PERTAMA

Hikayat Agung Running Man : NO MORE DREAM (Season 1)

Suasana yang sunyi menyelubungi kawasan istana Kerajaan Big Hit. Semua penghuni di istana tersebut sudah pun tidur nyenyak dibuai mimpi yang indah. Begitu juga dengan 7 orang putera kerajaan tersebut. Namun, mimpi mereka yang indah kemudiannya bertukar menjadi kegelapan. Kegelapan tersebut membuatkan mereka lemas di dalam dunia mimpi dan merasakan bahawa mereka tidak dapat mencari jalan keluar serta tidak larat untuk bangun semula. Maka, tidurlah 7 orang putera tersebut dan tidak akan bangun selagi mereka masih lemas dan terperangkap dalam dunia mimpi tersebut.

Di satu sudut bilik yang gelap, kelihatan seorang lelaki misteri yang bertopeng tersenyum sinis melihat keadaan putera-putera tersebut.

“Tidurlah wahai tuan putera sekalian. Dan jangan bangun lagi. Berseronoklah di dalam dunia mimpi yang patik telah sediakan khas untuk tuanku sekalian...”

Dia kemudiannya hilang di dalam kegelapan.

 

 

Kkwak jaba nal deopchigi jeone, nae mami neol nohchigi jeone, say what you want, say what you want, niga jinjjaro wonhaneun ge mwoya~~~” nyanyian (ataupun lebih kepada jeritan) Kwangsoo mengejutkan Jaesuk dari tidurnya. Jaesuk kemudian melihat jam dinding biliknya. Baru pukul 6 pagi. Entah apa mimpi Kwangsoo bangun awal-awal pagi. Selalunya dialah antara yang selalu bangun lewat. Tidak tahan mendengar jeritan tersebut, Jaesuk lalu menerjah bilik Kwangsoo.

“Oi! Kau diam boleh tak?! Aku nak tidur pun tak dapat! Hampir pecah gegendang telinga aku dengar suara sumbang kau!”

“Ala hyung ni... Bangun lewat salah, bangun awal pun salah. Mesti je ada yang tak kena dengan saya. Kenapalah nasib saya begitu malang sekali...” kata Kwangsoo dengan sedih dan dramatiknya. Jaesuk hanya menggelengkan kepalanya melihat ‘drama tidak menjadi’ Kwangsoo itu.

“Nak bangun awal tu boleh, tapi jangan menjerit-jerit macam zirafah nak beranak pagi-pagi ni. Ganggu orang tengah tidur betul. Nasib baik aku yang tegur kau. Kalau si Jongkook tadi, masaklah kau nanti.” Kwangsoo menganggukkan kepalanya mendengar pernyataan abang belalangnya tadi.

“Betul jugak cakap hyung tu. Hehe... hyung sambunglah tidur. Saya takkan kacau lagi.”

“Tak payahlah. Alang-alang aku dah bangun ni, aku nak mandi dulu. Peace yo~~~” Jaesuk lalu beredar dari bilik Kwangsoo dengan gaya ‘moonwalk’, tetapi dia akhirnya terjatuh kerana kakinya tersadung. Kwangsoo lalu menjenguk keadaan Jaesuk. “Tak apa... Hyung OK!”

 

 

-di Kerajaan Big Hit-

“Kenapa ini, wahai ahli nujum? Kenapa putera-putera beta tidak sedarkan diri? Sudah banyak cara yang beta gunakan untuk sedarkan mereka. Simbah guna air sejuklah, guna air panaslah, guna sebaldi aislah. Tapi tidak bangun-bangun juga. Apa masalah mereka ni?” Raja Bang Si Hyuk bertanya kepada ahli nujum diraja yang bernama Kang Hodong.

“Rasanya, tuan-tuan putera telah terperangkap dalam dunia mimpi!” kata ahli nujum Kang Hodong, membuatkan Raja Bang Sihyuk terkejut dengan dramatiknya.

“Apa?! Bagaimana semua ini terjadi?! Bagaimana mereka boleh terperangkap dalam dunia mimpi?! Siapakah yang membuatkan putera-putera beta menjadi begini?!”

“Patik juga tidak pasti. Yang patik pasti adalah hanya orang yang mempunyai kuasa sakti yang tinggi dapat memerangkap orang dalam mimpi.” Kata Kang Hodong sambil memegang dagunya macam gaya Detective Conan.

“Siapakah orang itu??! Dia harus bertanggungjawab! Tidak lama lagi, putera-putera beta akan buat comeback. Kalau perkara ini berterusan, terpaksalah comeback mereka ditangguhkan. Peminat-peminat mereka juga akan kecewa. Pokailah beta nanti!!! ARGH!!!” Raja Bang Sihyuk menjerit dengan perasaan kecewa sampai tergugur rambut-rambutnya.

“Hanya ada satu cara yang dapat digunakan untuk menyelamatkan tuan-tuan putera. Iaitu dengan masuk ke dalam dunia mimpi dan sedarkan mereka. Namun, dunia mimpi amatlah bahaya. Ia boleh menyesatkan siapa-siapa yang terperangkap di sana sehingga mereka tidak boleh cari jalan keluar. Oleh itu, kita kena mencari orang yang bukan calang-calang untuk menyelamatkan tuan-tuan putera.”

“Beta ada satu cadangan! Bukankah Kerajaan Running mempunyai sepasukan hulubalang yang gagah dan bijak pandai? Sejak mereka menyelesaikan kes di Kerajaan Watermelon itu, populariti mereka telah meningkat. Mungkin mereka boleh membantu kita untuk menyelamatkan putera-putera beta.”

“Sungguh bernas cadangan tuanku itu! Bila kita ingin berangkat ke Kerajaan Running?”

“Tak payahlah nak pergi jauh-jauh. Sekarang ni kemudahan internet kan ada. Kita hantar guna email sahaja lah.” kata Raja Bang Sihyuk.

 

 

-di Kerajaan Running-

“Wahai adindaku, kakanda telah mendapat satu email dari Kerajaan Big Hit. Katanya, Raja Bang Sihyuk ingin meminta tolong daripada hulubalang-hulubalang Running Man. Putera-puteranya telah ditimpa musibah.” Kata Raja Running kepada Permaisuri Walking apabila baginda sedang melayari internet dan bermain facebook. 

“Kalau begitu, kakanda panggillah hulubalang-hulubalang Running Man dan beritahu mereka tentang perkara ini. Lagipun, Kerajaan Big Hit merupakan rakan bisnes kita. Kita harus menolong mereka.” Ujar Permaisuri Walking yang sedang sibuk post gambar selfienya dalam Instagram.

“Baiklah. Kakanda akan hantar mesej Whatsapp kepada mereka sekarang.”

 

 

-di dunia mimpi-

“Eh? Kita kat mana ni??! Oi!! Bangun semua! Wake up, wake up!” jerit salah seorang putera dengan suara garaunya. Yang lain lalu bingkas bangun setelah mendengar suara yang menyeramkan itu.

“Apahal jerit-jerit ni, Namjoon? Hyung nak tidur pun tak dapat...” kata salah seorang putera yang memakai baju tidur berwarna pink. Putera yang bernama Namjoon tadi memandang abang-abang dan adik-adik nya. Tak tahu ke yang sekarang ni mereka tiba-tiba muncul di tempat yang misteri? Bengang melihat sikap ‘ada ku kesah’ adik-beradik dia, Namjoon lalu mengambil sebaldi air (yang dengan magicnya muncul di sebelah Namjoon) lalu simbah ke arah adik-beradiknya. Dengan segera mereka bangun (sekali lagi...).

“YAH!!! Namjoon, sampai hati kau simbah air kat kita orang?! Basah baju tidur pink kesayangan aku ni... huk huk huk....” Putera baju pink tadi lalu menangis teresak-esak kerana baju kesayangannya dah basah. Putera Namjoon hanya menggelengkan kepalanya. Adik-beradiknya yang lain juga telah bangun. Seperti drama atau movie atau fanfic yang cliche, mereka terkejut melihat tempat misteri tersebut. Bagaimana mereka boleh bangun di sini? Putera-putera tersebut mula berjalan-jalan di sekitar kawasan itu.

“Apa ke pelik tempat ni yo... semuanya warna-warni dan menyeramkan. Tak best lah... this place has no jams~~~” kata salah seorang putera yang bernama Jimin.

“Sama je macam kau. Jimin, you got no jams. Hahahahahahahahah!!!!!!” kata Putera Taehyung sambil mengajuk abangnya, Putera Namjoon. Dia kemudiannya ketawa terbahak-bahak sehingga terkeluar kahak-kahaknya. (Eww... Huhuhu~)

“Bising betul korang ni! Macam mana kalau penghuni sini dengar kita? Mampuslah kita nanti woi! Aku tak nak mati kat sini...” kata Putera Hoseok sambil memeluk Putera Taehyung. Putera alien itu lalu menolak abangnya sehingga Putera Hoseok terlanggar Putera Jimin. Putera Jimin terlanggar Putera Jungkook dan dia terlanggar Putera Yoongi dan dia pulak terlanggar Putera Namjoon dan dia lalu terlanggar Puteri, eh, Putera Jin yang berada di belakang sekali. Mereka akhirnya terjatuh macam domino.

“Hahahah!!! Lawak betul korang ni! Boleh masuk Raja Lawak! Hahahahohohohuhuhuhu~~~” Putera Taehyung ketawa sambil berguling-guling di atas rumput.

“TAEHYUNG!!!!”

Tanpa mereka sedari, sepasang mata memandang mereka dari jauh sambil tersenyum sinis. Dia kemudiannya hilang di dalam semak-samun. 

 

 

 

 

 

 

yehet~~ first chapter is up~ comments are welcome. 

kalau rajin, bolehlah subscribe... lagi bagus kalau upvote. 

hihihi...

nantikan update daripada saya

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
WinterPayne
#1
Chapter 8: Seronok2.. x sabar nk tunggu season 2 punya XD
khaisara #2
Chapter 7: update soon!!!~
WinterPayne
#3
Chapter 7: Alaa... update la cpat lpas exam tu ye.......
WinterPayne
#4
Chapter 3: Ok ok.. yang last tu mmg lawak! Hahaha!:D
WinterPayne
#5
Ok.. dah tiba masanya untuk membaca hikayat agong RM ni.. (๑•̀ㅁ•́๑)✧
WinterPayne
#6
Hmmm.. mcm menarik je.. nk baca la skrg.. xpi mengantuk la pulak.. xpe2 simpan utk esok plak.. harap seronok dan x menghampakan.. (^o^)
RunningGirl80 #7
Chapter 7: Hahahaha.... lawak ... lawak ... :D
choco_chim
#8
Chapter 5: Ahh pls update soon lawak best sgt citer ni haha