001

Love? Too Much Cholesterol !
Please Subscribe to read the full chapter

“Wi Mirae !”

Seorang gadis berbadan besar yang sedang berjalan terkocoh-kocoh menuju ke tandas berhenti seketika dan menoleh saat terdengar namanya diseru.

“Wuarghhh!”

Taehyung yang entah dari mana muncul tiba-tiba di hadapan Mirae membaling seekor katak mati ke arah gadis itu. Mirae yang sememangnya geli dengan katak terus menjerit ketakutan dan berlari menjauhkan dirinya dari Taehyung.

Taehyung ketawa berdekah-dekah.

Malang nasib Mirae bila dia tersalah langkah dan tersungkur jatuh ketika berlari. Gadis seberat 80 kg itu tersembam ke lantai. Ini membuatkan Taehyung semakin galak mentertawakan Mirae. Dia memegang perutnya yang rasa senak kerana terlebih gelak.

“Sumpah macam tong dram !” ejek Taehyung tanpa rasa bersalah.

Mirae cuba bangkit dan terkial-kial berdiri lalu menepuk habuk serta kotoran yang melekat di uniform sekolahnya. Taehyung sekadar memerhati. Begitu juga dengan beberapa pelajar lain yang dari tadi sekadar menjadi penonton adegan kelakar itu. Mirae merengus dalam diam. Diorang ingat dia tengah buat free show komedi ke apa? Tak ada sapa pun yang nak hulurkan bantuan kepadanya. Join gelak sekali dengan Taehyung adalah.

Mentanglah dia ni tak lawa. Gemuk. Semua orang pun tak peduli. Cuba kalau Joy, queenka sekolah ni yang jatuh tadi. Konfem ! Bukan takat pelajar, silap-silap pak cik kantin, kerani, tukang kebun atau mungkin pengetua  sekali turun untuk  offer diri nak tolong dia.  Macam ni la nasib budak gemuk macam dia. Selalu ditindas. Semua benda yang dibuat semua tak kena. Tak ada sapa yang sudi nak pedulikan dia. Senang dibuli pulak tu.

“Apa benda weh macam ada gegaran tadi?” muncul pulak geng Taehyung ke tempat kejadian. Jungkook dan Jimin memandang ke arah Mirae dengan pandangan yang jelik. Hoseok dan Namjoon masih ketawa tak henti-henti.

“Tadi ada tong dram jatuh. Itu yang gegar sampai 100 skala ritcher tu.” Taehyung  balas dengan sinisnya. Mirae pura-pura tak dengar. Dia segera melajukan langkahnya meninggalkan geng itu. Tak sanggup lagi dijadikan bahan ejekan mereka.

“Tong dram ! Nak pergi mana tu? Tong dram boleh jalan ke? Bukan selalu tong dram bergolek ke?” Taehyung tak berhenti lagi mengusik. Mirae menahan mukanya yang sudah merah dek menanggung malu yang teramat sangat. Tapak tangan dilekapkan ke telinga dan dia terus laju beredar dari situ. Hanya TUHAN saja yang tahu betapa sakitnya hati dia.

“Daebak ah Tae ! Kejam gila kau dengan dia.” Hoseok menumbuk bahu Taehyung. Pelajar lelaki itu tersenyum bangga.

“Biar la kat dia tu. Sapa suruh jadi gemuk?” tutur Taehyung dengan puas hati. Dia memang selalu membuli Mirae. Seronok. Sebab Mirae bukan jenis yang melawan. Bila dah budak perempuan tu tak melawan, makin suka la Taehyung nak membuli. Dia puas kalau tengok Mirae diketawakan orang. Tak tahu la kenapa.

 

 

 

 

“Kita putus ok? Aku tak pernah cintakan kau pun.”

Taehyung dan yang lain memandang Yoongi. Gadis di hadapan Yoongi terlopong. Melihatkan reaksi gadis itu, mereka bertujuh ketawa serentak.

“Baby? Apa ni? Kenapa tiba-tiba?” soal si gadis pada Yoongi dengan wajah yang hairan. Dia memandang setiap muka lelaki yang berada di sekelilingnya itu silih berganti sebelum memandang semula muka kekasihnya Yoongi. Dah sebulan mereka couple, kenapa tiba-tiba saja Yoongi mintak putus?

Yoongi tersenyum sinis.

“Sorry la Min. Aku tak minat la dengan perempuan bimbo macam kau ni. Semak kepala otak je.” tutur Yoongi selamba sambil menepuk bahu gadis bernama Min itu.

“It’s over, ok? Kita kawan dah la. Aku tak rasa aku serasi dengan kau.” sambung Yoongi lagi.

Min terpempan. Mukanya mula memerah. Mungkin menahan marah dan malu dalam masa yang sama. Sampai hati Yoongi dump dia depan gengnya. Malu gila Min. Rasa macam kena campak najis depan orang ramai.

“Macam tu je?” Min mula menaikkan suara. Muka Yoongi yang comel namun agak poyo itu dipandang dengan pandangan yang tajam. Dia tak berpuas hati atas apa yang terjadi ini.

“Dah tu? Kau nak macam mana? Nak end up hubungan kita dengan one night stand? Aku on je.” sengih Yoongi dengan muka yang gatal.

 

PANG!

 

Satu tamparan hinggap ke pipi lelaki itu. Sahabatnya yang lain hanya terlopong. Taehyung menyembunyikan tawa yang sedari tadi dah nak terkeluar.

“Aku benci kau, Min Yoongi !”

Ucap Min sebelum beredar meninggalkan tujuh sekawan itu. Yoongi hanya diam dan mengusap pipinya yang terasa pedih itu. Setelah bayang Min menghilang, kumpulan itu tiba-tiba ketawa berdekah-dekah. Suasana meja makan tempat mereka melepak itu jadi riuh rendah dek hilai tawa tujuh sekawan itu.

“Pergh ! Tamparan wanita kau ! Amacam? Sedap?” Jimin menyoal Yoongi . Sengaja memerli. Dia menyiku bahu pemuda berambut blonde itu dengan senyum sinis yang tersungging. Yang lain pula belum habis lagi dengan ketawa mereka.

“Boleh tahan la. Merah pipi aku ni. Tapi takpe ! Aku syok ! Syok tengok muka dia tu.  Konfem ! Malam ni dia meroyan habis la.” Yoongi membalas sambil menghirup jus oren. Senyuman tak lekang dari bibirnya. Entah apa yang seronoknya sakitkan hati orang ni? Hanya mereka yang tahu.

Enam sahabatnya yang lain menepuk tangan. Meraikan kejayaan Yoongi dalam menghabiskan  ‘Love Game’ kegemaran mereka. Kini, permainan bakal diteruskan lagi dan giliran pemain seterusnya yang akan memainkan peranan.

“Done ! Aku nak habuan aku.” Yoongi mula menuntut habuannya.

Namjoon dan lain terus mengangguk. Masing-masing mengeluarkan duit dari poket seluar mereka dan diletakkan ke tengah meja. Yoongi tersenyum lebar. Dengan rakus, dia mengumpul duit itu dan mengira jumlahnya.

“Nah, ekstra sebab kau ajak dia buat one night stand tadi.” Jin mencampakkan syiling kepada Yoongi. Yoongi tersengih. Syiling itu disambut dan dimasukkan ke dalam kocek sweater yang dipakainya.

“Ekstra jugak sebab kau kena tempeleng dengan dia tadi.” Jungkook memasukkan sekeping duit kertas lagi ke dalam sweater Yoongi. Semakin lebar sengihan pemuda itu.

Mereka bertujuh ketawa lagi. Puas hati. Sorang lagi perempuan dah jadi mangsa permainan ‘bodoh’ mereka.

“So…who next?” Hoseok menyoal dengan senyuman sumbing sambil meleretkan matanya ke arah seseorang.

“Taehyung !” serentak mereka yang lain menyebut nama Taehyung dan menudingkan jari ke arah pemuda itu.

Taehyung sekadar tersenyum yakin. Tak sabar nak mulakan.

 

 

Wi Mirae berjalan sendirian di kaki lima kelas sambil mengelamun jauh. Mungkin tengah memikirkan apa menu yang nak dia makan bila balik rumah nanti. Wah! Makan ni memang seronok bagi dia. Namun, langkahnya terhenti bila kelibat Taehyung menyapa matanya.

“Dari kiri, pusing balik.” Dah macam kawad kaki, automatik dia menukar langkah yang pada awalnya nak ke depan.Segera, dia memusingkan badannya dan bertindak untuk berpatah balik. Kalau boleh, dia nak jauhkan dirinya dari Taehyung.

“Wi Mirae!”

Malangnya, Taehyung sudah dapat menangkap kehadirannya.

“Aduh!! Dia nampak aku.” getus Mirae kegusaran. Gadis itu berpura-pura tak dengar dan berjalan laju meninggalkan Taehyung.

“Tong Dram !”

Sekali lagi Taehyung memanggilnya. Kali ini dengan gelaran yang paling Mirae benci. Makin laju Mirae berjalan. Dia betul-betul nak larikan dirinya dari Taehyung. Dia berharap yang sekarang ni dia ada kuasa ajaib yang boleh buat dia halimunan dan terus lesap dari pandangan Taehyung.

Mirae membuka langkah sebesar-besar yang mungkin untuk memastikan jarak dia dan Taehyung menjadi jauh tapi, pergerakan Taehyung ternyata lebih tangkas darinya. Tanpa disangka, lelaki itu menarik beg sandangnya dari belakang. Mirae tersentak. Langkahnya terhenti dan hampir saja dia terjelepok ke lantai.

Taehyung tertawa sinis.

“Dah la gemuk ! Pekak pulak tu !” ujar Taehyung mula mengejek. Herot berot mulut lelaki itu bila dia mula buat muka nak mengejek.

“Apa masalah kau? Kalau aku gemuk pun…bukan kacau kau nak berak kan?” gumam Mirae perlahan.

“Apa kau cakap?” Taehyung menyoal dengan nada suara yang tinggi. Terus Mirae terkulat-kulat. Dia menggeleng laju.

“Tak ada apa.” tutur Mirae perlahan. Taehyung merengus. Baru gertak sikit dah cuak. Tu yang buat Taehyung makin ligat nak membuli.

“Kau nak pergi mana?” soal lelaki itu pada Mirae yang sudah tunduk menekur lantai. Mirae diam seketika. Mata Taehyung tajam memandang Mirae dari kaki hingga ke muka. Macam scanner dah gamaknya. Mirae makin tak selesa.

“Bisu pulak dah?” Taehyung  bersuara lagi. Sengaja menggertak Mirae. Dia tahu yang Mirae ni cepat takut.

“Balik kelas.” pendek saja jawapan Mirae.  Taehyung memandang Mirae dengan pandangan yang tajam. Gadis itu tak berani membalas pandangan Taehyung. Dia tunduk memandang kasut sekolahnya.

“Belikan aku air kat kantin. Aku haus.” arah Taehyung tanpa segan silunya . Mirae mengangkat wajahnya.

“Kenapa aku?” soalnya tanpa dapat dikawal. Reaksi spontan lepas menerima arahan tiba-tiba dari Taehyung.

“Sebab aku nak kau exercise sikit. Berjalan ke kantin tu dah dapat bakar lemak kau yang bertan-tan ni tau tak? Tak nak ke? Kau memang nak gemuk sampai ke tua ke?” mulut Taehyung terus cakap lepas. Perasaan gadis di hadapannya itu langsung tak diendahkan. Mirae terkedu seketika. Pedihnya kata-kata Taehyung seakan menikam jantungnya. Rasa nak menangis tapi dia cuba tahan.

“Dah ! Tak payah nak sentap. Aku cakap benda betul. Pergi beli air kat aku cepat. Aku tunggu sini.” Taehyung menolak tubuh Mirae agar bergerak mengikut arahannya. Mirae yang terlalu naif itu sekadar menurut.

Taehyung senyum puas hati sambil memerhatikan tubuh montel Mirae yang berjalan ke kantin.

 

 

“What?”

Rahang Taehyung jatuh 3 inci. Sahabat-sahabatnya yang lain dah bantai gelak sampai terduduk-duduk kat lantai.

“Wi Mirae? Ahh ! Tak nak la aku ! Cabut lagi sekali. Tak sanggup aku nak mengayat dia. Takkan korang nak suruh aku bercintan-cintun dengan dia? Walaupun cuma berlakon, tapi…. Eiihh ! Tak nak ! Buat undian lain.” pinta Taehyung kepada rakan-rakannya.

“Terima je la weh ! Mana aci cabut undi lain.” Jin membalas seraya menghabiskan ketawanya yang masih bersisa.

“Please la weh ! Sapa yang masukkan nama dia dalam list mangsa ni ha? Memang nak mampus aku kerjakan nanti.” sungut Taehyung. Dia menghentakkan kakinya geram.

“Ok la Tae ! Kami bagi kau chance lagi. Kita cabut lain ok?” Namjoon menepuk bahu Taehyung. Wajah Taehyung mula bersinar semula. Semoga kali ini, bukan lagi nama Mirae yang dicabutnya.

Namun…

“Tengok ! Mirae lagi !” Jimin bersorak lantas ketawa berdekah-dekah. Hoseok dan Jungkook join Jimin ketawa. Jin pula tersengih ke arah Taehyung sambil mengangkat kedua belah keningnya.

Taehyung mencampakkan kertas undian itu ke lantai. Rambutnya dikusut-kusutkan. Apasal Mirae saja ni?

“Last chance weh. Please…korang tak nak kan tengok aku derita dengan anak gajah tu?” rayu Taehyung lagi. Members yang lain saling berpandangan dan tersenyum sinis.

“Fine. Last chance. Kalau ni Mirae lagi, kitorang tak boleh buat apa. Dia akan jadi mangsa kali ni. Tak ada bantahan. Kalau kau tak nak, kau kena bayar kitorang sekarang.” Yoongi berkata.

Taehyung mengeluh. Dia mengangguk lemah. Kali ni, dia berharap bukan Mirae lagi. Perlahan-lahan, dia masukkan tangannya ke dalam tong yang berisi sejumlah nama gadis dari sekolah tempat mereka belajar. Setiap kali game, memang itulah adat mereka. Nama gadis yang bakal dijadikan mangsa akan dicabut. Jadi, gadis bertuah itu akan mula dicari dan digoda sehingga dia betul-betul jatuh cinta dengan mereka dan genap sebulan kemudian, mereka akan didump di hadapan members yang lain. Macam apa yang Yoongi buat kepada gadis bernama Min tempoh hari.

Sekeping kertas dicapai dari tong tersebut dan lipatan kertas itu dibuka perlahan-lahan. Dia betul-betul yakin, kali ini bukan lagi nama Wi Mirae yang tertulis di kertas itu dan…

“Oh yes ! Perempuan lain !” sorak Taehyung senang hati. Terlepas jugak dia dari Wi Mirae.

Members yang lain segera mendekati Taehyung. Mereka saling berpandangan dan mengerutkan dahi. Seperti ada yang tak kena.

“Sapa?” soal Jimin.

“Mirae Wi.” Taehyung membalas dengan senyuman yang lebar.  Matanya berkelip-kelip memikirkan betapa leganya perasaannya sekarang. Tapi tunggu dulu. Ada perasan sesuatu tak?

Mirae Wi? Wi Mirae?

Saat itu, enam sahabatnya terus ketawa besar. Tergolek habis Jungkook dan Hoseok di atas lantai. Punya nak gelakkan Taehyung.

“Wi Mirae dengan Mirae Wi sama ja la bodoh oii ! Orang yang sama. Kedudukan surname je yang berbeza !” Namjoon berkata seraya menunjal dahi Taehyung. Taehyung terlopong. Ya tak ya jugak ! Tak ada bezanya pun !

Wi Mirae atau Mirae Wi tetap sama. Tetap gadis gemuk yang selalu dia buli tu. Dan sekarang, Taehyung perlu menggoda gadis itu dan berpura-pura menjadi kekasihnya selama sebulan.

“Tidak !!!!”

Jin dan Namjoon saling berpandangan sebelum buat isyarat mata tanda berjaya. Hoseok, Jimin dan Jungkook serta Yoongi pula dah berhigh five sesama sendiri. Berjaya juga mereka kenakan Taehyung. Sebenarnya, mereka berenam memang dah plan sesuatu untuk prank si Taehyung ni.

Berapa kali pun Taehyung cuba cabut nama dalam tong undian itu, memang nama Mirae saja yang akan keluar. Dah kenapa? Sebab mereka berenam memang letak nama Mirae je dalam tu. Cuma Taehyung saja yang tak tahu. Saja mereka nak kenakan dia. Sampai sekarang, Taehyung tak tahu komplot mereka berenam itu. Kurang asam betul kawan-kawan Taehyung ni.

Taehyung mula gelisah memikirkan nasibnya. Kepalanya rasa macam berpinar bila memikirkan bagaimana dia harus mengorat perempuan gemuk yang selalu jadi mangsa bulinya itu. Mampukah dia bertahan dengan Wi Mirae itu? Taehyung betul-betul buntu.

“Kau gila. At least, bagi la aku perempuan yang lawa sikit. Ini tidak…aku kadang-kadang tak boleh nak bezakan, dia ni perempuan ke anak gajah tau tak?” sungut Taehyung lagi. Dia betul-betul cuba untuk tidak menjadikan Mirae sebagai mangsa. Tak hadap la dia dengan perempuan tu.  Disangkanya dapat la perempuan comel yang naif atau queenka sekolah yang hot tapi sekarang, jangkaannya benar-benar meleset.

“Hoih ! Mulut kau boleh tahan puaka jugak eh? Dah ! Game tetap game. Tiga kali kau cabut undi, tiga tiga kali tu kau dapat dia. Nampak tak jodoh tu kuat?” Jin membalas kata-kata Taehyung sambil menahan ketawa.

Taehyung merengus geram. Pen di atas meja dicapai dan dicampak tepat ke batang hidung Jin. Amik habuan ! Jin mengeluh kesakitan.

“Try je la. Best apa. Rare tau tak? Nanti masa kau dump dia nanti, konfem ! Hasilnya akan jadi yang the best among the best. Serius ah !” Hoseok menambah dan disokong oleh Jimin. Mereka berdua tersengih. Ini membuatkan Taehyung semakin geram. Rasa nak laga-lagakan je kepala mereka ni.

“Jangan risau. Sebab kali ni mangsa kita macam ekstrem sikit, apa kata kita tambah ganjaran? Macam mana Tae? Kau mesti nak kan?” Yoongi memberi cadangan. Cuba untuk memancing Taehyung.  Dia mendekati pemuda yang berwajah masam itu dan memeluk bahunya.

Taehyung merengus lagi.

“Bagi la berapa pun. Aku tak pandang semua tu. Aku tak sanggup. Kali ni, aku nak give up.” Taehyung memberikan kata putus. Dia dah bagi isyarat nak angkat bendera putih. Lantak la kena bayar berapa pun dekat mereka berenam ni, dia memang dah tak kisah. Fasal duit, dia memang mampu. Dia datang dari keluarga yang kaya raya. Dia join love game ni pun sebab dia saja nak cari kepuasan. Bukan sebab duit atau ganjaran sangat pun.

“Okay…kira kau nak give up la ni?” Jungkook menyoal Taehyung dan lelaki itu mengangguk laju. Dia nekad.

“Come on la !Sumpah tak jantan bila kau buat macam ni, Tae. Aku ingat kau ni berani sangat. Dengan perempuan gemuk tu pun kau takut eh?” Yoongi sengaja mencabar Taehyung.

“Elok sikit eh cakap tu. Aku bukan takut. Aku cuma tak selera dengan dia.” Taehyung berkata lantas mencebik. Tubuh Yoongi yang rapat dengannya itu ditolak agak kasar. Yoongi sekadar tertawa mengejek. Macam saja nak buat Taehyung makin bengang.

“Hmm…tak selera ke ? Ke sebab kau sebenarnya sukakan dia? Sebab tu kau tak nak main dengan dia kan? Sebab kau tak nak dia terluka? Betul tak?” Jimin pula masuk jarum.

“Adumak ! Sweet gila la kau ni Tae. Tak sangka aku. Dalam diam, kau sukakan budak gemuk tu. Padanlah kau selalu buli dia. Adoyai…macam dalam drama.” Hoseok tak nak kalah.

Namjoon ketawa mendengar kata-kata Hoseok.

Taehyung diam seribu bahasa. Kata-kata kawannya membuatkan dia tercabar. Dia merengus geram lantas menghentak meja yang ada di depannya.

“Fine ! Aku buat !”

“Woooooooo”

Serta-merta mereka berenam bersorak gembira. Akhirnya, termakan juga Taehyung dengan kata-kata mereka.

“Aku akan buktikan kat korang apa yang korang cakap tadi tu tak betul. Aku bukan penakut ! Aku langsung tak sukakan dia ! Baiklah ! Korang nak sangat aku main kan? Ok ! Ok ! Kita tengok apa akan jadi sebulan dari sekarang. Kalau aku berjaya buat Wi Mirae meraung tak ingat dunia, aku nak double ganjaran aku.” ujar Taehyung penuh bersemangat.

Sahabatnya yang lain saling berpandangan dan tersenyum sinis.

“Ok ! Deal !”

 

 

“Wi Mirae !”

Seperti biasa, kalau terserempak dengan Taehyung, pasti Mirae akan melarikan dirinya dari lelaki itu. Dia betul-betul tak faham. Kenapa lelaki itu beria sangat nak membulinya. Mungkin sebab dia tak reti nak melawan kot. Ye la. Lagipun tak ada sapa yang akan defend dia kalau dia kena buli. Sebab tu Taehyung senang nak kenakan dia.

“Hoi !”

Taehyung berlari mengejar Mirae dan menghalang jalan gadis itu. Mirae memandang Taehyung seketika sebelum tunduk memandang lantai.

“Aku ada kerja nak buat. Aku nak cepat.” tutur Mirae perlahan. Dia nak mengelak dari Taehyung sebenarnya. Berada bersama lelaki tu buat dia rasa macam masuk dalam sangkar ular tedung selar tau tak?

“Aku ada benda nak cakap dengan kau.” Taehyung berkata sebelum menghulurkan sebotol susu coklat sejuk kepada Mirae. Mirae terkedu seketika.

“Ambik la. Lenguh dah aku sua lama-lama kat kau. Dah la sejuk.” sungut Taehyung. Mirae memandang Taehyung tanpa berkelip.

“Untuk aku?” soalnya hairan.

“Eh tak la. Ni untuk pokok bunga sebelah kau tu.” balas Taehyung sarkastik. Mirae mengerutkan dahinya.

“Untuk kau la. Sapa lagi.” Taehyung berkata lagi.

“Aku? Kau letak racun ke dalam ni? Ke kau letak katak mati?” Mirae menyoal was-was. Taehyung merengus perlahan lantas meraih tangan Mirae dan memaksa gadis itu mengambil susu yang dihulurkannya sejak dari tadi lagi.

Mirae terpempan. Pertama kali  tangannya  disentuh oleh lelaki dan siapa sangka lelaki itu adalah Taehyung. Matanya membulat melihat perlakuan Taehyung itu.

“Dah kenapa?” Taehyung menangkap pandangan Mirae kepadanya itu. Mirae menggeleng.

“Minum je la. Aku tak letak racun apa pun. Kau gila? Sejahat-jahat aku pun, aku tak bunuh orang la. Aku datang sini nak mintak maaf. Aku selalu buli kau. Aku rasa bersalah pulak.” luah Taehyung kepada Mirae.

“Kau cakap apa?” Mirae agak terkejut mendengar kata-kata Taehyung.

“Tch…berapa kali aku nak ulang?” Taehyung merengus geram seraya menguak rambutnya. Tension betul dengan perempuan di depannya ini.

“Aku mintak maaf. OK?” Taehyung mengulangi lagi kata-katanya. Mirae hanya mengangguk. Masih rasa macam tak percaya. Biar betul Kim Taehyung ni? Buang tebiat ke apa? Demam kot.

“Aku nak cepat. Terima kasih.” Mirae berkata sebelum meninggalkan Taehyung. Taehyung sempat menarik tangan Mirae. Sekali lagi, gadis itu tergamam.

“Sebagai balasan atas kesalahan aku selama ni, aku ingat nak ajak kau tengok wayang esok. Nah tiketnya. Aku tunggu kau, esok.” Taehyung meletakkan sekeping tiket wayang ke telapak tangan Mirae. Mirae kelu. Tiket itu digenggam kemas sebelum dia menapak laju meninggalkan Taehyung.

Taehyung menghantar Mirae dengan pandangan mata sebelum merengus kuat.

“Cepat la sebulan ni habis.” getusnya sendirian.

 

 

Keesokan harinya,

“Kau rasa dia nak datang ke?” Jimin menyoal Taehyung. Taehyung angkat bahu.

“Tak datang pun takpe. Aku pun bukan kebulur sangat nak tengok wayang dengan dia. Tak pernah pun terlintas dalam kepala otak aku ni.” tutur Taehyung sambil menyedut Coke yang dibelinya tadi. Dia, Jimin dan Jungkook sedang menunggu Mirae di hadapan panggung wayang. Jimin dan Jungkook sengaja mencelah. Nak tengok perkembangan Taehyung dan Mirae.

“Kalau dia tak datang, kau jugak yang malu. Nampak sangat dia tak berminat dengan kau.” Jungkook tiba-tiba bersuara. Taehyung memandang Jungkook.

“Apasal pulak?” soalnya ingin tahu.

“Ye lah…kau fikir sekarang eh, kau tu kira top jugak kat sekolah. Budak hot. Kaya. Hensem la jugak. Perfect ! Almost perfect la sebab kau tu kalau bab belajar ni bengong sikit. Banyak awek nak kat kau tapi kau sekarang ni tengah acah-acah kejar budak gemuk yang gila low standard kat sekolah kita tau tak?” Jungkook berkata sambil mengunyah popcorn.

“Jadi?” Jimin pun sibuk nak tahu.

“Jadi sekarang ni, kau macam seorang putera raja yang volunteer diri untuk kawin dengan raksasa hutan tau ? Kalau aku jadi raksasa tu, aku takkan tolak sebab ini satu bonus bagi aku. Kau faham tak?” Jungkook masih berkias.

“Boleh tak kau cakap terus je. Tak payah nak be-putera be-raksasa sangat la.” Taehyung julingkan matanya ke atas. Bosan nak hadam ayat Jungkook tu.

“Means kalau dia tolak kau, nampak sangat dia saja nak cabar kau weh. Kau tak rasa ke macam tu? Kau hensem, kaya dan  hebat la jugak tapi kau kena reject dengan seorang perempuan hodoh. Kau tak rasa malu ke?” Jungkook berkata sambil memandang Taehyung dengan muka yang serius. Taehyung terdiam seketika. Betul jugak kata-kata Jungkook tu.

“Aku yakin dia akan datang. Sapa yang pernah tolak ajakan Taehyung huh? Semua perempuan gilakan aku. Takkan dia yang hodoh tu nak tolak peluang macam ni kot.” Taehyung berkata yakin. Dalam yakinnya itu, matanya meliar juga mencari kelibat Mirae di antara khalayak ramai yang ada di depannya.

Jimin dan Jungkook sekadar tersenyum. Belum pasti dengan kata-kata Taehyung.

Sejam sudah berlalu namun bayang Mirae belum juga kelihatan. Taehyung tak henti-henti memandang jam tangannya.

“Movie dah nak start dah. Jom la masuk.” ajak Jimin. Jungkook sudah mendahului mereka di hadapan. Taehyung masih menunggu di kerusi yang disediakan.

“Masuk dulu. Aku tunggu perempuan tu. Berani dia buat aku macam ni.” gumam Taehyung geram. Jimin hanya mampu tersenyum dan menepuk bahu sahabatnya itu. Cuba menenangkan Taehyung yang barangkali sedang bengang.

“Aku masuk dulu. Kau buat la apa yang kau suka.” ujar Jimin sebelum meninggalkan Taehyung. Taehyung hanya diam dan tak membalas kata-kata Jimin. Dia terus menunggu sehingga jam seterusnya dan Wi Mirae masih belum muncul.

“Perempuan hodoh tak guna !” Taehyung naik angin dan bangkit dari tempat duduknya. Dia menyepak tin minuman coke yang diminumnya tadi bagi melepaskan geram yang berbuku di hati.

 

Wi Mirae mengayuh basikalnya sambilnya mengelamun jauh. Tiket wayang di dalam raga basikalnya dipandang sekilas.

“Sebagai balasan atas kesalahan aku selama ni, aku ingat nak ajak kau tengok wayang esok. Nah tiketnya. Aku tunggu kau, esok.”

Kata-kata Taehyung semalam bermain di mindanya. Mirae serba tak kena. Dari semalam lagi, dia tak habis fikir. Kenapa tiba-tiba Taehyung berkelakuan sedemikian.

“Eleh ! Taehyung tu cuma nak kenakan kau la. Abaikan je dia. Buang tiket ni. Lupakan. Banyak benda lagi yang kau kena buat.” Mirae cuba menenangkan hatinya.  Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.

Setibanya dia ke simpang untuk pulang ke rumah, dia membelok dan saat itu, dia tiba-tiba brek mengejut. Ini kerana dia ternampak seseorang yang sangat dia tak nak jumpa buat masa sekarang.

“Woooo!!!”

Taehyung berundur sedikit ke belakang kerana hampir saja dilanggar oleh Mirae. Mirae gelabah.

“Kim Taehyung? K…kenapa kau kat sini? Macam mana kau boleh tahu rumah aku?” Mirae menyoal.

“Huh ! Macam mana aku boleh tahu rumah kau tu tak penting, yang penting sekarang ni, mana kau pergi? Dah dua jam lebih aku tunggu kau kat panggung wayang tau tak? Kau boleh pulak merayap sesuka hati dengan basikal cabuk kau ni.” marah Taehyung tiba-tiba.

“Aku tak janji pun nak pergi kan? Ak..aku tak mintak pun kau tunggu.” jawab Mirae takut-takut.

“Yah !” suara Taehyung mula meninggi dan Mirae jadi gelisah.

“Shh ! Jangan cakap kuat sangat. Nanti mak aku dengar.” pinta gadis itu dengan wajah yang gusar. Taehyung menghembus nafas kasar dan menarik tangan Mirae ke satu tempat yang lebih jauh dari hadapan rumah Mirae. Nak tak nak, Mirae terpaksa mengikuti Taehyung.

“Lepaskan aku la !” Mirae merentap tangannya dari genggaman Taehyung. Taehyung menjelingnya sekilas.

“Apa masalah kau?” soal lelaki itu dingin.

“Aku tak ada masalah. Yang mungkin ada masalah tu kau.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 2: Ya Allah, menangis-nangis saya baca TTTT
TKeyAlex
#2
Chapter 2: comel bodoh benda ni erghhhh
pikahbajet #3
Chapter 2: omoooo....sweetnyaaa....DAEBAKKKK!!!!!!!
misz_dina #4
Chapter 1: tae ni mmg nk kena.knpe snggp tipu yourself?tp,ttp the best.diorg happy forever
hanazraf95 #5
Chapter 2: sooo sweett~~ ♥
eydakai
#6
Chapter 2: kyyaa!!!!!
serious... sweet sngt!!!
cube klau aq jdi wi mirae... mesti best kan..??
EXO12WOLVES00 #7
Chapter 2: author,buat la sequel...sweet gila diorang nii...<3
aisyashuhada
#8
Chapter 2: Sweetnya....... Nak sequel. Takde sequel siap. Ini AMARAN (Suara Taetae).
PinkyViolet
#9
Chapter 2: SEQUELLL WARGHHHH
exo_seventeen_hanmin #10
Chapter 1: Daebakk....heart attack..comel sangat