Prolog

Dear Diary, Jimin...
Please Subscribe to read the full chapter

Jimin masuk ke dalam bilik Minha untuk mengambil fail perubatannya. Jimin sakit. Dia tidak dapat hidup lama. Jimin baru teringat yang dia menyimpan fail perubatan di dalam bilik Minha. Fail tersebut terletak di atas almari. Di sebabkan masalah ketinggian, Jimin terpaksa menjinjit untuk mendapatkan fail itu. Ketika dia sedang berusaha untuk mengambil fail itu, tiba-tiba, sebuat kotak terjatuh. Kotak itu comel sangat dan berbentuk hati. "Kotak apa ni?" Jimin mengambil kotak itu dan membukanya. Di dalamnya penuh dengan gambar-gambar Minha bersamanya dan loket yang ada gambar mereka di tengah. Terdapat juga sebuah buku berwarna merah jambu dan di kulit hadapannya tertulis,'Diari Minha'. Jimin tersenyum sendiri. Kemudian dia membaca helaian pertama diari itu.

 

 

"Dear Diary...

Hari ini Jimin luahkan perasaan dia pada saya. Dia sebenarnya dah lama suka saya. Sukanya! Saya ingatkan saya cuma bertepuk sebelah tangan. Dia ajak saya bercinta dengan dia. Saya setuju je. Dah lama dah aku minat dekat dia. Dalam hati saya ni, cuma Jimin seorang sahaja. Sangat mengembirakan. Nampaknya hari-hari saya yang selepas ini akan menjadi hari-hari yang penuh kebahagiaan untuk saya. Walaupun saya tidak pernah ada pengalaman bercinta, tetapi saya akan berusaha buat apa sahaja untuk Jimin. Saya harap kami akan menjadi pasangan yang comel... ceria... bahagia... gembira... mesti best! Saya harap juag hubungan kami akan berkekalan sampai ke alam perkahwinan! Minha sayang Jimin dan Jimin sayang Minha. Happy forever!"

 

 

Jimin tersengih membaca helaian pertama diari itu. Sekarang dia beralih pada helaian seterusnya.

 

 

"Dear Diary...

Hari ini, annivesary saya dan Jimin yang pertama. Kami pergi menikmati makan malam di restoran masakan cina. Sedap betul makanan di situ. Jimin pun nampak kacak malam ini. Jimin hadiahkan seutas rantai yang ada loket pada saya. Di dalam loket itu ada gambar kami berdua. Omo... romantiknya Jimin malam ini! Saya rasa mesti susah nak lena malam ini sebab terfikirkan Jimin. Kalau terlena sekali pun... saya harap Jimin akan muncul dalam mimpi saya. Ini hari yang paling seronok dalam hidup saya! Jumpa Jimin dalam mimpi... Sayang Jimin..."

 

 

Jimin mengambil loket itu lalu memakainya sambil tersenyum. Jimin buka loket itu. Dia melihat gambar Minha dengan penuh rasa cinta. Jimin tutup loket itu dan pegang kemas-kemas. Jimin membuka muka surat seterusnya.

 

 

"Dear Diary...

Saya betul-betul marah pada Jimin! Kami bergaduh atas masalah yang kecil. Masalah itu kecil sahaja tetapi dia pergi besar-besarkan. Kami bergaduh dalam kereta sampai Jimin tinggalkan saya di tepi jalan. Dia betul-betul melampau! Saya tidak akan maafkan dia. Saya rasa dia bukan jodoh sayalah! Saya akan minta putus dengan Jimin esok! 

P.s: dia naik marah sebab saya cuma habiskan lima ketul wafel kesukaanya sahaja!"

 

 

 

 Jimin baru teringat akan wafelnya yang sedang di panaskannya sebentar tadi. Jimin letakkakan wafel di atas pinggan dan sapukan coklat dan bahan lain ke atasnya lalu makan wafel itu. Jimin membaca diari itu sambil makan.

 

 

"Dear Diary...

Tiga hari yang lepas saya ada cakap yang saya nak tinggalkan Jimin. Saya cuba melupakan Jimin tetapi saya tidak menjadi. Setiap kali saya terbayangkan muka, hati saya semakin lembut. Saya rasa bersalah dengan Jimin. Mungkin saya tidak patut menghabiskan wafel-wafelnya sebelum ini. Saya tahu Jimin suka wafel. Jimin suka wafel sangat-sangat. Saya mesti minta maaf dekat Jimin. Mesti Jimin masih merajuk dengan saya lagi. Saya mesti pergi rumah dia dan minta maaf. Saya tidak mahu berputus dengan Jimin sebab saya masih sayangkan dia. Saya harap dia akan dapat maafkan saya juga..."

 

 

"Patutlah hari itu Minha rempuh masuk rumah saya waktu saya tengah tidur!" Jimin tersengih sendirian. Dia teringat ketika Minha meminta maaf pada dia.

Flashback...

Waktu Jimin tengah tidur dengan nyenyak. Masa tidurnya aman tanpa sebarang gangguan. Tiba-tiba Minha merempuh masuk ke dalam bilik Jimin. "Jimin!" Minha merempuh. Jimin tersentak dan terbangun dari tidurnya. "Huh? Apa yang berlaku?" Jimin terkejut. Minha tiba-tiba peluk Jimin. Jimin membalas pelukan Minha sambil berkata, "Kenapa?" "Minha mimpi yang Jimin tinggalkan Minha malam tadi." Minh

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
girly_
Hey there my subscribes! Saya ada buat satu fanfic baru yang bertajuk 'Cinta Abnormal'. Hope korang dapat membacanya..^^

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 2: Sedihnyaaaaa TT
Semoga bahagia huhuhu Jimin bertemu dengan minha
Seasony
#2
Chapter 2: Tak expect pun Minha dah mati sebenarnya. Good one author-nim <3
Nakamoto_Yusuki #3
Chapter 2: laarrr... dah xde ke.. sedihnya... T.T menangis x berlagu~
Nakamoto_Yusuki #4
Chapter 1: alahai... mana Minha????
-airataeyeonie-
#5
Chapter 2: sedihnya.. hmm.. tapi takpe... jimin ttp dpt jumpa dgn minha :)
Dark_Star #6
Chapter 2: sedihlarrr T.T
btw, cerita ni best... hrp cerita ni dpt 1000000000000000 subs!! Haahaha
Chittaphon_Ten #7
terbaiklah cerita ni
Nabila_Pss
#8
Chapter 2: Sedihnyer!!!
pikahbajet #9
Chapter 2: sedihla citer ni....