ARE YOU OKAY?

ARE YOU OKAY?

Kelihatan sebuah kereta mewah berjenama meluncur laju memasuki kawasan sekolah.Itulah kereta yang dimiliki oleh salah seorang ahli BTS,Kim Seok Jin.

'AHH!!JIN!SAYA CINTA AWAK!!'

'OMO!!JIN!KACAKNYA!'

Namun Jin hanya mengendahkan segala pujian dan ayat cinta itu.Memandangkan ahli BTS yang lain belum sampai,misinya hanya 1.Mengacau seorang gadis yang bernama Seo Ha Mi.

Dia tahu gadis itu pasti berada di Taman Tasik sekarang kerana Taman Tasik itu adalah tempat kegemarannya.Lagipun,Ha Mi adalah di antara orang yang terawal datang ke sekolah.

Taman Tasik

Jin perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam kawasan Taman Tasik itu.Idea nakalnya muncul apabila melihat Ha Mi yang sedang khusyuk membaca buku.

'Masa untuk kenakan Seo Ha Mi!'

Perlahan-lahan dia mendekati gadis kecil molek itu.

1....

2...

 

3!!

'BAHHH!!'

'OH MAK KAU JIN LIPAS KUDUNG!!'

Jin terus galak ketawa apabila melihatkan rancangannya untuk mengejutkan Ha Mi berjaya.Namun tawanya terhenti apabila dia memproses kembali ayat latahan Ha Mi.

'Banyak kacak muka aku ni kau gelarkan aku lipas kudung?!'

Giliran Ha Mi pula tersenyum sinis.Baru sahaja dia ingin membuka mulut tetapi...

'KAK HA MI!!'

Ha Mi mengeluh kuat apabila si pemilik suara itu datang ke arahnya dan menyebabkan dirinya tidak dapat membalas kata-kata Jin manakala Jin sudah tersenyum bangga menganggap perlawanan kali ini telah dimenangi olehnya.

'Aish,Kookie!Kamu memang suka ganggu kakak!!'

Jungkook atau nama manjanya Kookie sudah menunjukkan muncungnya yang panjang sedepa.

'Yo kakak besar,apa khabar?'

Satu persatu ahli BTS mula menjejakkan kaki di Taman Tasik selepas Kim Taehyung atau V bersuara atau menyapa Ha Mi.

'Aishh!!Taehyung!Jangan panggil aku kakak besarlah!'

Ha Mi bersuara sambil mengetuk kepala V lembut.Sememangnya di antara ahli BTS yang lain,V dan Jungkook adalah yang paling rapat dengan Ha Mi namun V lebih lagi.

Jin yang melihat adegan gurauan manja yang dilakukan oleh V dan Ha Mi lantas membuat muka meluat.Dia tidak tahu kenapa dia akan berasa geram apabila melihat kemesraan mereka berdua.

'Dah lah!Jom masuk kelas.Dah lewat ni.'

Kesemua mereka hanya mengikut arahan Jin dan muala menapak masuk ke kelas masing-masing.

-Skip Beberapa Hari Kemudian

Hari ini adalah hari biasa seperti hari-hari yang lain bagi semua pelajar kecuali BTS yang sudah teruja kerana ingin pergi ke taman tema nanti.

'Apa kata kita ajak Kak Ha Mi?'

Belum sempat Rap Monster memberikan kata putus,V dan Jungkook sudah berlari keanak-anakan ke arah Ha Mi yang kebetulan lalu di hadapan mereka.

'Kak Ha Mi,nak ikut kitorang pergi taman tema?'

Ha Mi yang mendengar perkataan taman tema itu dari kuyu sudah menjadi segar-bugar.

'Tentulah Nak!!!'

Ketiga-tiga budak tidak matang itu terus melompat keriangan dan tidak sabar untuk pergi ke taman tema manakala 5 lagi lelaki hanya tergeleng melihat karenah mereka.

'Baik,nanti kita berkumpul di tamna tema jam 3 petang ok?'

'OK!!!!'

-Jam 3 petang(Taman Tema)

Kini mereka berlapan sudah sampai dan berkumpul di taman tema denagn muka yang teruja.Tidak sabar rasanya.

'Baiklah,jom kita bahagikan kumpulan!'

Rap Monster yang turut teruja terus memahagikan kumpulan.

1.Rap Monster & J-Hope

2.Suga & Jimin

3.V & Jungkook

4.Jin & Ha Mi

4 orang di antara mereka sudah mula memprotes dan tidak puas hati.Jin,Ha Mi,V dan Jungkook masing-masing mengadu dan meminta Rap Monster untuk menukar pasangan namun reaksi kosong masih kekal di wajah Rap Monster.

'Keputusan MUKTAMAD.'

Semua terus terdiam apabila Rap Monster menggunakan suara garau dan kuatnya untuk ditekankan pada perkataan muktamad.

V dan Jungkook masih lagi menayangkan muka tidak puas hati sesama sendiri manakala Jin dan Ha Mi menjeling di antara satu sama lain.

-Situasi Jin dan Ha Mi-

Mereka berdua berjalan beriringan tetapi dengan jarak jauh 15 cm sambil memeluk tubuh masing-masing.Masih geram dengan Rap Monsterkah?

'WAHHH!!KIM SEOK JIN!TENGOKLAH AIS KRIM!!'

Jarak mereka yang tadinya telah menjadi dekat apabila Ha Mi tiba-tiba memeluk lengan Jin untuk mendapatkan ais kim.Adakah itu hasutan ais krim kepada Ha Mi?

Jin mula menundukkan kepalanya.Mukanya juga menjadi merah.Ahh!!Kim Seok Jin sudah malu!

'Pak cik,beri saya ais krim coklat 1.Kau nak ais krim apa Jin?'

Ha Mi menyoal Jin yang dari tadi asyik menundukkan kepalanya menahan malu.

'Aa..aiskrim..straw...b..beri'

Ha Mi mula melihat ke arah Jin.Adakah Jin demam?

'Jin,kau kenapa gugup je!Kau demam eh?'

Muka Jin bertambah merah apabila tangan putih mulus Ha Mi diletakkan di dahi Jin untuk memeriksa sama ada dia demam atau tidak.Akhirnya,Jin memberanikan diri untuk mengatakan sesuatu.

'Err..ta..ngan ka..u'

Ha Mi yang menyedari maksud Jin terua melepaskan tangannya daripada memeluk lengan Jin.Malu yang amat dapat dia rasakan sekarang!!Dia terus berlari meninggalkan Jin kerana terlampau malu.

-Skip Minggu depan

Masih lagi hari yang biasa bagi pelajar namun sepanjang minggu lepas juga Ha Mi dan Jin tidak bertegur sapa lagikan bergaduh.

Namun,perkara yang lepas itu sudah dilupakan oleh Jin tetapi lain pula Ha Mi.Masih dibaluti oleh peristiwa itu.Hari ini,Jin akan kembali kepada Jin yang nakal dan jahat.Namun,dia harus menunggu sehingga sampai waktu rehat barulah misi itu boleh dijalankan.

-Rehat

Keadaan di kafe yang sesak ini memang menyusahkan Ha Mi untuk mencari tempat duduk.Dia terus meliau-liau sehinggalah terlihat Jungkook dan V sedang melambai tinggi ke arahnya tanda mereka ingin Ha Mi menyertai mereka.Dalam diam,Ha Mi terpaksa menahan nafas untuk duduk semeja bersama BTS.Tetapi,Ha Mi juga berasa tidak sihat seperti selalu juga sekarang.

Baru sahaja beberapa saat Ha Mi duduk dengan laju supaya sakit yang amat di kakinya berkurangan,terasa seperti sejenis tiba-tiba mengalir dari atas kepalanya.Cecair yang dikenali sebagai jus anggur itu telah mengelilingi badan Ha Mi.

'HA..HACCHUM!!'

Ha Mi terus memandang ke atas apabila sumber air itu tidak lagi mengeluarkan air jus anggur tersebut.

Apabila mendongak ke atas,dapat dilihat yang Jin sedang tersenyum sinis langsung membuatkan air mata Ha Mi berlinangan.

'AKU BENCI KAU BUAT SELAMA-LAMANYA KIM SEOK JIN!!!'

Dan Ha Mi terus berlari keluar daripada kafe tersebut dengan lenguh badan dan kesakitan kaki.

Ini membuatkan satu kafe terkejut lagi-lagi BTS yang merupakan sahabat baik Ha Mi.Mereka juga pelik,selalunya Ha Mi akan membalas segala ayat pedas yang keluar dari mulut Jin dengan ayat yang lebih pedas.Namun kali ini,Ha Mi hanya berlari keluar dari kafe dan terduduk di sebalik dinding kerana tidak mampu bertahan lagi dengan kesakitan kakinya.

Esok

Masih lagi hari yang sama dan biasa buat para pelajar tetapi...Meja Ha Mi kosong bahkan tidak disentuh pun.

'Korang!!Ha Mi tak hadir sebab demam!Harap korang boleh beri kata semangat untuk dia!!'

Suara V tadi disambut dengan kata-kata semangat yang dibuat oleh mereka untuk Ha Mi.

Ini satu perkara lagi membuat Jin entah kenapa berasa geram.V sentiasa tahu tentang Ha Mi.Mungkin inilah kekurangan Jin?Tidak sebegitu rapat dengan Ha Mi.

Beberapa jam kemudian

Rumah Ha Mi

Ha Mi perlahan-lahan duduk di sofanya yang empuk dan berjenama itu.Dia melihat mukanya yang semakin pucat di dalam cermin di tepi telivisyennya.Kemudian,dia memerhatikan keadaan sekeliling.Sunyi dan kosong.Tiada orang langsung di dalam rumah agam ini kecuali dirinya sendiri.Pembantu rumah serta penandunya telah mengambil cuti untuk balik ke kampung bermula dari hari kelmarin.

'Uhukk..Uhukkk!!'

Batuknya semakin lama,semakin kuat.Dia sudah tidak tahan.Dia melihat tapak tangannya yang menekup mulutnya tadi.Cecair berwarna merah.Terbuntang luas mata Ha Mi dibuatnya.Dia segera ke dapur.Membasuh mulut dan tangannya.Dia terus mengambil telefon pintarnya dan mendail nombor seseorang.

'Dok..uhuk!doktor Jung,boleh dat..datang ke..UHUKK!ke rumah sa..uhuk!saya?Ok,te..terima..uhuk!terima kasih.'

Dia kembali menilik jam yang berbentuk bulat yang tersangkut di dindingnya.Masa sekolah sudah tamat.Dia tersenyum seketika.

'Aku patut telefon Taehyung.'

Skip-Hospital-

V memapah Ha Mi keluar dari bilik pemeriksaan dengan berhati-hati.Kelihatan muka Ha Mi sembap dan pucat.Ya,dia amat risau akan gadis yang dia amat cintai itu.Cinta?Ya betul,Kim Taehyung amat cinta akan Seo Ha Mi.Namun,dia rasa ada orang yang lebih baik daripadanya untuk menjaga Ha Mi.

Esok

Sekali lagi hari yang serupa untuk pelajar.Hari ini,setelah diperiksa sebanyak 291 kali,Ha Mi datang ke sekolah!

Tetapi,ada 1 masalah yang membuatkan Jin merasa pelik.Ha Mi tidak mencari gaduh dengannya langsung hari ini!Bahkan dia telah menjadi seorang pendiam daripada seorang yang ceria.Jin juga perasan,Ha Mi memakai sedikit solekan..seperti menyembunyikan mukanya yang pucat.Apa yang tak kena dengan Ha Mi sebenarnya?

Lagi satu,ini membuatkan Jin amat berasa geram mungkin?Kenapa Ha Mi hanya bercakap dengan V?Arhh,dia malas memikirkan semua itu jadi dia langsung menolak itu ke tepi.

'KRINGG!!'

Loceng berbunyi.Waktu rehat.Bagus,Jin sedang lapar sekarang.

-Rehat

Jin terus duduk di meja kafe di mana ahli-ahlinya sedang menjamu selera.Dia memerhatikan semua ahli BTS.Tidak cukup seorang.Di manakah V?

'Rap Mon,V ada dekat mana?'

Jin menyoal Rap Monster yang asyik dengan mi supnya namun Rap Monster hanyamengendahkannya dan terus memakan mi sup itu.Perlahan-lahan dia mengambil nafas semula.

'Rap Mon,aku tanya kau buat kali kedua,mana V?'

Namun,reaksi Rap Monster masih sama.Mengendahkan Jin dan memakan mi supnya dengan berselera sekali.Jin sudah mengepalkan penumbuknya apabila melihat reaksi Rap Monster.Perlahan-lahan dia menarik nafas dan untuk kali ketiga,dia menyoal Rap Monster.

'RAP MONSTER!!AKU TANYA KAU,MANA V?!JAWAB SEBELUM AKU KELAR LEHER KAU!!'

Tengkingan Jin yang kuat sememangnya mengejutkan satu kafe sekolah.Rap Monster mengurut dadanya selepas meminum beberapa teguk jus oren kerana tersedak tadi.Ahli lain pula hanya menyambung makan mereka.Tidak menghiraukan kedua-dua manusia itu.

'V PERGI LEPAK KAT TAMAN TASIK!PUAS HATI?KAU NI,KALAU NAK TANYA ORANG,LEMBUTKANLAH SUARA!!'

Jin hanya menahan kemarahannya apabila mendengar kata-kata Rap Monster.Sememangnya Jin sudah bertanya dengan lembut sebentar tadi,namun Rap Monster hanya mengendahkannya dan menyebabkan Jin menghadiahkan tengkingan kuat kepada Rap Monster.Apa-apapun,dia malas untuk bertekak dengan si ketua ini.Jadi,dia hanya mengalah dan terus pergi ke Taman Tasik di mana V sedang melepak seperti yang dikatakan oleh si Rap Monster.Sekarang,dia musykil dengan V.Tiba-tiba sahaja budak berperangai pelik itu ingin melepak di Taman Tasik.

Taman Tasik

Jin's Pov

Aku perlahan-lahan masuk ke kawasan Taman Tasik sekolah yang sememangnya indah.Aku teringat akan sesuatu.Ini adalah tempat kegemaran aku dan Ha Mi di sekolah.Senyuman kecil perlahan-lahan terbit di bibirku.Tak pernah menyangka yang aku dan Ha Mi kedua-duanya menyukai tempat yang sama.

Aku mula melihat sekeliling untuk mencari V.Entah kenapalah aku buang tabiat untuk mencari budak makhluk asing tu!Aku mula terpandang ke arah sebuah pondok.Kelihatan dua orang pelajar sedang duduk di situ.Mereka berdua membelakangi aku menyebabkan aku tidak tahu sama ada aku mengenali mereka atau tidak.Perlahan-lahan aku mendekati kedua-dua orang itu.

V dan Ha Mi.Mereka berdua sedang galak ketawa bersama-sama dan masih tidak menyedari akan keberadaan aku di belakang aku.Aku memegang dadaku.Entah kenapa rasa sedih dan sakit di hati.Aku terus meninggalkan kawasan Taman Tasik.

End Jin's Pov

-Skip

Hubungan Ha Mi dan Jin kini menjadi semakin renggang sejak Jin melihat betapa mesranya Ha Mi dan V.Jin sendiri tidak tahu mengapa dia jadi sebegitu.Panahan cinta mungkin?Namun dia terus menidakkan segala yang bermain di fikirannya.

Hari ini dilalui dengan biasa oleh Jin dan Ha Mi walaupun mereka tid
ak bertegur sapa langsung dan toada pergaduhan tercetus.

Jin merasakan perangai Ha Mi sudah banyak berubah.Ingatannya kembali melayang-layang pada situasi yang berlaku pada beberapa hari lepas.

-Flashback

JIN'S POV

Hari ini seperti biasa waktu rehat aku akan cari musuh  aku yang tak berapa musuh sangat.Siapa lagi kalau bukan Cik Seo Ha Mi tu!Bercakap tetang dia,itu pun dia!Amboi...rajinnya baca buku!Maklumlah...pelajar yang berdedikasi..

 Sekarang aku jejakkan kaki aku memasuki kawasan taman sekolah.Kawasan ni cantik sangat.Ada tasik yang seperti dipagari oleh bunga-bunga pelbagai jenis seperti mawar,bunga kertas dan orked,bunga kegemaran aku.Tempat ini juga ada 3 buah pondok kecil yang sesuai menjadi tempat berehat dan tempat berteduh.Tumbuh-tumbuhan hijau juga banyak terdapat di sini.Inilah sebab kenapa taman ini menjadi taman kegemaran aku.

 Aku perlahan-lahan berjalan ke arah Ha Mi tanpa disedarinya.Aku melihat buku yang dibacanya.'Penyakit-penyakit yang Merbahaya di Dunia'.Aikk..pelik!Sejak bila Ha Mi meminati bidang perubatan?Ahh...kembali ke niat asal aku,untuk mengejutkan Seo Ha Mi.

   'BAHHH!!'

 Aku melihat tiada reaksi daripadanya.Selalunya dia akan terus melenting pada aku dan perang mulut akan bermula tetapi hari ini?Dia tidak berpaling langsung ke arah aku tetapi sebaliknya menutup buku yang dibacanya dan terus pergi ke tempat lain.Ok,ini memang pelik!

 /Ha Mi?Are you okay?/

- End Flashback

Ah!Dia patut lupakan semua itu!Itulah apa yang dikatakan oleh otak Jin.Namun hatinya,lain pula.Seperti ingin menyiasat mengapa Ha Mi jadi begitu.

Apa-apapun.Dia meneruskan pembelajarannya dan rakan yang lain bersama guru sains mereka.Apabila menyebut sains sahaja,bayangan Ha Mi yang sememangnya sedikit lemah dalam sains tiba-tiba muncul.Jin terus menggelengkan kepalanya.

'Fokus Kim Seok Jin,fokus!Kita jumpa dia waktu balik!'

-----
-Waktu pulang-

Ha Mi berjalan perlahan-lahan untuk pulang ke sekolah.V tidak dapat menemaninya kerana mempunyai latihan bola sepak di padang sekolah.Ikutkan hati,semwmangny dia ingin melihat sahabatnya itu bermain bola namun apakan daya,badannya sudah merasa lenguh dan melekit.Tetapi,sebelum pulang,dia nekad untuk menemui Jin.Perkara ini perlu diselesaikan dengan segera.

'Jumpa pun!Kim Seok Jin!!'

Jin yang sedang menunggu pemandunya untuk menjemputnya pulang terus berpaling ke belakang apabila mendengar suaranya dipanggil.Suara itu seperti suara Ha Mi.Namun suara ini serak.

'Oh,Ha Mi.Kau nak apa?'

Jin menyoal sambil menyeluk poket seluarnya dengan gaya selamba.Sejujurnya dia amat gugup kerana sudah lama tidak bercakap dengan gadis itu.

'Aku nak b...incang..Kenapa hubungan kita jadi semakin renggang?Kenapa kau ni EGO dan PENTINGKAN DIRI sangat HUH?'

Kata-kata Ha Mi itu memang amat pedas bagi Jin.Jin menarik dan menghembus nafasnya perlahan-lahan lalu membalas kata-kata Ha Mi.

'SIAPA YANG PENTINGKAN DIRI SEBENARNYA?AKU KE KAU?KAU NI MEMANG PEREMPUAN MURAHANLAH!KAU RAPAT DENGAN KITORANG SEBAB NAK GODA KITORANG KAN?LEPAS KAU DAPAT V,KAU MULA JADI PENTINGKAN DIRI DAN SOMBONG DENGAN KITORANG KAN?!'

Kata-kata Jin itu memang meretakkan hati Ha Mi.Lagi-lagi Jin menolak Ha Mi dengan kuat hingga belakang Ha Mi terlanggar dinding sekolah.Sakit yang Ha Mi sendiri tidak boleh gambarkan.

'PRANGGG!!'

Ya,kini giliran Ha Mi membalas balik.Dia sudah tidak tahan dengan perangai lelaki itu.

'K..kau..MEMANG DAH MELAMPAU!!PERLU KE KAU GELARKAN AKU PEREMPUAN MURAHAN?!KAU ADA BUKTI?!!'

Memang,memang Jin sudah melampau.Mengatakan Ha Mi adalah perempuan mirahan hanya kerana ternampak Ha Mi sedang ketawa bersama dengan V.Itu bukti yang tidak kukuh.

'SU..SUDAHLAH JIN!Ak..u pun dah tak larat nak bercakap dengan kau.A..ku pergi dulu.'Serta-merta Ha Mi berlari pulang ke rumah dengan linangan air mata sambil menahan kesakitan yang dialaminya.

Selepas Ha Mi pergi,Jin terduduk di situ.Dia tidak tahu sama ada apa yang dia lakukan ini betul atau tidak.

'Jin.'

Satu suara mula menyapa gegendang telinga Jin.Jin memerhatikan orang itu.V.Adakah V mendengar perbalahan yang berlaku sebentar tadi?

'Aku tak tahu nak kata apa.Cuma,aku boleh katakan aku kecewa dengan kau.Aku harapkan kau boleh jaga dia.Kau patut selidik dulu sebelum membuat andaian.'

Kali ini V pula yang meninggalkan Jin yang masih lagi terpinga-pinga dengan ayat V tadi.Sekarang,rasa bersalah mula menguasai dirinya.

'Jin,kau kena minta maaf pada Ha Mi esok.'

----
Esok.-Waktu pulang-

Sekarang,Jin sedang terkial-kial mencari Ha Mi.Dia nekad untuk meminta maaf kepada Ha Mi hari ini.

Pada masa yang sama,belakang sekolah

'Erghh!!A..pa yang korang buat ni?!'

Ha Mi cuba untuk membangunkan dirinya namun gagal.Dia hanya mampu bersandar di dinding dengan muka yang penuh dengan lebam.Dia amat geram.Secara tiba-tiba sahaja tiga orang gadis gedik menyuruh orang suruhannya untuk memukul Ha Mi.

Salah seorang gadis yang merupakan ketua diantara ketiga-tiga mereka mula bersuara.

'Itu balasan kau kalau kau kacau Jin aku!Dah,korang semua pukullah dia sepuas mana yang korang nak!Sampai mati pun tak apa!Asal jangan aku yang dipersalahkan!HAHAHA!'

Perlahan-lahan gadis bertiga itu mula meninggalkan kawasan sekolah namun..

'HOI!!!APA YANG KORANG BUAT NI?!DAH TAK ADA KERJA LAIN KE HAH?!'

Terus kesemua mereka pecut untuk menyelamatkan diri sebelum ditangkap.Maklumlah,Jin masih lagi mempunyai nama sebagai anak pengetua sekolah.Jin pula terus meluncur ke arah Ha Mi yang sudah lebam dan mulutnya sedikit berdarah.

'Ha Mi?Hami!Bangunlah!Jangan tinggalkan aku!'

Dengan laju,Jin menelefon pemandunya untuk mengambilnya secepat mungkin supaya Ha Mi juga boleh dibawa ke hospital dengan segera.

-Hospital

Jin dengan sabar menunggu di luar pintu bilik pemeriksaan.Peluh mula menitik keluar dari dahi Jin.Dia sekarang amat risau akan keadaan Ha Mi.Setelah setengah jam berlalu,seorang doktor mula keluar dari bilik pemeriksaan.

'Boleh saya tahu siapa ahli keluarga cik Seo Ha Mi?'

Jin dengan pantas bangun menuju ke arah doktor yang sedang mengajukan soalan itu.

'Saya,doktor.'

Doktor itu mengangguk dan terus menyambung percakapannya.

'Kondisi cik Ha Mi agak teruk memandangkan dia mempunyai penyakit barah otak.Jadi buat seketika mungkin dia akan koma dan tolong jangan buat dia stres.Itu amat menganggu pesakit.Apa-apapun,encik boleh melihat pesakit sekarang.'

Jin mengangguk dan menuju ke arah wad yang menempatkan Ha Mi sekarang.Dilihatnya Ha Mi sedang terbaring lemah dengan muka yang amat pucat lagikan bibirnya yang dahulunya berwarna merah ceri menjadi amat amat pucat.Dia mencapai telefonnya.Sepatutnya dia menelefon V.Itulah yang patut dibuat.

'Hello V,kau tahu nombor telefon ibu bapa Ha Mi?Apa?Diorang sibuk sangat?Aku nak suruh kau beritahu diorang Ha Mi masuk hospital.Ya,hospital.Kau nak datang tak?Hmm..takpelah.'

Jin mengeluh apabila V tidak dapat datang kerana mempunyai urusan keluarga.Seketika kemudian,dia menerima mesej di telefonnya.

-Jin,ibu bapa Ha Mi tak dapat balik lagi.Diorang berdua minta kau jagakan Ha Mi.Harap kau boleh tolong.-

-V

Jin hanya melihat dengan raut wajah kosong mesej itinPandangannya mula beralih ke arah Ha Mi.

'Ha Mi,kau nak tahu tak?aku ada suka seseorang dan aku cemburu sebab dia rapat dengan orang lain.Haishhh!Apa yang aku buat ni!Maaf ganggu kau tidur Ha Mi!'

Jin tersenyum sebelum perlahan-lahan terlelap di sebelah Ha Mi.

Keesokan Hari

Jin yang sedang tidur di sebelah Ha Mi terus bangun apabila merasakan badan Ha Mi sudah mula bergerak.Senyuman mula terbit di bibir Jin.Dia tidak sabar melihat Ha Mi membuka matanya yang sudah lama tertutup rapat.

'Ugh..Jin,kau ke tu?'

'Ya.Ni aku,Kim Seok Jin.Kau ada nak apa-apa tak?'

Ha Mi hanya menggeleng sambil tersenyum manis.Walaupun muka Ha Mi sangat pucat,mukanya tetap menawan apabila senyuman Ha Mi terlihat.Itulah yang membuatkan Ha Mi sangat istimewa di dalam hati beberapa orang dan mungkin juga Jin termasuk di dalam golongan itu?

'Kakak!!!Kakak dah sedar!!'

Suara Jungkook memeriahkan lagi wad itu.BTS juga turut datang untuk menjenguk Ha Mi.Jungkook dan V yang sememangnya bermulut becok itu terus menceritakan kisah-kisah di sekolah ketika Ha Mi tiada.Nampaknya Ha Mi sudah mula tersenyum dan ketawa dengan gembira.Namun siapa tahu?Mungkin senyuman dan ketawa itu hanya dibuat-buat walhal rasa sedih menyelaputi hati Ha Mi?Itu hanya Tuhan sahaja yang tahu.

'Jin,kau pergilah balik rumah sekejap.Mandi.Kau duduk dekat hospital dari semalam lagi kan?Lepas mandi,pakai wangi-wangi,datang sini balik ok?Sekarang biarkan kitorang yang jaga Ha Mi.'

Jin hanya mengangguk mendengar arahan Rap Monster.Dia juga sempat tersenyum melihat Ha Mi yang hanya mengangguk mendengar kisah-kisah yang diceritakan oleh V dan Jungkook.

----
Jam kini sudah menunjukkan jam 10.00 malam.Kini sudah tiba masa untuk ahli BTS balik ke rumah.Semua mereka mengucapkan selamat tinggal dengan muka yang manis dan ceria kepada Ha Mi walaupun sangat berat hati untuk meninggalkan gadis comel itu.

'Jin,jaga dia baik-baik.Aku sebagai ketua amanahkan kau untuk jaga Ha Mi sebaik mungkin.'

Jin mengangguk apabila mendengarkan nasihat si ketua,Rap Monster.

'Yo!Jinnie!Jaga betul-betul anak orang ni!Kita ni 'Big Brothers'!'

Jin hanya mengangguk dan ketawa kecil apabila mendengar kata-kata Suga itu.

'Jin,sekarang akan aku serahkan 'Hope' ini kepadamu untuk menjaga Ha Mi.Ingat,janganlah kamu hancurkan 'Hope' ini!'

Jin ketawa akan drama yang dibuat oleh J-Hope.Mentang-mentang dirinya dipanggil J-Hope,mulalah buat drama!

'Yo Jin...hiks..jaga..hiks...Ha Mi tau!!'

Ini lagilah membuatkan Jin galak ketawa!Boleh pulak Jimin ni menangis kerana berat hati untuk meninggalkan Ha Mi.Ceh,padahal Jimin pernah mengatakan bahawa dirinya se'swag' Suga.Itulah,perasan je lebih!

'Jin!!!Jaga kak Ha Mi tau!Kakak memang sangat penting dalam hidup Kookie tau!Jadi Kookie harap Jin boleh jaga kakak dengan baik!!'

Jin hanya mencebik sambil mengangguk.Jin masih tidak boleh menerima kenyataan yang Jungkook tidak mahu memanggilnya dengan panggilan 'abang' namun Ha Mi boleh pula dipanggilnya sebagai kakak!

Dan orang yang terakhir,lelaki yang dalam diam dia mencemburuinya,V.

'Jin,aku tahu kau suka Ha Mi kan?Jadi,aku serahkan dia pada kau.Aku takkan teragak-agak untuk rampas dia balik jika hati dia retak.'

Kata-kata V membuatkan Jin terdiam.Tidak tahu untuk berbuat apa-apa.Namun,dia perlahan-lahan mengangguk.

'Baiklah.Kau jangan risau.'

-----
Setelah kereta BTS meluncur pergi dari kawasan hospital,Jin terus ke wad yang diduduki Ha Mi semula.Namun,saat dia membuka pintu wad tersebut,dia terkejut.Amat terkejut.

Melihat keadaan Ha Mi yang sedang sesak nafas dan mukanya yang lebih pucat dari biasa ibarat dirinya tidak mempunyai darah lagi.Tak lupa juga,air mata suci Ha Mi.

'Ha Mi!!!Doktor,DOKTOR!!!!!!'

----
Jin hanya mampu melihat doktor dan dua orang jururawat yang cuba membantu Ha Mi untuk bernafas seperti biasa.Ha Mi kelihatan amat menyedihkan bagi Jin.

'Sa..sarang....'

Hanya itu yang sempat Jin dengar sebelum Ha Mi perlahan-lahan menutup matanya.Alat untuk melihat degupan jantungnya juga sudah berhenti.Jin perlahan-lahan terduduk.Ini salahnya.Ini salahnya kerana tidak sempat mengucapkan luahan cinta kepada Ha Mi.

'SEO HA MI!!!!SARANGHAEYO!!AKU CINTAKAN KAU!!!'

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Dan bagai satu keajaiban.Sebelum doktor sempat meletakkan alat sokongan degupan jantung di dada Ha Mi.Selepas 5 saat Ha Mi 'pergi',alat degupan jantung mula berdegup seperti biasa.Itu membuatkan kesemua orang di dalam wad itu terkejut.

'Kim Seok Jin,a..aku pun cin..takan...kau'

Dan Ha Mi perlahan-lahan mula bernafas seperti biasa.

Dan sekali lagi membuatkan semua terkejut.

Itulah keajaiban dalam cinta.

----

Benar kata sesetengah orang tentang cinta.

Cinta itu adalah keajaiban yang jarang berlaku.Sebab itulah,cinta perlu dijaga sebaik mungkin.

-Tamat-

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
pikahbajet #1
Chapter 1: sesih jugak...hmmm...
AhSongyi #2
Chapter 1: Menangis saya.. Tapi.. Adui.. Tak menahan betul keajaiban cinta tu :'')
minlee123 #3
Tk sabar nk tunggu