk yena kim yang memegang tali pinggang hitam dalam taekwondo . " sarah park ? siapa dia ? perempuan murahan ? " balas jungkook sambil tersenyum sinis . mata yena mula membulat , semua perempuan murahan atau gundik jungkook tergelak besar mendengar apa yang jungkook tuturkan . " mulut kau macam bull atau oh - macam , exactly yes " semua orang terdiam mendengar apa yang yena perkatakan . padan muka - yena tersenyum sinis , mengatur langkah untuk pergi dari situ tetapi lengan dia digenggam kemas oleh jeon jungkook .

" ikut aku , kita perlu bercakap " getus jungkook perlahan sambil menarik lengan yena yang kecil itu . dia sudah cuba sedaya upaya untuk lepaskan diri daripada jungkook tetapi apakan daya , maklumlah lelaki .dari tadi lagi yena asyik menyumpah seranah jungkook di dalam hati , kalau boleh dia mahu sahaja cekik jungkook dan kerat empat belas . muka punya comel tetapi mulut macam puaka dan perangai pula macam bull , boleh berhenti mencarut yena ? perlahan yena mengeluh apabila mereka berhenti di hadapan sebuah kelas kosong . bibir digetap sambil memandang jungkook yang sedang membuka pintu kelas itu .

" apa yang mahu cakap ? kita boleh berbincang di sini dan aku tidak mahu masuk ke dalam kelas atau bilik kau bersama dengan gundik - gundik kau " getus yena perlahan sambil memandang jungkook yang dari tadi asyik mengeluh . tanpa mereka sedari , mereka berdua masih lagi memegang tangan antara satu sama lain sebelum yena menarik tangan dia dengan cepat , jijik dengan tangan jungkook yang setiap hari menyentuh pelajar - pelajar perempuan yang gedik dan yang setiap hari melemparkan diri mereka kepada jungkook seperti sampah . " sebelum itu , kau dan mingyu bercinta  , right ? " nama itu , . jantung yena seperti mahu tercabut apabila mendengar nama mingyu , apa kaitan jungkook dan mingyu sebenarnya . " apa masalah kau dengan aku ? aku mahu cakap tentang sarah kim bukan kim mingyu , faham ? " yena mula membuat muka , sudah mula geram dengan jungkook . 

" sarah kim ? perempuan yang jual harga diri dia dekat aku dan setiap hari datang rumah aku dan - mahu aku sambung ? " jawab jungkook dengan malas . sekali lagi mata yena membulat , adakah apa yang diperkatakan oleh jungkook betul ? adakah sarah hanya mahu mempermainkan dia sekarang ataupun betul ? oh . " apa ? dia buat apa ? kalau kau bohong aku , aku akan cari kau dan kerat badan kau 14 " yena mencekak pinggang sambil memandang gerak geri jungkook yang sudah masuk ke dalam kelas kosong itu . jungkook mendengus perlahan sambil memandang yena lama , mereka membuat eye - contact seketika sebelum yena melarikan pandangan daripada jungkook .

" kau percaya mingyu ? aku mahu tunjuk kau sesuatu , aku akan ambil kau pukul 9 nanti dan bawa kau ke rumah sarah " tali leher dilonggarkan , jungkook mengukirkan senyuman kepada yena . comel , senyuman yang kelihatan ikhlas dan suci , adakah ini senyuman jeon jungkook yang sebenar ? jantung yena mula berdegup dengan kencang , . " r - rumah sarah ? untuk apa ? dan apa kaitan kau dengan mingyu ? " getus yena perlahan dengan wajah yang mula bertukar menjadi masam seperti cuka , lebih masam daripada itu . " apa kaitan aku dengan mingyu ? well , aku dan dia kawan tetapi - malam nanti aku sambung " jawab jungkook ringkas , senyuman sinis dihadiahkan .

 

★★★

 

hoodie hitam , senyuman sinis dan kasut converse low hitam , jeon jungkook . bibir digetap , yena hanya akur dan ikut jungkook ke rumah sarah . dia tidak tahu mengapa dia rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena dan dia rasa selamat dalam satu masa ? adakah kerana jeon jungkook atau sebaliknya ? mereka berdua hanya berjalan kaki ke rumah sarah kerana jarak rumah sarah dari rumah yena hanya dalam 2 kilometer , bagaimana jungkook tahu rumah yena dan apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh jungkook sebenarnya ? angin yang bertiup sepoi -

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jongdae21 #1
Chapter 1: aloo..habis cmtu jer?? argghh..geram!